Jom Serbu Angry Birds Water Park ‘Mudah Alih’ Di Semenyih Hanya Untuk Masa Terhad Sahaja

Share

Siapa tidak kenal dengan karakter Angry Birds yang pernah menjadi fenomena dalam aplikasi permainan telefon pintar. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga sangat menyukai permainan ‘membaling’ burung kepada musuh ini seterusnya diangkat hingga ke layar perak.

Kini, Taman Tema Air Angry Birds ‘mudah alih’ pertama di dunia telah dibuka kepada umum bermula 22 November 2019 lalu di Setia Ecohill, Semenyih. Untuk maklumat pengunjung, taman tema air ini hanya dibuka pada tarikh-tarikh tertentu seperti pada hujung minggu dan cuti umum.

Malah, sebanyak 2,000 tiket sahaja akan dijual kepada pengunjung setiap kali ia dibuka bagi memastikan tahap keselamatan pengunjung dan kualiti produk permainan terjamin.

Pelbagai tarikan tersedia seperti permainan gelongsor air dan halangan karakter Angry Birds yang terkenal Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, serta Terence. Paling menarik, sudah tentu gelongsor setinggi 12 meter khas buat anda yang suka akan cabaran.

Harga tiket masuk untuk dewasa RM53, manakala kanak-kanak dan warga emas RM40.28 sahaja. Untuk lebih jimat, anda boleh dapatkan tiket Family Combo (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) dengan harga RM167.48 sahaja. Untuk pembelian tiket layari ticket2u

Jangan lepaskan peluang anda kerana taman tema ini hanya akan dibuka selama dua bulan sahaja.

Sumber: FB SP Setia

IKLAN