
Indonesia masih tidak menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan Covid-19. Sedangkan negara tersebut kini berdepan kes COVID-19 semakin meningkat setiap hari.


Negara Indonesia masih belum dapat melakukan perintah tersebut kerana ia bukanlah mudah untuk dilaksanakan di negara yang mempunyai penduduk lebih 270 juta orang. Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo berkata, sekiranya dilaksanakan, pemerintah menghadapi pelbagai kekangan bagi menyediakan keperluan asas untuk berjuta-juta rakyat di negara ini yang juga mendiami lebih 16,000 pulau.
“Kalau lockdown atau kuarantin wilayah (kawalan pergerakan antara wilayah) bagaimana nasib pekerja harian (pekerja yang mendapat upah harian) dapat bekerja?” katanya.
- Pada 31 Mac lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menetapkan negara ini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan dan menerusi penetapan status itu, beliau memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat.

- Beliau sebelum ini menyatakan Indonesia perlu menangani penularan virus itu dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, kondisi geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fiskal.
- Pelbagai bantuan dan insentif turut akan diebrikan kepada rakyat Indonesia yang terkesan akibat pandemik itu, antaranya memberikan bantuan kewangan Rp600,000 sebulan (kira-kira RM170) bagi tempoh tiga bulan kepada golongan miskin, selain bantuan kad sembako (kad membeli barangan keperluan asas) bernilai Rp200,000 kepada lebih 20 juta ketua keluarga.
- Sekalipun tiada larangan keluar rumah, Kota Jakarta dan kota lain di Indonesia, kini sunyi sepi berikutan beberapa langkah secara berperingkat-peringkat sejak 16 Mac lepas, seperti penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan serta arahan bekerja dari rumah bagi sektor tidak kritikal, larangan berhimpun atau berkumpul dalam skala besar, pembatasan penggunaan pengangkutan awam, selain kempen Duduk Di Rumah.
Sumber: Bernama
Meneroka Bruit, Pulau Terbesar Di Sarawak. Lelaki Kongsi Pengalaman Pusing 13 Kampung Dalam Masa Sehari

Bila sebut mood bercuti, citarasa setiap dari kita berbeza-beza. Ada sukakan suasana pantai, kota metropolitan, meneroka bukit dan gunung, berenang di sungai serta pelbagai lagi aktiviti pilihan. Pendek kata hanya kita yang tahu apa yang inginkan ketika bercuti.
Bagi korang yang tengah ada mood nak bercuti tu, nie ada satu pilihan tempat bercuti boleh cuba iaitu Pulau Bruit, pulau terbesar di Sarawak dan kedua di Malaysia.
Dikongsi dari fb Helmi Baharum yang banyak meneroka keindahan alam semulajadi negara kita, dirinya berkongsi kenangan pusing-pusing Pulau Bruit dan Pekan Daro yang terletak di Sibu, Sarawak serta kawasan sekitarnya. Memang tenang menyaksikan matahari terbenam di sebalik sawah pagi yang menghijau. Pendek kata berbaloi pusing-pusing di sini.
Jom baca perkongsiannya.
Pulau Bruit: Pulau Terbesar Di Sarawak / Kedua Di Malaysia (+sisipan extra : Pekan Kecil Daro – Locality Terdekat Pulau Bruit.
Trip Daerah Daro & Matu,Sarawak:30-31 Jan 2022.Sibu 29 dan 31 Jan 2022
Trip dijayakan bersama-sama dengan duta Sarawak, Nurul Izah Ismail
𝐁𝐑𝐔𝐈𝐓
Jangankan warga Malaysia, malah penduduk Sibu atau Sarawak sendiri pun tidak ramai yang tahu kewujudan pulau yang satu ini, apa lagi untuk mengetahui keunikannya antaranya adalah:-
Memiliki tanah subur dengan pelbagai aktiviti pertanian terutamanya sawah padi, jagung dan sawit.
Industri utama adalah perikanan dan pengeluaran sarang burung walit.
Melanau beragama islam adalah majoriti penduduknya
Terdiri daripada 13 buah kampung yang kebanyakannya bertumpu di pantai barat.
2 laluan feri penumpang utama yang menghubungkan pekan Daro melalui Jeti Muara Lassa dan dengan tanah besar Sarawak dari Tg Manis (bandar terdekat) melalui Jeti Batang Paloh yang disubsidi dengan yuran RM1 sahaja per kenderaan. Kedua-dua laluan ini sedang dimajukan dengan pembinaan jalan raya/jambatan.
Pernah mengalami masalah jalan raya berturap yang tidak sempurna terutamanya di Jalan ladang (10KM) dan juga masalah bekalan air mentah.
𝐊𝐎𝐒
Hotel-RM100 Homestay 2 bilik Kampung Betanak dengan fasiliti serba lengkap: rumah kampung yang besar dengan basic amenities seperti dapur,toileteris, dan mesin basuh.
Boleh contact Lintah Samudra Swiftlet untuk tempahan. Lintah Samudra Swiftlet
Flight-RM121 Airasia pergi-balik KK-Sibu-KK
Sewa Kereta -Axia RM68/25 jam (selepas share of 2).
Petrol-RM21.50 (selepas share of 2).
Perbelanjaan makan/minum-RM16.50.
Maxim dan Grab airport-RM5.5 (selepas share of 2 di Sibu)
Feri RM4.Iaitu laluan pergi balik tanah besar -Pulau Bruit dan laluan pergi balik Daro-Pulau Bruit.
Berkenaan dengan tempat-tempat menarik di Pulau Bruit sebetulnya tiada yang spesifik, kita boleh mencari perspektif dan interested points masing-masing nak cari apa di pulau ini, antaranya adalah:
1.𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈
Menikmati pelayaran feri melalui Hulu Seredeng, Muara Lassa (20 minit) dan Batang Paloh (10 minit). Serta pemandangan indah di Jeti2 kecil seperti di Kampung Saai.
2.𝐒𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀 𝟏𝟑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍
Antara kampung yang sempat saya kunjungi adalah Kampung Betanak. Kampung Penibong, kampung Tekajong (paling utara),Kampung Penipah, Kampung Saai, Kampung Semop (paling selatan). Kampung Salah Kecil dan melalui beberapa perkampung lain lagi.
3.𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐈
Pemandangan di sini lebih menarik apabila tiba masa matahari terbenam memberikan suasana yang lebih mendamaikan.
4.𝐊𝐔𝐋𝐈𝐍𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍
Di sini terkenal dengan makanan laut nya terutama sekali ketam merah kecil dan udang (lupa nama orang sini panggil).
5.+𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐎
Pekan Daro merupakan pulau yang sangat hampir dengan Pulau Bruit dan menjadi sandaran untuk penduduk mendapatkan bekalan bahan yang lebih pelbagai selain dari bandar besar lain (Sibu/ Sarikei) yang lebih jauh.
Medan Selera Baru Daro
Tugu Ikan Terubuk Daro
Daro Wharf
Masjid Tunku Abdul Rahman Daerah Daro
Menikmati makanan terkenal di Daro: saya sempat mencuba umai untuk pertama kali dan juga pipus yang mirip dengan otak-otak di Johor.
Trip di Bruit/Daro tamat.
Memang Tak Bosan Dengan Pelbagai Aktiviti Di Royal Belum Yang Kaya Khazanah Alam Semua Jadi

Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air.
Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Menjejak kawasan salt lick
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Menjejak bunga refflesia
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Melawat perkampungan orang asli
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama.
Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan.
Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Berenang di santuari ikan di Sungai Ruok
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Trekking ke air terjun Sungai Kooi
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini.
Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
‘Memburu’ burung enggang
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Bermalam di kem Royal Belum
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Menginap di Rainforest Resort
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa.
Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
BBQ atas houseboat
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Berkayak atau berakit sambil memancing
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Lokasi ‘Musim Sakura’ Di Alor Star, Cantik Macam Negara Jepun!

Pada sekitar waktu sekarang tahyun lalu di sekitar negeri jelapang padi terutama di Alor Setar, Kedah fenomena ‘musim bunga’ atau fenomena bunga tekoma telah tular di laman media sosial.
Beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Bunga tekoma ini mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih. Adakah fenomena sama berulang pada tahun ini?
Biarpun negeri di utara tersebut dilanda cuaca panas, keadaan ‘musim sakura’ itu memberi sedikit kedamaian dan sejuk mata memandang sebaik melihat deretan bunga tersebut di sepanjang jalan.
Berikut merupakan beberapa lokasi hotspot boleh anda kunjungi di Alor Setar:
- Jalan Langgar, Jalan Hospital Sultanah Bahiyah
- Kedai Alor Setar Breakfast Station
- traffic light Highway utara Alor Setar
- Masjid AlBukhary
- SMK Sultanah Asma
- Taman Jubli Emas
- Jalan Suka Menanti
- Depan Masjid AlBukhary
- Hospital lama Alor Setar
- Jalan ke Kuala Kedah
- Jalan Pegawai
- Maktab Mahmud Alor Setar
Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar yang indah ya. Untuk anda yang bercadang datang bersiar-siar melihat fenomena bunga ‘sakura’ ini, pastikan menjaga kebersihan lokasi tersebut ya. Sayang la, jika tempat dah cantik, tapi sampah pula menggunung.