Sekian lama terkurung akibat PKP, sudah tentu kita memerlukan aktiviti menarik untuk menyihatkan kembali tubuh dan minda yang sudah lama terperap. Keputusan kerajaan yang memberi kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin pastinya mampu memberikan kelegaan untuk mencuba riadah mendaki bukit yang sebelum ini tidak dibenarkan.
Namun bagi penerima dua dos lengkap, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam bagi negeri yang memasuki fasa 2 dan 3 PPN.
Kalau ada peluang beridadah, jangan lupa singgah ke Bukit Soga atau turut dikenali sebagai Hutan Lipur Soga Perdana.
Ads
Bukit Soga atau dikenali Hutan Lipur Soga Perdana yang terletak di 3 km dari Bandar Batu Pahat dan 130 km dari Bandar Johor selain merupakan salah satu hutan simpan di Malaysia berjenis hutan dipterokarpa bukit.
Ads
Mempunyai ketinggian antara 600 kaki dan kemudahan seperti pejabat, pondok rehat, tandas, denai, trek joging, par course dan menara pandang, ia antara destinasi pilihan untuk beriadah.
Hutan Lipur Soga Perdana adalah hutan simpan di mana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti berjalan dan berjoging bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.
Ads
Hutan ini seluas 49.3 hektar di mana 10 hektar telah dimajukan dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi faedah pelawat.
Selain terkenal dengan hutan pokok pakisnya, di Hutan Lipur ini juga terdapatnya Menara pandang yang merupakan destinasi terakhir dengan jarak sejauh 785 meter dari titik permulaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Keindahan Kashmir dan juga keagungan mercu tanda Taj Mahal membuatkan ramai yang sanggup ke India walaupun dulu ia bukanlah menjadi destinasi pilihan pelancongan rakyat Malaysia.
Walaupun begitu, daripada pengalaman mereka ke sana, sebelum berangkat bercuti ke India sebaiknya anda perlu membuat persiapan kerana keadaan di sana tidaklah seperti kita melancong ke Eropah, Korea dan sebagainya.
Jadi apa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum bercuti ke India? Ini 10 persediaan yang boleh menjadi rujukan kepada anda.
Sediakan duit lebih untuk bagi tip sebab budaya di India, bagi duit tip adalah perkara biasa. Sememangnya ramai di antara rakyat India yang cari makan dengan mengharapkan duit tip. Tidak kira sama ada di New Delhi, Agra ataupun Kashmir. Tak sah tak bagi tip kepada mereka. Jangan terjebak atau biarkan diri dibantu oleh orang asing. Tak ada maknanya dia tolong tarik beg dengan percuma. Semuanya perlu dibayar. Kalau tak bayar, dia akan kejar anda sampai sudah.
Tukar duit awal sebelum berangkat ke India. Di Kashmir, ada kalanya duit RM atau USD laku dalam urusan jual beli tapi rugi jika ditukar atau convert. Orang di Kashmir atau New Delhi yang berniaga kebanyakkannya pandai dan fasih berbahasa inggeris.
Bulan terbaik untuk ke Kashmir adalah antara Ogos dan September. Musim lusuh dengan cuaca yang tak berapa sejuk diiringi permandangan yang sangat cantik. Kalau travel pada musim sejuk, tidak digalakkan tidur di guest house kerana kebanyakkan guest house di Kashmir tidak mempunyai alat pemanas. Seeloknya anda tidur di bost house atau hotel 4 – 5 bintang. Sekurangnya ada pemanas walaupun menggunakan cara tradisional.
Kebanyakkan rakyat India adalah vegetarian. Cumanya kebersihan makanan itu harus dijaga dengan makan di restoran-restoran yang diyakini. Jangan makan street food. Nanti sakit perut, akan memberikan ketidakselesaan kepada anda. Di Kashmir lagi senang cari makanan halal sebab di Kashmir mempunyai 95% penduduk Muslim, 3% Hindu dan 1% Kristian dan 1% Sikh. Jangan lupa juga bawa ubat cirit birit atau demam untuk langkah berjaga-jaga in case terkena makanan beracun.
Dari segi kebersihan, Kashmir mendahului berbanding wilayah-wilayah lain. Orang di Kashmir lebih menjaga kebersihan berbanding orang di New Delhi dan Agra. Rumah-rumah di Kashmir macam di Switzerland. Kashmir dan New Delhi adalah dua tempat yang sangat berbeza dari segi pemandangan dan kebersihan.
Antara Pahalgam (mini Switzerland, Kashmir Valley) Gulmarg, Sonamarg, di Sonamarg adalah tempat paling cantik. Jangan lupa untuk singgah ke sana. Naik kuda di celah-celah salji. Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan & Mission Imposibble. Naik kuda tu pun jangan terima dahulu. Tanya harga dan tawar menawar. Kebiasaannya mereka akan offer RS1500, cuba tawar sehingga RS800.
Visa India ETA boleh apply 3 bulan. Ada yang setahun. Setahun harganya dalam RM400 lebih. Mohon yang 3 bulan dalam RM340 sahaja.
Apps ini macam Grab di Malaysia. Jauh lebih murah daripada teksi. Jangan suka naik tuktuk sebab mereka akan caj per kepala. Daftar guna nombor Malaysia di apps ini pun boleh. Cuma mereka tak dapat call sekiranya anda tidak dijumpai. Gunakan pengangkutan awam seperti bas juga berbaloi tetapi kena study dahulu laluan bas yang digunakan.
Taj Mhaal dan kawasan sekitar tutup hari Jumaat untuk lawasan bagi memberikan laluan kepada waktu solat. Elakkan pergi waktu weekend sebab ramai manusia akan membanjiri kawasan sekitar Taj Mahal. Jangan terpedaya dengan orang yang offer menjadi tourist guide sebab anda ada kebarangkalian untuk dikenakan tip yang mahal. Gunakan tourist guide yang berdaftar di bawah kerajaan. Free of Charge.
Shopping barangan kulit paling murah adalah di Ground Market. Jaket kulit asli cuma RS2500. Anda juga boleh beli semua barang cenderahati di sini kerana harganya murah.
Okay, itu 10 panduan untuk anda bercuti ke India. Saya akan kongsikan lagi perkongsian lain di dalam artikel yang akan datang. Stay tuned bersama Majalah Libur..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila mencari destinasi percutian pastinya lokasi yang tenang dan damai menjadi pilihan buat si pencinta alam ataupun yang mahu berehat daripada kesibukan bekerja. Tasik Kebun yang terletak di Serendah, Selangor ini antara penginapan yang boleh anda dan keluarga datang bercuti kerana lokasi dan juga kemudahan yang disediakan.
Bagi yang sukakan alam semulajadi, tempat ini memang untuk anda. Dikelilingi kehijauan flora bagi yang ingin staycation dengan keluarga atau rakan-rakan sangat sesuai.
Bila menginap di Tasik Kebun, anda tak perlu lagi keluar ke mana-mana, manfaatkan masa yang ada dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini, antaranya:
Mempunyai 20 bilik dan dapat memuatkan sehingga 50 orang dalam satu masa, pilihan bilik yang ada memang sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga kecil mahupun besar. Harga bilik bermula dari RM315 hingga RM550 termasuk sarapan untuk dua orang.
Antara pilihan bilik yang ada:
Setiap bilik yang ada dilengkapi dengan kemudahan seperti tv, penghawa dingin, peti ais dan lain-lain.
Dah ada kat sini rugilah tak cuba semua aktiviti yang ada. Semua aktiviti yang disediakan adalah percuma untuk pelanggan yang datang menginap. Memang tak puas menginap sehari kerana selain dapat menikmati udara segar, banyak aktiviti yang boleh dibuat di Tasik Kebun.
Mempunyai dua kolam renang yang boleh digunakan oleh pengunjung, kalau ada anak-anak kecil memang puaslah mereka berendam.
Tak perlu risau kalau lapar kerana terdapat Café untuk anda menjamu selera sepanjang bercuti di sini.
Sesuai sangat untuk yang sukakan ketenangan dan yang mahukan privasi. Dikelilingi alam semulajadi berdekatan dengan bukit, ada tasik, sungai dan juga air terjun, memang berbaloi datang ke sini untuk bercuti!
Alamat: Tasik Kebun, Serendah
Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 SERENDAH FS, 43300, Selangor
Tidak salah lari dari kebiasaan bercuti kali ini dengan mencipta kelainan. Selalunya bagi yang ada keluarga, kita akan pilih mengunjungi Taman Tema tetapi kali ini pergi melihat ladang buah-buahan yang terletak di Rawang Selangor.
Terletak tidak jauh perjalananan dari bandaraya Kuala Lumpur, anda pasti teruja menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang ditanam di sini.
Selain menikmati buah-buahan, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Mini Petting Zoo, Taman Arnab, Ladang Rusa, Rumah Kampung, Menoreh Getah.
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati keindahan Hi-Tech Farm, Eco Bridge Pavillion, Laman Herba dan banyak lagi.
Oleh kerana kawasan di sini sangat luas, jadi anda akan dibawa menaiki tram dan berhenti di pelbagai check point menarik sambil makan-makan buah tempatan secara percuma.
Untuk perjalanan dalam Selangor Fruits Valley ini mengambil masa 2 jam. Tidak terasa lama kerana enjoy menikmati keindahan kawasan ini.
Memang sesuai sangat nak bawa anak-anak dan keluarga santai kat sini, kalau datang musim buah lagi syok!
Tiket Masuk:
– Dewasa: RM15
– Kanak-kanak & Warga Emas: RM10
– Kanak2 bawah 3 Tahun: PERCUMA
– Waktu Operasi: 9.00 AM – 4.00 PM
– Tutup Hari Jumaat
Alamat:
Selangor Fruits Valley , KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang,
Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...