Travel

Kafe Rumah Kaca Tersembunyi, Hidden Gems Di Johor

Share

Kafe rumah kaca tersembunyi di hutan Johor, yang mana minat hiking atau mendaki gunung kena try singgah Hill & Heal di tengah-tengah hutan.

Memang unik, boleh jadi port lepak untuk anda yang suka hiking. Sambil lepak boleh layan kopi dan makanan lain yang ada di sini. Sedap!

Kafe Rumah Kaca, Singgah Di Hill & Heal

Orang Kluang mesti tahu Gunung Lambak dekat mana kan? Cafe ini dalam Gunung Lambak.

Laluan nak masuk tu sama jalan macam anda nak pergi hiking naik atas. Kalau nampak jambatan belah kanan, belok kanan kemudian nampaklah pintu nak masuk situ.

Di sini anda boleh order makanan dengan harga standard cafe. Nak kata overprice

tu tak juga sebab sekarang mana-mana cafe harga standard.

Tempat ini juga kids-friendly, boleh bawa anak-anak dan blend with nature. Best berdamai dengan alam semula jadi.

Hanya mengambil masa 2 jam perjalanan daripada bandar Johor Bahru untuk sampai ke sini. Tiada transport awam untuk ke sini. Jadi anda boleh self drive atau naik grab ya.

Tetapi kalau sudah sampai sini nak masuk ikut mana ya? Haaa… anda boleh masuk ikut laluan pintu utama nak mendaki.

Hanya berjalan lebih kurang 300m sahaja akan jumpa cafe di tengah hutan.

Lokasi:

Hill & Heal, Gunung Lambak, 86000 Kluang, Johor
Jumaat- Ahad (Isnin hingga Khamis tutup)
8:00 PAM – 4:00 PM

IKLAN