Jatuh Cinta Dengan Pulau Mantabuan, Sabah

Share

Pulau Mantabuan yang terletak di Sabah tidak kurang indahnya seperti pulau-pulau lain yang ada di sekitar ini. Air lautnya sangat jernih, pasir sangat memutih.

Foto:Flickr

Pulau ini terletak dalam zon Tawau di Pantai Timur Sabah merupakan pulau terkecil di Taman Marin Tun Sakaran.  Perjalanan anda ke pulau ini mengambil masa kira-kira antara sejam hingga satu jam setengah dengan menaiki bot laju pasti tidak sia-sia kerana di sepanjang perjalanan mata anda bakal dijamu dengan keindahan laut yang membiru.

Pulau Mantabuan tidak mempunyai sebarang fasiliti tempat penginapan, namun terdapat sebuah perkampungan suku Bajau Asli di persisiran pantai dengan kemudahan kedai runcit jika anda ingin ‘melepak’ minum sebentar sambil menyaksikan panorama indah.

Foto: VacationKey
Foto: sschmolphin.com

Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan penduduknya yang begitu peramah. Peduduk ini juga terkenal sebagai golongan yang mampu menyelam ke dalam laut untuk satu jangka masa yang lama.

Setiap pengunjung yang ingin singgah dan datang ke pulau-pulau ini perlu mengambil pakej yang telah disediakan oleh pengusaha bot untuk perjalanan sehari. Tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan kerana pulau-pulau di sini sentiasa dikawal selia dengan baik oleh anggota keselamatan negara kita.

Sebelum anda berangkat untuk bercuti ke pulau ini, perlu diingatkan supaya semak terlebih dahulu cuaca didestinasi tersebut. Ini kerana pulau-pulau di Malaysia ada ‘bulan’ tertentu tidak beroperasi kerana musim tengkujuh atau monsun.

IKLAN