Ini 10 Tempat Wajib Singgah, Kalau Roadtrip Dengan BFF Dari Jeram Ke Sg Besar, Selangor

Share

Walaupun Selangor masih lagi dibawah sekatan PKPB, namun tidak jadi halangan untuk merentas daerah.

Mengambil peluang ini, empat best friend forever, (BFF) telah melakukan roadtrip di beberapa daerah terkenal di Selangor.

Memilih memulakan perjalanan dari Jeram – Tanjung Kerang – Kuala Selangor – Sekinchan dan Sg Besar dengan mengeluarkan bajet sekitarnya RM100 seorang untuk percutian singkat ini.

Banyak antara lokasi menarik yang dilawati BFF ini dan paling penting enjoy dapat melakukan aktiviti bersama-sama bagi mengeratkan lagi tali persahabatan.

Bagi yang berminat untuk melakukan roadtrip hujung minggu ini, boleh ikut 10 tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang percutian ini.

Roadtrip With BFF

Total burn RM100++/person .
Jeram -Tanjong Karang – Kuala Selangor – Sekinchan – Sg Besar

P/S : Trip last minute ( 20/3 – 21/3) dapat book Homestay dekat Sg Besar je , area sekinchan dah full. Main activity kali ni ke Kelip Kelip Kg Kuantan nak naik bot tengok kelip-kelip, sampai sana rupanya santuari Kg Kuantan tutup. So kami pergi ke Kg Belimbing pula. Alhamdulillah buka.

20.03.2021
1. Sarapan
Warung papan padil roti canai *sungai buloh*
– Roti sarang burung paduuu

2. Jalan-jalan naik trem & santai-santai atas bukit (kat atas bukit penuh dengan monyet) Bukit Malawati

3. Coconut Farm *Sekinchan*
– Air kelapa fresh dan tempat lawa, redup

4. Restoran Lembah Bernam (exotic food |rusa,arnab,landak,belut,baung) *Sekinchan*
– Ada makanan yang anda tak pernah try, sedap dan berbaloi! #rusa masak sambal sedap

Check in
5. D Bayu Impian Housestay *Sg Besar*
– Ada mini zoo dan pool tapi agak jauh dari Sekinchan

Petang
6. Padi box (sewa bicycle) *Sekinchan*
– 1 seat RM10
– 2 seat RM15
#kayuh basikal tepi bendang , view sangat2 cantik . Instagram worthy!

Malam
7. Kelip-kelip Kg Belimbing *Kuala Selangor*
– Naik bot bersiar tengok kelip-kelip , agak seram tapi should be ok

Makan
8. Satay hut *Tanjong Karang*

Ahad
Tengahari

9. Faridah Mentarang bakar *sekinchan*
– Kedai viral di socmed so kami singgah jugak ler, mentarang bakar agak lama nak tunggu , so if sanggup tunggu boleh la order bakar-bakar. Kami cuba belangkas masak lemak , mentarang sambal , ikan kerapu . Tak tunggu lama makanan sudah sampai .

10. Cendol durian borhan *Kuala Selangor*

#bfftrip #kualaselangor

Sumber: Athirah Sulaiman Via Backpackers Buddies Malaysia

Artikel Berkaitan:

Nasi Ambeng D’Rebung, Port Santai Baru Geng OOTD Di Sepang!

Lokasi ‘Musim Sakura’ Di Alor Star, Cantik Macam Negara Jepun!

Nikmati Percutian Bertemankan Pemandangan Malam Indah, Di Pine Valley Villa & Camper Site Cameron Highland

IKLAN