Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang setiap hari.
Ads
Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni. Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani. Jangan lepaskan peluang untuk menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas. Bahkan, kemuncak aktiviti di sini anda boleh turut serta ketika anak gajah mandi di sungai sambil berhibur dengan keletah mereka yang comel. Terdapat kemudahan air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir. Menarik bukan?
Ads
Ads
image via google
Jom cuti-cuti Pahang~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelayaran reakreasi merupakan aktiviti yang banyak disediakan di destinasi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar melihat panorama indah menggunakan pengangkutan air. Selalunya kapal dan bot persiaran bersaiz kecil dan sederhana digunakan sebagai tarikan produk pelancong di kawasan tersebut.
Nak dikatakan terlalu mahal, rasanya tidaklah terlampau tinggi bayaran dikenakan. Tetapi harga yang dibayar berbaloi dengan kemudahan dan kepuasan pengunjung yang teringin bersiar-siar bersama tersayang. Ada beberapa destinasi yang terkenal dengan aktiviti ‘cruise’ ini di Malaysia seperti:
Bagi pengunjung yang mahu melihat sekitar Putrajaya dengan lebih menyeluruh, belayar dengan Cruise Tasik Putrajaya adalah pilihan yang tepat. Menerusi tasik yang berliku itu, pelawat boleh mengambil pelayaran persiaran untuk melihat keajaiban mercu tanda bandar dan pemandangannya. Untuk berlayar sambil menikmati pemandangan Putrajaya, pengunjung mempunyai dua pilihan kaedah pengangkutan apabila mengambil pelayaran Cruise Tasik Putrajaya iaitu dengan bot persiaran penumpang atau perahu berupa gondola yang dibentuk seperti perahu tradisi Melayu.
Antara mercu tanda yang dapat disaksikan ketika belayar termasuk Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi, Monumen Alaf Baru Kebangsaan, Masjid Putrajaya, dan Istana Hinggap Sultan Selangor. Selain bangunan, pengunjung berpeluang melihat keunikan sembilan jambatan yang cukup popular buat sesiapa yang berkunjung ke Putrajaya antaranya jambatan Seri Saujana, Seri Wawasan, Seri Gemilang dan Seri Perdana.
Di Kuching, bot persiaran yang megah menyusuri Sungai Sarawak pasti mencuri tumpuan ramai khususnya pengunjung yang sedang bersantai di tebing Kuching Waterfront. Penumpang akan dibawa menyusuri Sungai Sarawak selama satu jam setengah bermula di Kuching Waterfront, melepasi Jambatan Tun Salahuddin dan berakhir di Kubah Ria sebelum berpatah balik ke tempat permulaan. Bagi penumpang yang memilih pakej bersantai, mereka akan dijamu dengan pelbagai sajian tradisional seperti linut, sayur keladi dan ikan bakar selain makanan lain atas permintaan pelanggan. Bagi setiap perjalanan bot persiaran memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang penumpang untuk menampung kos operasi.
Bot ini mengambil dan menurunkan penumpang di enam lokasi terpilih di sepanjang Sungai Sarawak iaitu di Jeti Sungai Bedil Besar, Pengkalan Sapi, Kampung Boyan, Tebingan Kuching, Kampung Lintang dan Kampung Paroh.
Jika ke Melaka, jangan lupa untuk memilih aktiviti menyelusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise tidak kira pada siang atau malam hari. Anda berpeluang menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia dengan aktiviti pelayaran ini. Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir air dan air pancut muzikal untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.
Paling menarik, penumpang pasti teruja dapat melihat beberapa ekor biawak sebesar depa berkeliran dicelahan pokok payau bakau dan berpeluang melihat kakitangan Melaka River Cruise memberi haiwan ini makan sekitar waktu pagi dan petang. Sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, cruise ini akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.
Setiap jambatan yang dibina terdapat beberapa kisah menarik yang pasti akan dikongsi oleh pemandu Melaka River Cruise kepada pengunjung. Jika pelayaran bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula. Begitu juga sebaliknya, jika naik di Muara Sugai tengah bandar Melaka akan ke Taman Rempah dah pusing semula ke lokasi asal.
Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan negara bagi pelbagai aktiviti riadah turut menggamit pengunjung dengan aktiviti menarik iaitu menaiki feri menyusuri Selat Melaka. Bersesuaian dengan namanya, Sunset Cruise Port Dickson, perkhidmatan feri ini akan membawa pengunjung belayar sambil menyaksikan keindahan matahari terbenam.
Pelayaran yang merupakan produk pelancongan di Negeri Sembilan ini menjadi tarikan ramai pengunjung pantai peranginan termasuk pelancong yang inginkan kelainan memandangkan pelayaran tersebut membawa penumpang sejauh 13 batu nautika dari pantai menyusuri Selat Melaka. Pengalaman pelayaran ini akan bermula dari Jeti Penumpang Jabatan Laut, Port Dickson seterusnya menyusuri pantai-pantai utamanya sehingga ke perairan antarabangsa apabila keindahan matahari dipertontonkan ramai.
Antara daya tarikan alam semula jadi di Langkawi yang menarik untuk mengisi masa percutian anda ialah menyaksikan khazanah hutan bakaunya. Kebanyakan hutan bakau terletak di lokasi Kilim Geoforest Park dengan sejarah kewujudan menjangkau 400,000 tahun. Pengunjung yang ke sini boleh memilih untuk menyusuri hutan bakau Sungai Kilim dengan menggunakan bot sebagai pengalaman percutian. Keindahan persekitaran hutan bakau ini membolehkan Kilim terpilih sebagai lokasi penggambaran untuk banyak filem tempatan dan antarabangsa.
Pelancong yang mengambil pakej menyusuri Sungai Kilim juga berpeluang di bawa ke Gua Kelawar yang menganjur sejauh 60 meter dengan dua pintu masuk yang saling bertemu. Ia dihuni beribu-ribu kelawar buah. Jambatan kayu dibina untuk memudahkan pelawat keluar masuk. Pengunjung dinasihatkan memakai sandal kerana sebahagian lantai di pintu masuk gua ini digenangi air. Selepas melawat gua, berehatlah sementara di dangau sambil mengambil peluang melihat persekitaran hutan bakau dari jarak dekat.
Bagi memberi kelainan, buat pengunjung yang berada di Pahang, bawa keluarga anda mengintai aktiviti larut malam di Kuantan iaitu dengan menyusuri Sungai Kuantan menaiki River Cruise untuk melihat lebih dekat ribuan kelip-kelip yang hinggap di pokok berembang di tepi sungai.
Sepanjang menyelusuri sungai itu, tiada sebarang cahaya melalui kamera atau lampu suluh dibenarkan bertujuan mengelak habitat tersebut daripada berasa terganggu dengan kehadiran pengunjung. Lokasi ini semakin mendapat sambutan selepas orang ramai mengetahui tentang kewujudan habitat serangga itu di situ. Dengan bayaran kurang dari RM40, pengunjung dapat menikmati panorama itu selama kira-kira sejam.
Terengganu menawarkan satu lagi aktiviti menarik kepada pengunjungnya iaitu pelayaran menyusuri Sungai Terengganu. Melalui pelayaran ini pengunjung akan dibawa menyusuri sungai berkenaan untuk melihat kehidupan nelayan dan rakyat Terengganu.
Mereka juga akan dapat melihat beberapa bangunan dan seni bina Terengganu seperti Jambatan Sultan Mahmud, Bazar Warisan, Kampung Cina, Pengkalan Keropok Losong dan Hotel Ri-Yaz Resort. Perkhidmatan pelayaran ini disediakan sebagai aktiviti sampingan untuk pengunjung selepas melawat Taman Monumen untuk menyusuri Sungai Terengganu sejauh kira-kira dua kilometer yang mengelilingi Pulau Duyong dan kampung sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Replika tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri itu kini dipamerkan di Istana Budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan seramai 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dengan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang. Al-Sultan Abdullah juga turut memakai tanjak ini dalam acara rasmi dan istiadat Diraja di negeri Pahang.
Dengan adanya pameran mengenai tanjak yang sering dikaitkan dengan istana dan kepahlawanan serta dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu, ia dapat mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak.
Pemakaian tanjak ini perlu dipakai bersesuaian dengan istiadat dan tempat yang sesuai iaitu dengan berpakaian penuh berbaju Melayu, bersampin dan bercapal atau berkasut. Tanjak Warisan tidak sesuai dipakai dengan pakaian biasa atau kasual. Jika pemakaian tanjak oleh generasi muda secara berpakaian kasual dengan berkemeja-T dan berseluar jeans adalah tanjak kreasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bali terkenal dengan pantai nya. Namun di balik itu tersembunyi syurga hutan Ubud.
Jika anda mahu ke Bali, apa kata anda cuba menginap di Ubud Hanging Gardens. Anda MESTI paling tidak lawat ke sini. Ia antara hotel terbaik Bali terletak di kawasan Ubud. Konsep hotel ini tidak sama seperti kebanyakan hotel yang fokus kepada selera moden. Sudah tentu, Ubud terlatak di lereng bukit jauh ke dalam kawasan hutan kampung yang segar dan tidak terusik mengalukan kehadiran anda di sini.
Ubud Hanging Gardens of Bali ini memenangi “THE WORLD’S FIRST 7 STAR BOUTIQUE HOTEL”, 7 STAR LUXURY AND HOSPITALITY AWARDS 2016. Sempurna dan hebat. Harga mungkin menjadi isu, namun pengalaman dan nikmat pasti menidakkan kekangan belanja anda.
Terdapat pelbagai kemudahan sama seperti hotel hebat yang lain; spa, kolam mandi peribadi, dan yang paling utama ialah kolam mandi infiniti yang menghadap hutan belantara. Anda boleh bermandi sambil menikmati pemandangan hebat serta merasa berenang di ketinggian pokok.
Senireka hotel ini bercirikan konsep Bali tradisional samada luaran atau dalaman. Ukiran pada tiang, atap, dan lantai menerapkan keindahan tradisional Bali. Staf disini juga memakai pakaian tradisi Bali dan anda akan dilayan dengan ramah dan seperti raja atau permaisuri.
Makanan di sini sudah tentu lah hebat; dari masakan ala Bali sehinggalah ke rasa moden masakan Barat. Segalanya indah dan sempurna di syurga dunia hutan semulajadi Ubud.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...