Jika Ke Melaka Sekali Seumur Hidup Wajib Naik Melaka River Cruise

Share

Jika ke Melaka, jangan lupa untuk memilih aktiviti menyelusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise tidak kira pada siang atau malam hari. Umpama tidak lengkap kunjungan anda jika tidak menaiki kemudahan ini.

Anda berpeluang menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia dengan aktiviti pelayaran ini.


Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir air dan air pancut muzikal untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.

Paling menarik, penumpang pasti teruja dapat melihat beberapa ekor biawak sebesar depa berkeliran dicelahan pokok payau bakau dan berpeluang melihat kakitangan Melaka River Cruise memberi haiwan ini makan sekitar waktu pagi dan petang.

Sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, cruise ini akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.Setiap jambatan yang dibina terdapat beberapa kisah menarik yang pasti akan dikongsi oleh pemandu Melaka River Cruise kepada pengunjung.




Jika pelayaran bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula. Begitu juga sebaliknya, jika naik di Muara Sugai tengah bandar Melaka akan ke Taman Rempah dah pusing semula ke lokasi asal.

IKLAN