Jangan Salah Naik Bas Di India. Ada Bas Dijadikan Tandas

Share

Masalah ‘melepas hajat’ menjadi isu besar di negara India dan menjadi antara agenda utama yang ingin ‘diperbetulkan’ oleh kerajaan India.

India terkenal dengan rakyatnya yang suka membuang air besar atau air kecil dimana-mana sahaja mereka suka. Ia merupakan tabiat yang buruk menyebabkan pencemaran malah menjejaskan tahap kesihatan penduduk setempat juga pelancong luar.

Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.

Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Disebabkan itu, pelbagai idea dan inisiatif diambil untuk mengekang tabiat ‘kotor’ tersebut antaranya mewujudkan Projek ‘Ti Bus’, iaitu bas yang diubah menjadi tandas untuk golongan wanita sahaja. Projek ini telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi di Bandar Pune. Ia hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di negara terbabit.

Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan hajat malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.

Tandas bas berwarna merah jambu ini dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari. Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa. Tandas awam tersebut juga antara yang terbersih kerana sentiasa di kawal selia oleh pekerja mencuci.

Sumber: Sinarharian

IKLAN