Di sini Libur kongsikan kepada anda kalendar cuti umum dan perayaan Brunei Darussalam tahun 2019. Mungkin ada perubahan daripada segi tarikh dan perayaan, jadi dinasihatkan untuk semua supaya terus semak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.
Keunikan sebuah tasik yang mempunyai air kebiru-biruan seperti laut serta pasir putih di bandar Novosibirsk, Siberia dijadikan penduduk sebagai destinasi istimewa untuk merakam gambar Instagram.
Rakyat Rusia ini sanggup memperjudikan nyawa semata-mata untuk hanya kerana ingin berswafoto berlatar belakangkan pemandangan menarik. Tasik yang kelihatan seperti air laut itu sebenarnya membahayakan diri kerana telah tercemar. Tasik diberi gelaran ‘Maldives Siberia’ atau Maldives Novosibirsk’ ini adalah tapak pelupusan sisa toksik dari sebuah loji arang batu yang mengandungi garam kalsium dan beberapa bahan mineral yang sangat tinggi.
Orang ramai tidak boleh berenang dalam tasik tersebut kerana mempunyai kadar alkali yang tinggi, pasir jenis jerlus selain dasarnya yang sangat dalam dan boleh menyebabkan tragedi lemas. Berjalan di sepanjang tasik tersebut boleh diibaratkan seperti berjalan dalam jarak tembakan tentera, bahaya serta tidak dapat dijangka.
Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran bahawa nilai pH air tasik tersebut adalah lebih daripada lapan dan boleh menyebabkan alahan teruk pada kulit manusia. Walau bagaimanapun amaran itu tidak diendahkan penduduk tempatan dan semakin hari jumlah pengujung memenuhi lokasi itu untuk bergambar sangat ramai. Ia kesan akibat foto-foto tukar yang menjadi ikutan ramai terutama generasi muda. Malah ada yang menggunakan pelampung untuk bergambar atas air dam membawa prop-prop lain untuk bergambar.
Ada papan tanda yang diletakkan di kawasan tasik tersebut, namun masih tidak diendahkan orang ramai.
Tidak jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur, sesiapa sahaja mampu melepaskan tekanan sambil menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) yang menjanjikan pengalaman yang sangat berbeza. Persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semuanya cukup mengujakan jika anda pertama kali memegang handle kenderaan ini.
Hutan Simpan Kemensah, Selangor terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, di sini menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem. Penggemar sukan ekstrem makin menggalakkan berikutan pendedahan serta populariti aktiviti menunggang ATV di Malaysia. Aktiviti menunggang ATV yang dilakukan dalam hutan dianggap suatu bonus kerana memberi keseronokan tersendiri dengan trek laluan yang mengikut bentuk bumi semula jadi. Keunikan cabaran mengendalikan pengangkutan ini dalam hutan juga mendapat sambutan pelancong asing yang mahu meneroka hutan.
Ramai yang tidak tahu ATV sebenarnya kenderaan lasak yang sememangnya dicipta untuk merentas laluan lasak (off road). Sejujurnya, menunggang ATV di dalam hutan dengan laluan berlumpur, berbukit dan curam menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di sini menawarkan beberapa laluan trek merentas denai berliku, curam dan menghijau dalam hutan simpan negeri Selangor. Setiap trek menjanjikan cabaran berbeza, namun yang pasti, keadaan hutan dara itu masih kekal semula jadi demi memberikan kepuasan kepada pencinta alam.
Menjadi tanggungjawab semua peserta untuk mengekalkan ekosistem hutan ini sehinggakan tidak ada pokok yang akan dipotong malah laluan trek juga telah diberitahu disiapkan secara manual iaitu hanya menggunakan tangan. Paling menarik, apabila tiba di lokasi tertentu, penunggang harus membongkokkan badan kerana perlu melalui lorong kecil pokok buluh yang kita tidak boleh potong. Inilah antara cabaran yang bakal dihadapi selain menaiki atau menuruni bukit curam serta laluan berliku.
Tiada sebab untuk merasa takut atau meragui kemampuan diri. Bagi yang pertama kali mengendalikan ATV anda akan diberi taklimat ringkas supaya tidak berasa bimbang dengan kaedah pengendalian dan cabaran sukan itu selain diberi tunjuk ajar, demonstrasi pemanduan dan bantuan teknikal oleh krew bertugas.
Ternyata, selepas dapat mengendalikan sendiri ATV, timbul rasa keseronokan dan rasa teruja dalam diri peserta biarpun pada mulanya, berasa sedikit takut kerana perlu berdepan dengan laluan berliku dan curam.
Penjaga di sini tidak akan berkompromi dari segi keselamatan kerana ia adalah keutamaan pusat reakreasi di sini. Oleh itu, selain pemantauan kakitangan, penunggang yang pertama kali mencuba sukan ini juga perlu menjalani latihan di trek percubaan. Tidak terkecuali, pemakaian topi keledar adalah wajib.
Menyentuh mengenai kepuasan yang dijanjikan melalui pemanduan ATV, selain menyusuri trek hutan yang belum terusik, anda berpeluang bermandi manda di beberapa lokasi air terjun. Keseronokan bukan hanya di trek semata-mata malah peserta dapat menikmati kesejukan air terjun, yang terletak jauh dari tumpuan orang ramai.
Perjalanan keseluruhan mengambil masa sehingga tiga jam dengan menyusuri laluan paling ekstrem di Bukit Tabur dan Bukit Lalang. Inilah saatnya untuk menguji kemahiran sebenar mengendalikan ATV di mana perjalanan ini membawa anda menyusuri bukit curam, permukaan kasar, jejak sungai serta laluan berlumpur yang mana memberi satu pengalaman ekstrem sebenar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...