Jambatan Guillemard 97 Tahun Kukuh Atas Sungai Kelantan

Share

Juga dikenali sebagai Jambatan Sungai Kusial, jambatan ini dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV pada 1925. Jambatan ini diberi nama sempena Gabenor British, Sir Laurence Guillemard. The Metro Carriage Wagon & Finance Co. Ltd, Wednesbury Works, England bertanggungjawab membinanya bermula pada 1920, dan menyiapkan sepenuhnya pada 1924.

Video atas keretapi merentasi Sungai Kelantan melalui Jambatan Guillemard

 

Jambatan sepanjang 609.6m ini, adalah jambatan keretapi terpanjang di Malaysia dan merupakan yang kedua tertua selepas Jambatan Victoria di Perak. Jambatan Guillemard hasil kehebatan seni bina British yang menggunakan besi padu disalut warna hitam dan dibina kerangka tulang yang hebat.

Tapak jambatan dibina dari bata merah dan disalut konkrit dan setiap satu dianggarkan setinggi 10-15 meter. Merentasi Sungai Kelantan, jambatan hitam ini menghubungkan Kusial di Tanah Merah dan Paloh Rawa di daerah Machang.

Setelah beroperasi selama 16 tahun, jambatan ini dimusnahkan tentera British pada 1941; semasa Perang Dunia ke-2 meletus di Malaya. Tentera British yang berundur ke selatan Kuala Krai, meletupkan bentangan terakhir landasan ini bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Ia kekal lumpuh selama tujuh tahun, hinggalah dibina dan dibuka semula pada 7 September 1948.

 

Jambatan ini diguna oleh semua jenis kenderaan, basikal, kereta, lori kecil sehinggalah ia ditutup kepada kenderaan lain pada Februari 1988. Jambatan Tanah Merah yang dibina beberapa kilometer dari Jambatan Guillemard digunakan untuk kegunaan kenderaan lain.
Sejak itu, Jambatan Guillemard hanya digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu namun pengguna motorsikal dan pejalan kaki boleh akses jambatan melalui jalan tepi.

Merentasi Sungai Kelantan yang pekat berkeladak
Warna Sungai Kelantan yang pekat berkeladak

 

Tahun 1988 juga merupakan tahun bermula kesuraman antara Kampung Kusial Bharu dan Paloh Rawa. Penduduk mula berhijrah ke tempat lain selepas aktiviti ekonomi menjadi lembab. Sebelum itu, Jambatan Guillemard membantu penduduk kampung meraih pendapatan tambahan yang berniaga pelbagai hasil kampung kepada mereka yang mahu menyeberang ke seberang. dan juga di pasar berdekatan.

Foto:malayarailway

 

Pandangan dari Paloh Rawa

 

Hari ini, jambatan ini hanya diguna oleh Keretapi Tanah Melayu, dan menjadi sebahagian laluan keretapi hutan dari utara Tumpat ke Gemas di selatan Negeri Sembilan. Lokasi ini kini sering menjadi rakaman foto perkahwinan dan pusat tarikan pelancong.

Besi padu
Sewaktu pembinaan 1920
7 March 1929: Dari kirit: J. STRACHAN, Pengurus Besar Keretapi; LADY PEEL; MR. HASKINS AND SIR WILLIAM PEEL semasa lawatan pegawai British
Jambatan diletupkan oleh pihak British bagi menyekat Jepun

 

Rujukan: Malaya Railway
Foto: Muhammad Ismail Ibrahim

IKLAN