Terkenal kerana ada pantai yang baru dibuka kepada umum, namun tatkala berkunjung ke Putrajaya jangan lupa untuk singgah melawat ke Taman Persahabatan Malaysia – China yang terletak di tapak kekal FLORIA Putrajaya iaitu Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Taman indah ini sudah beberapa tahun dibuka kepada umum dan sehingga kini kekal cantik. Direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ yang mana pengunjung dapat melihat keindahan tatkala berkunjung ke sini.
Ads
Saat memasuki taman Persahabatan Malaysia- China ini, kita akan terbuai dengan keindahan binaannya yang cukup unik selain adanya unsur-unsur kaligrafi China. Di tengah-tengahnya ada kolam yang cukup cantik dan perasaan tenang tatkala berada di taman ini.
Meneroka di setiap sudut taman ini, dua pokok jenis Michelia alba atau cempaka putih yang ditanam sebagai simbolik hubungan diplomatik kedua-dua negara. Penerapan pelbagai elemen seperti air, batu, bangunan, kaligrafi tumbuhan dan gunung adalah kombinasi yang sangat mendamaikan.
Ads
Ads
Motif kesenian tradisional Cina yang diterapkan pada setiap pembinaan bangunan ini juga menarik dan Taman Persahabatan bernilai RM1.5 juta ini adalah mercu tanda hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dan China.
Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara. Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup.
Dalam persekitaran yang menyeramkan terletak di bawah berhampiran Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di Jepun, lokasi ini lebih dikenali sebagai kawasan membunuh diri yang popular di dunia. Sedangkan banyak tarikan lokasi menarik yang ada di Aokigahara seperti Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong, namun kurang dikenali.
Sejarah hutan itu agak menyeramkan kerana dianggap sebagai tempat tinggal ‘yurei’ iaitu sejumlah hantu dalam mitologi Jepun. Banyak cerita dongeng lain yang diperkatakan iaitu berkaitan makhluk aneh, gergasi serta roh jahat di situ.
Hutan Aokigahara amat popular dalam kalangan rakyat Jepun yang putus asa dalam hidup dan membunuh diri di situ. Kebanyakan yang membunuh diri di situ adalah kaum lelaki. Dalam pada itu, wujud tradisi meninggalkan wanita tua di dalam hutan Aokigahara. Anak-anak akan mengendong ibu mereka yang telah tua masuk ke dalam hutan itu dan meninggalkan mereka tanpa dibekalkan makanan, selimut dan akhirnya dibiarkan mati begitu sahaja. Namun begitu, kisah itu dikatakan tidak benar dan sekadar cerita rakyat yang diwarisi anak cucu sehingga hari ini.
Bahkan ada yang mendokumentasikan dan memfilemkan kejadian yang berlaku di hutan itu. Jika pernah menonton di YouTube ada sesetengah kumpulan yang masuk ke hutan itu dan kemudian ketakutan dan lari keluar meninggalkan hutan.
Memandangkan kes membunuh diri semakin meningkat di hutan itu sejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.
Rakyat Malaysia ada yang dah pernah sampai hutan ini untuk melawat dan ‘mencari’ apa ada di dalamnya. Bukan masuk siang hari sahaja, brother ni siap datang malam-malam. Korang boleh google pasal dia yang ke Hutan Aokigahara ini baru-baru ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jambatan-jambatan ini dibina tinggi di puncak bukit, tebing tinggi, dan antara lembah merentasi sungai atau lembah. China negara paling banyak bina jambatan tinggi lebih dari 100 meter. Daripada 100 jambatan tinggi di dunia, lebih 80 adalah milik China. Tinggi jambatan dikira dari permukaan sungai atau lembah di bawah jambatan.
Berikut 10 jambatan tertinggi di dunia.
10. Jambatan Sungai Dimuhe (360 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung berhampiran Liupanshui, Guizhou, China. Dengan dek jalan raya 360 m tinggi, iambatan ini adalah sebahagian daripada laluan Lebuhraya G56 Hangzhou-Ruili antara Liupanshui dan Bijie dan dibuka pada tahun 2016.
9. Jambatan Sungai Beipanjiang (366 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung 366 meter tinggi. Ia sebahagian laluan Lebuhraya Guanxing berhampiran Xingbei Town (Xinbeizhen),daerah Zhenfeng , Wilayah Guizhou, China. Jambatan ini sepanjang 388 meter. Ketika dibuka pada 2003, ia adalah jambatan tertinggi di dunia. Ia memegang gelaran tersebut sehingga pembukaan Jambatan Pipa Hegigio Gorge pada tahun 2005.
8. Jambatan Sungai Baling (370 meter tinggi)
Merupakan jambatan gantung di daerah Guanling , wilayah Guizhou, China. Jambatan ini merentas Lembah Sungai Baling dan dibuka kepada awam pada 23 Disember 2009. Jambatan ini sebahagian daripada laluan Lebuhraya Shanghai-Kunming G60 antara Kunming dan Guiyang dan mengurangkan masa perjalanan merentasi lembah sungai dari satu jam ke empat minit sahaja. Panjang jambatan gantung ialah 1,088 m manakala mempunyai panjang keseluruhan 2,237 m.
7. Jambatan Baluarte (390 meter tinggi)
Terletak di Mexico, jambatan empat lorong seluas 20 meter lebar serta sepanjang 1,124 meter yang disokong 12 tiang, dengan dua daripadanya menjadi menara di atas tebing sungai Baluarte. Ia menghubung jurang pergunungan Sierra Madre Occidental pada ketinggian 390 meter,jauh lebih tinggi daripada Menara Eiffel dan dibuka pada 2013.
6. Jambatan Paip Hegigio Gorge (393 meter tinggi)
Dengan ketinggian 393 meter, jambatan paip tertinggi didunia. Ia adalah jenis jambatan gantung sepanjang 470 meter merentasi Sungai Hegigio. Ia digunakan untuk mengangkut minyak petroleum dari ladang minyak Mananda Tenggara di selatan tanah tinggi Papua New Guinea. Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia pada tahun 2005 dan kekal tertinggi sehingga pembukaan Jambatan Sidu River di China pada tahun 2009.
5. Jambatan Sungai Qingshui (406 meter tinggi)
Ia jenis jambatan gantung di Guizhou, China. Berada 406m di atas Sungai Qingshuihe, ia merupakan jambatan gantung ketiga tertinggi di dunia. Ia juga merupakan salah satu jambatan terpanjang dengan jarak 1,130 m. Dua menara setinggi 230 m dan 224 m tinggi menjadi sambungan utama menggunakan keluli untuk sokongan dan keutuhan jambatan. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya Guiweng. Ia memendekkan jarak perjalanan antara wilayah Weng’an dan Guiyang dari 160km ke 38km. Jambatan dibuka untuk trafik pada 31 Disember, 2015.
4. Jambatan Sungai Yachi (434 meter tinggi)
Ia jenis jambatan kabel di Guizhou, China. Ia juga merupakan salah satu jambatan kabel terpanjang yang terpanjang dengan jarak 800 m. Menara barat setinggi 258.2 m dan menara timur adalah 243.2 m menjadikan ia antara jambatan tertinggi di dunia. Ia melintasi Sungai Yachi antara wilayah Qianxi di Bijie dan Qingzhen di Guiyang. Jambatan ini sebahagian laluan di Guiyang ke Qianxi Expressway.
3. Jambatan Puli (485 meter tinggi)
Ia adalah jambatan gantung berhampiran Xuanwei, Qujing, China. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 menghubungkan Liupanshui dan Xuanwei dan dibuka pada bulan Ogos 2015. Jambatan dan lebuh raya mengurangkan masa perjalanan dari Xuanwei ke sempadan Guizhou dari empat jam ke hanya sejam. Jambatan melintasi aliran kecil di seberang jurang Sungai Gexiang. Ia mempunyai ruas utama 628 meter dan panjang keseluruhan 1,040 meter. Dek jalan raya adalah 24.5 meter lebar dan kabel suspensi utama adalah 26 meter jarak setiap satu. Ia seakan sama dengan Jambatan Sidu, cuma kable berwarna merah.
2. Jambatan Sungai Sidu (496 meter tinggi)
Jambatan gantung sepanjang 1,222 m yang menyeberangi lembah Sungai Sidu berhampiran Yesanguan di wilayah Badong, Hubei, China. Ia dibuka kepada awam pada 15 November 2009. Jambatan ini sebahagian daripada Lebuhraya G50 Huyu baru yang sejajar dengan Lebuhraya Nasional China 318, laluan timur-barat antara Shanghai dan Chongqing. Ia terkenal dengan dua menara berwarna kuning.
1. Jambatan Duge (565 meter tinggi)
Ia adalah jambatan kabel di Liupanshui,China. Pada 2016, jambatan ini adalah yang tertinggi di dunia dengan dek jalan raya yang terletak lebih 565 meter di atas Sungai Beipan. Jambatan ini melintasi sungai di sempadan antara Yunnan dan wilayah Guizhou.
Jambatan ini adalah sebahagian daripada Lebuhraya Hangzhou-Ruili G56 antara Qujing dan Liupanshui. Menara timur berukuran 269 m menjadikannya salah satu yang tertinggi di dunia. Jambatan ini terletak 1.34 km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan daerah Shuicheng di wilayah Guizhou. Ia memendekkan perjalanan antara dua tempat dari lebih dari empat jam perjalanan ke kira-kira sejam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tengah viral sekarang ini pokok Cat Claws yang berbunga cantik di kawasan rekreasi Gunung Lang.
Ini kerana sejak ditanam pada tahun 1999, inilah kali pertama pokok Cat Claws ini berbunga kuning sekaligus menambah daya tarikan pelancongan ke kawasan ini.
Dalam satu kenyataan dari Majlis Bandaraya Ipoh, Penolong Arkitek Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Noor Sauwiya Shari berkata, tanaman hiasan jenis menjalar itu ditanam MBI pada 1999 dan merupakan satu-satunya yang ditanam di bandar ini.
Katanya, pokok berasal dari kawasan hutan Amerika Latin dan Caribbean itu sukar untuk berbunga dan pertama kali mempamerkan tarikannya pada 2013.
“Untuk berbunga lebat, tumbuhan ini perlu kepada cuaca terlampau panas, lazimnya pada pertengahan Mac setiap tahun. Sejak ditanam, hanya beberapa kali ia mengeluarkan bunga iaitu pada 2013 dan 2017.
“Pada tahun ini, fenomena musim panas yang melanda negara menyebabkan pokok itu kembali berbunga dan lebih menarik apabila ia paling lebat kerana mengeluarkan bunganya serentak,” katanya di sini hari ini.
Noor Sauwiya berkata, keindahan Cat’s Claw yang menjalar dan ‘memayungi’ pondok-pondok di taman tersebut akan menjadi lokasi terbaharu lensa kamera pengunjung.
Malah katanya, ibarat berada di luar negara, pengunjung yang hadir juga boleh melihat warna bunga keemasan itu semasa mereka menaiki bot.
“Ketahanan bunga ini bergantung kepada cuaca khususnya hujan. Ia berbunga di penghujung musim kemarau yang menandakan musim hujan akan tiba.
“Bunga yang berkembang ini tidak lama, apabila hujan, bunga-bunga ini akan mula gugur,” katanya.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...