Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Ads
Ads
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Ads
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Hotel Keio Plaza Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, menjadi tuan rumah “Pameran Porselin Arita dan Imari ke-37” dari 1 Julai hingga 2 Ogos 2017, memperkenalkan kepada tetamu porselin Arita/Imari, seramik pertama dibuat di Jepun.
Tema pameran tahun ini adalah “porselin antik dalam kehidupan kontemporari” dan pelbagai produk porselin “Ko Imari (Arita Antik)” dipaparkan untuk dijual kepada pengunjung bersama-sama dengan barang-barang lain. Sebagai sebahagian daripada pameran ini, makanan khas menggunakan pinggan mangkuk porselin Arita akan dihidangkan di restoran dan bilik istirehat di dalam hotel ini.
Dengan kerjasama Galeri Maesaka Seitendo dan Tasaburo, dua peniaga seni antik yang terkenal di Tokyo, barang-barang seni yang mewakili gaya porselin Ko Imari akan dipaparkan dan tersedia untuk dijual. Juga, pengeluar ruang dan Pengerusi Persatuan Perancang Parti Jepun Yoko Maruyama akan membuat tetapan meja makan khas menggunakan hidangan porselin gaya Ko Imari untuk dinikmati oleh para peserta pameran.
Makanan khas menggunakan barang-barang porselin Arita akan dihidangkan di sembilan restoran dan ruang istirehat hotel. Selain itu, sarapan khas Jepun yang dihidangkan atas porselin Arita terhad kepada 20 tetamu menggunakan Lantai Kelab “Grand Premium”. Pihak hotel berusaha untuk menyediakan pelawat luar negara ke hotel ini dengan rasa “layanan Jepun” melalui sarapan gaya Jepun yang disediakan dengan teliti yang dicipta oleh Chef Eksekutif, Hiroshi Ichikawa dengan kerjasama pakar makanan Mackey Makimoto.
Pameran Porselin Arita dan Imari tahun ini merupakan tahun ke-37 ia dianjurkan, dan direka bentuk untuk menunjukkan bagaimana bentuk seni tradisional ini digunakan dalam gaya hidup Jepun. Tambahan pula, acara ini adalah sebahagian daripada program acara-acara pengalaman budaya Jepun Hotel Keio Plaza, yang direka untuk memenuhi minat yang semakin meningkat dalam budaya Jepun di kalangan tetamu dari luar negara, yang merupakan lebih 75% daripada jumlah tetamu hotel ini.
Hayati semangat kebersamaan dan memberi kembali kepada masyarakat di Aquaria KLCC, di mana keinginan kanak-kanak ditunaikan dan impian tercapai!
Sepanjang musim Krismas ‘Winter Wondersea’ ini, Aquaria KLCC berganding bahu dengan Make-A-Wish Malaysia untuk membantu memenuhi Wish Journey yang unik dan menakjubkan yang dinanti-nantikan. Aquaria KLCC berikrar untuk menaja hasrat tiga impian kanak-kanak dengan harapan untuk membawa kekuatan dan dorongan baru untuk si kecil tersebut dan keluarga mereka.
Pada minggu lepas di Aquaria KLCC menyaksikan Wish Child berdaftar di bawah Make-A-Wish Malaysia, Zhi Xuan yang ditemani ibu bapanya menyaksikan pertunjukan bawah air daripada Santa & Elf yang dibawakan khas oleh pasukan terjun profesional Aquaria KLCC. Pertunjukan tersebut disusuli pula dengan kejutan pemberian hadiah istimewa oleh pihak Aquaria KLCC bersama Santa Claus dengan hujanan salji buatan.
Pengarah Urusan Aquaria KLCC, Dato’ Simon Foong berkata, “Ia adalah musim kasih sayang, kedamaian, dan muhibah. Kami menyokong inisiatif Make-A-Wish Malaysia untuk membawa kegembiraan yang diharapkan akan bertahan sepanjang tahun untuk kanak-kanak dan keluarga yang sakit kritikal melalui perayaan sebegini. Kami juga ingin memberi inspirasi dan mencetuskan minat terhadap hidupan marin dan pemuliharaan laut.”
Pengerusi Make-A-Wish Malaysia, Datin Linda Ngiam berkata, “Make-A-Wish Malaysia telahmembawa ramai Wish Children ke Aquaria, malah telah menunaikan hasrat ke-400 kami di sini pada tahun 2017 untuk budak lelaki berusia 13 tahun yang ingin menjadi doktor haiwan. Peluang untuk pesakit kritikal ketepikan rawatan mereka yang panjang dan menyakitkan serta melangkah ke tempat yang menyeronokkan dan memukau seperti Aquaria KLCC akan membantu mengembalikan kegembiraan dalam hidup mereka dan menggalakkan penyembuhan. Kami berterima kasih kepada Aquaria KLCC kerana membantu kami membawa harapan dan transformasi kepada anak-anak ini.”
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.A.M. Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Penaung Diraja Make-A-Wish Malaysia, Irene Tan, Ketua Eksekutif Pegawai Make-A-Wish Malaysia, dan Daryl Foong, Pengarah Eksekutif Aquaria KLCC.
Aquaria KLCC’s Snowfall, Santa Walkabouts dan aktiviti menyeronokkan dan menarik akan berlangsung sepanjang perayaan Krismas di Aquaria KLCC dari 21 November 2022 hingga 8 Januari 2023.
Orang ramai digalakkan untuk melawat Aquaria KLCC dalam tempoh ini dan merasai pengalaman Winter Wondersea yang penuh keajaiban sambil meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang, meneroka keunikan dan keajaiban lautan dan penghuninya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!