Ketika menerima pelawaan ke Hotel Hype Motorsport di Nilai, Negeri Sembilan, penulis membayangkan konsep apa yang ingin diketengahkan oleh pemilik.
Perjalanan menuju ke hotel dari Shah Alam hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Alhamdulillah, tiada kesesakan lalu lintas perlu ditempuhi, walaupun perjalanan ketika itu waktu puncak. Sebaik keluar susur Pajam, Waze membawa penulis bersama rakan ke destinasi yang dituju.
Perkarangan parkir hotel dipenuhi dengan barisan motosikal KTM dan jenama lain. Tanggapan awal penulis, tiada hiburan atau aktiviti dapat dilakukan sekitar kawasan berhampiran hotel berkenaan.
Tetapi lokasi itu dipilih kerana ia berada di berada di kawasan strategik yang mana hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kira-kira 40 minit ke Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan berhampiran dengan Kompleks Membeli Belah Tekstil Nilai, Mitsui Outlet Sepang dan Putrajaya.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof, Hype itu mewakili kepada perasaan teruja sinonim dengan sukan perlumbaan yang sentiasa menghadirkan keterujaan kepada penonton.
Ads
Begitu memasuki kawasan lobi mulai terasa nuansa sukan perlumbaan. Pemilihan material bangunan sehingga ornamen-ornamen yang digunakan mencerminkan konsep hotel tersebut.
Di hadapan kaunter pendaftaran diletakkan podium dan ruang menunggu dihiasi dengan perabot-perabot yang diperbuat daripada aksesori kenderaan.
Anda dapat melihat tempat duduk yang dihasilkan daripada tayar lori dan rim-rim motosikal menghiasi dinding serta dijadikan sebagai bingkai lampu di siling. Cukup menarik perhatian. Suasana lobi kelihatan klasik menerusi pemilihan warna hitam dan putih. Tidak berlebihan dalam tata rias, lebih ringkas dan santai.
Ads
Selesai majlis pelancaran, penulis langsung menuju ke kamar di tingkat satu, dua dan tiga. Setiap tingkat mewakili litar antarabangsa dunia dan setiap bilik tertera perkataan Pit diikuti dengan nombor bilik.
Hotel butik pertama di Asia berkonsepkan dunia pemotoran itu menawarkan 75 bilik menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta berlatarbelakangkan aksi perlumbaan.
Ads
Jelas Johari, ada beberapa bilik bertemakan lagenda pemotoran dunia antaranya Michael Schumacher, Valentino Rossi dan Tony Cairoli.
“Kami menyediakan tiga jenis bilik iaitu Standard, Superior dan Family yang dilengkapi dengan penghawa dingin, kunci pintu dengan kad sentuh, akses Wi-Fi, televisyen lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran pemotoran dan jadual harian penerbangan,” katanya.
Hotel dengan kos pelaburan sejumlah RM12 juta itu sudah pun beroperasi dengan harga bilik bermula RM150 sehingga RM280 semalam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika travel ke negara luar, bagi pelancong Muslim soal makan pasti menjadi sedikit kerumitan kepada mereka. Memang orang boleh cakap ‘ ala..bawa la makanan segera atau paket makanan Halal dari negara untuk travel’. Tetapi bila dah berjalan tempat orang, kadangkala tekak teringin nak rasa makanan di negara tersebut bukan?
Di Macao, untuk mencari makanan Halal tidak menjadi satu perkara yang membebankan. Terdapat pelbagai pilihan premis makanan atau restoran buat pengunjung Muslim. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong Muslim untuk menjamu selera apabila datang ke Macao ialah:
Lord Stow, Tart Telur Portugis
Bagi penggemar drama Hallyu, pasti maklum Macau antara destinasi penggambaran drama popular termasuk Princess Hour yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan di Coloane. Menariknya, keistimewaan Coloane tidak saja bergantung pada ketenangan dan kedamaian kehidupan masyarakat tempatan, bahkan keenakan Tart Telur Portugis paling popular di Macau, Lord Stow. Cuba lah!
Golden Peacock (Indian cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: The Venetian Macao, Level1, Shop 1037 | Waktu Operasi: 11:00am – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Taste of India (Indian & Portuguese cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Avenida Sir Anders Ljungstedt No.22AD, Vista Magnifica Court, Macao | Waktu Operasi: 12:00pm – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Loulan Islam Restaurant (Xinjiang cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Intersection of Avenida Almeida and Rua Cinco de Outubro, Macao | Waktu Operasi: 11:00am – 02:00am
Dong Lai Shun Muslim Restaurant (Beijing cuisine) –Mempunyai sijil Halal
Lokasi: G/F, Kuong Fai Medical and Rehabilitation Centre, 484 R. Cidade de Coimbra, Alameda Dutor Carlos d’Assumpção, Macao
Green House (Vegetarian)
Loly Indonesian Food (Indonesian cuisine)
Lokasi: Berdekatan Kiang Wu Hospital , Edificio Pek Hoi Kok, 33 R. da Erva, Macau | Waktu Operasi: 11:00am – 10:00pm (Selasa – Ahad)
Indian Spice (Indian cuisine)
Lokasi: 39, Alameda Dr. Carlos D’Assumpcau, Vista Magnifica Court BG/RC , Macao
Indian Garden (Indian cuisine)
Lokasi: Berhadapan Taipa Central Park, Shop 18, Bloco 27, No.453,461 R/C, Rua de Seng Tou, Nova Taipa Garden.
Arabian Kebab
Lokasi: Berhampiran Macao Ginza Plaza. Shop M Centro Comercial Teatro Capitol, Travessa dos Anjos No. 45-51
Kunjungan ke Kuantan tidak lengkap jika tidak singgah ke Teluk Cempedak yang menjadi antara destinasi pantai pelancongan dan kawasan riadah paling popular di Pahang. Kawasan pelancongan itu bertambah sesak ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut. Pada sebelah malam, suasana di Teluk Cempedak lebih meriah dengan pelbagai gerai jualan dan persembahan seni pemuzik jalanan. Memang 'port' yang sangat layan untuk bersantai.
Teluk Cempedak menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941. Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.
Bagi anda yang ingin bermalam di Teluk Cempedak, terdapat banyak hotel dan resort mengikut bajet poket masing-masing sedia untuk ditempah bila-bila masa sahaja. Ramai yang memilih untuk menginap di hotel yang mempunyai view pantai yang indah.
Kalau nak tahu, Teluk Cempedak memiliki pantai yang cantik dan berpasir putih. Memang sesuai untuk membawa anak-anak kecil untuk membina istana pasir di sini. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai. Kedudukan Teluk Cempedak juga berhampiran Hutan Simpan Beserah yang masih kaya dengan khazanah flora dan fauna. Turut disediakan trek menjejak denai di hutan ini bagi penggemar aktiviti mendaki. Panorama semula jadi longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang landai dan memutih ini pastinya akan memberi sudut gambar yang cantik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Empangan Bakun ialah empangan hidroelektrik merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik. Dahulu mendapat tentangan hebat dari masyarakat tempatan di kawasan ditenggelami air.
Foto: bakunparadise.wordpress.com
Fakta menarik Empangan Bakun
Bakun empangan terbesar di Malaysia, dan antara terbesar di Asia, selain beberapa empangan yang lebih besar di negara China.
Empangan Bakun empangan jenis CFRD yang ke-4 tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 m.
Tasik Bakun menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).
Kedalaman tasik sekitar 100-200 meter
Stesen jana kuasa Bakun menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.
Talian penghantar bawah laut Bakun menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.
Empangan Bakun yang ke 44 tertinggi didunia 205 m (673 kaki).
Saiz Empangan Bakun lebih besar daripada Singapura.
Empangan Bakun terhasil dari beberapa sistem sungai antaranya Sungai Majoh, Sungai Belepeh, dan Sungai Balui lalu menjadi Sungai Rajang.
Sebelum aliran sampai Empangan Bakun, aliran lalui satu lagi empangan, iaitu Empangan Hidroelektrik Murum yang mengempang Sungai Luar serta Sungai Plieran. Jarak antara kedua-dua empangan sekitar 60-123km mengikut jalan dilalui.
Empangan Bakun adalah hak milik mutlak Kerajaan Negeri Sarawak.
Video pelepasan air di Empangan Bakun
Sejarah projek Cubaan pertama Kerja ukur tanah dimulakan pada tahun 1960-an dan kajian diteruskan pada tahun 1980-an. Kajian merangkumi pelan induk dan upaya bina, kajian batuan dan tanah, kajian janaan hidro, reka bentuk empangan, kajian alam sekitar dan sosioekonomi dan kajian talian penghantar.
Projek ini telah dimulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan membangunkan dahulu industri gas asli.
Cubaan kedua Projek ini diteruskan semula oleh YAB Mahathir Mohamad pada 1993. Pada Januari 1994, projek ini diswastakan kepada Bakun Hydroelectric Corporation, iaitu syarikat usahasama Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Sarawak, Syarikat SESCO Berhad dan Malaysia Mining Corporation Berhad. Bakun Hydroelectric Corporation telah memberi kontrak elektrikal, mekanikal dan penghantaran kepada ABB. Beberapa pakar runding yang terlibat ialah Snowy Mountain Engineering Corporation, TNB Hydro (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad) dan KLIA Consult. Projek terhenti akibat kemelut ekonomi 1997.
Cubaan ketiga Pada Mei 2000, Kerajaan Malaysia telah mengambil alih projek dengan membeli kepentingan Bakun Hydroelectric Corporation, dan meneruskan projek melalui syarikat milik kerajaan, Sarawak Hidro Sdn Bhd. Hanya pembinaan Empangan Bakun diteruskan dan kerja pembinaan ditawarkan melalui kontrak “turnkey”. Pembinaan talian penghantar bawah laut tidak akan dilaksanakan.
Kontraktor baru ialah Malaysia-China Hydro JV Consortium, iaitu syarikat usahasama Sime Engineering Berhad, iaitu anak syarikat Sime Darby Berhad dan Sino-Hydro Corporation dari China. Rakan kongsi kecil yang lain ialah WCT Berhad, MTD Capital Berhad, Ahmad Zaki Resources Berhad, Syarikat Ismail Berhad dan Edwards & Sons Berhad. Tarikh siap ditetapkan pada September 2007. Harga kontrak sivil ialah RM 1.8 bilion. Kerja elekromekanikal diberi pada satu kontrak kepada IMPSA dari Argentina dan satu kontrak lagi kepada Alstom dari Perancis.
Pada 2004, pakar runding JW Knowles telah diupah untuk mengkaji sebab kelewatan projek. Jururunding lain yang terlibat ialah Snowy Mountain Engineering Corporation dan OPUS International Malaysia.
Empangan Bakun dari satelit
Perkembangan terkini semasa cubaan ketiga Pada tahun 2003, Gulf International Investment Group (GIIG) telah meletak wang pertaruhan sebanyak RM500 juta, sebagai permulaan ingin membeli 60% projek Empangan Bakun. GIIG ialah syarikat usaha sama antara Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang kaya dari Malaysia dan Mohamad Ali Al-Abbar, orang kaya dari Dubai. Tujuan pembelian ialah sebagai sumber tenaga elektrik untuk sebuah lagi pelaburan mereka iaitu kilang pelebur aluminium yang akan dibina di Similajau, Sarawak. Rancangan ini tidak diteruskan akibat kelewatan pembinaan Empangan Bakun.
Di tahun 2006, berikutan kenaikan bahan api seperti gas asli dan minyak, talian penghantar bawah laut yang yang dahulunya tidak berdaya maju, kini telah dikaji semula untuk dilaksanakan. Tenaga Nasional Berhad telah menyatakan hasrat ingin menggunakan sumber hidroelektrik dari Sarawak menjelang 2012. Berikutan itu, beberapa syarikat telah menunjuk minat dan Sime Darby ialah yang terkehadapan dalam usaha mendapatkan kontrak melaksanakan talian penghantar bawah laut ini.
Pada November 2006, berita tersebar mengenai penggabungan Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad menjadi sebuah syarikat baru dengan modal berbayar RM 31 bilion. Serentak dengan penggabungan tersebut, anak syarikat Sime Darby iaitu Sime Engineering Sdn Bhd akan mengambil alih sebahagian kepentingan kerajaan dalam Sarawak Hidro Sdn Bhd.
Foto: NST
Pemeliharaan alam sekitar Pembinaan Empangan Bakun ini mengakibatkan 9,000 penduduk sekitar dipindahkan dari kawasan yang akan ditenggelamkan, Mereka telah ditempatkan semula di kampung rumah panjang Sungai Asap berhampiran Bakun.
Laporan Penilai Kesan Alam Sekitar atau secara ringkasnya EIA bagi projek Empangan Bakun menyatakan bahawa paras air tasik Bakun ialah 195 meter dan 228 meter yang telah membentuk 18 buah pulau. Namun begitu, sehingga Februari 2010 paras air Empangan Bakun telah mencecah 228 meter dan menyebabkan ladang-ladang baru, kawasan perkuburan baru dan rumah panjang baru tenggelam.
Foto: hydropower.blogspot.com
Spesifikasi Empangan Bakun Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
Empangan utama Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu. Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksimum ialah 232 m. Aras operasi ialah 228 m maksimum dan 195 m minimum. Takungan –luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu. Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak. Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat. Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu. Rumah janakuasa- Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi. 8 set jana kuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 jana kuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pemboleh ubah bersaiz 360 MVA sebuah.
Talian penghantar Terdapat tiga bahagian utama talian penghantar:
Pertama, talian AC voltan tinggi dari Bakun ke Bintulu sepanjang 160 km. Talian 275 kV ini akan mengalirkan tenaga dari Empangan Bakun ke sebuah stesen pencawang di Bintulu, dan seterusnya ke grid elektrik Sarawak yang dikendalikan oleh Syarikat SESCO Berhad. Kedua,talian DC voltan tinggi dari Bakun ke Tanjung Parih, Sarawak sepanjang 660 km. Talian ini pada voltan 500 kV jenis dwikutub (dua kutub; positif dan negatif). Ketiga, talian DC voltan tinggi dari Tanjung Parih, Sarawak ke Tanjung Tenggara, Johor sepanjang 670 km. Talian ini berada di bawah lautan pada voltan 500 kV dengan 3 atau 4 kabel dengan keupayaan 700 MW seutas.
Sebagai sebahagian sistem talian penghantar ini, 2 stesen pengubah akan dibina di Bakun dan Tanjung Tenggara. Talian DC voltan tinggi ini akan disambung ke Grid Nasional yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...