Kepada anggota barisan hadapan negara yang terlibat secara langsung dengan usaha pemutusan rantaian penularan COVID-19, jasa kalian sangat dihargai. Pelbagai pihak tampil untuk memberi penghargaan kepada usaha besar mereka selama ini.
Terkini, petugas barisan hadapan daripada pelbagai pangkat dan masih bertugas, layak mendapatkan tawaran percuma ini dengan hanya menunjukkan dokumen kerja sah ketika pembelian tiket di kaunter Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar
Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar mensasarkan 15,000 pengunjung daripada kalangan petugas barisan hadapan sempena promosi 'Untukmu Wiraku'. Promosi yang berlangsung selama sebulan bermula 17 Ogos 2020 adalah hadiah buat petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan kesihatan dan keselamatan demi mengatasi pandemik COVID-19.
Ads
Bagi pengiring pertama dan kedua untuk 'frontliner' yang mendapat tiket percuma dikenakan bayaran RM10 setiap seorang
Pengiring ketiga serta seterusnya dikenakan bayaran diskaun 50 peratus daripada harga asal RM71 dewasa dan RM36 kanak-kanak.
Pakej istimewa ini tidak mempunyai kuota terhad pengunjung selagi promosi berjalan bermula 17 Ogos 2020 hingga 16 September 2020.
Promosi ini dikhaskan untuk petugas barisan hadapan warganegara Malaysia yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Akan datang, pegurusan Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sedang merancang untuk memberi tawaran istimewa ini kepada petugas barisan hadapan lain seperti penghantar makanan pada kempen seterusnya.
Ads
Ads
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi pengembara pengalaman travel secara memandu di negara luar sangat berbeza dan memberi pengalaman tersendiri.
Namun keseronokannya dapat merasai pengalaman yang lain daripada lain, apatah lagi pemeriksaan di sana lebih ketat.
Seperti pengalaman Marzuki Mustaffa yang memandu dari Madinah ke AIUla. Menurutnya agak sukar untuk menyewa kereta di sana jika tidak mempunyai ID pekerja Arab Saudi.
Namun mereka berjaya lepasi halangan ini dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Lebih mencabar kerana pemanduan adalah di sebelah kiri berbeza dengan tempat kita yang memandu dari sebelah kanan.
Perjalanan mengikut arah google map dan agak bosan sedikit kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu.
Malah jika disaman, kadarnya lebih tinggi berbanding di Malaysia dan harus membayar di lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Malaysia.
1 Feb 2020. Perjalanan dari Madinah ke AlUla. Lebih kurang 400km ke utara Madinah. Sempena EcoTrail AlUla semasa Winter at Tantora Festival.
Kami sewa kereta pandu sendiri untuk perjalanan ni. Sepatutnya kami sewa kereta di Airport Madinah tetapi di sana kereta semua dah habis.
145549343_10158404184597690_528601051489509787_n
Masalah timbul apabila hendak sewa kereta luar daripada airport. Mereka tidak terima orang luar tak ada ID pekerja Arab Saudi. Masalah selesai dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di Saudi.
Kami sewa kereta di Alwefaq Rent A Car. Antara syarikat sewa kereta yang besar di Arab Saudi. Keperluan kami adalah kereta yang besar atau 4×4 tapi tak ada.
Kami hanya mampu sewa kereta sedan yang sederhana besar. Kereta Chang’An model Aslvin 1.5L buatan China. Untuk pengetahuan, Chang’An Automobile (Group) Co., Ltd. merupa antara syarikat kereta terbesar di China. Ia ditubuhkan pada 1862, maknanya 159 tahun dahulu.
Harga sewa kereta ni 130SR sehari untuk maksima 300km sehari. Dengan deposit 2000SR. Kami sewa 10 hari bermakna kami dapat 3000km perjalanan. Untuk sewa kereta di Saudi, pemandu perlu ada International Driving Permit.
Dengan pemanduan sebelah kiri, mulanya terasa jangal semasa hendak tukar gear dengan tangan kanan. Kalau di bulatan atau simpang tiga, saya hanya mengikut kereta di hadapan untuk menyesuaikan diri dengan jalanraya. Berhati-hati memandu di Arab Saudi.
Banyak kamera had laju serta kamera di simpang lampu isyarat. Saman kerana memandu melebihi had laju antara 1000-2000 SR.
Manakala saman kerana melanggar lampu isyarat pula lebih tinggi lagi. Kalau kena saman, masalah timbul bila kita nak balik ke Malaysia. Semuanya harus dibayar di lapangan terbang.
Perjalanan ke AlUla, kami guna google map serta papan tanda. Entah betul atau tidak jalanraya yang kami guna tu kurang kenderaan, tetapi mengikut google, ianya menuju ke AlUla.
Perjalanan amat baik, kiri kanan adalah padang pasir. Jalanraya pun bagus cuma terasa bosan kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu. Sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk sarapan. Kami pilih menu roti dengan kari ayam.
Sambung perjalanan, kali ni pemandangan cantik sikit tapi jalanraya bertambah kecil. Unta, unta. Nampak di hadapan unta melintas jalan. Maklum le di Malaysia hanya nampak lembu melintas jalan.
Di sini unta yang melintas. Teruja rasa dan kami terus berhenti untuk merakam memori. Sambil menikmati pemandangan padang pasir dan bukit berbatu yang tak sama di Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 5 jam termasuk berhenti rehat untuk makan. Apabila sampai di Sahary Resort Al Ula, cantiknya lebih lagi. Penginapan yang di bina antara bukit berbatu. Kiri kanan hanya nampak bukit.
Kami sampai waktu tengahari, tapi suhu di sana amat nyaman. Tidak panas walaupun ada matahari. Suhu dalam 20°c. Waktu pagi dalam 10°c. Waktu malam lagi sejuk. Bahagian Al Ula akan dicerita dalam bab lain.
'Kelihatan seperti sedang hamil' itu antara alasan yang diberikan sebuah syarikat penerbangan Hong Kong yang memaksa seorang wanita menjalani ujian kehamilan.
Midori Nishida, warganegara Jepun dipaksa membuat ujian pengesahan kehamilan sebelum dibenarkan menaiki pesawat yang menuju pulau Pasifik, lokasi popular dituju individu untuk mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat untuk bayi mereka.
Dia sudah mengisytiharkan dirinya tidak hamil ketika mendaftar masuk, namun tidak diendahkan dan kakitangan syarikat penerbangan bertegas mahu dia menjalani penilaian boleh menaiki pesawat (fit-to-fly) yang direka untuk wanita dengan saiz badan atau bentuk menyerupai wanita hamil.
Dia tetap diiring ke tandas awam Lapangan Terbang Hong Kong dan diminta membuat ujian air kencing bagi mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak sebelum dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Hong Kong Express ke Saipan di Kepulauan Mariana Utara dekat wilayah Amerika Syarikat. Ujian berkenaan didapati negatif.
"Ia sangat memalukan dan mengecewakan," ujar Midori Nishida yang membesar di Saipan dan keluarganya telah tinggal di pulau tersebut sejak lebih 20 tahun lalu.
Susulan kejadian itu, syarikat penerbangan telah meminta maaf kepada mangsa dan memberitahu amalan berkenaan telah dihentikan. Menurut Hong Kong Express, ia mula mengambil tindakan terhadap penerbangan ke Saipan pada Februari tahun lalu untuk membantu memastikan undang-undang imigresen Amerika Syarikat tidak terjejas. Ia adalah sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang dibangkitkan pihak berkuasa pulau terbabit.
Saipan adalah destinasi popular di kalangan wanita hamil yang berhasrat melahirkan anak mereka di sana bagi mendapatkan kerakyatan Amerika Syarikat untuk anak mereka. Pada 2018, hampir 600 bayi dilahirkan oleh pelancong yang berkunjung ke kepulauan Mariana, jauh lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan penduduk tempatan. Menurut data dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan tempatan, 575 pelancong China melahirkan bayi di sana pada tahun berkenaan. Ini berlaku kerana pada 2009, kerajaan memperkenalkan program tanpa visa bagi menarik lebih ramai pelancong China berkunjung ke sana yang menjadikan kepulauan berkenaan satu-satunya destinasi di bawah kuasa Amerika Syarikat yang boleh dikunjungi tanpa visa.
Bila pertama kali nak naik pesawat di airport yang agak asing, mesti akan terasa nervous atau gementar. Maklum sahajalah semuanya tak familiar. Apatah lagi kalau airport yang kita pergi tu amatlah besar dan sibuk.
Pendek kata perlu datang awal dan sentiasa peka dengan pengumuman yang dibuat supaya tiada insiden ketinggalan pesawat atau ‘melencong’ ke terminal atau gate lain yang tidak sepatutnya.
Untuk yang mungkin baru pertama kali nak naik pesawat di lapangan terbang asing terutamanya penerbangan di eropah, Mohd Fauzi Zakaria berkongsi tatacara yang boleh anda ambil jadikan rujukan.
Tatacara yang dikongsi juga boleh dijadikan reference jika menaiki penerbangan lain yang lebih kurang serupa supaya tidak kelam kabut dan tahu ke mana hendak dituju jika berada di lapangan terbang yang agak asing.
Tatacara menaiki European flight.
Ini tips untuk beginner yang belum pernah naik flight di lapangan terbang di Eropah.
Fakta ini bersandarkan penerbangan Air France di CDG Airport Paris.
Kenalpasti terminal mana anda patut check in. Macam di CDG Airport ini, Terminal 2 dia dari sampai A sampai J. Punya la banyak.
Paling tricky, banyak airlines takde kaunter untuk manual check in. Sama ada online atau buat di kioks. Boarding pass dan luggage tag semua kena print sendiri.
Kemudian kena drop luggage sendiri. Letak luggage di tempat sepatutnya, scan boarding pass, kemudian scan luggage tag. Klik OK, bag anda akan dihantar terus ke perut kapal terbang.
Kenalpasti gate berlepas di mana. Pastikan anda tiba tidak kurang 30 minit sebelum pesawat berlepas.
On the way nak ke gate anda akan lalui 2 halangan yang mungkin bakal memakan banyak masa anda.
Halangan pertama ialah kaunter imigresen. Untuk mudahkan kerja mereka, pastikan anda buka page di mana cop masuk tertera.
Jika anda menaiki pesawat ke Schengen Area, abaikan halangan ini sebab tak perlu lalu passport control.
Dalam kes ini, saya menuju ke kota Casablanca.
6.Halangan kedua ini paling kritikal iaitu kawasan security scan.
Jika anda membawa sebarang cecair, pastikan ia tidak melebihi 100ml.
Kemudian, kumpulkan ia dan letakkan di satu tempat yang sama dalam plastik transparent.
Kalau letak sepah-sepah, beg anda mungkin perlu diperiksa secara keseluruhan dan ini bakal mengambil masa yang lama.
Paling penting juga, pastikan anda hanya bergerak ke mesin imbasan badan setelah beg anda telah masuk ke mesin imbasan.
Takut-takut ada orang selit barang terlarang dalam tray kita, kita pulak kena menjawab.
Selesai semua, ambil tray dan pergi ke sudut belakang dan susun semua harta benda anda dan masukkan semula semua barang tadi dalam beg.
Jangan buat perangai jakun nak pakai tali pinggang dan masukkan semula harta benda anda ke dalam beg di tengah-tengah mesin imbasan.
Anda menghalang laluan orang lain sebenarnya.
Selesai semuanya, jangan lupa lihat berapa waktu yang tinggal.
Jika kurang 1 jam, jangan nak stop2 di duty free. Silap haribulan, anda mungkin terlepas flight.
Semoga tatacara ini sedikit sebanyak membantu. Jika ada otai yang lebih berpengalaman, boleh tambah lagi supaya memudahkan perjalanan buat mereka yang kali pertama ingin ke Eropah.
Air France AF1896
CDG – CMN
14 May 2022
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...