Indonesia Dah 25 Kes Kematian! Korang Ada Yang Bercuti Kat Indonesia Masa Negara Tu Bebas COVID-19 Tak?

Share

Negara jiran kita Indonesia sebelum ini merupakan negara yang tidak mencatat satu pun kes ketika negara yang lain di Asia Tenggara menunjukkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Foto: headtopics.com
Foto: asiaone.com

Dek kerana itu, ramai pelancong tidak terkecuali dari Malaysia yang memilih ‘negara garuda’ yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik tersebut untuk bercuti. Semuanya kerana Indonesia negara selamat dan bebas dari ancaman COVID-19 ketika itu.

Foto: The Star Online

Namun, setelah kes pertama COVID-19 direkodkan di Indonesia angka kes terus meningkat dari sehari ke sehari. Timbul banyak persoalan daripada rakyat luar khususnya, adakah ketika tiada kes tidak direkodkan, negara tersebut sebenarnya telah mempunyai ramai individu yang telah pun dijangkiti COVID-19 tanpa sedar.

Jumlah terkini kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang pada 19 Mac 2020. Sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang. Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227).

Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan (17 kes) kematian, Jawa Tengah (3), Bali (1), Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara (1).

Foto: facts.uk

Menurut sumber Bernama, kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa 20 Mac 2020.

  • Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.
  • Susulan langkah tambahan tersebut, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.
  • Selain itu, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.
  • Peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa.
IKLAN