Isla de Las Munecas Perkampungan Patung Terkenal Di Mexico

Share

Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Isla de Las Munecas atau lebih dikenali sebagai Pulau Anak Patung yang penuh dengan anak patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. 

Walau pun nampak ngeri dan seram dengan ribuan anak patung ‘cacat’ tergantung, lokasi ini menjadi tarikan pelancong yang berpusu-pusu melawat destinasi tersebut pada setiap tahun. Perjalanan ke pulau ini mengambil masa dua jam melalui sebuah terusan dari Bandar Raya Mexico.

Pada awalnya, lokasi menakutkan ini bukan untuk dijadikan destinasi tarikan pelancong. Bagaimanapun, ia dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang mungkin mencabar diri menjadi berani untuk melihat sendiri lokasi menyeramkan yang diceritakan dari mulut ke mulut sejak berpuluh tahun lalu.

Kejadian berlaku kira-kira 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Anak patung digantungkan sebagai simbolik untuk gembirakan si mati selain tidak mengganggu atau menghantui penduduk di kawasan penempatan itu.

Kisah disebalik wujudnya lokasi ini, pada awalnya sebuah patung digantung oleh seorang lelaki penduduk tempatan Don Julian Santana Barrera. Dia menggantungkan anak patung tersebut dengan niat untuk menghalau roh seorang kanak-kanak perempuan yang lemas di terusan berhampiran lokasi tersebut daripada mengganggunya. Namun Don Julian Santana Barrera sendiri turut mati lemas di perairan sama 14 tahun lalu.

Sehingga hari ini, roh mangsa dikatakan masih menghantui kawasan sekitar itu. Beberapa pelawat juga mengaku pernah mendengar bunyi yang menyeramkan di lokasi itu.

Tengok gambar pun dah seram.  Ini kan berada di lokasi ini.

IKLAN