Jom Bawa Anak-Anak Berkenalan Dengan ‘Abang Long’ Lebih Dekat Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah. Best!

Share

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang setiap hari.

Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni. Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani. Jangan lepaskan peluang untuk menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas. Bahkan, kemuncak aktiviti di sini anda boleh turut serta ketika anak gajah mandi di sungai sambil berhibur dengan keletah mereka yang comel. Terdapat kemudahan air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir. Menarik bukan?

image via google

Jom cuti-cuti Pahang~

IKLAN