Jika pergi bercuti pasti ramai mahukan kelainan untuk dikenang dalam memori akan datang.
Sekiranya anda berpeluang melawat Sweden jangan lupa singgah atau menginap di Tree Hotel, Harads, Sweden
Ini kerana anda akan merasai pengalaman tidur di sarang burung, UFO atau di hotel cermin.
Pengalaman menyeronokkkan dan cukup unik ini bermula di hotel pokok atau Tree Hotel pada tahun 2010 dengan impian pemiliknya Britta dan Kent Lindvall untuk mengubah rumah persaraan tahun 1930-an menjadi rumah tumpangan di kampung halaman mereka Harads, kira-kira 100 kilometer dari lapangan terbang Luleå di Utara Sweden.
Hasil akhirnya bukan Bed & Breakfast biasa – ia berubah menjadi hotel pohon lengkap dengan tujuh pondok yang diilhamkan daripada filem The Tree Lover.
Berlokasi di Harads, sebuah desa kecil berpenduduk hanya sekitar 600 orang, yang dikelilingi hutan dengan pohon-pohon tinggi menjulang berusia ratusan tahun, Tree Hotel diharapkan mampu menjadi daya tarik wisata yang akan memberikan kesan ekonomi besar buat warga setempat.
Ads
Hutan di mana Tree Hotel dibangunkan juga merupakan salah satu kawasan hutan yang sangat indah di Swedia, masyarakat lokal menyebutnya sebagai “The Pearl of Swedish Forests”. Kehadiran Sungai Lulea di tepi hutan menggenapi keindahan landskap hutan ini.
Tree Hotel terdiri dari kabin-kabin yang terpisah-pisah, masing-masing berada pada pepohon yang berbeza-beza. Pemiliknya merencanakan akan membangunkan 24 kabin yang akan dirancang oleh 24 arkitek yang berbeza pula.
“Hal ini kami lakukan untuk menjaga keunikan tiap kabin, sehingga tidak ada kabin yang serupa dan kami yakin bahwa tiap design hanya akan dibuat satu oleh arkitek dan tidak ada seumpamanya lain di seluruh dunia,” demikian ujar Kent Lindvall.
Ads
Setiap kabin dirancang untuk ditempati oleh 2 hingga 4 orang, dilengkapi ruang tidur, ruang duduk, pantry dan kamar mandi.
View dari dalam kabin sangat indah, bukan hanya kerana keindahan lanskapnya, kedudukan bilik hotel yang menjulang di antara pepohonan membuat pemandangan di luar menjadi semakin menakjubkan.
Menyusuri Teluk Intan bagai menggamit kembali kenangan lama. Teluk Intan yang berada di Negeri Perak telah diterokai pada awal abad ke-18 oleh seorang wanita yang dikatakan berasal dari Mandailing, Sumatera, bernama Mak Intan.
Susulan penerokaan itu, ramai yang berketurunan Jawa, Rawa, Mandailing, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan ini. Kebanyakan mereka adalah petani dan pedagang.
Pada tahun 1882, nama Teluk Mak Intan telah ditukar kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson, Gabenor Inggeris yang datang melawat pada waktu itu. Bagaimanapun 100 tahun kemudian iaitu pada 1982, namanya ditukar kembali kepada Teluk Intan. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di Perak dan terbesar di Perak Selatan serta menjadi pusat pentadbiran Daerah Hilir Perak.
Jika anda bersiar-siar disekitar Teluk Intan, mata anda pasti dapat ‘menangkap’ sebuah banglo putih yang terbiar usang namun masih kukuh berdiri di sebidang tanah. Ramai tertanya-tanya siapakah pemilik rumah agam tersebut sebelum ini sehingga ia terbiar kosong tidak berpenghuni.
Ini perkongsian daripada sumber Orang Perak mengenai rumah agam ini.
Bagi mereka yang selalu berkunjung ke Teluk Intan, pasti anda tertanya-tanya berkenaan rumah agam besar yang terletak berhampiran Maybank Teluk Intan. Rumah ini dianggap misteri oleh orang luar bahkan buat penduduk tempatan sendiri. Jom ketahui berkenaan sejarah bangunan ini yang menjadi sebahagian dari sejarah Teluk Intan.
Rumah agam ini merupakan kediaman bagi keluarga yang berasal dari suku kaum Kantonis dan Woo Choy telah datang dan menetap di Malaya daripada Empayar Qing China sebelum Perang Dunia Kedua.
Beliau memulakan konglomerat dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya menjadi saudagar beras, pembekal pelbagai barangan seperti herba untuk perubatan, perkapalan dan lain-lain. Taukey Woo juga telah membeli sebidang tanah yang luas di sepanjang Batu 11 Changkat Road dan mengusahakan ladang getah. Beliau membina sebuah kilang untuk memproses getah skrap di ladangnya.
Rumah agam yang dibina pada tahun 1918 ini dipanggil sebagai ‘Yee Woh Tai Ngok’ oleh pemiliknya. Terletak di sebidang tanah yang berkeluasan 5 ekar, ia mempunyai pintu masuk utama mengadap Jalan Speedy dan pintu masuk sisi pula berhadapan dengan permulaan Jalan Ah Cheong.
Rumah agam ini dilindungi dengan dinding konkrit tinggi dibahagian Jalan Sekolah dan Jalan Ah Cheong. Dua bahagian pagar ini terdapat tiang konkrit dengan hiasan unicorn diatasnya. Hiasan besi dibahagian atas mempunyai senireka yang sangat unik, dipercayai dibawa masuk dari negara luar. Pintu utama ke bangunan ini mempunyai ketinggian sebanyak 15 kaki dan diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi.
Jeriji yang berada di luar pintu jenis gelongsor sisi, juga diperbuat dengan batang kayu keras berkualiti tinggi dan setiap batang tersebut berukuran diameter 2 inci. Jika masuk melalui pintu utama, terdapat sebuah kawasan dikaskan untuk para tetamu dibahagian kiri dan kanan. Ia juga dikatakn digunakan sebagai ruangan untuk kanak-kanak bermain dan belajar.
Selanjutnya apabila anda berjalan terus ke bahagian dalam rumah, anda akan menemui ruangan terbuka berbentuk segi empat yang berkeluasan sebanyak 40 kaki persegi. Dibahagian kirinya terdapat pintu yang berhadapan dengan Jalan Ah Cheong. Pintu tersebut juga digunakan oleh para pembantu dan kakitangan rumah agam ini.
Terdapat sebuah garaj yang boleh memuatkan sebanyak tiga hingga empat buah kereta tidak jauh dari pintu masuk ini. Ruangan berhadapan dengan Jalan Sekolah ini terdapat taman yang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dalam pasu.
Pasu-pasu tersebut dibuat oleh tukang yang mahir. Banyak patung unicorn, phoenix dan naga yang terdapat dikawasan ini. Dibahagian belakang halaman pula terdapat rumah untuk kakitangan dan pembantu rumah. Ada beberapa bilik dibahagian kanan dari pintu masuk utama. Juga terdapat dua buah tangga yang menuju ke tingkat pertama dimana merupakan ruangan untuk kegunaan peribadi keluarga Woo.
Rumah agam ini kemudiannya diduduki oleh balu Woo Choy dan beberapa orang adik beradiknya. Kebanyakan dari mereka tinggal disitu sehingga ke akhir hayat. Salah seorang adiknya, Dr Phyllis Woo pernah bertugas di Hospital Teluk Anson sebelum membuka kliniknya sendiri di Jalan Raja.
Berita kematian Taukey Woo pernah disiarkan oleh The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser pada 29 Ogos 1931.
“The death of Towkay Woo Choy took place at his residence, no. 9 Speedy Road, Teluk Anson, on Tuesday, Aug 11. The late Towkay was a very well-known and old resident of Teluk Anson, was proprietor of Messr. Yue Woo and Co., and one of the biggest landlords in Lower Perak. In his lifetime, he had done much beneficial work for his compatriots by organizing and financing the Teluk Anson Cantonese District Guild and giving some his land for use as a public burial ground. He had served on Lower Perak Sanitary Board for about 10 years”.
Komen-komen daripada warganet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah membenarkan industri pelancongan kembali di buka kepada penduduk tempatan.
Terkini, Sabah sudah membenarkan semula kemasukan ke negeri itu setelah disekat sementara waktu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa 2 Jun 2020.
Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka yang datang ke Sabah daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba. Tetapi dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif. Surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu. Bagi warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini.
Kalau nak rasa purrfect refreshment, Lost Paradise Resort di Pahang mempunyai pemandangan yang cantik. Dia punya resort suasana ala-ala bali.
Setiap entrance dia akan ada pintu yang cantik cantik design pun menarik. Yang best lagi kat sini ada siap bilik untuk pemancing.
Sebab itu diaorang prepare bilik seaview. Buka sahaja pintu boleh terus baling umpan. Tempat untuk memancing pun heaven bukan kaleng kaleng.
Salah satu attraction tempat ini is floating garden which is dorang dah prepare tempat bbq atas laut gaiss. Sambil buat bbq dapat tengok Penang City dengan bunyi ombak laut.
Ini ruang untuk healing juga, baring sambil layan langit biru, syok!
Lost Paradise Resort Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...