Sekali pandang, masjid ini macam masjid di luar negara. Tidak sangka pula masjid yang diwakafkan oleh seorang individu ternama ini berada di Malaysia.
.
Itulah keunikan Masjid Sri Sendayan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti Masjid Nabawi dan Taj Mahal. Bahkan menjadi ini telah menjadi tarikan terbaharu masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan pelancong.
Ads
Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Islam, sekali gus memukau setiap mata yang memandang. Sesiapa sahaja yang singgah di masjid ini pasti mengabadikan gambar kenang-kenangan sebagai simpanan peribadi.
Disebabkan keunikan seni bina masjid itu sendiri, ia tidak henti-henti menerima kunjungan orang ramai termasuk dari luar sejak dari awal masjid ini memulakan operasi secara rasmi.
Ads
Tidak salah jika ramai ingin bandingkan rupa masjid ini dengan Taj Mahal, India kerana pemandangan masjid unik yang mempunyai bangunan keseluruhan berwarna putih seakan sama dengan bangunan ikonik terkenal itu.
.
Masjid Sri Sendayan telah mula dibina pada tahun 2015 yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) selaku pemegang amanah.
Pembinaan masjid di atas tanah seluas 4.5 hektar itu mengambil masa kira-kira empat tahun dan kini ia mampu memuatkan 5,000 jemaah pada satu masa. Pembinaan masjid itu menelan kos lebih RM100 juta dengan pelan dan idea pembinaan juga cetusan daripada pewakaf.
Binaan Masjid Sri Sendayan turut menggunakan sepenuhnya tenaga pakar sekurang-kurangnya empat negara iaitu Turki, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi dan China.
Kalau anda berkelapangan, jom la singgah ke masjid ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuti hujung minggu sangat bagus dimanfaatkan dengan bersantai bersama keluarga. Percutian yang dirancang dengan baik, dapat memberikan pengalaman indah buat anda dan insan tersayang.
Hotels.com memberikan lima destinasi terbaik untuk anda bercuti kerana di lokasi tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.
Terdapat empat hotel di sini yang mendapat anugerah pantai terbaik iaitu The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong. Bercuti di sini membolehkan anda menikmati nikmat percutian sebenar. Anda boleh mencuba aktiviti pantai lasak atau sekadar duduk berehat sambil menikmati panorama pantai. Bacalah buku kegemaran anda sambil mendengar bunyi deburan ombak. Apatah lagi di sini terdapat lokasi beli-belah tanpa cukai.
Sabah terkenal dengan pasar minggu Gaya Street yang menjual pelbagai barangan antik dan cenderamata. Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran mempunyai bilik di Ocean Wing yang menampilkan tab mandi di luar dan katil serta sofa yang menghadap ke pantai. Anda boleh menikmati panorama Gunung Kinabalu yang indah dari rumah kelab di hotel anda.
Destinasi ini adalah pilihan terbaik untuk keluar dari hiruk-pikuk kota. Di sini udaranya bersih, buah-buahannya segar dan panorama begitu indah. Jika anda menginap di The Lakehouse, anda boleh merasai pengalaman seperti kerabat diraja British. Sarapan dihidangkan dalam suasana restoran yang elegan dengan hidangan Inggeris dan minum teh panas. Skone yang enak dimakan panas-panas dengan jem strawberi. Rumah kolonial ini terletak berhampiran ladang Cameron Bharat Tea.
Pulau Pinang adalah destinasi terbaik percutian yang memberi fokus kepada makanan. Di sini boleh dikatakan sebagai syurga makanan dengan nasi kandar, asam laksa dan masakan peranakan. Hotel Seven Terraces adalah hotel butik mewah yang diubah suai daripada deretan teres Anglo-Cina. Mempunyai 18 suite budaya peranakan yang membuatkan anda berasa seperti dibawa kembali ke era berbeza.
Untuk menjimatkan petrol dan masa, tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti. Hotel Traders Kuala Lumpur memberikan pengalaman percutian mewah dengan melawat Skybar. Berkumpul dengan rakan-rakan anda di aras 33 hotel, anda boleh menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tak anak-anak anda yang suka dan excited dengan haiwan maritim seperti ikan, penyu, belangkas dan kuda laut? Kalau ada, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) adalah lokasi terbaik untuk anda bawa mereka mendekati pelbagai spesis hidupan marin yang terdapat di sana.
Terletak hanya di Telok Kemang dan tidak jauh dari pusat bandar, PIHPD adalah lokasi terbaik untuk anda bercuti di waktu hujung minggu bersama keluarga terutamanya ketika bulan Ramadan ni sebab lokasinya yang dekat dan persekitaran bersih serta sejuk di ruang pameran memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.
Untuk pengetahuan anda, PIHPD ini berfungsi sebagai penggalak kepada pembangunan industri marin terutamanya ikan hiasan marin, kuda laut dan batu karang. 80 peratus daripada hidupan marin yang diternak dan dibiakkan di PIHPD ini diambil dari perairan Tanjung Tuan, yang diwartakan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.
Pusat tersebut berjaya membiakkan lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang menggunakan kaedah teknologi baharu.Jadi kepada anda atau ada anak-anak yang meminati ikan hiasan marin, PIHPD ini pasti membuatkan mereka teruja untuk cuci mata melihat kepelbagaian koleksi ikan hiasan yang dipamerkan di sana.
PIHPD ini dibina di atas tanah seluas 0.85 hektar dan selain menjadi pusat pembiakan kepada pelbagai spesies ikan hiasan, tarikan lain yang disediakan di pusat berkenaan adalah konservasi penyu karah dan agar di mana petugas PIHPD menyediakan kawasan pembiakan penyu agar dan karah yang diletakkan di luar bangunan dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara membiakkan dua spesies berkenaan.
Kepada anda yang ingin membawa keluarga bercuti ke sini, PIHPD dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Ahad) dan masuk adalah percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat rakyat Malaysia, Langkawi patut dimasukkan dalam senarai destinasi percutiaan anda. Selain menikmati keindahan alam semulajadinya anda turut menyumbang kepada sektor ekonomi negara ketika ini.
Tidak basah, tidak sahlah percutian anda di Pulau Lagenda ini. Di Pulau Langkawi terdapat banyak lokasi pantai menarik untuk singgah. Jika berada di sini, ambil masa untuk singgah ke semua lokasi pantai yang ada. Setiap pantai di Langkawi mempunyai keunikan dan tarikan yang berbeza tau.
Pantai Chenang
Pantai Cenang antara lokasi menerima kunjungan ramai apabila ke pulau legenda ini. Aktiviti pantai yang boleh dilakukan di sini sangat banyak dan meriah tidak kira siang atau malam.
Pantai Tengah
Jika berada di Pantai Cenang anda juga harus mengunjungi Pantai Tengah. Kedudukannya hanya bersebelahan dengan Pantai Cenang.Pantai ini dihiasi pasir halus dan landai, amat sesuai untuk mandi-manda. Lokasi ini membolehkan anda dapat melihat dengan jelas kehijauan Pulau Tepor.
Pantai Tanjung Rhu
Dalam kalangan masyarakat tempatan, Pantai Tanjung Rhu dikatakan memiliki persekitaran lebih mengagumkan berbanding Pantai Cenang. Anda erlu menikmati sendiri pengalaman itu apabila makan angin ke sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah memancing.
Pantai Pasir Tengkorak
Mengikut legenda tempatan, suatu masa dulu terdapat raksasa laut atau air pusar yang menenggelamkan banyak kapal dan kemudian mencampakkan tengorak mangsanya di pantai ini. Dari situlah nama Pantai Pasir Tengkorak diambil. Kedudukannya yang agak jauh daripada kawasan tumpuan orang ramai menyebabkan pantai ini tidak begitu popular dalam kalangan pelancong luar. Secara langsung, ia menjadikan lokasi itu sebagai lebih eksklusif untuk pengunjung berehat atau menikmati keindahan alam dengan tenang.
Pantai Pasir Hitam
Pasir pantai di sini lebih gelap dan sedikit kehitaman jika dipijak. Ada yang percaya, hitam itu bukanlah pasir, sebaliknya berpunca daripada tanah sawah yang dibakar oleh petani pada tahun 1821. Pantai ini terletak empat kilometer di barat daya Pantai Tanjung Rhu. Anda hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Langkawi Cable Car.
Teluk Burau
Kedudukannya agak tersembunyi kerana ia terletak di sepanjang pesisir barat Langkawi. Anda hanya mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki dari Langkawi Cable Car sekiranya anda ingin ke sini. Pantai bersih dan cantik ini, mengadap Gunung Mat Cincang dan lokasi menarik lain sekitar Pulau Langkawi. Walaupun pesisir pantainya sepanjang dua kilometer, hanya bahagian tengah pantai itu dibuka kepada umum.
Datai Bay
Lokasi ini adalah pantai persendirian yang dikongsi oleh beberapa pusat peranginan lima bintang iaitu The Datai dan The Andaman. Sekiranya bernasib baik, anda mungkin berpeluang melihat sekumpulan ikan lumba-lumba yang sesekali muncul di kawasan laut Andaman yang terbentang luas.
Paradise Island
Paradise Island, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat. ‘Pulau Syurga’ ini juga bersedia menerima tetamu yang ingin mengadakan majlis sambutan ‘istimewa’.
Pantai Pulau Tuba
Berlandskap indah, berpasir putih dan pulau disimbah cahaya mentari, Pulau Tuba sememangnya menjanjikan ketenangan sebagai destinasi percutian idaman. Di samping terkenal dengan pulau yang masih dara, di sini bermulanya kedamaian buat pengunjung yang sukakan percutian privasi jauh dari gangguan. Pulau Tuba hanya boleh diakses menerusi jalan laut terletak kira-kira 5km dari Jeti Kuah, pengunjung yang ingin ke Pulau Tuba perlu menaiki bot yang mengambil masa perjalan sekitar 15 hingga 20 minit bergantung kepada cuaca.
image via google | utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!