Syok Kayuh Sampai Tayar Basikal Koyak, Tapi Lelaki Ini Puas Dapat Lihat Keindahan Malam Di ‘Bandar Muo’

Share

Walaupun baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengalami kemalangan ketika menaiki basikal tetapi aktviti ini sangat menyeronokkan.

Apatah lagi jika dilakukan bersama teman-teman yang mempunyai minat sama.

Seperti perkongsian Jazlan Nangar yang juga merupakan anak jati Johor berkesempatan menjejakkan kaki ke Bandar Muar dengan menaiki basikal.

Hujan lebat petang hari di Pagoh..Paling Menggigil
Sawah padi di Muo..berlatar belakangkan Gunung Ledang..Paling Sawah
Dari Kundang Ulu menyeberang ke Liang Batu menaiki bot..haa part ni paling aku tunggu sebenarnya..walau pendek jarak seberang,tapi tetap Paling Bot..

Mengambil kesempatan ketika cuti krismas tempohari berama Geng Cylo dan Camping Southern Foldies.

Bermula dari Jumaat malam mengayuh santai di Banda Muar atau terkenal dengan nama sebutan Bandar Muo, sebelum keesokannya meneruskan perjalanan seharian Le Tour De Pagoh-Muar.

Liang Batu gaiss…IC 01..tapi baru aku tahu ada nama tempat macam ni kat Johor/Muar..hehe…Paling Liang
Pekan Panchor…kesejukkan masing-masing time ni..port mee udang juga sini..Paling Panchor
Biru Merah..Paling Johor..

Perjalanan kali ini melalui mukim yang ada di kawasan sekitarnya. Menurutnya route ini sangat menyeronokkan dan antara part paling ditunggu adalah ketika menaiki bot.

Biarpun berpanas dan berhujan, tetapi trip kali ada penuh dengan momen yang menyeronokkan.

Antara diingati, tayar basikal ‘koyak’ dek penangan melihat keindahan bandar Muar.

Malam sebelum,pusing-pusing Bando Muo panaskan urat kaki.. Paling Maharani
Di Bando Muo ni pun ada lorong mural art geng..ohsem juga mural mural dia..pakai Iphone 12 Pro Max pun kompem tak cukup space ambil gambar kat sini..Paling Mural
Berlatar belakangkan Jambatan Bandar Muar…cantik Muo malam hari..Paling Lampu
Setelah tamat kayuhan keesokan harinya…Paling Koyak

Artikel Berkaitan:

Trend Berbasikal, Kayuhlah Dilokasi Selamat. Elak Mengundang Cacian Ramai

Penunggang Wanita Maut Dirempuh Lori, Ini Nasihat Azizulhasni Kongsi Tip Elak Risiko Kemalangan Buat ‘Kaki Basikal’

Kerajaan Timbang Buka Sempadan Rancakkan Aktiviti Pelancongan, Berita Baik Buat Geng Travel Lawat Negara Zon Hijau

IKLAN