Kanak-Kanak Naik Mesti Tak Nak Turun. Comel Kereta Api Laju Jepun Berkonsepkan Hello Kitty

Share

Bullet Train Shinkansen atau kereta api berteknologi tinggi merupakan salah satu medium pengangkutan utama bagi rakyat di Jepun. 

Buat anda yang merupakan peminat kepada watak comel dalam dunia Sanrio jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta api Shinkansen bertemakan Hello Kitty jika berkunjung ke negara matahari terbit ini.

Bagi peminta Hello Kitty tidak kira kanak-kanak dan orang dewasa pasti teruja kerana dekorasi dalaman dan luar bullet train ini sangat comel dan cantik! Tingkap, lantai, tandas, serta tempat letak kepala di setiap tempat duduk pun ada juga hiasan gambar kucing ini! Rata-rata warna pink dan putih saja!

Didatangkan dengan 8 buah gerabak, ia bergerak membawa penumpang di antara stesen Shin-Osaka dan stesen Hakata di Fukuoka. Perjalanannya merentasi bahagian barat negara matahari terbit ini bagi mempromosikan pelancongan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Info

Sumber: hello kitty shinkansen

IKLAN