Sarawak menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja untuk berkunjung ke Bumi Kenyalang ini. Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.
Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.
Bazar Utama Kuching – Pusat Jualan Kraftangan Sarawak
Bazar Utama Kuching (Kuching Main Baazar) merupakan jalan tertua dan menjadi nadi kepada bandar Kuching lama. Pengunjung pasti terpegun melihat binaan reka bentuk rumah kedai lama masyarakat Cina yang telah didiami oleh beberapa generasi keluarga. Sekiranya menginap di hotel sekitar bandar raya Kuching jangan melepaskan peluang mengunjungi Bazaar Utama Kuching untuk membeli atau sekurang-kurangnya melihat kepelbagaian hasil seni dan kraf tangan buatan masyarakat tempatan. Daripada barang ukiran hinggalah hasil tenunan sendiri, semuanya boleh didapati pada harga yang murah. Pelbagai kedai kraftangan dan cendermata boleh ditemui di sini, dan telah menjadi kawasan tumpuan pelancong untuk membeli-belah.
Antara produk jualan kraf yang boleh didapati di sini adalah tikar Sarawak, kain Pua, rantai manik, beg anyaman, perhiasan rumah dan banyak lagi. Bertentangan dengannya pula ialah laluan jalan kaki terkenal, Tebingan Kuching atau lebih popular dipanggil waterfront yang merupakan bekas pelabuhan kapal-kapal dagang yang menjadikan tempat itu sebagai tapak permulaan bandar Kuching. Dari situ, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari seberang sungai dengan menaiki bot tambang yang pernah menjadi pengangkutan terpenting suatu ketika dulu.
Kek Lapis Sarawak
Ads
Salah satu daripada produk signature Sarawak yang seringkali mendapat perhatian ramai adalah kek lapis Sarawak yang merupakan sejenis kuih pemanis mulut yang wajib ada di atas meja di rumah masyarakat Melayu Sarawak. Jika berkunjung ke Kuching, singgah sebentar di mana-mana sahaja kedai yang menjual Kek Lapis Sarawak, anda pasti kagum melihat lebih 50 jenis kek lapis Sarawak yang pelbagai warna, cantik dan halus buatannya dihasilkan setiap hari.
Antara jenis kek yang seringkali ditawarkan ialah kek lapis keju coklat, coklat Cadbury, masam manis, oreo, blueberi keju, nescafe cappuchino dan banyak lagi. Namun yang paling sedap dan mendapat permintaan ramai ialah kek lapis masam manis. Kek lapis yang diletak di luar peti sejuk boleh tahan sehingga satu minggu manakala jika disimpan dalam peti sejuk dan tidak dipotong, boleh tahan sehingga tiga bulan. .
Medan Niaga Satok- Terubuk ikan masin
Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.
Ads
Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar.
Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.
Pasar Tamu Serian
Bandar Serian terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Kuching menjadi destinasi riadah dan lokasi membeli belah pada hujung minggu. Kemunculan pusat komersil serta Pasar Tamu Serian yang terkenal dengan produk serta hasil hutannya membolehkan pengunjung mendapatkan segala jenis keperluan di situ. Di Pasar Tamu Serian terdapat pelabgai gerai-gerai menjual bekalan basah, sayur-sayuran kampung, buah-buahan tempatan dan kuih tradisional Sarawak yang sering dijadikan buah tangan pelancong. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah berbanding di kawasan lain.
Ads
Buah tempatan yang diberi jolokan buah Kristal Sarawak merupakan ole-ole yang mesti dibeli jika berada di Pasar Tamu Serian ini. Rasanya sangat sedap dan manis, seakan buah laici dan mata kucing.
Kilang Pemprosesan Lada, Sri Aman
Lada merupakan rempah yang digunakan dengan meluas sebagai perasa makanan sejak berkurun lamanya. Di Sarawak, lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, lada merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Lada banyak ditanam di beberapa daerah seperti di bahagian Sri Aman.
Jika berada di Sri Aman, jangan lupa untuk singgah ke kilang pemprosesan lada iaitu Aromatic Black Pepper. Terdapat dua jenis lada yang biasa dijumpai di Sarawak sebagai rempah iaitu lada hitam dan lada putih. Kedua-duanya dihasilkan dari buah lada hitam melalui dua proses yang berbeza. Lada hitam dihasilkan dengan cara menjemur dan mengeringkan buahnya yang belum masak di atas api hingga kulitnya berubah menjadi hitam dan berkeriput.
Lada putih pula dihasilkan dengan memetik buah yang hampir masa, ia kemudiannya direndam untuk memudahkan proses pengupasan. Lada putih mempunyai bau yang lebih kuat dari lada hitam, tetapi bau lada hitam lebih wangi dari lada putih. Pengunjung juga berpeluang untuk membeli lada di sini yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding di pasaran.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Buaya Sangkut di Johor merupakan antara air terjun yang besar dan sukar diakses melainkan dengan bermalam sehingga 3 – 7 hari di dalam hutan.
Taman Negara Endau-Rompin merupakan taman negara kedua digazetkan di Semenanjung Malaysia. Ia dilitupi hutan hujan tertua dunia serta batu gunung berapi berusia 240 juta tahun.
Nama Endau-Rompin berasal dari pertemuan dua sungai besar iaitu Sungai Endai di selatan Johor dan Sungai Rompin di utara Pahang.
Ia juga menyimpan flora dan fauna yang unik termasuk badak Sumatra. Orang Asli dari puak Jakun juga mendiami hutan tebal ini.
Perjalanan yang terancang bagi melihat tempat-tempat hebat Taman Negara Endau-Rompin memakan masa 3 hari. Kebiasaannya, pengungjung mendiami lebih dari seminggu bagi menikmati hutan semulajadi ini. Anda dinasihatkan menggunakan khidmat pemandu arah bagi mengelakkan sesat. Pakej yang diberikan oleh Perbadanan Taman Negara Johor juga berpatutan.
Taman Negara Endau-Rompin juga menyimpan air terjun hebat seperti Upeh Guling, Batu Hampar dan Buaya Sangkut.
Ada 3 laluan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin; 1. Laluan Timur dari Kahang (kampung Peta)- paling mudah dan jimat masa 2. Laluan Barat berhampiran pekan Bekok dan Segamat 3. Laluan dari Kuala Rompin
Menaiki bot ke Kuala Jasin: Bahagian pertama perjalanan anda ialah 45 minit menaiki bot menyusuri Sungai Endau yang sangat tenang ke Kuala Jasin. Bot dinaiki dari penempatan Orang Asli Kampung Peta. Pemandu arah Taman Negara akan membawa anda masuk ke hutan. Air sungai ini sangat jernih dan boleh diminum. Di kiri kanan anda hanya hutan tebal dan anda boleh melihat ikan berenang dalam air.
Air Terjun Upeh Guling dan Batuan Gunung berapi: Dari Kuala Jasin, sejam setengah trekking untuk ke hentian pertama Kuala Marong. Dalam perjalanan, beberapa sungai arus derasperlu diseberang menggunakan tali. Di Kuala Marang, ada kawasan khemah, rumah kayu besar dan tandas. Upeh Guling hanya 15 minit berjalan kesana. Banyak batu pusaran air kesan dari pergerakan gunung berapi 240 juta tahun dahulu.
Tasik Air Biru: 15 minit ke timur Upeh guling, tasik segar yang amat tenang. Air kebiruan hijau mengalir tenang disini. Anda boleh mandi disini, namun dilarang memancing.
Air Terjun Buaya Sangkut:Perjalanan seterusnya ke Air Terjun Batu Hampar mengambil masa 40minit. Sesuai untuk berehat sebentar dan mandi di sini, kerana ujian ketahanan sebenar bermula di sini. Anda mendaki Bukit Semanggong yang curam ; 2370 kaki tinggi. Kecuraman sekitar 45 darjah. Selepas 3 jam yang memeritkan, anda akan bertemu Air Terjun Buaya Sangkut. Ia air terjun yang tinggi dan sangat mengagumkan. Ini merupakan kemuncak perjalanan Taman Negara Endau -Rompin.
Buaya Sangkut Orang Hulu menceritakan hikayat, dahulu terdapat seekor buaya besar yang hidup di dalam kolam bahagian atas air terjun. Sehinggalah suatu hari, buaya itu cuba menyusuri ke bawah air terjun mengejar mangsa, tersangkut di celah batu serta menjadi batuan besar di air terjun itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
⭐TRIVIA
Pulau Perhentian diliputi hutan hujan tropika dan mempunyai keindahan laut yang memukau
Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
⭐TRIVIA Diberi nama Pulau Perhentian kerana dahulunya pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagang
⭐PRO TIP Pastikan anda menempah bilik dahulu sebelum ke Pulau Perhentian kerana khuatir bilik-bilik resort yang murah penuh
Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.https://www.instagram.com/p/Bt-AF_iBa2o/
⭐TRIVIA Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru di Pulau Perhentian bertambah cantik
Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
⭐PRO TIP Jangan lupa menyapu losyen sun block supaya tidak rentung terbakar seperti udang bakar
Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
⭐TRIVIA Semasa melakukan aktiviti snorkeling, antara ikan yang dijumpai ialah ‘Ikan Nemo’
Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
⭐TRIVIA Tahukah anda? Penyu cepat menyedari kehadiran anda lalu pantas sahaja melarikan diri dan dikatakan makhluk yang sangat pemalu
Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
⭐PRO TIP kebanyakkan kedai di Pulau Perhentian Besar tutup pada pukul 10 malam dan pulau itu lebih sesuai untuk pengunjun yang berkeluarga
Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
Kincir Angin ini terletak di Pulau Kecil dan untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu mendaki lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kelajuan pergerakan anda.
Naik ke kincir angin dalam pukul 17:00 – 17:30 kerana pemandangannya lebih cantik dan tidak panas.https://www.instagram.com/p/Bt2IssTli1d/
⭐TRIVIA Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja sebaik melihat pemandangan yang begitu indah pada ketinggian 150 meter daripada paras laut
Long Beach panoramanya seumpama berada di pantai luar negara. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
Waktu malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Long beach.
⭐TRIVIA Terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di Long Beach.
https://www.instagram.com/p/BskP6GZF1IB/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau dah sampai Kuantan, Pahang, singgah lah di Time Capsule Retreat. Tempat ini nampak unik dengan suasana lampu yang tenang, bunyi burung dan unggas-unggas hutan. Sejuk mata memandang sebab semua hijau.
Tiga aktiviti utama di sini ada BBQ, tengok sunrise, dan pergi Air Terjun Pelangi.
Di sini tak ada pool tapi mempunyai private jakuzi di luar bilik. Memang budak-budak lah paling gembira main air, dengan view cantik. Boleh berendam sampai puas.
Bilik berkaca yang sangat simple, ada katil besar dan aircond, lampu serta plug untuk anda charge barangan elektrik.
Sekitar sini bersih, jadi jangan risau walau anda berada dalam suasana yang di kelilingi hutan.
Sesekali nak ‘healing’ dengan keluarga atau kawan-kawan, boleh lah booking tempat ini, ya!
Toilet kongsi dengan penghuni yang lain, tapi bersih. Ada water heater shower juga, kalau sejuk boleh mandi air panas.
Lokasi:
Time Capsule Retreat, Sungai Lembing, Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!