Ramai yang teringin bercuti ke luar negara, tetapi ada yang masih tidak mampu. Tidak perlu bersedih geng, ada je lokasi ‘luar negara’ yang masih anda boleh terjah seperti ke negara jiran terdekat Thailand. Pilihlah ke Hatyai yang tidak jauh dari Malaysia, dan masih berpeluang merasa bercuti ke negara orang dengan bajet yang sangat rendah.
Baca perkongsian gadis ini bersama teman-temannya ke Hatyai hanya untuk 2 hari 1 malam sahaja dengan bajet tidak sampai RM200 pun. Tetapi yang menariknya gadis-gadis ini memilih trip ke Hatyai hanya untuk makan semata-mata.
Hatyai Trip (BAJET RM 192.49 untuk seorang)
? Train hatyai : 100 baht (return)
? Tuktuk : 300 baht untuk 2h1m
? Makan : 435 baht 2h1m (salma restaurant / chabura dimsum/ floating market/ kai tod decha/ greenway bazaar/ asean night market)
? 7 eleven : 220 baht (beli teapot/meiji/arabus)
? Baju utk en suami : 150 baht
? Simcard : 48 baht
(Total semua : 1523 baht : rm 192.49)
? Hotel Hi Season : Rm 32 (1 balik 3 orang) booking.com (time nie ada superdeal.. rezeki) jauh sikit dari pekan hatyai.
? Train ktm : rm 20.80 (return)
✌️ untuk kaki MAKAN sangat disarankan. Banyak makanan halal jugak. Aku memang niat nak makan tak minat nak shopping walaupun baju blouse boleh dapat dalam 100 baht je.
IKLAN
♥️ Ahad 7/10 ♥️
6.30 am : bertolak ke padang besar dari tasek gelugor.
8.30 am : sarapan / beli tiket ke hatyai dan check in imigresen thailand/ malaysia
9.30 am : bertolak ke hatyai
10.20 am : sampai hatyai
**makan pagi di salma restaurant/ jalan ke plaza lee/ kawasan sekitar. ( misi mencari makanan bermula)
1.00 pm : check in hotel
2.30 pm :gerak ke chang puak champ / floating market. Floating market petang tu ada tarian kebudayaan thailand.
6.00 pm : makan dekat kai tod decha. Tomyam dia sedap gila.
7.00 – 9.00 pm : asean night market/ greenway bazaar.
9.00 pm : balik tidur ?
IKLAN
♥️ Isnin 8/10 ♥️
9.00 am : makan dimsum chabura. Kerabu meggi sedap. Kerabu daging bakar pun sedap ?
10.00 pagi : check out sambil jalan – jalan area plaza lee (cari barang dan makan)
12.00 tghari : beli tiket dan balik..
*thailand lewat sejam dari msia.. di atas adalah waktu thailand..
?♀️?♀️?♀️?♀️?♀️
Kami pi 5 orang.. memang dapat murah sebab semua bahagi 5 ? kalau nk murah lagi ramai lagi bagus.. kalau pi berdua tu mahai sikit la ✌️✌️
Misi kami hanya mencari MAKAN sahaja.. gambar tak banyak.. jumpa makan sampai lupa ambik gambar..
**************
Ada yang tanya.. bawak anak kecik ok ke tak kalau naik train jawapan saya.. ok je.. tapi pastikan anak- anak di jaga elok jangan bagi anak-anak sua kepala/ tangan luar tingkap. Seeloknya bagi anak duduk setempat.
Border pass? Maaf saya tak tahu boleh guna ke tak kalau naik train ??
Tak booking tuktuk pun tak apa. Nanti turun train ada tuktuk banyak dekat luar. Nego la harga sendiri ye ?
Untuk backpackers. Banyak hotel/dorm murah. Boleh jalan kaki dari stesen train ke pekan hatyai ambik masa dalam 7 minit (boleh refer google maps)
Kalau dari KL/ selangor boleh naik ets turun ke padang besar. Kalau dari utara naik KTM je.
Better bawak duit lebih bila tengok makanan jadi rambang mata ?? bawak duit malaysia pun tak apa sampai sana banyak money changer..
Tempat yang boleh di lawati :
✔️ aquarium
✔️ zoo hatyai
✔️ samila beach
✔️ tempat menembak
✔️ cable car
* nanti dekat tuktuk ada flyer.. boleh je korang tengok nak pi mana-mana*
Ye saya memang tak pi banyak tempat.. sebab saya pi cari MAKAN sahaja. Sebab tu boleh dapat harga dekat atas.
IKLAN
Nota Tambahan
Sila jaga kebersihan semasa bercuti di luar negara. Jaga nama baik Malaysia sebagai rakyat yang pembersih ? jangan merokok di tempat awam atau kawasan pelancongan.
Saya share sikit ya tempat untuk lawatan dan untuk JJCM mungkin boleh jadi rujukan :
Lawatan :
?Songhkla aquarium (300 baht sorang)
?Zoo hatyai (150 baht sorang) kereta (50 baht) ada water themepark skli
? samila beach (patung duyung)
? bee farm (tak pasti harga)
? cable car (200 baht tak pasti harga)
? tempat menembak
?chang puak cham tempat gajah masuk free naik gajah 500 baht (jangan la naik.. kesian gajah)
?Floating market
?Muzium 3d
? sleeping buddha
Makan :
?khlonghea seafood (area floating market)
?kelantan restaurant
?salma restaurant
?zaina dimsum
?chabura dimsum
?kai tod decha
?floating market
?asean night market
?greenway baazar
?kimyong market
?area lee garden plaza
? 7e ni wajib
? sebelum bercuti sila check matawang kita. Sekarang tengah turun ☹️
Bila bercuti perkara paling penting adalah bajet yang nak dikeluarkan. Kalau salah perkiraan boleh jadi over bajet, jadi tip dan trick yang dikongsikan oleh pengembara yang pernah bercuti memang sangat berguna.
Kesempatan bercuti ke Semporna, Sabah selama 4 hari 3 malam bersama keluarga meninggalkan kenangan manis buat Adawiyah Abdullah.
Membawa adik istimewa dan ibu bersama selain kakak dan anak-anak buah, Adawiyah berkongsi itinerari lengkap berserta tip dan trick yang dipost ke group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM).
Bijak dalam menguruskan percutian keluarga, kos yang dibelanjakan untuk perjalanan mereka tak sampai RM1 ribu seorang. Jom baca apa yang dikongsikan oleh Adawiyah!
Alhamdulillah, selesai misi trip holiday tahun ni ke Semporna, Sabah selama 4H3M.
Memandangkan ramai yang tanya berapa kos, itineri, tips dan trick ke sana, saya tulis kat sini aje lah ya.
Disclaimer :
Trip ni pergi 6 orang, tapi memandangkan saya bawa ibu dan adik ‘istimewa’, saya cuma bentangkan kos kami bertiga saja.
Kakak saya dan anak-anaknya lain bajet.
===================================
𝗞𝗼𝘀 𝗙𝗹𝗶𝗴𝗵𝘁 : 𝗔𝗶𝗿 𝗔𝘀𝗶𝗮
KL – TWU RM122 / TWU – KL RM122
Total return = RM244
Tambah insurans Tune = RM28
(tak tambah pun takpa)
Total kami bertiga = RM816
(tanpa insurans = RM732)
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐅𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭 :
Harga one way kalau dapat RM150 ke bawah dah kira murah.
Booking awal. Saya booking bulan Jan haritu grab promo AirAsia. Pergi bulan Mei. So ada masa 5 bulan lagi untuk kumpul duit untuk kos lain.
Cari tarikh weekdays atau pergi hari Ahad tiket lagi murah.
===================================
𝗞𝗼𝘀 𝗛𝗼𝘁𝗲𝗹 : 𝗦𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗻 𝟮
Family room with sea view.
Queen bed + single bed. Muat untuk 3 orang.
Total 3 malam kami bertiga = RM552
(Nak murah lagi, ambil yang takda seaview. Tak silap dalam RM300 je check haritu.
Saya ambil sebab saja nak bagi mak santai tengok air laut pepagi. Dan juga untuk keselesaan mereka.)
Total 3 malam seorang = RM184
* Saya tak ambil pakej tidur di pulau.
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 :
Booking awal juga.
Pilih hotel yang boleh free cancellation dan bayar masa dah sampai.
Nak murah lagi, ambil yang takda seaview.
Kalau single atau berdua je dan nak bajet, cari dorm atau capsule yang harga RM30 – RM50 / malam. Dulu pergi sendiri tak bawa family pun saya tidur dorm begini je asing lelaki perempuan, cuma akan bercampur dengan org lain la.
Kalau rajin masak sendiri, cari homestay.
===================================
𝗞𝗼𝘀 𝗗𝗮𝘆 𝗧𝗿𝗶𝗽 𝗸𝗲 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 : 𝗛𝗮𝗹𝗼 𝗛𝗮𝗹𝗼 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗼𝗿𝗻𝗮
Pakej A RM60 all-in
Bohey Dulang, Mantabuan, Sibuan
Pakej C RM60 all-in
Mabul, Kapalai
(cuma nak masuk Mabul tu kena tambah RM30 seorang)
Kos seorang = RM150
Kos kami bertiga = RM450
*harga kanak-kanak RM50
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 :
Ambil day trip. Tidur di tanah besar Semporna.
Ambil la Halo Semporna ni, saya rasa yang termurah dah lepas survey.
Tour guide pun best. Merangkap photographer dan videographer. Nanti saya buat next posting pasal Halo Semporna ni.
Dah include lunch. Berbaloi. Kita cuma fikir makan malam je.
===================================
𝗞𝗼𝘀 𝗔𝗶𝗿𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗲𝗿 : 𝗠𝗮𝘅𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗲𝘄𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮
Tawau – Semporna RM132 Maxim
MPV Alza 6 seater
(lebih selesa dan tak bercampur dengan orang lain, plus beg banyak)
Kos seorang = RM22 seorang
(bahagi 6 orang sebab ada kakak dan anak)
Kos kami bertiga = RM66
————————————————————————-
Semporna – Tawau RM300
Bezza sewa 1 hari.
Kalau ikutkan plan asal, nak naik Maxim juga. Tapi sebab Air Asia reschedule flight balik tu pukul 9 malam, jadi kami terpaksa sewa kereta 1 hari atas sebab tertentu.
Kenapa harga RM300?
Sewa Bezza 1 hari = RM150
(boleh murah lagi RM120, tp saya malas fikir sebab dah last minute)
Saya minta ambil kereta tu di Semporna dan pulangkan kereta tu di Tawau airport, jadi mereka caj RM150 untuk dorang pergi ambil semula kereta tu.
Lagipun syarikat ni je yang saya tanya boleh pickup kereta di Semporna dan drop di Tawau.
Part ni lari bajet. Tapi takpa, saya tak kisah bayar untuk keselesaan ibu dan adik saya.
Kos seorang = RM50 (bahagi 6)
Kos kami bertiga = RM150
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐀𝐢𝐫𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐞𝐫 :
Kalau pergi seorang, berdua atau bertiga, naik van sapu je. RM30 seorang biasanya, kalau dapat lagi murah lagi bagus. One way.
Kalau pergi berempat, naik Maxim lebih murah. 4 seater bawah RM100. 6 seater standby RM150. One way.
===================================
𝗞𝗼𝘀 𝗦𝗲𝗮𝗳𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗶𝗻-𝗹𝗮𝗶𝗻
Bila dah berjalan jauh, saya memang dah tetapkan maksimum RM100/seorang/malam. Tambah pula sini kawasan seafood.
Jadi kos dinner kami bertiga ialah
RM300 untuk 1 malam
RM900 untuk 3 malam
Ini saya punya bajet tau.
Kalau nak jimat lagi korang kurangkan lah jumlah tu.
𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐒𝐞𝐚𝐟𝐨𝐨𝐝 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 :
Beli seafood di bawah Sipadan Inn 2 atau Mabul. Survey dulu mana lagi murah.
Upah masak seafood fresh di Seaview Seafood. Orang Melayu masak. Restoran bawah Sipadan Inn 2.
Upah masak dia minimum RM20 untuk satu lauk. Minimum tau. Bergantung pada jumlah seafood korang. So agak keras sikit.
(Bab ni saya akan buat posting lain, itu pun kalau banyak permintaan dan ramai yang sudi baca.)
Kalau sesiapa nak bajet dan pandai masak sendiri carilah homestay yang ada dapur complete.
Ada banyak lagi kedai lain tapi kitorang pergi Seaview Seafood tu je, maleh cari kedai lain. Fikir keselesaan ibu dan adik istimewa.
Next posting saya akan buat tentang seafood dan packaging untuk bawa naik flight. (kalau banyak permintaan dan request)
Kos Shopping dan duit emergency tak termasuk sebab sendiri-sendiri lah kan suka shopping ke tak.
Sesiapa yang pernah bergelar mahasiswa di UiTM Shah Alam dan juga Unisel Shah Alam sekitar tahun 2014 ke bawah pasti kenal dengan nasi lemak yang mendapat jolokan Nasi Lemak Jati ni.
Manakan tidak, nasi lemak atas van yang berniaga di hadapan Kolej Jati Seksyen 7, Shah Alam ini pasti akan dipenuhi oleh student yang kelaparan setiap hari.
73050580_10214313804894457_7398640638389911552_n.
Kunjungan student ke van Nasi Lemak Jati ni bukan biasa-biasa. Korang akan jumpa satu barisan paaannnjang! Itu semua student-student yang tinggal berhampiran sedang beratur nak beli Nasi Lemak Jati.
Untuk korang yang tak sempat merasai zaman kegemilangan Nasi Lemak Jati ni, bagi saya, anda terlepas satu perkara terindah bergelar mahasiswa UiTM atau Unisel di Shah Alam. Nasi lemak ni tersangat la sedap. Sambil menulis ni artikel ni pun, saya masih terbayang keseronokan dan keriangan beratur bersama teman-teman sekampus membeli Nasi Lemak Jati.
72649862_10214313808094537_6662718148501831680_n.
Apa yang best pasal nasi lemak ni selain daripada nasi dan sambalnya adalah aneka pilihan lauk-pauk yang disediakan. Korang pilih la nak makan apa pun, semuanya ada. Nasi sambal kerang, sambal sotong, sosej, fish cake apa segala tok nenek semua ada dijual. Harga pun harga student, tak ada lah mahal sangat. Beruntung siapa yang tinggal dekat Kolej Jati, van ni betul-betul terpacak depan pintu pagar kolej. Senang!
Psstt.. Korang ingat tak depan nasi lemak ni ada mesin ATM Bank Islam. Cucuk duit dulu then beli nasi lemak. Hahaha.
73175516_10214313808974559_3666994887791738880_n.
Tapi sayang, van Nasi Lemak Jati ni dah lama sangat tak kelihatan di mana-mana. Semenjak Kolej Jati dikosongkan daripada penghuni dan ditutup, van nasi lemak ni pun dah tak kelihatan daripada pandangan. Kalau korang pergi Kolej Jati depan Seksyen 2 Shah Alam tu pun, dah rata kena roboh. Hmm.. Rindu..
Dulu dah pernah viral orang sibuk mencari balik Nasi Lemak Jati ni especially geng-geng student era kegemilangan Nasi Lemak Jati dulu. Maklum la, nasi lemak ni bukan sahaja sarat dengan nasi bersantan campur sambal kerang dan fish cake, tapi Nasi Lemak Jati ni pun sarat dengan kenangan dan memori.
Tak sangka pula baru-baru ni, viral lagi sekali orang masih mencari-cari Nasi Lemak Jati! Korang kalau tahu dekat mana nasi lemak ni berniaga, tolong roger Libur! Libur nak pergi beli! Serius rindu weyhhh!
72608938_10214313805894482_2302932593345036288_n.
72687852_10214313829095062_6157035257485852672_n.
Capture.
72969321_10214313805414470_3329586289992269824_n.
73025090_10214313804534448_7871844239389229056_n.
Kredit kepada: Muhammad Firdaus , thanks sebab berjaya throwback balik kerinduan ni.
Ramai yang ingat Ho Chi Minh adalah ibu negara kepada Vietnam sebab bandar itu lebih maju berbanding kota ibu negara Vietnam yang sebenar iaitu Hanoi. Jadi kepada yang masih merasakan Ho Chi Minh adalah ibu negara Vietnam, anda dah tersalah tempat.
Hanoi adalah ibu negara Vietnam yang sebenar. Punca kenapa Hanoi kelihatan lebih tradisional berbanding Ho Chi Minh adalah kerana pada zaman perang saudara dahulu, bahagian utara Vietnam di bawah jajahan Perancis manakala selatan Vietnam di bawah jajahan Amerika Syarikat. Disebabkan oleh itu menjadikan Ho Chi Minh lebih kehadapan dahulu berbanding Hanoi.
Untuk anda yang merancang nak ke sana, tak akan tak ke mana-mana kan? Alang-alang menyeluk pekasam tu biar sampai ke pangkal lengan. Dah sampai Hanoi, jom la pusing-pusing dulu.
Ini antara beberapa lokasi yang boleh dipertimbangkan sekiranya anda pergi di Hanoi Kelak.
Kredit gambar: www.guidevietnam.org
Tasik Hoan Kiem dan Ngoc Son
Tasik Hoan Kiem di Hanoi menarik perhatian pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menghindari kebisingan dan kesibukan bandar. Damai dan tenang, tasik ini mengelilingi Kuil Ngoc Son, sebuah pagoda yang terletak di tengah-tengah sebuah pulau kecil.
Kuil ini menarik banyak pelawat dan dibina untuk memperingati pemimpin tentera abad ke-13, Tran Hung Dao yang terkenal dengan keberaniannya dalam pertempuran melawan Dinasti Yuan. Pulau di mana kuil ini dibina dikenali sebagai Pulau Jade dan boleh dimasuki melalui Jambatan Huc atau Rising Sun Bridge yang merupakan jambatan kayu dicat merah jambu daripada reka bentuk Vietnam klasik.
Pagoda ini juga dijaga oleh dua menara yang mengagumkan, dihiasi dengan tulisan Cina. Tasik dan kuil ini mungkin tempat paling terkenal di bandar Hanoi sebagai tempat untuk berehat sambil menikmati pemandangan dan merupakan tempat yang bagus untuk duduk dan melihat penduduk tempatan.
Tasik dan kuil ini menawarkan banyak pokok dan teduhan untuk melarikan diri dari jalan-jalan bandar yang sibuk. Untuk menuju ke sini, anda boleh menuju ke Old Quarter dan pejabat pos utama yang terletak di sebelah tasik. Tiket boleh dibeli di gerai yang terletak di sebelah kiri sebelum anda menyeberangi jambatan.
Kuil dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang setiap hari dan masa yang terbaik untuk sampai ke tasik ini adalah waktu pagi untuk menonton penduduk tempatan melakukan yoga dan tai chi. Untuk sampai ke kuil, anda boleh berjalan melintasi jambatan Huc berwarna ke Jade Island.
Lokasi: Hanoi Old Quater
Kredit gambar: www.fvheritage.org
Imperial Citadel of Thang Long
Imperial Citadel of Thang Long adalah peninggalan sejarah Vietnam yang menarik serta menjadi tanda sejarah dan budaya masyarakat Vietnam yang penting, malah ia telah digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2010.
Imperial Citadel of Thang Long turut dikenali sebagai Kota Benteng Hanoi di samping penemuan banyak artifak bersejarah kurun ke-6 hingga kurun ke-20 yang digali pada tahun 2004. Penemuan artifak bersejarah ini termasuk asas binaan istana lama, jalan kuno, kolam dan telaga.
Di samping penemuan ini, ahli arkeologi juga menemui syiling gangsa, seramik dan tembikar dari China dan banyak tempat lain di Asia. Semuanya penemuan ini menunjukkan hubungan dagangan yang dekat di kawasan ini.
Tapak kuno ini adalah pusat politik negara selama 13 abad berturut-turut dan menjadi ibukota Vietnam selama lapan abad. Tarikan yang ketara di Imperial Citadel of Thang Long adalah Menara Bendera Hanoi, sebuah kubu batu berukuran 40 meter yang telah diubahsuai dan menawarkan pemandangan Ba Dinh Square dan Pusat Bandar Raya Hanoi.
Lokasi Imperial Citadel of Thang Long ini terletak di Daerah Ba Dinh, harga tiket untuk masuk ke kawasan ini berharga VND30,000 dan ia dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Isnin. Tapak terkenal ini juga berada dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari tempat-tempat menarik seperti Kuil Quan Thanh, Muzium Sejarah Ketenteraan Vietnam dan Gereja Cua Bac.
Untuk mengunjungi kawasan yang menarik di sini, anda boleh terus ke bilik pameran yang mempamerkan barangan artifak yang menarik dan mock-up benteng istana kuno ini sendiri.
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (8 pagi hingga 5 petang) Lokasi: 9 Hoang Dieu, Dien Bien, Ba Dinh District, Hanoi Harga: VND30,000
Kredit gambar: www.restaurants-in-hanoi.com
The Perfume Pagoda
Pagoda Perfume, yang turut dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Chua Huong. Pagoda ini terletak di tengah-tengah kawasan yang sangat dihormati dan suci serta memaparkan kuil-kuil Buddhayang dibina di tebing batu kapur Huong Tich.
Di tengah kompleks pagoda ini terletak Kuil Perfume di Gua Huong Tich. Dipercayai bahawa kuil pertama dibina di sini pada abad ke-15, walaupun legenda setempat mengatakan bahawa tapak ini sebenarnya telah ditemui lebih 2,000 tahun yang lalu oleh seorang biarawan Buddha yang sedang bermeditasi di kawasan berhampiran.
Bukit-bukit di kawasan ini mempunyai keindahan alam semulajadi dan rohani yang penuh dengan sungai, tumbuh-tumbuhan tropika dan kuil. Terdapat banyak pagoda untuk dilawati dan setiap satu kuil menawarkan bentuk yang berbeza, kebanyakannya adalah Buddha walaupun terdapat satu atau dua daripadanya adalah animis.
Pagoda Perfume menarik penganut budha serta pelancong yang mencari nasib baik daripada stalagmit dan stalaktit di dalam gua yang telah dinamakan sesuai dengan rahmat yang dipercayai dapat ia berikan. Dun Tien menawarkan kemakmuran dan Nui Co menawarkan peluang melahirkan seorang gadis manakala Dun Gao diterjemahkan sebagai ‘tumbukan beras’ kepada mereka yang berharap untuk tuaian yang melimpah.
Pintu masuk Pagoda Perfume mempunyai ruang yang luas dan Gua Huong Tich menyerupai mulut naga yang terbuka serta dihiasi dengan huruf Cina kuno yang diterjemahkan sebagai ‘gua gred pertama di Dunia Selatan’, tarikh penulisan ini dianggarkan pada tahun 1770. Ruang di dalam gua terdapat banyak patung yang diukir dari batu hijau yang menghiasi kuil yang, termasuk salah satunya adalah Tuan Buddha dan satu lagi dewi Buddha Quan Am.
Stalaktit dan stalagmit licin juga mengisi ruang dalam gua dan sentiasa disentuh oleh jemaah yang mempercayai ia mampu untuk menyampaikan mukjizat dan nasib baik. Anda akan dapati kuil yang sangat sejuk di dalam dan juga sangat sibuk terutama pada hari-hari perayaan Chua Huong yang berlangsung dari Januari hingga April.
Adalah lebih baik mengambil masa untuk berhenti dan menikmati pemandangan di sepanjang laluan ke kuil kerana di sana mempunyai pemandangan yang sangat menarik, dihiasi dengan pokok buah-buahan termasuk aprikot dan herba ubatan yang ditanam oleh petani tempatan. Kuil-kuil lain yang ada untuk dilihat di dalam kompleks ini termasuk Kuil Vong, Gua Thuyet Kinh dan Pagoda Thien Son.
Perjalanan ke Pagoda Perfume ini sendiri merupakan pengalaman yang menarik. Terletak kira-kira 60 km dari barat daya Hanoi di sekitar Gunung Huong Son, anda perlu mengambil kereta selama kira-kira dua jam sebelum menaiki bot untuk sampai ke kompleks kuil. Bot ini akan menelusuri sungai dan anda akan mempunyai pilihan untuk berhenti dan melawat beberapa kuil ini. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masa yang singkat, terus sahaja ke Gua Huong Tich. Anda perlu berjalan kaki untuk ke Pagoda Perfume yang mengambil masa kira-kira satu jam. Laluan boleh menjadi licin, jadi anda perlu membawa kasut atau kasut hiking.
Waktu operasi: Setiap hari 6.30 pagi hingga 5 petang Lokasi: Huang Son, My Duc, Hanoi
Teater Boneka Air Thang Long
Teater Boneka Air Thang Long di Hanoi ini adalah antara teater boneka air yang terkenal di dunia dan mempunyai susur galur seni yang bermula pada abad ke-11. Tradisi teater boneka air ini berasal apabila kawasan sawah padi dibanjiri oleh air dan penduduk kampung akan membuat hiburan dengan berdiri di dalam petak sawah dan bermain boneka di dalam air yang berketinggian separas pinggang.
Menggunakan batang besar sebagai sokongan, boneka ini kelihatan seolah-olah bergerak di atas air dengan boneka-boneka yang lain akan disembunyikan di sebalik layar.
Tradisi teater boneka air ini unik terutama kepada Vietnam Utara, sehingga menjadikan ia terkenal dan dimainkan di beberapa lokasi berbeza seluruh dunia. Jadi pengalaman untuk menonton teater boneka air di sini merupakan pengalaman yang berbeza kerana ia dimainkan di lokasi asal iaitu panggung Teater Boneka Air Thang Long.
Pertunjukan teater boneka air ini diiringi oleh orkestra yang bermain musik tradisional menggunakan drum, loceng kayu, tanduk, seruling buluh dan simbal. Terdapat juga lagu-lagu tradisional Vietnam yang menceritakan kisah tersendiri sambil dilakonkan oleh boneka air.
Sebahagian besar pertunjukan ini menceritakan kisah rakyat Vietnam dan legenda rakyat tempatan dalam pelbagai topik termasuk perayaan penuaian padi yang digambarkan dengan cara yang lucu.
Pertunjukkan di pentas teater ini dilakukan di kolam air untuk boneka. Patung-patung boneka ini dikendalikan oleh tidak lebih dari lapan anak dalang yang bersembunyi di belakang layar buluh.
Pertunjukan Boneka Air Thang Long ini juga dianggap sebagai salah satu acara penting budaya masyarakat di Vietnam Utara, berasal daripada tradisi yang bermula di hulu Sungai Merah dan persembahan biasanya terdiri daripada beberapa plot pendek dan bukan satu plot cerita panjang, membawa penonton merasai perjalanan kehidupan kampung purba, hasil pertanian dan tarian makhluk mitos.
Plot penceritan teater boneka air ini juga menunjukkan kisah Legend of the Sword of King yang ditambahbaik, kisah Hoan Kiem Lake dan kura-kura raksasa. Selain itu, persembahan musik turut memainkan paranan penting dalam persembahan dengan penyanyi yang sering menjerit kata-kata dorongan kepada boneka.
Teater Boneka Air Thang Long adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Hanoi. Jadi, sebaiknya anda beli tiket terlebih dahulu sebaik sahaja anda tiba di Hanoi. Anda juga dinasihatkan untuk membeli tempat duduk di bahagian hadapan bagi mendapatkan pemandangan yang lebih dekat kerana terdapat beberapa ratus tempat duduk penonton dan boneka air ini tidak begitu besar.
Teater mempunyai 17 plot penceritaan dalam durasi satu jam. Selain daripada harga tiket sebanyak VND100,000, ada bayaran yang dikenalan untuk kamera atau video jika anda ingin mengambil gambar sepanjang persembahan ini.
Waktu operasi: Setiap hari pukul 3 petang, 4.10 petang, 5.20 petang, 6.30 petang dan, 8 malam. Lokasi: 57B, Dinh Tien Hoang Street, Hoan Kiem District, Hanoi Harga: VND100,000
Kredit gambar: travelhanoi.org
Makam Ho Chi Minh
Makam Ho Chi Minh di Ba Dinh Square ini adalah salah satu tarikan yang paling banyak menerima pelawat di Hanoi. Makam ini adalah tempat berehat terakhir Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam yang paling ikonik dan popular, serta turut dikenali sebagai ‘Uncle Ho’.
Tubuhnya disemadikan di dalam bekas kaca, walaupun persemadian itu menentang keinginan dirinya. Bagi pelancong, perjalanan ke tempat istirehat terakhir Uncle Ho boleh menjadi pengalaman luar biasa kerana ia bukan sekadar tarikan biasa; ia adalah sebahagian daripada sejarah yang unik.
Bermula pada tahun 1973, pembinaan makam ini diinspirasikan daripada makam Lenin di Rusia dan pertama kali dibuka kepada orang ramai pada tahun 1975. Binaan menggunakan granit memberi makna kepada penduduk tempatan sebagai simbol bahawa pemimpin mereka yang kasihi ‘hidup selama-lamanya’.
Keselamatan di sini agak ketat dan pelancong harus berpakaian sopan, tidak dibenarkan berpakaian seluar pendek, baju tanpa lengan dan miniskirt malah semua orang perlu menyimpan beg dan kamera mereka sebelum dibenarkan masuk. Pengunjung juga tidak dibenarkan berhenti kerana giliran pelancong untuk masuk ke sini adalah berterusan dan sentiasa sibuk.
Jasad Uncle Ho akan dihantar setiap tahun ke Rusia untuk proses pengawetan dan makam akan ditutup biasanya dari bulan Oktober dan ke atas. Anda dinasihatkan untuk menyemak tarikh lawatan dengan hotel anda sebelum berkunjung ke sini. Kemasukan ke sini adalah percuma tetapi derma ikhlas tetap diterima.