Bali merupakan destinasi pelancongan popular dalam kalangan pelancong asing dan tidak sukar untuk menjejak tempat-tempat menarik dengan adanya rujukan dan pengalaman daripada kaki travel yang pernah menjejakkan kaki ke sini.
Bagi anda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Bali, perkongsian daripada wanita ini di laman sosialnya boleh dijadikan panduan.
Nature in Bali was absolutely Amazing!!!
Susah jugak nak survey pasal Bali ni, sebab xbyk review pasal tempat aku nk pergi ni.
So aku dgn member aku mmg cari dekat insta + google jela semua tempat yg kami nak pergi.
Dah siap itinerary, kami pun kasi dekat supir nk tahu quotation.
Supir: “Ini trip dari org Malaysia?”
hahahh, a’ahh supir pn terkejut sbb mostly tempat kami nk pergi tu memang jauh satu tempat ke satu tempat. Dan ada jugak tempat yg supir sendiri xpernah sampai.
Alhamdulillah! We did it!!
Ads
Kami sampai Airport Bali jam 12.45 pagi, 1.30 pagi supir datang ambik sbb nk pergi tgk sunrise. Lepas tu terus non stop aktiviti kami sampai hari last. Banyak sgt tempat yg kami cover, dan banyak juga yg belum cover.
Apa-apa pun mmg berpuas hati sgt dgn trip Bali. Bali cantikkkkk sgt.
Total hangus utk 4hari 3malam: +-Rm1300.00 Termasuk: Hotel: RM131.00 utk 3malam Flight: RM280.00 pergi balik Tukar duit: RM851.00 ~3juta rp3 Juta rp cover utk semua! Makan + shopping + entrance fee + parking
Ads
Day1 in Bali Harga Supir: 500,000 rp Desa Pinggan Tukad Cepung Waterfall Bale Udang for Lunch Kunang-kunang Guesthouse Ubud Art Market Dinner cari kedai nasi padang otw balik hotel
Day2 in Bali Harga supir: 600,000 rp Dari Ubud -> Pura ulun danau beratan Wanagiri Hidden Hill Banyumala Waterfall Bali handara golf& resort gate Gerak ke sanur Lepak starbuck for dinner
Day3 in Bali Harga Supir: 100,000 rp Harga supir di Nusa Penida: 600,000 rp Speedboat pergi balik: 400,000 rp Naik boat dari pantai Sanur ke Nusa Penida Kelingking beach Angel Billabong Broken beach Crystal bay Bertolak balik ke pantai Sanur Dinner di Pasar Tradisional Sindu, Sanur
Day4 in Bali Harga supir: 400,000 rp Sunrise at Karang Beach, Sanur Pandawa beach Balangan beach Jus alpocat sebelum balik Lunch di Wong solo Gerak ke Airport
Pak Supir:Mas Joni Bali
Baik orangnya, layan aje ke mana korang nk pergi, mudah bawa berbincang, dan paling best dia suka explain, korg tanya sikit 10 dia hurai. ?
Can speak English & fasih berbahasa Melayu.
Recommended sgt!
Tips:Shopping
✔️ Kalau nk shopping, org cakap area Denpasar / Kuta lagi murah.
✔️ Cari Krisna Bali di Denpasar,
✔️ Di Ubud Art Market agak mahal, beg rotan sgt banyak, xbnyak pilihan baju, cendramata mata ada. **wajib tawar menawar!
✔️ Di Pura Ulun Danau Beratan ada market jgak, kt situ ada banyak baju cantik2. Mostly bermotif kan batik corak bali, cardigan, dress, seluar, sarung.
Tips:Makanan
✔️ Better cakap dekat supir nak makan kedai halal yg biasa2. Sbb mostly diorang bawak pergi restaurants. So mahal sikit la.
✔️ Make sure cari kedai yg ada tanda halal
✔️ Di sanur wajib pergi makan dekat Pasar Tradisional Sindu, mcm syurga makanan halal la. Bakso, nasi campur, sate, jus alpokat byk boleh try dekat situ.
Tips:Fitness
✔️ Utk ke Desa Pinggan, xsemua supir akan bawak ke sana, sbb jalan dia berganda2 dari Bukit tggi or Cameron, fuhhh pengalaman beb. Curam dia bukan main2, mmg muat2 1 kereta aje. So korg kena tanya supir korg dulu tau.
✔️ Di Bali banyak sgt air terjun, setiap air terjun mmg korg kena tracking turun naik tgga dan jalan jauh, kalau boleh tambahkan stamina okay.
✔️ Dari parking ke destinasi korg nk pergi pn kena jalan jauh.
✔️ Jalan di Bali agak mencabar, kebanyakan macam korg naik kuda, kalau yg cepat mabuk, tolong bawak ubat or sedia minyak cap kapak.
Ads
Additional tips
✔️ Tolong bawak baju salin kalau korg pergi air terjun Banyumala, percaya la korg akan menyesal kalau xmandi!
** aku sampai terjun pakai baju jalan2 weh, lepas tu kaki ayam jalan sampai parking ?, siap kena tukar baju dalam kereta sbb xbawak baju salin.
✔️ Trip aku ni xsesuai utk bawak family dan baby, sbb jarak perjalanan yg jauh + jalan kurang okay + korg kena banyak berjalan.
✔️ Aku mmg 3 4 bulan awal dah start tukar duit. Setiap bulan ada duit lebih aku tukar 1juta. Sebulan awal kami dah start book hotel. So xada la terasa sgt nk keluarkan duit sekali gus.
Fuhh settle!
Kalau nk info lebih korg check instagram @farhanayussuf. Sbb aku ada buat review setiap tempat tu dekat ig story.
Thank you sapa yg rajin baca sampai habis ?
Bali mmg terbaik!
Pulau Redang adalah antara pulau terkenal di Malaysia yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk berbulan madu atau meraikan sambutan ulangtahun perkahwinan.
Bukan sahaja merupakan pulau yang sangat indah untuk diterokai, malah banyak tempat menarik di sekitar Pulau Redang ini boleh dikunjungi seperi Pantai Pasir Panjang, Pantai Teluk Kalong, Pantai Teluk Dalam, dan Taman Marin. Pulau Redang boleh diakses menerusi beberapa jeti yang ada di sana seperti Jeti Shahbandar, Jeti Merang atau Jeti Penarik.
Bercadang ke Pulau Redang untuk percutiaan bulan madu atau sambutan ulangtahun istimewa kalian? Ini tip dan panduan perkongsian daripada Zati Mohd Author
Percutian di MALDIVES MALAYSIA (Pulau Redang)
Sebenarnya trip anniversary kali ni naik cruise. Tapi sebab kapal tak boleh jalan so kitaorang tukar plan ke MALDIVES Malaysia aka Pulau Redang. Ahaks!
Hari 1
Okey jom ikut kami.. Pagi- pagi lagi kami bergerak ke Terengganu dari Penang.
Berhenti makan di grik lepas tu singgah rehat sekejap dekat Titiwangsa.
Sampai saja petang tu terus check in hotel Felda di Kuala Terengganu. Sempat makan tengahari sekejap. Kemudian rehat.
5.30 petang macam kami keluar ke Pulau Sekati untuk shoot atas boat.
6.00 petang – naik boat photoshoot di persisir pantai Terengganu. Sis selit contact no dekat akhir post ni. Balik dari boat trip tu Sapik jamu ICT (ikan celup tepung) fresh. Sedap gila manisss..
9.00 mlm- mkn malam di Taman Tamadun Islam.. masa ni jumpa dengan novelis Rafina Abdullah & Ruby Nur Airis sembang-sembang. Makan-makan. Lepas tu balik hotel tidur
Hari 2
8.30 pg – Makan pagi di pasar payang makan nasi minyak. Lepas makan dalam pukul 10 lebih camtu bergerak ke jeti Merang untuk ke Pulau Redang.
12.30 – bergerak ke Redang dengan menaiki speed boat kami ambik package siap-siap dah dengan hotel. Untuk pengangkutan pergi balik. So tak payah risau. Cuma bayar duit masuk ke Pulau Redang saja Rm 10 seorang. Sebab kami sampai awal bilik tak ready lagi so kami lunch dulu dekat hotel. Harga pun mesti harga hotel.
3.00 – Check in bilik.Bilik kitaorg. Cliff bay suite.
Kami ambik HALFBOARD package 3H2M dengan hotel.
Pakej termasuk :
Pengangkutan pergi balik dari jeti merang – Pulau Redang.
Pengangkutan dari jeti Pulau Redang ke Taaras.
Breakfast & dinner (lunch bayar sendiri ye)
Snorkeling with turtle. Hotel add on for free lagi satu snorkeling coral spot.
Aktiviti bebas suka hati nak buat apa pun. Kali ni percutian santai-santai lepak mandi laut sampai kulit burn teruk. Hahaha.
8.30 mlm – dinner. Lepastu duduk bilik lepak-lepak.tengok tv. fikirkan masa depan ewahh..
Hari 3
8.00 pg – breakfast. Lepak-lepak tepi laut. Mandi laut.
2.00 petang – Snorkeling dengan turtle dan main kayak. Nak main atv tapi kitaorg dah terlepas slot untuk atv so patah balik mandi laut. Entah kitaorg kalau pergi mana-mana asyik terlepas slot je.
Sebenarnya hotel dengan tempat turtle tu sebelah je. Kitaorg naik kayak pergi tempat turtle tu balik. saja nak lepak-lepak dengan turtle pulak.
9.00 malam Dinner sampai cafe tu tutup.
Hari 4
8.00 pg – breakfast
11.30 pg – check out bye bye hotel.
2.00 ptg – Makan kerepok lekor / tepung celop
3.30 ptg – Pergi lepak rumah to sedara. Tidur semalam.
Kalau korang berminat dengan hotel THE TAARAS BEACH & SPA RESORT boleh email untuk reservation. Kalau dengan booking.com korang nanti kena bayar harga boat lain pulak. Booking dengan hotel senang. Sekali bayar je reservation@thetaaras.com
Inilah percutian paling santai sepanjang kami bercuti haha. Sebelum ni asyik backpackers saja. Kali ni bercutilah ala orang kaya sikit
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke kota yang terletak di sebelah Australia barat, Perth pasti menggamit kehadiran anda ke sini. Sebabnya, kota yang mula dibina pada tahun 1829 ini menjanjikan suasana percutian santai dengan keindahan alam menambat jiwa.
Tak kenal, maka tak cinta. Tidak seperti kota Sydney, Perth sebenarnya cukup ideal untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota. Ironi bukan?
Mungkin ada yang tidak percaya Perth bebas daripada kesesakan trafik. Jadi anda boleh mengelilingi Perth dengan memandu sendiri tanpa perlu gusar. Paling seronok, tiada jalan bertol, jadi tidaklah membebankan. Dengan memandu sendiri, banyak lokasi menarik yang boleh diterokai.
Kali ini penulis mahu berkongsi cerita tentang dua pulau popular iaitu Pulau Rottnest dan Pulau Penguin. Kedua-dua pulau ini punya tarikan tersendiri. Keindahannya sukar dilafazkan dengan kata-kata. Indah bukan kepalang.
Selfie bersama Quokka di Rottnest
Selain terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, Rottnest Island juga popular dengan kehadiran haiwan marsupial yang cukup comel, Quokka yang menjadi penghuni setia.
Untuk sampai ke Rottnest Island, anda perlu mengambil feri sama ada dari Perth’s Barrack Street Jetty, Hillary Boat Harbour atau Fremantle. Jika memilih feri dari Perth, perjalanan akan mengambil masa selama 90 minit, dari Hillary Boat Harbour mengambil masa kira-kira 45 minit, manakala dari Fremantle hanya 25 minit.
Rottnest Island ini memang sangat cantik. Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti berenang, snorkeling, selam skuba, piknik di tepian pantai dan paling penting jangan lupa selfie bersama si manja Quokka. Tak perlu susah-susah mencari Quokka ini sebab memang banyak berkeliaran di pulau ini, terutamanya di kawasan berhampiran jeti.
Salah satu cara hendak mengelilingi Rottnest Island ialah dengan mengayuh basikal. Anda boleh beli pakej yang menawarkan tiket feri dua hala + basikal untuk kegunaan harian. Mudah, sampai sahaja di jeti Rottnest Island, anda boleh ambil terus basikal. Tak perlu buang masa mencari di tempat lain.
Berbasikal memang seronok sebab mudah untuk berhenti di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik. Bagaimanapun ia menguji stamina sebab jalannya bukan mendatar. Perlu diingatkan keluasan pulau ini boleh tahan juga iaitu 19 kilometer persegi. Jika anda punya masa yang terhad di pulau ini, lebih baik ikut pakej bas untuk keliling pulau. Lebih selesa dan sempat singgah ke semua tempat menarik untuk bergambar.
Jika ingin juga berbasikal, jangan lupa ambil peta di pusat informasi sebelum meninggalkan kawasan jeti. Tanpa peta, anda tidak dapat merancang perjalanan.
Antara tempat mesti singgah ialah Bathurst Lighthouse, Wadjemup Lighthouse, Parker Point, Little Salmon Bay, Parakeet Bay dan Pink Lake.
Untuk keseronokan maksimum, adalah lebih baik bermalam di sini semalam dua. Terdapat beberapa buah penginapan yang boleh dijadikan pilihan.
Tengok penguin terkecil di dunia
Penguin Island terletak di Rockingham yang memerlukan masa pemanduan kira-kira 45 minit dari pusat bandar Perth. Sesuai dengan namanya, salah satu tarikan utama di Penguin Island ialah melihat penguin terkecil di dunia.
Penguin Island hanya boleh dilawati di antara pertengahan September sehingga awal Jun. Ini kerana pulau yang turut dihuni oleh lebih 50 spesies burung laut ini ditutup pada waktu-waktu lain kerana pihak bertanggungjawab tidak mahu koloni penguin terganggu ketika musim pembiakan. Anda tidak akan menyesal ke sini, Penguin Island menjanjikan pemandangan alam yang cukup mempesona. Sukar diungkap dengan kata-kata.
Terdapat beberapa pilihan pakej yang boleh dibeli untuk ke Penguin Island. Namun untuk pengalaman lebih bermakna dan mencabar , lebih baik beli pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise di http://sightseeingpassaustralia.com.
Mengapa perlu beli di laman web ini? Sebab servisnya profesional. Anda boleh beli di laman web yang lain, tetapi mungkin pengalamannya berbeza. Selain itu, anda dinasihatkan supaya menempah pakej lawatan ke Penguin Island lebih awal kerana ia sering penuh terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
Berbalik kepada pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise, pakej ini mengambil masa kira-kira tiga jam masa lawatan. Selain dapat melihat penguin secara dekat, anda juga dapat mengintai ikan lumba-lumba, singa laut dan juga beberapa spesies burung lain. Memang pengalaman yang cukup berharga. Bukan kanak-kanak sahaja boleh teruja, orang dewasa juga akan merasakan keseronokannya.
Sepanjang pelayaran, anda akan mendengar penerangan daripada krew feri tentang setiap spesies haiwan yang ditemui. Banyak info menarik yang dikongsi. Selain itu, anda juga perlu bersabar sedikit untuk bertemu dengan ikan lumba-lumba, sebabnya haiwan liar ini bukan boleh dipanggil-panggil.
Selesai mengintai ikan lumba-lumba dan singa laut, anda dibawa ke daratan Penguin Island. Sampai di sini, jangan lepaskan peluang ke discovery centre untuk melihat si comel penguin yang diselamatkan daripada pelbagai bahaya.
Sebelum bertolak pulang, jangan lupa mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki sambil merakam gambar untuk kenang-kenangan. Selamat bercuti!
Perkongsian pengalaman oleh Sri Rahayu Mat Nah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa kata waktu travel tak boleh jumpa jodoh? Artikel ni Syu Azis membuktikan cinta tak kenal backpackers tau. Sudahlah dapat husband oversea, rumah mertua dia best pulak. Argh! Geram.
okay takpa-takpa. Apa-apa pun, kita baca kisah Syu Azis ni first time ke rumah mertua beliau di Lahaul, India.
Ada info dan tips juga yang beliau kongsikan Selamat membaca
Salam semua.. Saya nak share trip bulan 10 tahun lepas ke rumah mentua saya di Lahaul, Himachal Pradesh, India. Ini first time post dekat group di media social, segan sikit rasanya ?.
Terletak di daerah Gondhla & ini kali pertama saya kesana walaupun dah hampir setahun berkahwin. Bagi yang tahu Lahaul Spiti, mesti dapat agak tempat dia macam mana. Saya share sedikit gambar-gambar yang bagi saya in real tersangatlah indah. Sedikit cerita seperti berikut ya, maaflah kalau panjang sangat :
Bahasa Lahauli: ? Ding antanchi, di jaga nishi tochi (i dekat hujung tu tak bunyi) ? Jemput datang, tempat ini sangat cantik
Dari mata turun ke hati
? Sedikit coretan macam mana saya kenal husband. Saya jumpa dia pada tahun 2015, trip kedua saya ke India, half solo half with geng, Iena & Raha.
Saya jumpa dia sebab charger saya hilang. Dan kedai dia dekat main road, dia ada kedai phone & accessories di Manali Mall Road.
Saya mulanya tak suka dia sebab dia cas saya mahal, yela saya kan tourist. Masa tu dia tak pandang saya, busy kemas kedai tertonggeng tonggeng, pagi sangat time tu.
Cousin dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah. Sampailah phone saya pulak buat hal, tinggal kedai dia.
And lepas handphone elok saya dapat Whatssap dari dia say hi.. Rupanya dia ambik nombor saya masa phone rosak. Saya tak layan tapi lepas tu jadi kawan baik.
Sampailah dia propose kahwin. Walaupun ramai girl termasuk foreigner taruh hati pada dia, tapi dia pilih saya dan walaupun saya gemuk masa tu sekarang kecik sikitlah, dia sayang terlampau sayang. Bangga kejap ?
Buka tingkap nampak gunung, tutup tingkap nampak cinta ?
? Rumah mertua berhadapan dengan beberapa ketul gunung ganang yang cantik gila. Bukak pintu rumah or dari dalam bilik kami nampak gah sangat. Seriously terpegun & takjub dengan kuasa Allah SWT.
View stunning dari depan rumah
Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari hari depa sapu, mop lantai especially dapur.
? Sudah masuk winter jadinya tanah, gunung botak tapi sangat cantik dengan autumn yang hampir ke penghujung nampak lawa semuanya. In summer memang hijau, tersangat cantik dan kurang sejuk.
? Walaupun saya dan suami menetap di Manali, gunung jugak tapi tak sama dengan Lahaul.Tiada pencemaran langsung, bersih, jalan raya berturap cantik, penduduk tak ramai, sunyi, selamat sampaikan masa reach Lahaul ni terpesona sekejap, semacam datang je dunia lain aje, rare.
Penempatan di bawah bukit dengan sungai biru hijau yang bersih dan jernih. Nak mandi? Jangan buat gila, sejuk banget.
Seronoknya kehidupan tenang macam ni
? Low crime rate disini atau boleh katakan tiada langsung.
? Tiada line telefon, kalau ada pun Telco BSNL yang ada 2G je. Maybe next year akan ada 3G, 4G dan lain lain telco like Airtel, Jio dan Idea pulak. Takde line pun saya rasa okay sebab sini tenang, damai walaupun kekadang tu pishang ?.
? Air percuma, klinik kerajaan pun percuma kos rawatan & ubat ubatan.
Kayu sebagai persediaan untuk winter yang sangat sejuk. Kemas susunannya. Kayu ni akan dibakar bersama taik lembu kering dalam tandoor. Menariknya, tandoor tu bukan saja boleh panaskan badan, tapi boleh masak atas dia. Jadi 2 in 1. Taik lembu tu takde bau langsung tau. Hehe
? Air minum fresh, sumber dari glasier atas gunung sedap sangat-sangat dan minum terus aje, tak perlu masak.
? Dari atas bukit rumah mentua boleh nampak sungai jernih warna biru hijau bak mata Missworld 1994 Aishwarya Rai ? yang mengalir dari sungai Chandra dari asalnya Chandratal Lake mengalir ke utara.
? Tak banyak kenderaan atas jalan raya, bunyi horn juga hampir tiada. Privacy at its best.
Beberapa tapak dari rumah mentua. Lembu meragut rumput dilatari banjaran gunung. Indah!
Nak makan apa-apa, cabut sendiri dari tanah
? Emak, ayah mertua & adik ipar perempuan petani, jadi keliling rumah penuhlah dengan pokok sayur macam salad hijau, salad kuning & purple, kobis hijau & purple, carrot, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, rose etc.
Agak agak nak makan, pergi cabut salad & carrot makan gitu je sedap sungguh sebab tak gunakan racun perosak. Bawang besar semua size gedabak. Katanya bawang jenis hybrid, patut ler besar pun. Masa nak balik Manali, berguni guni kami dapat bekalan stok sayur, bawang, kentang, butter, ghee, gandum.
Adik ipar, Robina sedang petik kobis untuk buat momo.Cabut sendiri, basuh bersih then makan sambil duduk atas batu besar atas bukit layan view.Hey kamu sikecil! ? Yang kecil kecil tu pepohon epal.
? Susu nak minum perah sendiri. Minum susu fresh setiap hari. Butter dan ghee pun mentua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya ?
? Mertua sekeluarga cakap bahasa dialek Lahauli, jadinya memang saya blur kejap bila depa sembang. Tapi depa tahu hindi so dekat situ bolehlah sembang jugak sebab saya boleh lah jugak cakap hindi. Blur kalau hari hari dengar zong seng toch noch macam bahasa Korea pun ada, cina pun ada, Russia pun ada ?.
Diorang amalkan gaya hidup sihat
? Kehidupan mereka sederhana & sihat walafiat. Nenek mentua yang saya panggil Dadi masih sihat, tiada penyakit, tak bertongkat, tak pakai spek mata mcm saya walaupun umur nak cecah 90 tahun. Sekali Dadi cengkam tangan saya adoi kuat betul dia ni, agaknya sekali dia lesing berpusing kau ?.
Salad hijau dan ungu yang sangat sedap dan crunchy. Walaupun tanpa pengetahuan saya habis dimesin dibuang semua ni sebab katanya rosak tak jadi. Aku nak makannnnn ?
Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist and tak boleh tengok pinggan mangkuk lama dok atas meja, sure dia ambik & basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tido (winter depa tido dapur sebab ada tandoor heater tu).
? Walaupun berbeza agama, adat tradisi, fahaman dan sebagainya saya sangat hormati & sayangkan mereka. Bab makan juga Alhamdulillah kena dengan selera saya walaupun makan sayur saja. Sedap, simple dan tak terlalu berempah macam tempat lain di India.
View dalam perjalanan ke rumah mentua. Half way dah masa ni.
Sedapnya makanan lokal diorang ?
Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/mutton), sayuran hasil tanaman sendiri & roti yang dibuat sendiri. Makan kentang rebus pun dah sedap bagi tekak saya.
Kobis ungu dari atas bukit.
? Air teh tempatan depa panggil ‘Namkeen Tea’ yang diperbuat dari kayu apa saya tak sure, rebus campur dengan susu, butter & garam. Walaupun dengarnya pelik kan tapi rasa dia sedap. Mentua kalau bagi minum sampai 4-5 gelas sampai kembung perut ni.
? Sini memang kampung habis. Orang perempuannya memang duduk rumah saja dan tak kemana mana melainkan kawasan rumah, tanah sendiri or jalan utama saja. Saya ni excited, so jalan-jalanlah kerumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Dah adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung ?.
Pakaian tradisi kaum disana. Lain dan dalam tu berlapis lagi depa pakai. Kalau bukak, kecik aje body memasing sebenarnya.
? Kaum perempuannya dididik dengan sangat baik. Hormat orang tua, rajin yang amat rajin, sopan santun, pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, kemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu. Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Ni baru contoh hantaran tinggi melangit kan ooppsss ?.
Siapa nak datang sini jangan datang time winter ☃️
? Dekat sini angin tiup macam duduk tepi laut tapi tahulah kan sejuknya macam mana. Suhu winter boleh cecah ke -17. Access road ditutup dari November to April coz snow tebal boleh cecah 6 ft. Kalau bukan winter saya dah stay sebulan dua dekat sini, tapi
InsyaAllah next year in summer saya nak duduk sini. Boleh tolong mentua bercucuk tanam, masak & perah susu lembu ke. Summer adalah busy time bagi depa. Time tu lah upah pekerja untuk bercucuk tanam sayur, so pagi-pagi lagi dah kena masak capati beratus keping nak bagi makan pekerja.
Ni husband yang bagi. Gambar ni waktu summer. Hijau segar. Summer saya balik sana and update post lain pula.
? Mentua sangat-sangat rajin, buat kerja dari pagi sampai malam, sebab tu fit dan kuat. Walaupun mereka tua, rasa malu sebab tenaga mereka hebat. Ayah mentua pemalu, emak pula tak tahu nak sembang apa tapi dia cukup suka kalau tengok saya berhias. Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa ?.
First time diorang jumpa orang gemuk ?
? First time jumpa saya, emak & adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap! ? Atas nasihat diorang yang cakap dengan penuh berhemah, kita pun ambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Padahal time tu dah lost 12kg kot. Skang total weight lost dah 28kg. Berhasil kau??. Nasihat yang berguna saya ambil. Lagipun sekarang banyak faedahnya saya dapat bila makin mengecil.
Ni view bukak pintu utama rumah. Hijau tu pokok brokoli yang habis dituai.
? Amalan bersila pulak amalan kaum diorang so aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha lantakkan ?. Yelah peha besar dulu mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? ? Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.
Jom melancong ke sini 2020
? Tahun ini or 2020 tunnel akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Memudahkan kami lawat family mentua dan memandangkan tunnel hampir siap, ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan jadi golden area untuk tourist.
Bilik kami yang besar sangat. Masih baru rumah ni, belum ada katil.
Mereka akan start buat guesthouse dan husband mungkin akan komersialkan tempat ni dengan buat homestay rumahnya sendiri InsyaAllah. Husband jugak dalam plan nak tambah beli tanah di daerah ini. Menariknya, orang luar yang bukan penduduk asal Lahaul tidak boleh beli tanah di sini.
? Budaya di sini berbeza, disebabkan depa dari suku kaum yang lain. Pakaian pun berbeza. Dengar kata saya kena pakai baju tradisional depa kalau majlis resepsi belah husband jadi buat, buat saya senyum aje. Tapi atas dasar hormat, pakailah juga kot nanti. Sopan je pun. Orang perempuan ada pakai tudung jugak tau jenis ikat macam orang zaman dulu, boleh tengok gambar.
? Dari sampai rumah mertua, saya dihidangkan dengan makanan tradisi diorang yang macam rasa kuih tiram kita, cuma tak ada gula. Sedap sangat sampai habis kena buat lagi. Bertuah punya menantu. Nama kuih tu marchu. Saya pun belajar buat, bawak balik Manali.
Dapur tempat kami lepak dan panaskan badan (ada tandoor heater situ). Malam family tidur sini waktu winter sahaja.
Chai, susu segar dan namkeen chai
? Sebelum sarapan wajib minum 3 gelas chai (teh susu), lepas tu 3 gelas susu segar, petang pulak namkeen chai 4-5 cawan cina kecil. Memang ulang alik ke toilet selalu ?
? Masakan, okay seingat saya lah kan, depa masak guna bawang putih, bawang merah, kunyit dan garam sahaja untuk dhaal, sayur. Tapi sedap, simple. Stor simpanan makanan berpeti peti, size gedabak pulak tu macam untuk setahun. Rupanya untuk 6 bulan winter saja, perghhh.
? Masa waktu makan, emak mertua & adik ipar akan hidangkan kami makan macam tuan, puan besar. Berhidang setiap seorang, selagi kami makan tak kenyang selagi tu depa tak makan. Makan pulak dalam pinggan macam emas, harganya mahal! Sebiji pinggan cecah RM50.00. Tapi hanya akan hidang makan dalam pinggan tu sahaja. Berat pulak tu.
Momo (dumpling) ?. Yang buruk tu saya dengan kawan husband buat ?
? Husband tak pernah cerita lebih-lebih pasal tempat dia dibesarkan ni. In fact dia tanya suka tak? Dia takut bini dia tak suka. Apa hilang akal ke punya lah cantik tempat ni sampai aku berlari lari dengan bawak backpacknya, berat pun beratlah masa tu dah sampai rumah mentua. Sebab teruja. ?
? Lupa saya nak tambah. Mentua saya dan adik ipar saya tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh dan tidak pernah ke Delhi. In fact, diorang pun tak suka tempat yang sesak, kotor dan udara tidak sihat. Banyak jugalah diorang tanya saya Delhi tu macam mana? Hehe siapa yang asal India sebenarnya ni? ?
Stokin kait yang mama mentua & adik ipar kait sendiri sampai tersengguk sengguk tiap malam tahan ngantuk sambil kait. Terharu. Untuk kami semua ni dan untuk mama saya di Malaysia.
? Akhir kata, dari nak stay 3 hari aje dekat sini, terlajak ke 16 hari. Sampaikan mama dekat Malaysia jatuh sakit menangis setiap hari dok kenang manalah anaknya ni? Risau dia. Yelah line takde nak call lagu mana habaq mai? Mama mertua pulak kalau dapat delay sehari ke sehari bukan main happy dia. Adoilah dedua mama aku ni ?.
Terima kasih baca sampai habis. ?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...