Best baca percutian ke Korea pasangan suami isteri ini, banyak tempat menarik di sana yang mereka kongsi dengan pembaca. Eh, jom tengok beberapa lokasi yang menarik.
Dikongsi oleh Puan Nasiha Gaberan, jelasnya, percutian ke Korea bersama suami tersayang tidak menggunakan ejen pelancongan tetapi sepenuhnya DIY. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.
Percutian Ke Korea
Alhamdulillah selesai trip DIY saya dan suami pada 12 mei hingga 17 mei 2024. Saja nak share itinerari kami untuk rujukan anda yang bakal ke sini. Boleh ditambah baik lagi mengikut kesesuaian.
Hari pertama (ahad 12/5)
– 6.40 am landed Incheon airport
– Naik airport bus ke myeongdong (17,000 won)
– Drop luggage di K-pop Residence Myeongdong 1
– Ssamzigil
– Insandong street
– Lunch di Kampungku
– Check in & rehat
– Namsan Tower
– Banpo bridge moonlight rainbow fountain
– Dinner di Maehwa Myeondong
– Myeongdong street
Halal meal KL-HCM
Flight kami pada malam hari sebelumnya, transit di Vietnam. Alhamdulillah di imigresen Korea hanya tunjuk passport, pegawai tak ada minta benda lain walaupun dah standby print macam-macam.
Que pun tak lama mungkin sebab masih awal pagi. Selepas imigration dan amik luggage, kami beli t-money di CU mart dan terus topup 30,000 won. Cukup untuk 5 hari dan masih ada baki 1,700 won.
Selesai hal t-money, kami beli tiket bus limousine di kaunter dan terus naik bas. (Kebetulan waktu tu memang ada bas) Kami turun di station terakhir iaitu Myeongdong.
Selepas drop luggage di hotel, kami pusing-pusing Myeongdong kejap dan jalan kaki ke Ssamzigil. Kalau ikut naver map dari hotel kami, akan lalu di Cheonggyecheon stream. Kami hanya view dari atas, tak turun bawah.
Jalan kaki dari myeongdong ke Ssamzigil, Insandong akan lalu Cheonggyecheon stream.
Selepas Ssamzigil, kami pusing Insandong Street pula. Selepas itu, jalan kaki ke Kampungku untuk makan tengah hari. Selepas lunch, sambung pusing Myeongdong Street sebelum check in jam 2 pm.
Ssamzigil
Settle check in dan rest, kami jalan kaki ke Namsan Yejang Bus Parking Lot untuk naik bas ke Namsan Tower. Selepas 2 jam di Namsan Tower, kami naik bus ke Banpodaegyo Bridge Moonlight Mujigae Fountain untuk tengok air pancut dan enjoy view sunset.
Insandong street
Kebetulan waktu ini ada event, jadi agak ramai orang dan ada banyak food truck. Kemudian, gerak balik ke Myeongdong untuk dinner di Maehwa Bbq. Kami amik lamb skewer, lamb chop & dumpling. Bagi kami rasa biasa sahaja.
Banpo bridge moonlight rainbow fountain
Selesai dinner, kami jalan dan makan street food dekat Myeongdong Street sebelum balik hotel dan rehat. Selesai hari pertama di Korea.
Maehwa bbq myeongdong
Hari kedua (isnin 13/5)
Bukchon hanok village
– Bukchon Hanok Village
– Rent hanbok at Daehan Hanbok
– Gyeongbokgung Palace
– Lunch at Heerak Galchi Namdaemun
– Gangnam style statue
– Solat at Coex Mall
– Coex Mall Starfield Library
– Soekchon Lake
– Lotte World Tower
– Snacking at Manis kitchen
– Seoul central mosque
– Noksapyeong bridge (shooting location itaewon class)
– Dinner at Yell-O Chicken
– Myeongdong street
Singgah tengok bunga waktu otw jalan dari Bukchon Hanok Village ke Gyeongbokgung Palace
Hari ke-2, kami bangun awal pagi untuk ke Bukchon Hanok Village. Sebelum gerak, kami sarapan roti (bawa dari Malaysia) dan minum coffee 3in1 free dekat hotel. Kami jalan kaki sahaja sebab tengok naver map macam tak jauh mana.
Jam 8.30am sampai di Bukchon Hanok Village. Mungkin sebab masih awal pagi, tak berapa ramai orang. Selepas selesai bergambar dan jalan2 area tu, pukul 9.15am kami jalan kaki ke Daehan Hanbok untuk sewa hanbok. Ambil masa lama juga utk pilih dan pakai hanbok, hampir 45 minit.
Ads
Lunch Heerak Galchi
Plan asal kami nak pakai hanbok untuk ke Gyeongbokgung & Changdeokgung tapi rupanya hari isnin Changdeokdung tutup. Jadi kami decide sewa hanbok 1 jam saja untuk bergambar di Gyengbokgung. Alhamdulillah cukup 1 jam walaupun sedikit terkejar-kejar.
11.30 am kami pulangkan hanbok dan naik bas ke Namdaemun untuk lunch di Heerak Galchi. Stew ikan & ikan grill sini memang mantap, side dish pun sedap. Kami rate 9/10.
Gangnam statue
Agak ramai orang sebab waktu lunch hour. Settle lunch kami naik bus ke Coex Mall. Kebetulan bas turun betul-betul depan Gangnam Statue. So bergambar dekat situ dulu. Masuk Coex Mall, cari surau dulu untuk solat. Lepas solat, baru ke Starfield Library dalam Coex Mall.
Starfield Library
Selepas itu, naik bas ke Seokchon Lake. Dekat sini agak ramai orang sebab kebetulan ada Pokemon Pop-out event. Settle berjalan Seokchon lake, kami naik train ke Itaewon.
Pokemon pop-out event @ seokchon lake
Sampai itaewon, kami snacking tteokbokki di Manis Kitchen sebelum ke Seoul Central Mosque. Dari Seoul Central Mosque, kami jalan kaki ke Noksapyeong Bridge (tempat shooting itaewon class).
Lotte world tower
Kebetulan sampai tu dah hampir sunset, view cantik. Selepas itu, kami jalan kaki untuk dinner di Yell-O Chicken. Ayam sini kami bagi rate 7/10, sedap!
Snacking @ manis kitchen
Settle dinner, pulang ke Myeondong dan macam biasa pusing Myeongdong Street dulu sebelum balik hotel.
Yell-O Chicken, Itaewon
Hari ketiga (selasa 14/5)
– Eunpyeong Hanok Village
– Coffee at Irin Iljan (view hanok village)
– Yonsei university
– Lunch at Gosame
– Solat at Sinchon Tourist Information Centre
– Ewha University
– Namdaemun Market
– Cafe Pokpo (view waterfall)
– Dinner at Busan Jib
– Daiso 12 floors
– Myeongdong street
Hari ke-3, dalam 8.40 pagi kami naik bas untuk ke Eunpyeong Hanok Village. Jauh juga dalam hampir 1 jam. MasyaAllah cantik sangat dekat sini, ada banyak bunga juga.
Bunga ros @ Eunpyeong Hanok Village
Selesai pusing dan bergambar, singgah minum kopi di Irin Iljan (nampk view Eunpyeong Hanok Village). Dalam 11.30 am, kami naik bas ke Yonsei University. Sampai sana dalam 12.30 tengah bari.
Bunga lagi, Eunpyeong Hanok VillageGosame
Selepas itu jalan kaki untuk lunch di Gosame, makan sotong pedas, ikan mackerel grill dan soft tofu stew. Rasa paduu wooo, kami rate 10/10.
Ads
Yonsei University
Selesai lunch, singgah solat di Sinchon Tourist Information Centre (ada prayer room). Settle solat, jalan kaki ke Ewha University.
Pukul 2.30 pm, kami ke Namdaemun Market untuk beli souvenir. Actually waktu ni boleh terus pergi Hongdae Street sebab dah dekat.
Cafe pokpo
Pukul 5.00 pm, gerak ke Cafe Pokpo untuk minum kopi sambil tengok view waterfall. Selepas itu, naik bas ke Myeongdong untuk balik rehat di hotel.
Malam itu kami dinner di Busan Jib. Dekat dengan hotel, selang 1 lorong sahaja. Settle makan dalam 9 pm, kami ke daiso 12 tingkat. Disebabkan hanya ada 1 jam sebelum daiso tutup, kami fokus di tingkat bahagian makanan.
Italian village
Selesai di Daiso, pergi Olive Young dan pusing Myeongdong Street lagi sebelum balik hotel. Biasanya waktu malam baru mula beli souvenir.
Hari keempat (rabu 15/5)
– Nami Island + petite france + italian village
– Lunch at Asian Family Restaurant (ada tempat solat)
– Dinner at Busan Jib
– Myeongdong street
– Cheonggyecheon stream (night walk)
Hari Ke Empat
Nami island
Kami amik pakej Nami Island + petite france + itallian village di Agoda sebab lagi murah dari klook. Ada 3 pilihan untuk pickup location, kami pilih pickup location 9 pagi di Namsan Yejang Public Parking Lot.
Petite france
Mula-mula pergi ke Petite France & Italian Village. Dekat sini tak lama, dalam 10.30 pagi – 11.50 pagi sahaja. Selepas itu baru gerak ke Nami Island. Dalam 12.30 pm naik ferry ke Nami Island. Sampai sana kami pusing-pusing dan bergambar dulu sebelum lunch di Asian Family Restaurant. Kami amik jajangmyeon & spicy stir fried octopus. Sedapp, rate 8/10.
4.40pm bas gerak balik ke Seoul. Dalam 6.45 sampai di Myeongdong. Sampai je dari nami, kami balik hotel dulu untuk mandi dan tukar baju sebab baru lepas kena hujan.
Spicy stir fried octopusHotteok @ nami island
Settle mandi, turun dinner ayam goreng + add on nasi di Busan Jib. Sedap 10/10. Settle makan kami pusing Myeongdong Street dan pergi Cheonggyecheon stream. Jalan kaki sahaja sebab tak jauh. Cantik view malam.
Ads
Ayam goreng Busan Jib💯
Hari Kelima (khamis 16/5)
– Lotte adventure world
– Late lunch at Nusantaraku (ada tempat solat)
– Hongdae street
– Dinner at Busan Jib
– Daiso 12 floors
– Myeongdong street
Pagi hari ke-5 kami gerak lambat sebab tak rushing Lotte World buka 10.30 am. Sebelum gerak isi perut dulu makan roti & minum kopi. Naik train ke Lotte lagi cepat dari naik bas.
Dalam Lotte tak ada makanan halal. Jadi tahan je perut sampai puas main dalam ni. kami main dalam 5 ride. Selesai jam 3.30pm dan kami gerak ke Hongdae untuk makan di Nusantaraku. Ayam geprek & ayam bakar dia, mantap!
Settle makan, kami pusing Hongdae Street dan terus balik rehat hotel. Dinner kami repeat busan jib lagi. Makan ayam goreng + kongsi 1 nasi.
Settle makan, repeat Daiso 12 tingkat sebab nk beli kopi untuk souvenir dan pusing Myeongdeong Street macam biasa.
Hari keenam (jumaat 17/5)
5.30am dah tunggu depan bus stop untuk naik airport bus ke airport. Alhamdulillah selamat sampai rumah.
Tiket penerbangan:
KUL – ICN – KUL (Vietnam Airlines)
RM2424/2 = RM1212
* include halal meal + Check in Baggage 23kg
* KUL – ICN transit 2jam di Ho Chin Minh
* ICN – KUL transit 2jam di Ho Chin Minh
Penginapan:
Kpop Residence Myeongdong 1 (6 day 5 night) RM1208/2pax = RM604
* Dekat dengan airport bus Myeongdong
K-Eta:
RM74.88/2pax = RM37.44
Insurance:
RM85.12/2 = RM42.56 (Etiqa Travel 360)
Topup T-Money untuk 5 hari:
60,000won/2 = 30,000won (RM104)
Airport bus:
RM240/2 (pergi balik) = 1 pax RM120
Nami island Petite France + Itallian village:
RM389.39/2 = RM194.70
Lotte theme park (klook):
RM281.78/2 = RM140.8
Nampak semua tersusun dan senang nak gerak, bukan? Nanti kalau ada rezeki, anda boleh ke Korea pula. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan selamat bercuti!
Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa kini memperkenalkan promosi Malay Authentic Buffet Lunch dengan menawarkan masakan tradisional Melayu popular dari semua negeri di Malaysia.
Dihidangkan secara bufet untuk makan tengah hari (tujuh hari seminggu), sasaran promosi ini adalah bagi semua lapisan pelanggan dengan tawaran harga promosi menarik iaitu RM29++ berbanding harga asal RM38++.
Antara menu popular yang dihidangkan adalah Gulai Kawah Kambing, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai dengan Pucuk Paku, Singgang Daging, Ikan Goreng Panas dan pelbagai lagi menu pilihan lain.
Tidak setakat itu sahaja, menu seperti Rendang Tok, Laksa Johor, Mi Rebus dan pencuci mulut iaitu tapai aiskrim.
Selain itu, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa turut menawarkan Gala Dinner & Cultural Show pada kadar promosi RM45++ berbanding harga asal RM62++ untuk semua pelanggan termasuk pelancong untuk menikmati hidangan di restoran ini.
Tidak hanya menu tradisional Melayu semata-mata, pelanggan juga patut mencuba Koay Teow Kambing, steamboat dan menu makanan laut lain yang turut disediakan secara bufet.
Jika datang pada waktu malam, pengunjung boleh menikmati hidangan makan malam sambil menikmati persembahan kebudayaan yang bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam setiap hari.
Kemudahan dewan
Bukan sekadar menawarkan bufet sahaja, restoran ini turut menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25++ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain.
Di restoran ini terdapat tiga buah dewan banquet. Antaranya Dewan Rafflesia 500 orang, Dewan Anggerik 320 orang dan Dewan Tulip 300 orang.
Terdapat juga bilik mesyuarat iaitu Bilik Mayor yang boleh menempatkan 25 orang dan Bilik Safron seramai 70 orang.
Untuk majlis perkahwinan, helikopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan terindah. Bagi majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, perkhidmatan maskot turut disediakan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah, menu yang diketengahkan ini akan terus dikekalkan dalam usaha mengangkat budaya Melayu.
“Sekiranya tiada halangan, selepas hari raya kita akan melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan secara terus.
“Konsep ini dilihat amat relevan dengan keadaan semasa. Kita akan mengekalkan masakan tradisional sebagai menu utama,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain daripada lokasi-lokasi popular yang sering dikunjungi oleh orang Malaysia seperti Thailand dan Indonesia, Vietnam juga antara lokasi percutian terbaik yang perlu anda fikirkan dan pertimbangkan untuk percutian bersama yang tersayang.
Selain daripada lokasinya yang terletak tidak jauh dengan negara kita, Vietnam juga mempunyai potensi untuk memberikan satu percutian yang menarik kepada anda bersama teman-teman dan yang tersayang untuk menjelajah dan menikmati budaya, makanan dan persekitaran yang berbeza.
Jadi di sini adalah itinerari dan tip yang boleh anda gunakan untuk merangka perjalanan anda mengembara ke beberapa tempat yang terdapat di sekitar Vietnam bersama teman-teman dan pastinya, itinerari dan tip ini akan dapat memberikan panduan kepada anda untuk menempuh perjalanan tersebut.
Semoga berjaya!
Itinerari dan tip ini adalah perkongsian oleh Ita Md Jani
Untuk yang suka masuk Thailand & Indonesia, nak tukar angin boleh ke Vietnam pulak. Tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu tinggi. Nak mudah sikit boleh ambil ground tour package tapi incase nak redah pon okay, insya-Allah selamat cuma kena rajin bertanya public transport yang agak efisien dan selesa.
Hanoi – Sapa – Hue – Da Nang – Hoi An
Lokasi persinggahan yang menarik untuk anda lawati:
HANOI
Old Quarter Street
Hanoi Train Street
St Joseph Chatedral
Masjid Al Noor
Hanoi Ancient House
Hoan Kiem Lake
Restoran sebelah Masjid Al Noor
Grills & Gravy – highly recommended
SAPA
Fansipan Mountain (cable car, Muong Hoa Train, funicular)
Coffee Restaurant
Cosiana Hotel – D’Lions Restaurant
Sapa Ssquare
HUE
Citadel Imperial City (Unesco Heritage)
The Flag Tower
Perfume River
DA NANG
Dragon Bridge (Dragon Fire Show)
Ba Na Hills
Han River
Han Market
Marble Mountain
Pink Church
My Khe Beach
Big C Supermarket
Family Indian Restaurant – recommended
Simpur Restaurant / Brunei Rrestaurant – ada jual nasi katok di sini
HOI AN
Hoi An Ancient Town
Japanese Bridge
Perbelanjaan 2 orang termasuk flight RM2650
Flight KL – Hanoi RM 190/2 orang
Flight Hanoi – Hue RM211/2 orang
Flight Da Nang – KL RM565/2 orang – beli last minute
Can Tho – HCM – Mui Ne – Da Lat
Lokasi persinggahan yang menarik untuk anda lawati:
CAN THO
Can Tho Market
Can Tho Museum
Chang Rai Floating Market
Fruit Garden
Pho Noodle Factory
Night Market
MUI NE
Fisherman Village
Red Sand Dunes
White Sand Dunes
Fairy Stream
DA LAT
Hydrangea Garden
Love of Valley
Datanla Waterfall
Crazy House
Perbelanjaan 2 orang termasuk flight RM2100
Flight KL – Can Tho RM122/2 orang
Flight HCM – KL RM399/2 orang – beli last minute
Tips secara keseluruhan
kebiasaan barang-barang makanan seperti snacks, cookies yang ada cop halal boleh didapati di kedai-kedai serbaneka & supermarket, boleh dikatakan di seluruh Vietnam. Maggi yang berlogo halal pun ada dijual. Harga standard sebab dah siap ada barcord. Kalau beli di kedai-kedai biasa harga untuk lokal berbeza dengan foreigner.
Pengangkutan dari satu negeri ke satu negeri selain sleeper bus / train, boleh selalu tengok tiket Vietjet. Kadang-kadang selain jimat masa, juga boleh dibeli dengan harga yang murah.
Hanoi, Sapa, Ho Chi Minh, Da Lat, Da Nang, Hoi An mudah untuk cari restoran halal. Cuma di Can Tho, Mui Ne susah nak jumpa.
Pengangkutan yang murah dan selesa ialah sleeper bus. Lebih selesa daripada naik van pelancong tu. Setiap penumpang akan diberi selimut dan kadang-kadang dapat air mineral juga.
Cuaca yang tidak menentu bermula dari awal Mei hingga September. Kalau payung agak berat, pastikan ade raincoat.
Kalau check-in hotel, biasa ade mineral water dalam bilik, tanya dulu receptionist freeke tak. Ada hotel bagi free ada masa check-out kena bayar.
Sekiranya ade pertanyaan untuk itinerari atau apa-apa je pertanyaan boleh pm ye..
Itinerari dan tip ini adalah perkongsian oleh Ita Md Jani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Sabak Bernam terletak di barat laut Negeri Selangor. Terdapat 3 pekan utama iaitu Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam. Rata-rata masyarakat di Daerah ini terdiri dari kaum Melayu berketurunan Jawa, Banjar, Kampar dan Melayu Bugis.
Sabak Bernam menawarkan pemandangan sawah padi yang menghijau seluas pandangan yang menjadikannya unik dan tersendiri. Jadikan destinasi tersenarai di bawah sebagai pilihan untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti – #ImagineNowExperienceSoon;
8:00 pagi – Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar
9:00 pagi – Pelajari cara pemprosesan padi di Paddy Gallery, Sekinchan
11:00 pagi – Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
12:00 tengahari – Singgah ke Ah Ma House, Sekinchan
1:00 petang – Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
3:30 petang – Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
4:30 petang – Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
5:30 petang – Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
7:00 malam – Makan malam di Restoran Mee Udang BNO, Sabak Bernam
Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau
Restoran Kuala Kurau
Tidak tahu mahu sarapan di mana? Sekiranya anda bercuti ke Daerah Sabak Bernam, nikmati pagi anda dengan bersarapan di salah sebuah lokasi yang unik dimana terdapat banyak gerai di restoran ini. Restoran Kuala Kurau terletak di Sungai Besar ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis juadah seperti Char Kuey Teow, Mee Kari, Cucur Udang dan banyak lagi! Pastikan anda mencuba Cucur Udang di sini kerana ia merupakan menu paling popular dan rasanya cukup enak!
Pelajari Cara Pemprosesan Padi di Paddy Gallery, Sekinchan
Paddy Gallery
Salah satu tarikan yang terdapat di Pekan Sekinchan ini adalah kilang memproses padi; Paddy Gallery. Ia juga merupakan satu-satunya kilang beras yang mengalu-alukan orang ramai untuk membuat lawatan ke sini. Eloklah anda singgah ke kilang ini untuk memahami dan melihat cara pemprosesan padi dengan teknik masa kini. Selain itu, jangan lupa untuk dapatkan Bertih Beras yang dimasak dan disediakan segar untuk para pelanggan. Ianya sangat enak, rangup dan sedap dimakan begitu sahaja!
Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
Sabak Bernam District Museum
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari sejarah warisan industri pertanian dan perikanan khususnya oleh masyarakat setempat di Daerah Sabak Bernam. Muzium Daerah Sabak Bernam mempamerkan tentang aktiviti penduduk awal di Daerah ini. Terdapat pelbagai arca, infografik, replika dan barangan tradisional yang digunakan dalam industry pertanian khususnya dalam sektor penanaman padi. Lawatan ke sini tentunya menyeronokkan, dan masuk adalah percuma!
Singgah ke Ah Ma House
Ah Ma House
Sudah selesai mempelajari sejarah pertanian dan perikanan, teruskan perjalanan anda ke Ah Ma House. Ianya adalah sebuah rumah kampung tradisional yang penuh dengan barang-barang antik seperti telefon, televisyen lama dan kerusi rotan yang membawa anda mengimbau masa lampau dan mengenang memori lalu. Selain itu, anda boleh melihat cara membuat kuih kapit secara langsung dan membelinya di sini kerana ianya sangat popular dan enak!
Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam
Restoran Lembah Bernam
Setelah penat dan seronok melihat keindahan sawah padi, pasti perut pun terasa lapar. Jadi, jangan buang masa dan singgah ke salah sebuah restoran yang sangat popular dengan keunikan menunya iaitu Restoran Lembah Bernam. Restoran ini menawarkan seleksi makanan yang berkonsepkan eksotik dan susah didapati seperti masakan berasaskan daging landak, rusa dan kijang. Masakan di sini lebih kepada masakan ala kampung atau masakan Jawa; memang sesuai untuk dijadikan destinasi persinggahan untuk makan tengahari yang lazat.
Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
Mango Orchrds, Sungai Limau
Lokasi yang seterusnya ini pula sesuai disinggahi sekiranya anda seorang peminat mangga yang tegar! Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar. Ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini menawarkan buah mangga pelbagai saiz yang boleh dibeli dan dipetik segar dari ladang. Pokok mempelam yang ditanam di Mango Orchards menghasilkan buah yang manis dan sangat sedap dimakan! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan rasa buah mangga di sini; pasti anda mahu membeli lebih untuk di bawa pulang!
Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
Sekinchan Coconut Farm
Terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Sekinchan, ianya sesuai dijadikan lokasi untuk berehat sebentar untuk menikmati keenakan air kelapa segar. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba “Coconut Shake” dan agar-agar kelapa yang dijual di sini. Sangat sesuai anda bersantai di bawah pokok kelapa pada hari yang membahang sambal menikmati air kelapa segar yang sedap. Terdapat juga ladang kelapa yang boleh dijadikan sebagai lokasi fotografi atau “OOTD” yang menarik di sini. Selain itu, anda juga boleh membeli biskut kelapa untuk di bawa pulang.
Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
Pantai Redang
Destinasi ini harus anda singgahi untuk menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Pantai Redang ini terletak tidak jauh dari Pekan Sekinchan. Singgah sebentar ke sini untuk melihat keindahan dan keunikan pantai ini. Anda juga akan dapat melihat pokok-pokok besar di sini yang digantung dengan riben-riben berawarna merah yang dikenali sebagai “Sekinchan Wishing Trees”. Selain itu, terdapat gerai-gerai berdekatan yang menjual minuman dan makanan ringan.
Makan malam di Restoran Mee Bandung BNO, Sabak Bernam
Restoran Mee Bandung BNO
Cara terbaik untuk tamatkan perjalanan seharian anda di Daerah Sabak Bernam adalah dengan menikmati salah satu juadah yang popular di sini iaitu Mee Bandung. Lepas penat bersiar-siar di Pantai Redang, singgah ke Restoran Mee Bandung BNO untuk rasai keenakan Mee Udang, penuh dengan rasa kemanisan udang segar yang mampu meningkatkan lagi selera anda. Harganya amat berpatutan dan anda harus mencuba menu ini sekiranya anda datang ke Pekan Sekinchan!
Semoga tempat-tempat menarik yang tertera menjadi pilihan bermanfaat buat anda untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keunikan dan keindahan Daerah ini; anda pasti akan terpegun dengan pemandangannya terutama sekali lapangan sawah padi yang terbentang luas menghijau. Bawa bersama keluarga anda mahupun sahabat handai untuk merasai pengalaman ini kelak selepas tamat tempoh PKP dan mulakan perancangan anda sekarang; #ImagineNowExperienceSoon
Adalah diingatka, ialah adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa, menggunakan pembasmi kuman secara kerap serta mendaftar masuk ke premis-premis di Negeri Selangor dengan menggunakan aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Kredit: Farhana Ain Goldah & Siti Norfadila Ab Wahab dari Selangor Travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...