Kalau anda mempunyai ahli keluarga yang masih di bawah umur atau kanak-kanak, apa kata ubah selera percutian kali ini dengan membawa keluarga bercuti di Melaka.
Bagi anda yang ingin menikmati percutian bertemakan air, jangan lepaskan peluang mengunjungi Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Hilir Melaka, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan pakej percutian keluarga yang pastinya tidak akan mengecewakan.
Ads
Dikelilingi taman air yang menyeronokan,di sini menawarkan percutian dan hiburan untuk keluarga yang tiada tandingannya. Selain menjanjikan suasana yang mendamaikan, pelbagai aktiviti sedia untuk diterokai selain pelbagai kemudahan yang disediakan.
Mula beroperasi sejak tahun 2013, Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan penginapan berupa dua blok pangsapuri mewah taraf empat bintang, selain taman airnya yang pasti memberikan pengalaman sukar dilupakan untuk bersantai bersama keluarga atau yang tersayang.
Ads
Dikelilingi panorama yang tenang, dari balkoni bilik anda dapat menyaksikan panorama taman air dari aras atas. Bayou Lagoon Park Resort turut menyediakan kemudahan seperti kolam renang, wifi di setiap bilik, restoran, gymnasium, surau, ruang permainan, khidmat tukaran matawang asing, bilik mesyuarat dan seminar.
Ads
Menawarkan taman permainan air di Melaka, taman air di Bayou Lagoon Park Resort dibina khas buat pengunjung merasai sendiri keunikannya setiap satu jenis permainan mempunyai kelainan tersendiri. Si kecil pasti teruja bermain air di kolam yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk kanak-kanak. Bagi orang dewasa pula, tidak sah sekiranya tidak mencuba segala permainan yang disediakan seperti gelongsor air. Buat pengunjung luar yang tidak menginap di sini, ada bayaran tiket masuk akan dikenakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rama-rama adalah serangga yang dianggap sebagai mahkluk yang cantik dan menjadi kegemaran sesetangah peminat landskap. Bagi mereka, kewujudan rama-rama membuktikan kawasan tersebut begitu indah dan tenang. Dikerumuni rama-rama saat berjalan di taman nan menghijau bagai di alam fantasi.
.
Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Taman Rama-Rama yang agak lama dibuka kepada umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
.
Mengunjungi Taman Rama-Rama Kuala Lumpur bersama keluarga dan kanak-kanak sememangnya destinasi yang bijak kerana pengunjung bukan saja boleh melihat rama-rama tetapi mempelajari banyak mengenai serangga yang cantik itu.
.
.
.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan.
Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
.
Secantik dan seindah mana pun seekor rama-rama mempunyai jangka hayat hidup yang singkat iaitu hanya hidup selama dua minggu. Bagaimanapun, jangka hayatnya juga bergantung kepada cuaca dan keadaan.
Jika datang bersama tersayang atau keluarga, jangan sesekali lupa untuk mengabadikan foto kenangan bersama mereka.
.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang kita tinggal sudahpun dibenarkan sejak minggu lalu.
Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk bercuti kawasan sekitar dengan memilih menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.
Seperti perkongsian Syapik Hassan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia yang memilih bersama keluarga untuk masuk hutan yang jauh dari kesibukan kota bagi menenangkan fikiran.
Leka menyaksikan keindahan alam sambil melihat sungau mengalir dan mendengar bunyi ungas dan serangga.
Menurutnya pelbagai kemudahan disediakan pemilik tempat dan kebanyakan bilik disewa pada kadar berpatutan.
Glamping Di Pinang Sebatang
Glamping Pinang Sebatang – Warga Selangor/KL nak bercuti tapi tak boleh rentas negeri?
Dah lama aku tak masuk hutan, jauh dari kota, tenangkan fikiran. Sambil tengok sungai mengalir, dengar bunyi unggas dan serangga.
Fuuhhh… Damai dia lain macam. Aku tak reti nak explain satu persatu pengalaman aku kat Glamping Pinang Sebatang ni, tapi aku post beberapa gambar. Dan pada setiap gambar tu, aku explain kat description, korang bacalah supaya korang lebih faham dan rasa teruja.
Ini salah satu dari pondok di Glamping Pinang Sebatang. Ni gambar masa pagi sebelum balik pada petangnya. Jangan risau, bila hujan takde air menitik masuk. Suasana dalam pondok ni memang syahdu. Feel hutan tu ada walau pondok cantik camni. Kat dalam ada tikar. Tapi untuk alas yang lebih selesa, korang bawa la toto sendiri. Selimut pulak, tidak disediakan, korang kena bawa sendiri. Cumanya, pukul 2 am ke atas baru dia start sejuk.Sempoi tak? Tak payah jauh-jauh, datang Glamping Pinang Sebatang je, dah ada buaian view sungai.Ada 3 pondok serupa ni di Glamping Pinang Sebatang. Kalau datang 1 family, boleh sewa seluruh tapak terus, ambik tiga-tiga pondok!Tak payah pegi jauh-jauh ke Australia untuk pondok warna warni. Kat Glamping Pinang Sebatang, jamban pun cantik! Yer. Ini jamban. Ada 3 tandas. Tiap tandas ada jamban duduk, paip air, sinki, dan tong tadah air untuk mandi. Air paip adalah dari air bukit.
Apa fasiliti yang ada kat Glamping Pinang Sebatang ni?: – 3 tandas – 3 pondok – setiap pondok muat 8 dewasa – 1 pondok Hammock siap dengan 12 unit hammocks – Pondok makan – Dapur complete with gas – Pinggan (pinggan bunga zaman dulu) – Cawan/gelas – Cerek – Periuk – Pisau and other cutleries – Bbq pit (arang kena bawa sendiri dan jaring pun recommended bawa sendiri for hygiene purposes) – Buaian tepi sungai
Ni kira common area la, tempat makan dan lepak, borak-borak. Korang nak main dam haji ke main Saidina ke Jutaria ke kat sini, memang elok. Pekena plak kopi panas sambil makan keropok lekor cicah sos Lingam.Feeling hutan tak hilang beb. Bunyi serangga yang pelbagai siap cicak yang turut tumpang berteduh betul-betul bagi kau sejiwa dengan alam.Ni lah common area tu dari sudut lain. Sinki, dapur, bekas Coleman, semua ada. Dulang melayu yang old skool tu pun ada. Periuk 4 jenis.Suasana Glamping Pinang Sebatang ketika matahari baru naik selepas waktu Subuh.
Info Tambahan: – Bila malam, Glamping ini diterangi banyak lampu diseluruh tempat dengan power dari Generator Set (pakai minyak). – Kat mana Glamping Pinang Sebatang ni? Kat Kuala Kubu Bharu jer. Sesuai la bagi korang yang duk Selangor atau KL yang tak dapat rentas negeri tu! Kaaann?? – Better korang amik cuti dan sewa hari weekdays, sebab weekend biasanya fully booked. – Korang tanya la dia bila slot available. Korang cuba la pergi hari weekdays, takut weekend selalu penuh. Amik cuti 3 hari 2 malam pun jadi la. Satu pondok RM350 untuk 2 malam (rate weekdays) boleh kongsi 8 orang. – Untuk info, kalau nak stay sini, minimum kena sewa satu pondok (total ada 3 pondok dan 1 pondok makan) dengan harga: – Weekdays – RM200 per night or RM350 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok) Weekends (Fri and Sat night) – RM300 per night or RM450 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok) – Tapi the best way korang sewa seluruh tapak tu untuk family korang dengan harga RM1000 per night or RM1500 for 2 nights so that takde orang lain kat area tu yang sharing dengan korang (harga weekdays RM600 per night or RM1200 for 2 nights). – Sesuai untuk family or friends reunion/gathering
– Apa-apa korang boleh hubungi: 0122002595 – Rizal Khalif
Nak ke Glamping Pinang Sebatang ni, kena cross sungai guna rakit ni. Wajib! Tak ada jalan lain. Adventure tak? Ni tarikan utama Glamping Pinang Sebatang! InsyaAllah kukuh dan selamat. Air tak berapa deras. Aku, isteri, 2 anak, dan sorang kawan, naik ni cross sungai 3-4 kali dengan selamat.
Korang boleh join water rafting ni, kena kumpul kawan-kawan korang untuk penuhkan 1 raft, baru berbaloi. Apa-apa boleh hubungi saudara Rizal Khalif, no fon ada pada post.Sebelum naik rakit, kena jungle trekking sikit turun tebing curam. Wanita mengandung dan orang tua yang berpenyakit tak disarankan datang sini. Tapi boleh cuba kalau nak.
Kalau ingin rasa ‘bahagia’, mungkin anda boleh berkunjung ke beberapa buah bandar yang telah diangkat sebagai lokasi yang ‘disenangi’ ini.
Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020. Turut tersenarai adalah bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Pengiktirafan Bandar Paling Bahagia 2019 ini adalah susulan daripada Anugerah Bandar Mampan 2019 yang telah diisytiharkan pada November tahun lepas sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 oleh PLANMalaysia.
Menurut PLANMalaysia, Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 telah merekodkan tahap kebahagiaan negara secara keseluruhan berada pada paras bahagia dengan pencapaian 80.4 peratus. Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.
MURNInets merupakan alat yang digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia. Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
Antara aspek utama yang menyumbang kepada tahap kebahagiaan ini adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.
Indeks Kebahagiaan merupakan satu daripada indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 aspek utama iaitu:
Tahap kehidupan dan kesihatan
Keselamatan kawasan kediaman dan kemudahan awam
Infrastruktur asas yang disediakan
Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara serta keseronokan bekerja
Pengurusan kewangan
Hubungan dengan jiran
Aktiviti bersama komuniti
Infrastruktur asas yang disediakan
Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan
Kualiti alam sekitar
Sebanyak 106 PBT telah menyertai kajian ini termasuk PBT Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan Sarawak (Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan).
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...