Kalau singgah di Alor Setar, jangan lupa singgah rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sekejap, ada banyak moment yang anda boleh lihat di sini.
Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Menerusi perkongsian daripada Paah Mohamad, ini salah satu muzium yang menyentuh jiwa di Kedah. Pastilah sebab pernah didiami oleh Tun M, seseorang yang disegani ramai sampai hari ini.
Kalau masuk anda akan teruja melihat suasana rumahnya. Ada features/interior dalam rumah ini, teatur walau simple. Namun banyak barang klasik dan ada buku-buku yang terletak elok dalam almari khas.
Ads
Ya, rumah papan, susun atur gambar-gambar terletak molek dengan langsir pink, very cozy dan membuatkan sesiapa sahaja yang singgah akan teringat zaman kanak-kanak dulu yang seronok.
Ads
Pendek kata Rumah Tun M banyak port ootd, sesuai untuk anda yang suka bergambar. Tengok alatan dapur dulu-dulu, memang klasik!
Ads
Anda juga boleh tengok air wajahnya waktu muda bersama isteri tercinta, tergantung molek dalam frame.
Lokasi:
Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir
No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai,
Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000
Alor Setar, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ingin merasakan diri pada zaman purba dan minat mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus anda pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan ‘galeri seni atas batu’ terbesar di Amerika Utara.
Ahli arkeologi mendakwa ukiran seni di atas batu itu telah dikenal pasti dan ia melebihi 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemukan sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.
Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang bersambung kepada Green River, dan anggaran panjangnya adalah 64 Kilometer. Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut hidup dalam keadaan nomad atau bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.
.
.
.
.
.
Nama Nine Mile Canyon telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.
Menjelang 950 AD sehingga 1250 AD, tahun itu merupakan kemuncak kebudayaan kaum Fremont Indians, di mana mereka berhasil membuat ukiran pada dinding batu. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi para saintis beranggapan budaya tersebut lenyap kerana kemunculan puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau Fremont Indians keluar dariapada lembah tersebut.
.
.
.
.
Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi yang di termui di lembah itu telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda pernah lihat satu fenomena alam di mana pasir pantai yang biasa kita lihat berwarna putih atau keperangan, menjadi hitam dan menutupi sebahagian permukaan pantai?
Kebiasaanya, fenomena unik sebegini berlaku dan dilihat di luar negara, tapi tahukah anda, fenomena pantai pasir hitam ini sebenarnya ada di negara kita sendiri! Ianya dikenali sebagai Pantai Pasir Hitam di Pulau Langkawi, Kedah.
Menurut sejarah atau cerita rakyat yang dibawa turun temurun di Kampung Pasir Hitam ini, pantai berkenaan bertukar hitam akibat daripada peperangan lagenda yang terjadi satu masa dulu kala.
Ceritanya begini, dikatakan satu masa dulu, berlaku pertempuran diantara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Kerajaan Laut mendominasi peperangan yang terjadi ketika itu dek kerana memiliki kekuatan tentera yang lebih hebat dan ramai daripada Kerajaan Darat.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Darat dikatakan bertuah kerana kehadiran seorang pendeta yang menasihatkan supaya dibakar kayu-kayan di persisir pantai untuk mengelirukan tentera Kerajaan Laut.
Ketika malam menjelma, Kerajaan Laut melihat obor api yang banyak serta marak di persisir pantai dan menyangka bahawa Kerajaan Darat sudah menerima ketumbukan tentera baru yang ramai, lalu berundur dan melarikan diri daripada peperangan tersebut.
Kesan daripada strategi pembakaran kayu yang dilakukan, maka terjadilah kesan seperti hitam arang yang sangat banyak dan boleh dilihat dengan mata kasar di persisir Pantai Pasir Hitam ini namun kehitamannya tidak sama seperti hitam kesan terbakar kayu api.
Kajian saintifik yang dijalankan mendapati pasir di Pantai Pasir Hitam ini mempunyai kandungan tourmalin dan ilmenit yang tinggi dalam batuan granit dan membuatkan hanya pasir Pantai Pasir Hitam di Langkawi ini sahaja berwarna kehitaman, tidak terdapat di mana-mana lagi pantai lain seluruh negara!
Untuk pengetahuan anda, ilmenit adalah bahan yang banyak terdapat dalam kandungan titanium dioxide dan digunakan secara meluas dalam pembuatan plastik, cat berkualiti tinggi dan juga kertas. Satu lagi fakta yang mungkin menarik perhatian anda adalah, ilmenit juga adalah bahan yang dijumpai dalam batu-batuan yang terdapat di permukaan bulan!
Jadi itu adalah sedikit sebanyak kisah lagenda dan info menarik yang dapat saya kongsikan berkenaan tempat tumpuan pelancongan di Langkawi ini.
Untuk anda sampai ke Kampung Pasir Hitam ini cukup mudah dari Pekan Kuah, Langkawi. Sekitar 30 minit pemanduan sahaja melalui jalan kampung yang tenang dan dipenuhi tumbuh-tumbuhan luar bandar di sekeliling laluan tersebut.
Sewaktu kali pertama saya menjejakkan kaki di sini, kawasan Pantai Pasir Hitam ini luas dan sebahagian daripada pesisirnya menjadi tempat berlabuh kepada bot-bot nelayan. Fasilitis yang disediakan di sekitar tempat ini juga lengkap untuk kemudahan para pengunjung.
Anda tidak perlu risau dengan masalah tandas awam, restoran makanan, dan tempat permainan untuk kegunaan anak-anak kecil berseronok terutama di kala musim cuti persekolahan. Saya boleh katakan berbaloi untuk anda datang berkelah di sini selain daripada pantai-pantai lain yang terdapat di Pulau Langkawi.
Saya cadangkan datang ke pantai ini pada waktu pagi untuk anda merasai dan mengalami sendiri suasana pagi di kawasa. Kampung Pasir Hitam. Cukup menarik untuk lari sebentar dari riuh rendah bandar yang membejatkan. Kali terakhir saya berkunjung ke sini pada hujung minggu, pantai ini kurang didatangi pengunjung, jadi pasti sesuai untuk anda lari mengasingkan diri dari orang ramai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Endau-Rompin merupakan taman negara kedua digazetkan di Semenanjung Malaysia. Ia dilitupi hutan hujan tertua dunia serta batu gunung berapi berusia 240 juta tahun.
Ia juga menyimpan flora dan fauna yang unik termasuk badak Sumatra. Orang Asli dari puak Jakun juga mendiami hutan tebal ini.
Perjalanan yang terancang bagi melihat tempat-tempat hebat Taman Negara Endau-Rompin memakan masa 3 hari. Kebiasaannya, pengungjung mendiami lebih dari seminggu bagi menikmati hutan semulajadi ini. Anda dinasihatkan menggunakan khidmat pemandu arah bagi mengelakkan sesat. Pakej yang diberikan oleh Perbadanan Taman Negara Johor juga berpatutan.
Taman Negara Endau-Rompin juga menyimpan air terjun hebat seperti Upeh Guling, Batu Hampar dan Buaya Sangkut.
Ada 3 laluan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin; 1. Laluan Timur dari Kahang (kampung Peta)- paling mudah dan jimat masa 2. Laluan Barat berhampiran pekan Bekok dan Segamat 3. Laluan dari Kuala Rompin
Menaiki bot ke Kuala Jasin: Bahagian pertama perjalanan anda ialah 45 minit menaiki bot menyusuri Sungai Endau yang sangat tenang ke Kuala Jasin. Bot dinaiki dari penempatan Orang Asli Kampung Peta. Pemandu arah Taman Negara akan membawa anda masuk ke hutan. Air sungai ini sangat jernih dan boleh diminum. Di kiri kanan anda hanya hutan tebal dan anda boleh melihat ikan berenang dalam air.
Air Terjun Upeh Guling dan Batuan Gunung berapi: Dari Kuala Jasin, sejam setengah trekking untuk ke hentian pertama Kuala Marong. Dalam perjalanan, beberapa sungai arus derasperlu diseberang menggunakan tali. Di Kuala Marang, ada kawasan khemah, rumah kayu besar dan tandas. Upeh Guling hanya 15 minit berjalan kesana. Banyak batu pusaran air kesan dari pergerakan gunung berapi 240 juta tahun dahulu.
Tasik Air Biru: 15 minit ke timur Upeh guling, tasik segar yang amat tenang. Air kebiruan hijau mengalir tenang disini. Anda boleh mandi disini, namun dilarang memancing.
Air Terjun Buaya Sangkut:Perjalanan seterusnya ke Air Terjun Batu Hampar mengambil masa 40minit. Sesuai untuk berehat sebentar dan mandi di sini, kerana ujian ketahanan sebenar bermula di sini. Anda mendaki Bukit Semanggong yang curam ; 2370 kaki tinggi. Kecuraman sekitar 45 darjah. Selepas 3 jam yang memeritkan, anda akan bertemu Air Terjun Buaya Sangkut. Ia air terjun yang tinggi dan sangat mengagumkan. Ini merupakan kemuncak perjalanan Taman Negara Endau -Rompin.
Buaya Sangkut Orang Hulu menceritakan hikayat, dahulu terdapat seekor buaya besar yang hidup di dalam kolam bahagian atas air terjun. Sehinggalah suatu hari, buaya itu cuba menyusuri ke bawah air terjun mengejar mangsa, tersangkut di celah batu serta menjadi batuan besar di air terjun itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...