Pulau di Terengganu kembali meriah setelah tamat musim tengkujuh.
Waktu yang ideal untuk kembali masuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu adalah dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. Pulau-pulau disekitar Terengganu boleh dilabelkan antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Apa lagi, anda boleh mula merancang awal untuk ke pulau-pulau sekitar Terengganu ini dengan segera.
Ini antara 7 buah pulau yang anda di Terengganu yang menyediakan lokasi penginapan sesuai untuk semua peringkat umur. Bayangkan buka pintu bilik terus nampak view laut yang terbentang luas. Memang best teruk la!
Pulau Redang
Pulau Redang terkenal dengan pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru. Pulau Redang merupakan antara pulau pilihan terbaik untuk pelancong yang inginkan pengalaman percutian di pulau tropika. Kawasan perairan Pulau Redang telah digazetkan sebagai Taman Laut bagi memastikan kelestarian alam semulajadi dikekalkan. Terdapat sebuah resort bertaraf 5 bintang di Pantai Teluk Dalam. Mempunyai 16 resort yang menawarkan 1,177 bilik
Masa yang diambil untuk sampai ke Redang adalah dalam sekitar 1 jam sekiranya bertolak dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Merang. Di Pulau Redang terdapat dua lokasi kapal karam iaitu kapal H.M.S Prince of Wales dan kapal H.M. Repulse yang tenggelam sewaktu Perang Dunia Ke-2. Kini ia menjadi antara lokasi menyelam yang terbaik di dunia.
Pulau Kapas
Pulau kecil ini merupakan sebuah pulau yang cantik, sunyi dengan pantai yang bersih, air laut jernih membiru, pepohon kelapa yang melambai dan gua dengan sarang burung layang-layang. Perairannya menjadi habitat kepada ikan, penyu, terumbu karang dan lain-lain.
Ads
Seperti pulau-pulau lain, pulau ini merupakan destinasi yang harus dilawati terutamanya kepada peminat sukan menyelam dan skuba untuk menikmati keindahan terumbu karang dasar laut, ikan, kerang-kerangan dan penyu. Pelbagai jenis penginapan tersedia, daripada calet bajet hingga mewah dengan penghawa dingin atau kipas.
Lokasinya tidak jauh dari jeti Marang, dengan jarak yang hanya 6 km dan mengambil masa selama 10 minit sahaja dengan menaiki bot laju. Terdapat 9 resort yang menawarkan 256 buah bilik. Teringin untuk menikmati sotong yang segar? Apa kata kalau pergi mencandat sotong di Pulau Kapas? Inilah salah satu aktiviti yang terkenal di pulau kecil ini. Lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti mencandat sotong dari bulan Mac hingga Ogos. Namun bulan Jun hingga Julai adalah waktu terbaik untuk mencadat!
Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar
Terletak 21 km dari pesisir pantai Terengganu. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau yang dipanggil Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini pernah dipilih sebagai pulau yang ke-13 tercantik di dunia melalui kajiselidik yang telah dijalankan oleh CNN dan The Lonely Planet Travel Book memilih perhentian sebagai pulau yang ke-5 terbaik di dunia. Di sini mempunyai 45 resort di Pulau Perhentian yang menawarkan 1,376 bilik.
Ads
Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘backpacker’. Di sini, anda akan menemui pelbagai pilihan makanan dan penginapan bajet. Pulau Perhentian Kecil, ia merupakan sebuah pulau indah yang menawarkan dua kawasan pantai dengan atmosfera yang berbeza iaitu Long Beach (Pantai Panjang) dan Coral Bay. Pantai Panjang memiliki pantai yang berbentuk bulan sabit ini menjadi pilihan ramai untuk berenang, berkelah dan bersnorkeling. Manakala, di Coral Bay pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mengujakan pandangan mata.
Pulau Perhentian Besar pula secara keseluruhannya menawarkan ketenangan yang diimpikan. Pulau Perhentian Besar, lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat juga calet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau ini. Setelah seharian bersantai, esoknya, anda boleh merancang untuk aktiviti snorkeling ataupun menyelam skuba untuk menyaksikan keindahan karang dan ikan yang penuh warna-warni. Untuk aktiviti menyelam skuba, kebanyakan resort-resort di pulau ini menawarkan kursus menyelam di pusat-pusat menyelam yang lengkap dengan segala peralatan.
Pulau Lang Tengah
Pulau Lang Tengah terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pengunjung boleh menggunakan Jeti Pelancongan di Merang yang terletak di utara dari Kuala Terengganu dan perjalanan ke pulau mengambil masa 40 minit dengan bot laju. Pulau Lang Tengah menjanjikan hujan tropika yang masih belum terusik dan masih mengekalkan ekosistem semulajadi. Hanya terdapat 4 resort sahaja yang menawarkan 225 bilik.
Ads
Selain itu, sekiranya anda datang ke sini dari bulan Mei ke September, anda mungkin dapat melihat di depan mata kedatangan penyu-penyu yang mendarat untuk bertelur di kawasan pantai.
Pulau Tenggol
Terletak di daerah Dungun, Pulau Tenggol merupakan lokasi pilihan penyelam skuba untuk melakukan selaman malam dan meninjau bangkai kapal. Pulau pilihan untuk penyelam skuba untuk menjadi dekat dan peribadi dengan jerung paus migrasi di habitat semula jadi mereka. Terdapat 3 resort yang menawarkan 50 bilik.
Keunikan tebing menegak di bawah air yang membentuk pelbagai hidupan laut yang tidak pernah berhenti diterokai oleh penyelam. Pulau ini jarang didengari namun pulau ini sebenarnya pernah dikatakan sebagai destinasi menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia di dalam Asian Diver Magazine Annual Edition. Untuk pengetahuan anda yang bercadang ke sini, Pulau Tenggol terletak hanya 50 minit perjalanan bot dari jeti Kuala Dungun.
Pulau Gemia
Terletak tidak jauh dari Pulau Kapas dengan jarak hanya 800 meter adalah Pulau Gemia. Lokasinya dari tanah Semenanjung pula hanyalah 5 km. Sekiranya anda bertolak ke sini dari jeti Marang menggunakan bot laju, masa yang diambil hanyalah 15 minit. Jika bernasib baik, mungkin anda dapat melihat ketibaan sang penyu daripada spesies Agar yang datang untuk bertelur di kawasan pantai.
Bestnya kalau dapat main salji. Maklum la Malaysia ni tak ada salji. Tipu la kalau tak rasa teringin nak rasa salji putih yang sejuk tu kan? Kalau nak try pegang salji yang ori mesti mahal negara yang nak dituju tu.
No..no! Jom simpan duit dan ikut Itenari bro ni. Al Hadi Mahusin bercuti sambil main salji di China dengan harga yang bajet.
7 Hari: Kunming,Lijiang dan Dali, China RM1500 All in!!!!!
BUDGET :
Rates 59.10/ Tukaran RM500 sahaja
KB – KL RM69 (Air Asia)
KL – Kunming RM159 (Air Asia)
Kunming – Lijiang RM154 (Trip.com – China Eastern Airlines)
kunming – KL RM119 (Air Asia)
KL – KB RM78 (Malindo Air)
Lijiang – Dali by train RM20 (Trip.com)
Dali – Kunming by train RM85 (Trip.com)
Lijiang International Youth Hostel RM103/2 Pax- 3D2N Twin Room with Shared Bathroom (LIJIANG) (Agoda)
The Jade Emu International Guesthouse
RM70/2Pax – 2D1N deluxe king (DALI) (Agoda)
Qian Lv Chen Dazhen Hotel (KUNMING) RM78/2Pax – 2D1N Business Twin (Agoda)
Simkad TuneTalk – RM60/2 4GB
Visa buat dengan The Passport Project – RM140 (bypos)
SABTU 16 NOV 2019
5.20PM Flight Kota Bharu ke KL
– Tempat lepak Fav Family Mart
– Verified visa dekat kaunter Air Asia dan terus masuk
9.35PM – Flight KL ke Kunming
AHAD 17 NOV 2019
1.25AM Sampai kunming Changshui International Airport
– pusing2 dalam airport sambil tunggu next flight
6.55AM Flight Kunming ke Lijiang (China Eastern Airlines )
– Sampai Lijiang Sanyi International Airport, Ambil didi 20yuan/pax ke hotel atau ambil bus 20yuan/pax stop di old town lijiang
– Check in hotel Lijiang International Youth Hostel dan jalan2 old town lijiang (hotel ni susah nak cari,maps pun tunjuk dekat lain. Pusing tempat sama last2 jumpa dengan orang malaysia diorng tunjukkan sebab diorng pernah stay situ.
– Jalan2 Black dragon pool
– Banyak kedai halal,jalan2 dan akan jumpa kedai halal nanti boleh pilih nak try kedai mana huhu
– Malam pusing2 old town
Isnin 18 NOV 2019
6.20AM ke Baishui river, Blue Moon Valley dan
Jade Dragon Snow Mountain
– Pakej ke jdsm 450yuan sorang tanpa lunch and show, pakej termasuk clothes,tank oxygen 1 sorang,entrance fee dan lain2. (Bawa bekal makanan sendiri ya huhu)
4.30PM balik ke lijiang
– Malam jalan kaki ke mall bawah tanah xpress line old town. Pusing2 old town lijiang dan makan
Selasa 19 NOV 2019
9.30AM naik bus no.18 ke Lijian train station (2yuan)
10.20AM Train ke dali (34yuan)
– Sampai dali ambil bus no 8 ke old town dan bus akan stop dekat gate north (3yuan)
– Check in The Jade Emu International Guesthouse
– Pusing2 Old town dali
– Jalan kaki ke three pagoda, enhai lake dan canola garden
– Malam pusing2 old town dali
– Kedai halal ada dalam old town dali
Rabu 20 NOV 2019
7AM Naik bus depan hotel ke Dali train station (2yuan)
8:22AM Train ke kunming (34yuan)
– Check in Qian Lv Chen Dazhen Hotel
– jalan2 kunming dan makan
– Pergi makan dalam kantin Yixigong Mosque, banyak kedai halal berdekatan masjid dan jangan lupa try satay daging sedap
– Naik bus C85 ke Guandu Ancient Town dan balik pun naik bus yang sama (4yuan return)
– Jalan2 Nanping Pedestrian Street. Malam-malam sangat happening kawasan ini.
Khamis 21 NOV 2019
7AM breakfast dan Check out hotel,tinggal bag dekat receiption dan terus gerak ke Stone Forest, dari kunming railway station,Jalan kaki ke yongsheng road dalam 1km and take bus no 60 to east bus station kunming (2yuan), and beli tiket bus to shilin stone (34yuan).Tiket masuk stone forest (130yuan) Electric car fee (25yuan) saya tak ambil electric car so jalan kaki 4KM return huhu.
6PM Naik bus balik ke east bus station kunming
– Sampai east bus station kunming dan ambil bus no.60 (2yuan) untuk balik ke kunming railway station
– Jalan kaki ke Rainbow Bread Works (bakery halal)
– Jalan kaki ke hotel, ambil bag dan terus ke zhengxian metro station (5yuan) ke Airport Kunming.
Jumaat 22 NOV 2019
2.30AM Flight Kunming ke KL
6.30AM Sampai Klia2
TIP
Makanan halal dalam airport kunming level B2 kalau ke kanan akan jumpa kedai rainbow bread work (halal bakery) kalau ke kiri ada restoran halal
Kunming,Dali,Lijiang banyak kedai halal
Train dan flight kunming ke Lijiang book dekat Trip.com
Souvenir beli di lijiang dalam 10-20yuan
Saya banyak guna maps ya sebab dia akan tunjuk bus no berapa yang kita perlu ambil untuk ke sesuatu tempat
Makanan saya bawak Brahim,maggie dan lain2, xhabis pun huhu banyak makan kedai hahahaha
Disana diorang meludah tak kira tempat, dalam airport tempat orang duduk pun diorang meludah sana sini
Untuk bercakap dengan diorang saya guna Apps Translator yang warna hijau
Pastikan copy gambar sticker halal dalam bahasa cina diorang nanti nak membeli senang huhu
Kalau yang dekat klia2 boleh jimat lagi,kami dari kelantan so kene keluarkan duit lagi
Download app wechat
Trip ni banyak jalan kaki, nak jimat
Kalau nak book via Trip.com make sure date issued ticket awal jangan lambat. Macam saya ambil yg date issued 18nov train Lijiang ke Dali pada 19 Nov 2019. 18 Nov 2019 tu Trip.com cancel book saya. Terpaksa walk in dan nasib baik masih available.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Inderapura Lake Resort, salah satu resort yang menarik yang terletak di Pekan, Pahang dan yang paling penting, harga berpatutan untuk korang bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Inderapura Lake Resort
Selalu kalau pergi hotel, agak sukar untuk bersantai bersama keluarga dan rakan, bukan? Lagi-lagi kalau bilik asing, jadi kalau singgah resort ini, banyak kemudahan yang disediakan untuk seisi keluarga dan rakan.
Resort menarik di Pahang ini terkenal sebagai lokasi pelancong yang inginkan tempat penginapan tanpa had untuk bersembang bersama keluarga dan rakan.
Ini kerana, resort ini menyediakan ruang koridor, tempat duduk untuk bersantai, serta tasik yang luas untuk memancing dan melakukan aktiviti berperahu.
Bukan itu sahaja, resort ini juga terletak berhampiran beberapa tempat terkenal untuk pelancong, hanya 10 minit dari pekan Pekan dan 50 minit dari tol plaza Gambang. Tambahan pula resort ini juga menawarkan pakej menu sarapan pagi yang berpatutan.
Tapi kalau nak makan kat luar pun, tempat ini berdekatan dengan kedai makan dan juga gerai. Sangat memudahkan anda kalau bab makan-makan.
Apa pun, kalau rasa nak rehatkan minda sekejap, boleh lah singgah di sini. Resort dengan harga mampu milik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Itali sinonim dengan kota fesyen, piza, pasta, gelato dan pelbagai tempat romantis untuk dikunjungi termasuklah Amalfi Coast.
Lokasi ini merupakan salah satu tempat menawarkan pemandangan yang cukup indah di Itali selain Rome. Setiap pengujung pasti teruja untuk menjelajah setiap inci lokasi ini.
Di sini juga terletaknya kediaman yang dibina dilereng-lereng bukit serta dicat dengan pelbagai warna menjadikan ia pemandangan cukup mempesonakan ditambah pantai yang membiru sebagai latar. Siang dan malam juga bakal memberi sisi berbeza Amalfi Coast.
Terletak di barat daya wilayah Itali iaitu Campania, Amalfi Coast terbentang luas 30 batu sepanjang Sememanjung Sorrento. Ia memberi kelebihan kepada destinasi ini memiliki laluan pantai yang sangat cantik dengan pantai yang bersinar, curam batu, taman pokok lemon, villa pelbagai warna serta resort yang bergaya.
Jika anda menggembara bersama yang tersayang di Amalfi Coast cukup sesuai untuk merasai kehangatan cinta dan ketenangan. Jom layan foto indah di sini, mana tahu boleh dijadikan pilihan percutiaan idaman tahun 2020 anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...