Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.
Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Ads
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Ads
KEINDAHAN PULAU KAPAS
Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
Ads
Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Chefchaouen adalah bandar yang wajib untuk dilawati di Morocco kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, dan Ourika Valley. Selain itu, Chefchaouen juga boleh dikatakan sebuah bandar yang mesra kepada pelancong yang datang ke Morocco.
Bandar biru Chefchaouen ini adalah salah satu bandar yang terkenal di dunia, malah ianya adalah bandar yang paling berbaloi dikunjungi sekiranya anda tiba ke Morocco
Chefchaouen atau Chaouen adalah bandar yang romantik dan tercantik di bumi Morocco. Bandar yang terletak di utara Morocco ini amat berbeza berbanding tempat-tempat lain di sana. Dengan faktor lokasinya yang terletak di wilayah utara, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun berada dalam musim panas. Ini berikutan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi ini tersembunyi beratus meter di atas pergunungan dan kerap ditiupi angin yang mendinginkan.
Kenapa Chefchaouen boleh jadi begitu biru?
Tak ada satu pun penjelasan yang logik macam mana Chefchaouen boleh bertukar menjadi begitu biru seumpama ini. Nak kata ianya menjadi perkampungan The Smurfs, tak pula. Nak kata berlakunya letupan kilang cat, lagi la tidak.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya biru yang ada di Chefchaouen sehingga ianya menjadi begitu popular, tapi kebanyakkan orang percaya biru yang ada di Chefchaouen ini datangnya daripada pelarian Yahudi yang tiba di Chefchaouen pada kurun ke-15.
Warna biru ini dianggap sebagai simbol ‘syurga’ oleh mereka pada waktu itu dan warna biru ini dikatakan mampu untuk menghindari nyamuk. Nyamuk yang menjengkelkan ini dianggap tidak suka dengan warna biru. Hmm.. Tak tahu la betul ke tak. Hahaha..
Bagaimana anda boleh ke Chefchaouen?
Chefchaouen terletak agak jauh berbanding tempat-tempat lain di Morocco. Anda memerlukan sedikit kesabaran sekiranya ingin berkunjung ke sini. Sama ada anda boleh sampai ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan teksi atau anda boleh memandu kereta sewa. Trip anda ke Chefchaouen akan bermula dari Fez atau Tangier.
Pengangkutan dan pemandu pelancong boleh didapati di Fez atau Tangier. Sebaiknya anda memilih pakej tour yang ada di sana kerana untuk DIY, takut kekosongan bas terhad dan teksi telah habis ditempah atau tidak mahu untuk memandu ke Chefchaouen.
Jadi sebaiknya anda pilih sahaja mana-mana pakej tour ke Chefchaouen yang ditawarkan di Fez atau Tangier.
Apa yang anda boleh buat di Chefchaouen?
Well, ada banyak aktiviti sebenarnya yang anda boleh buat di sini seperti:
Melawat Plaza Uta el-Hammam
Plaza Uta el-Hammam adalah pusat kepada Chefchaouen. Pada waktu siang, plaza ini agak membosankan dan sunyi. Untuk pengetahuan anda, pengaruh Sepanyol dan Arab telah tersebar luas di seluruh kawasan ini. Pengaruh ini bukan sahaja dapat dilihat di luar bangunan yang terdapat di kawasan plaza, malah hidangan makanan di restoran yang terdapat di sini turut mempunyai sentuhan Sepanyol dan juga Arab. Plaza Uta el-Hammam ini sesuai untuk aktiviti santai atau melihat warga tempatan.
Melawat Masjid Besar
Di Plaza Uta el-Hammam, anda juga akan melihat sebuah masjid besar. Masjid yang indah ini juga mempunyai sebuah menara tinggi yang digunakan oleh juruazan untuk memanggil orang solat lima kali sehari. Sudah tentu, sebagai orang bukan Islam, anda tidak boleh masuk, tetapi tiada siapa yang menghalang anda daripada mengintip melalui pintu depan untuk melihat ritual muslim di sana.
Air Terjun Akchour
The Cascades d’Akchour tidak berada di Chefchaouen, tetapi air terjun ini terletak berhampiran dan rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke sana. Dengan menggunakan teksi, perjalanan ke air terjun ini hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam sebelum anda tiba ke syurga dunia ini. Sebelum tiba ke lokasi, anda akan dengar bunyi air terjun Akchour. Dengan air yang hampir sama biru seperti dinding Chouen, anda dengan mudah boleh menghabiskan beberapa jam di sini tanpa disedari masa telah berlalu.
Kasbah Chefchaouen
Di sebelah Plaza Uta el Hammam, terdapat struktur dinding berpasir Kasbah yang menjulang tinggi. Akses ke kawasan ini akan menelan kos belanja sebanyak 10 atau 20 dirham. Di tengah-tengah Kasbah ini, anda akan dapat melihat sebuah taman yang mengagumkan disamping sebuah oasis yang mendamaikan! Di dalam bangunan ini, anda akan jumpa penjara dan sebuah muzium kecil. Bahagian paling indah dari mercu tanda di Chefchaouen ini adalah pemandangan indah dari tingkat atas. Jangan sesekali lepaskan peluang apabila berkunjung ke sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai tahu tentang haiwan jinak ini yang tidak takut ketika kita menyelam di lautan. Malah saban tahun penyu akan kembali walau sejauh mana dirinya mengembara jauh untuk bertelur.
Namun tahukah kita di mana sebenarnya terletaknya makam penyu apabila tiba ajal mereka. Rupanya lokasi unik ini terletak di Pulau Sipadan, Sabah dikenali sebagai Turtle Cave.
Dengan berkedalaman 23m dan 100m dalam panjang mendatar, Turtle Cave terletak di Pulau Sipadan, Sabah. Tetapi bagi mereka yang tidak tahu, gua ini juga mempunyai dua cabang gua di mana salah satunya dipanggil ‘Turtle Tomb’.
Ia merupakan tempat persemadian untuk penyu (khususnya spesies penyu hijau [green turtle]). Namun bukan harus cuba-cuba untuk ke sini sebaliknya perlu mengambil kursus khas walau kita ada pengalaman 10 tahun dalam skuba diving. Sebabnya, adalah untuk keselamatan.
Seorang pengguna Facebook iaitu Joe Joe berkongsi di fb Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mengenai gua unik ini, beserta dengan teorinya bahawa gua ini ‘mungkin’ pernah menjadi penempatan manusia.
Pulau Sipadan ada sebuah gua iaitu dipanggil Turtle Cave berkedalaman 23m, 100m dalam panjang mendatar dan di dalamnya ada dua cabang gua salah satunya dipanggil "Turtle Tomb" (tempat persemadian penyu hijau atau green turtle) cabang yang kedua dipanggil" Triangle" berkedalaman 28m, dalam mendatar lebih kurang 15m.
Teori daripda Joe Joe (JoeStarzz):
Pada asalnya "berkemungkinan" gua ini adalah gua penempatan manusia pada zaman purba atau zaman batu dan Pulau Sipadan ini adalah sebuah gunung sebelum berlakunya banjir besar pada suatu ketika dahulu.
Di dalamnya ada terdapat sebuah lorong pintu gerbang berketinggian lebih kurang 18m sepertinya manusia zaman dahulu lebih tinggi berbanding manusia zaman sekarang, dan ada terdapat banyak bilik-bilik, dinding pintu gerbang ada terdapat dua warna berbeza warna diatas berwarna putih dan dibawah berwarna coklat itu adalah kesan paras air pada suatu ketika dahulu sebelum ditenggelami sepenuhnya.
Peringatan!!!
Untuk menyelam masuk ke dalam Gua Penyu (Turtle Cave), penyelam skuba itu haruslah mengambil kursus khusus "Full Cave Course", kursus khas ini boleh diambil dengan RAZOR sebuah organisasi selaman teknikal, kalau di Daerah Semporna Sabah ada seorang Course Director PADI dan juga Instructor RAZOR Roihan Han yang boleh mengajar Sidemount, taknikal skuba dan banyak lagi kursus khas yang boleh dipelajari, walaupun penyelam skuba itu mempunyai lesen selam skuba tidak bermakna dia boleh masuk kedalam gua begitu saja dia perlulah ada kursus khas yang perlu di ambil, selam skuba tinggi resikonya apatah lagi selam skuba memasuki gua dasar laut. Sumber/ gambar : Joe Joe
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negara Jepun dikenali seluruh dunia mempunyai sebuah bandar raya yang begitu dinamik. Tokyo merupakan ibu negara Jepun sering menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia. Di Tokyo, bangunan pencakar langit melitupi muka buminya selain dikatakan antara bandar raya yang tidak pernah ‘tidur’.
Tidak perlu gusar tentang ‘makanan Halal’ jika membuat perancangan untuk bercuti di Tokyo, Jepun. Kini telah banyak restoran halal yang berada di pasaran Tokyo. Malah, anda boleh mencuba hidangan masyarakat Jepun tanpa sebarang keraguan ketika berada di Tokyo.
Ini cadangan trip lokasi menarik & lokasi makanan Halal perlu dikunjungi di Tokyo,Jepun dikongsi oleh Nur Illyana
Trip Sakura Tokyo, Jepun
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk melancong bersama orang tersayang sambil-sambil belajar adat dan cara kehidupan rakyat di negara luar. Hujung bulan Mac 2019 kami berkesempatan melawat negara yang terkenal dengan jolokan ‘Matahari Terbit’ iaitu Jepun.
Pada hujung bulan Mac dan awal bulan April adalah waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim bunga sakura di Tokyo. Sepanjang percutian disana, kami tidak menggunakan mana-mana khidmat Agensi Perlancongan sebaliknya semua tempat-tempat menarik di Tokyo kami redah sendiri dengan menaiki keretapi dan berpandukan Google Map.
Bagi lawatan satu hari ke Mt.Fuji dan Hakone kami gunakan khidmat Agensi Perlancongan yang telah kami aturkan dari Malaysia. Tapi jangan risau bagi mereka yang saat-saat akhir teringin nak pergi ‘Day Tour ke Mt.Fuji dan Hakone’ tu boleh pergi ke KEIO Plaza Hotel di mana disitu disediakan perkhidmatan yang akan menguruskan perjalanan anda ke sana.
Selama seminggu di Tokyo, saya kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik yang kami berdua lawati dan juga restoran-restoran HALAL yang sempat kami kunjungi bagi memenuhi tuntutan keinginan kami si ‘FOOD LOVER’ ni.
Restoran Halal Yang Dikunjungi:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...