Percutian hujung minggu sudah menjadi ‘trend’ rakyat Malaysia ingin menghabiskan masa cuti yang terluang bersama tersayang, samada ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika dahulu pemilihan destinasi percutian hujung minggu mungkin agak terhad, kerana kebanyakkannya suka memilih lokasi berlibur yang berdekatan sahaja.
Hari ini, corak percutian hujung minggu sudah berubah. Ada yang sentiasa membuat persiapan untuk bercuti ke luar kawasan yang jarang dituju atau lebih jauh. Jangan tidak percaya, percutian hujung minggu ke luar negara juga ramai yang sudah cuba. Antaranya ke negara jiran yang paling hampir seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, dan Vietnam. Namun percutian hujung minggu di Malaysia masih tetap menjadi pilihan.
Gadis ini, berkongsi percutiannya ke Sabah bersama rakan-rakannya hanya untuk 3 hari 2 malam sahaja, tetapi masih cukup berbaloi dan puas untuk ‘jalan-jalan’
Assalamualaikum. Ada yang tanya aku berapa bajet aku habis sewaktu aku pergi ke Sabah, untuk percutian 3 hari 2 malam. So boleh je korang tengok-tengok mana tau rezeki korang pergi ke negeri di bawah bayu. Jom mula.
Total pax : 9
Transportation:
Flight KUL – LBU – KUL RM88
Feri Labuan – Kota Kinabalu RM23.50
Van 14 seat RM500
Bas Kota Kinabalu – Menumbok RM18.00
Menumbok – Labuan RM8
Hotel :
Blue Mountain Lodge RM100
Asiana Hotel RM100
Harga tiket air asia waktu tu murah teramat. Return boleh dapat RM36. Tapi sebab waktu tu weekdays kitorang ambil yang weekend return RM88. Just nice. Kalau direct pergi KK paling-paling pun RM300 lebih pergi balik.
Aku pergi total dalam 9 orang. Ramai-ramai jimat. Jimat untuk transport la mostly. Tapi kalau berempat pun bagi aku just nice. Boleh share bilik kat dalam hotel. So dapat murah. Hehe..Hotel, aku prefer Agoda. Saja.
9 Mac 2019
Bertolak ke Labuan. Aku ambil tiket awal pagi. Sampai Labuan Terminal Airport dalam pukul 10.30 pagi. Ok kat sini aku nak highlight feri Labuan ni 2 kali sehari. Pukul 8 dan pukul 1 tengahari. So kalau korang terlepas yang ni, alternatif satu lagi naik Speed Boat dari Labuan ke Menumbok.
Kat sini korang boleh pilih nak naik apa untuk ke Labuan.
1.Feri Labuan – KK 4 jam
2.Speed boat Labuan – Menumbok 20 minit
Dari Menumbok – KK kena naik bas 2 jam.
Sampai je KK, kitorang gerak terus ke Kundasang. Sebab risau dah malam. Tak nampak jalan. Jalan dia gelap dan berbahaya. Kena berhati-hati.
Ads
Basically first day memang agak kelam kabut . Dari atas awan ke darat dan di atas laut. Semua kitorang sapu.
Okay aku nak share pengalaman stay di Blue Mountain Lodge. Alhamdulillah tempat yang aku pilih selesa sangat. Walaupun takde tv tapi aku tak kisah sangat sebabnya tujuan kitorang hanya untuk bermalam. Tempat tu sahaja ada pantry. So kalau nak masak elokla. Dan yang paling penting ada iron. Korang kena mintak. Macam mana coverage kat sana? Aku pakai umobile so langsung takdak line. Tapi celcom, unifi alhamdulillah ada. So korang jangan risau ya. Mohon pau hotspot dengan kawan korang. Hahaha
10 Mac 2019
Esoknya, bangun pagi korang dah boleh view sunrise dalam 6.15-6.30 gituuu. Gunung Kinabalu tu depan mata je. Sumpah lawa.
Desa Dairy Farm (RM3)
Fish spa (Luanti fish spa terlampau jauh so kitorang ambil dekat-dekat)
Rumah terbalik RM12
Makan lokan bakar di Sepanggar. Yang ni sedap. Kalau yang tak makan seafood ada puding kelapa. Itupun sedap jugak. Lepas tu kitorang rushing nak kejar sunset di Tanjung Aru.
Ads
Ni dekat blue mountain lodge. Bukak pintu je dah nampak Gunung Kinabalu.
Aiskrim dia sedappp RM6
Pasni honeymoon kena cakap new zealand betul-betul tau. Karang dibawaknya kita g Kundasang. Okaylaa. Paling sendu bawak kite tengok lembu je kat kampung. Sobss.
Bas biru ni sebenarnya restoran. Owner guna bas lama-lama untuk jadikan sebagai tempat makan. Kreatif betul. Kitorang sampai dia tak bukak lagi. Pukul 11 pagi katanya. Menarik jugak. Tapi panas sikit. Ada kipas kat dalam. Don’t worry. Nanti google je Restoran Bas Biru di Kundasang, keluar juga tu carian.
Pusing-pusing bandar KK, singgah di Pasar Kraf dan makan seafood dekat gerai-gerai berdekatan. Aku takmau recommend tempat makan sebab waktu kitorang pergi makan kat salah satu gerai, rasa dia tawar. Not recommended at all. ?
Lepas makan dan beli ole-ole untuk yang tersayang kitorang balik ke Hotel. Memandangkan aku pilih Asiana Hotel. So far hotel tu selesa cumanya dalam bilik tu plug elektrik satu je dan kalau gegirls nak iron baju korang kena sewa iron. RM10 hokayyy. Kalau nak sharing dapatlah murah.
Ads
11 Mac 2019
Hari terakhir. Memandangkan flight kitorang malam dan berlepas di Labuan takdela kelam kabut sangat.
9 pagi kitorang dah bertolak pergi ke salah satu pulau di Kota Kinabalu (Tunku Abdul Rahman National Park), iaitu Pulau Mamutik. Tak jauh je dari KK.
Bayar RM27 (boat) + RM5 (entrancee fee pulau)
Pukul 11, Habis snorkelling bergegas balik sebab nak kejar bas dari KK ke Menumbok.
Okay kat sini kalau korang nak balik ke Labuan tolonglah jangan beli last minute. Memang tak ada. Nak taknak korang kena beli setibanya korang berada di Terminal Jesselton Point atau Terminal Labuan kalau nak jugak balik ke Labuan / KK naik feri. Beli awal.
Dan kalau korang rasa boleh tunggu untuk 4 jam ambil je feri. Aku pergi dengan feri balik naik bas. Nak rasa yang mana lebih okay.. Dan aku lebih prefer untuk naik bas. Tak lama. 2 jam dan 20 minit naik speedboat di Menumbok ke Labuan. Bear in mind speedboat dia macam rollercoaster. Dasat gila. Memang terduduk terbangun semua ada.
Pukul 12.45 tengahari tepat bas dari
KK akan bertolak ke Menumbok. Aku tak sure next bas pukul berapa. Aku ambil awal sebab takut apa-apa terjadi. Plus Labuan aku tak sempat pusing pun.
Memandangkan anggaran masa dari KK ke Labuan menggunakan bas dalam 2 jam 20 minit. Aku tiba di Labuan dalam pukul 4 lebih. Sempat pusing dan singgah di UMS Kampus Labuan. Oh ya, kalau korang nak beli coklat murah aku cadangkan beli coklat di Ujana Kewangan. Dekat sangat dengan airport.
Ni bajet yang aku habis sepanjang aku kat sana.
Tix flight = RM88
Feri LBU = RM23.50
Sewa van – RM500/9 = RM55.50
Bas= RM18
Speedboat = RM8
Hotel – 200/2 = RM100
Makan = RM100++
Entrance fees = RM20
Lain-lain = RM30
Jumlah = RM443.50 (roughly sebab ada masalah sikit tang driver).
*notakaki: kitorang memang niat nak ke Sabah, untuk pergi ke Kundasang. Saja nak acah New Zealand. So kalau korang berhajat nak pergi semua pulau di KK better stay 4 hari. InsyaAllah sempat je.
Ok baiii. Minta maaf kalau ada yang terkurang. Sekian. Terima kasih.
Sempena musim cuti sekolah ini, menarik juga jika anda membawa seisi keluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor.
Namun, sebelum berkunjung ke Pulau Pangkor, elok ketahui tip untuk bercuti di sana seperti yang dikongsikan oleh Sis Hawa ini.
Menurutnya ada 5 tips untuk bercuti di Pulau Pangkor, mungkin sangat berguna untuk anda yang pertama kali sampai ke sini.
5 Tip Bercuti Di Pulau Pangkor
1 . Macam mana nak ke Pulau Pangkor?
Cara nak ke pulau pangkor tidaklah terlalu susah. Untuk pergi ke Pulau Pangkor, kita perlu menaiki feri. Jangan risau kerana terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga lewat petang.
Perkhidmatan feri yang bermula dari pagi hingga ke malam ini sangat memudahkan pelancong. Ada dua terminal feri untuk ke Pulau Pangkor. Terminal asal adalah Jeti Lumut. Jeti Lumut ini sudah lama dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Selain jeti Lumut, ada juga terminal baru iaitu Kompleks Jeti Marina Island. Kompleks Jeti Marina Island yang baru di bina ini kedudukannya adalah lebih hampir dengan Pulau Pangkor.
Untuk harga feri pergi balik antara Marina – Pangkor – Marina hanyalah dalam anggaran RM14 seorang untuk pergi dan balik.
2. Pilih tarikh yang sesuai
Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau yang terletak di kawasan pantai timur. Pulau Pangkor cukup strategik dan sepanjang tahun boleh datang bercuti ke sini. Cuma, kena pilih tarikh yang sesuai supaya tidak bertembung dengan tarikh cuti umum.
Andainya terpaksa datang bercuti hanya pada waktu cuti umum itu juga, terpaksalah berdepan dengan waktu puncak musim cuti sekolah dengan jumlah pengunjung yang agak ramai.
3. Tentukan cara dan kenderaan untuk ke sana
Jika mahu bawa kereta atau motor terus ke pulau, boleh gunakan khidmat feri kargo untuk bawa kereta atau motor ke pulau tersebut.
Ada 3 bot kargo yang menyediakan perkhidmatan sebegini iaitu Bot Kargo Ah Seng, Bot Kargo Hua Wei dan Bot Kargo Jeti Marina.
4. Ketahui tempat menarik di Pangkor
Di Pulau Pangkor ini ada banyak juga kesan peninggalan sejarah. Pemandangan di sini juga cantik. Kerana itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor. Pastinya percutian sekeluarga akan lebih sempurna.
Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
Kota Belanda
Pulau Sembilan
Batu Bersurat
Tortoise Hill
Galeri Panorama Pangkor
Pantai Teluk Nipah
Pekan Pangkor
Teluk Ketapang
Masjid Terapung Pulau Pangkor dan banyak lagi.
5 . Aktiviti siang dan malam di Pulau Pangkor
Percutian waktu siang di Pangkor boleh dipenuhi dengan aktiviti yang pelbagai. Antaranya ronda-ronda sekitar pekan Pangkor, lihat nelayan menangkap ikan guna pukat tarik, lihat penduduk setempat usahakan perniagaan ikan kering, lakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor, naik bot di Pulau Pangkor untuk keliling pulau dan banyak lagi.
Untuk aktiviti malam di Pulau Pangkor ini pula, boleh berjalan di persisiran pantai, bina unggun api sambil berbbq, nikmati makan malam menu ikan bakar di restoran Shema Hashim Pulau Pangkor dan lain-lain lagi.
Dengan pelbagai aktiviti yang ada siang dan malam di Pangkor, pastinya pengalaman percutian selama tiga hari dua malam di Pulau Pangkor akan terasa sangat pantas.
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
Jika anda peminat pasta dan mengidamkan pasta yang enak rasanya, kunjungan ke PastaMania di Sunway Velocity Mall pasti tidak mengecewakan. Adunan rencah yang digarap pada setiap pasta yang dihidangkan memberikan keenakan rasa yang pasti membuat anda ingin mengunjungi lagi ke restoran ini.
PastaMania merupakan restoran Itali terbesar di Singapura dengan lebih 50 rangkaian di lapan buah negara. Selain Singapura, Pastamania juga terdapat di China, Cambodia, Malaysia, Brunei, Kuwait, Egypt, UAE dan Myanmar.
Bukan hanya pengunjung dihidangkan dengan pelbagai hidangan Itali, malah suasana di PastaMania menggamit sesiapa jua untuk bertandang ke restoran ini.
Sebaik anda menjengah ke restoran yang baru beroperasi ini, terasa diri bukan berada di Kuala Lumpur sebaliknya di Itali. Hiasan dalaman restoran yang berwajah mirip kota sejarah, ditemani ruang duduk alfresco melengkapi gaya yang diingini. Pasti mengujakan menikmati hidangan di sini. Setiap sudut mempunyai karakter tersendiri dengan nilai elemen sebenar Itali.
Menikmati hidangan di sini pasti membuat anda teruja dengan hidangan autentiknya. PastaMania berbeza dari restoran tipikal fine dining kota seni agung ini, sebaliknya ia dipersembahkan dengan rasa kasual dan selesa.
Terdapat pelbagai variasi makanan boleh dipilih di sini, pilih sahaja menu mengikut cita rasa anda. Sukar juga membuat pilihan kerana semua nampak menyelerakan.
Antara menu yang terdapat di sini ialah variasi salad, sup, piza, pasta, gelatos dan juga wafel. Bagi memberikan rasa enak bagi setiap menu, bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik dan berkualiti umpamanya pasta dan sos tomato dibawa khas dari Itali dan Eropah. Pasta dimasak segar untuk pengunjung dan dihidangkan dalam masa lima minit.
PastaMania cukup sempurna sebagai lokasi untuk mengadakan pelbagai majlis. Ruang restoran yang versatil bukan hanya sesuai menjadi ruang kasual untuk mengadakan makan malam bersama keluarga, majlis hari jadi juga sambutan hari bahagia bersama si dia.
Harga berpatutan yang ditawarkan pasti membuat anda sangat berpuas hati. Bukan hanya harga, malah promosi dan diskaun ditawarkan kepada pengunjung daripada masa ke semasa serta servis cekap dari staf, PastaMania pastinya menjadi lokasi sempurna buat anda.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...