Pertama kali saya sampai di Sumatera, saya berpeluang untuk menerokai daerah Sawahlunto yang terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar Padang.
Saya akui, Kota Sawahlunto sangat baru kepada saya dan tidak pernah terfikir akan sampai di Sawahlunto kerana ia tiada dalam senarai tempat percutian saya. Namun, apabila sampai sahaja di sini, saya terpesona dengan keunikan Kota Sawahlunto yang dulu terkenal dengan pusat perlombongan Arang Batu pada zaman penjajahan Belanda.
Kota Sawahlunto adalah sebuah bandar di Sumatera Barat, Indonesia yang meliputi 5.9 km persegi dan mempunyai penduduk sekitar 16,000 orang. Kawasan sekitar Sawahlunto dikelilingi rimbunan pokok-pokok yang menghijau dan berbukit bukau serta masih lagi penuh dengan Arang Batu.
Ads
Ikon arang batu
Sawahlunto adalah salah satu daripada bandar-bandar perlombongan di Sumatera Barat. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah bandar pada tahun 1882 oleh Belanda bersama-sama dengan operasi perlombongan arang batu.
Arang Batu ditemui pada pertengahan abad ke-19 oleh Ir. de Greve yang kemudiannya mencadangkan kepada Belanda bahawa arang batu perlu dilombong di kawasan itu untuk keperluan industri dan pengangkutan. Kini, Sawahlunto berkembang menjadi destinasi pelancongan sejarah Arang Batu dan masih banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda terokai apabila berada di sini.
Ads
Ia merupakan antara destinasi pelancongan yang unik kerana ia memberikan anda peluang menjengah ke lombong bawah tanah yang merupakan tempat perlombongan asal arang batu sewaktu ia mula ditemui. Di sini terdapat Galeri Arang Batu yang dikenali sebagai Galeri Tambang Batu Bara Dan Lubang Tambang Mbah Soero di mana anda boleh mendapatkan maklumat tentang Arang Batu dan pengalaman masuk ke lubang lombong Arang Batu dan merasai sendiri suasana berada di lombong bawah tanah yang berusia ratusan tahun tersebut.
Dalam 50 meter dari Galeri Arang Batu, anda boleh melihat Muzium Gudang Ransoem yang menempatkan tapak dapur asal yang digunakan untuk memasak makanan para pekerja lombong arang batu. Dapur ini digunakan untuk memasak 3,900 kg beras untuk makanan pekerja lombong setiap hari.
Ads
Warisan silam
Tidak jauh dari lokasi Muzium Gedung Ransoem,anda akan dapat melihat sebuat stesen keretapi lamayang kini menjadi tinggalan sejarah di Sawahlunto. Ia dikenali sebagai Muzium Kereta Api Sawahlunto.
Muzium Kereta Api Sawahlunto sebelum inimerupakan sebuah stesen keretapi di Sawahlunto yangdiuruskan oleh Bahagian Wilayah Sumatera Barat2, dan merupakan salah satu stesen perhentian yang sedia ada di Sumatra Barat. Dulu ia digunakan untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan dan juga kelokasi-lokasi tertentu.
Muzium ini terletak di kawasan kampung yang masih menghijau dan berbukit dan Lembah Segar mengelilingi pekan kecil Sawahlunto.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perth adalah salah satu daripada bandar-bandar besar yang terletak jauh dan terasing daripada bandar-bandar yang lain di muka bumi namun, bandaraya besar itu tetap menjadi lokasi yang terkenal di selatan Australia. Kekayaan hasil bumi dan kemakmuran yang ada di bandaraya itu menjadikan ia satu bandar penting sekalipun terletak asing dan jauh dengan bandar yang lain.
Kecantikkan alam semulajadi yang ada di Perth ini menjadi magnet yang menarik orang ramai untuk datang berkunjung saban tahun. Sebagai contoh, keindahan Sungai Swan atau Swan River, disamping jajaran pantainya yang memutih bak mutiara dan laut membiru – menjadikan Perth antara lokasi yang tercantik untuk pelbagai aktiviti dan pelancongan.
Banyak aktiviti yang boleh anda alami di sini seperti berlayar merentas arus ombak di pantainya dan berenang bersama aneka spesis hidupan marin, memancing atau bersiar-siar menaiki bot – semua ini adalah antara aktiviti popular yang harus anda cuba saat berkunjung ke Perth dan apabila anda berada di pusat bandar, pemandangan indah di Kings Park pasti akan memukau anda dengan pemandangan panorama ‘lukisan alam’ yang menjadi halwa mata.
Melihat kepada keindahan itu, Siti Raudhah yang pulang dari Perth sekitar awal tahun ini terpanggil untuk berkongsikan keindahan bandaraya Perth kepada anda melalui info, tip dan itinerari pengembaraan dan percutian beliau selama 6 hari 5 malam di bumi bertuah tersebut.
Bersama beliau menjelajah bumi Perth adalah tiga lagi sahabat dan masing-masing diantara mereka mengeluarkan kos sebanyak lebih kurang RM1990 untuk sepanjang berada di sana. Bagi Libur, itu adalah anggaran kos yang terbaik untuk anda melancong ke sana – tidak terlalu mewah dan tidak terlalu berjimat cermat hingga menggangu tujuan asal anda untuk keluar melancong iaitu melihat keindahan alam ciptaan tuhan dan merasai pengalaman berada di bumi asing.
Jadi jangan buang masa lagi, jom kita bedah apakah info, tip dan itinerari yang dikongsikan Siti Raudhah kepada kita. Semoga Bermanfaat untuk semua.
21-26 Mar 2019 | Trip 4 orang | Autumn Season | Currency 1AUD = RM2.91 | Road trip by car
Kos plg sng nak jimat. Book 6 bulan awal time AA free seat promo Sep18. Walaupon bukan free seat tp still murah. Time book tu kalendar cuti sekolah belum keluar so murah lagi..lps kalendar keluar amboi sgt harga melambung sbb rupanya date ktorg beli tu cuti sekolah.Beli hari ahad (priority utk AA member) gigih bgn 3 pagi sbb time camni booking ngan payment akan smooth.
? Baggage
Beli siap2 time book tiket lg jimat dari beli kemudian
? Visa
Better buat visa dulu baru beli tiket sbb byk dgr skrg visa x lps. mcm ktorg slambe je beli tiket dulu baru buat visa. Alhamdulillah sume approved. Email kat eta.australia@yahoo.com. dah approved baru byr RM20. Klu info visa ngan passport ada beza sbb bin ke binti, ktorg tanye staf AA aritu, dia ckp x de mslh pon. Sbb visa ktorg pon x de binti.
? Accommodation
Trip kali ni mmg saje nak feeling2 stay umah omputeh. Mmg cari Airbnb kat city yg ada 2 bathroom sng cket x berebut 4 org pagi2..Jimat masa pon ye ? * Albany – Stay 1 night @ Park Avenue Holiday Units 2 bedroom – AUD160 (book thru booking.com) * Perth City – Stay 4 nights @ Airbnb area Nollamara AUD567 – https://abnb.me/fPV1EzBLmW. Highly recommended! Cantik superb umah Erin (Aussie). Untuk yang pertama kali nak guna Airbnb, korang boley sign up/register pakai link ni https://abnb.me/e/jHai6JWLmW so korg ley dapat instant discount utk first booking korg nanti. Sign up sendiri x dpt any discount ye. Airbnb ni sebelum book, bace abes2 house rules, additional price sume sbb ada yg charge utk extra people, cleaning fee cari yg x mahal sgt. Mlm ke 5 tu actually klu nak jimat ley je tdo kat airport sbb flight pon awal 6.50pagi cuma ktorg saje nak lepak2 umah sambil lyn netflix ngan packing2. Airbnb ni complete sume ada, TV besar sgt2, dishwasher, washer, dryer.Ktorg basuh baju siap2 b4 blk sbb ada dryer.hehe.. beras, telur, roti plain ada. Actually Erin da tanye awal2 nak roti ngan susu apa as welcome meal, ktorg ckpla ktorg Muslim so klu ada teh pon cukup da.end up mmg dia belikan roti ada halal. Bgs hospitality dia. Pakai sabun taharah (beli siap2 kat Msia) untuk basuh2 pinggan.
? Car Rental
* Book @ Aries Car Rental thru website, whatsapp number +61415359777 (Owner Malaysian & staff pon ramai Malaysian) – Staf nama Nick Hazlan terbaik! Sabar melayan kerenah ktorg asyik tukar2 plan & sgt friendly:-) * Kia Cerato Sedan 5 seaters for 5 days total AUD325 (include airport transfer from and to, insurance). 5 days rate lg murah compare to 4 days. Msian driving license accepted. * Nama driver ngan pemilik credit card kene nama yg sama. * Time booking akan deduct 1 day rental. Sampai sana baru byr full kat office dia. Ada bond AUD200 lock kat credit card (akan cancel klu pulang kete tanpa pape kerosakan) * Klu pilih untuk anta kete awal pagi b4 flight blk tu, last shuttle by Aries kol 3pagi so kene anta kete kat Kewdale Office sebelum kol 3 ye.Uber rate vs airport transfer by Aries x jauh beza so ktorg pilih untuk anta kete pagi2 je so malam sebelum tu x perlu fikir cane nak blk Airbnb dgn brg byk2 sbb last day mmg last minute shoping:-)
⛽ Fuel
* Total AUD107 utk mileage almost 2000km for 5 days. Isi minyak hari Isnin murah. Siap ada petrol station PUMA.
? SimkadOptus
* Beli kat airport terus – AUD10 boley guna untuk 5 hari, 1GB sehari. Ktorg x sewa GPS from car rental so mmg pakai waze je. Jgn lupa bwk powerbank sbb byk pakai bateri waze2 ni.
?️ Entrance Fee
* Caversham Wildlife Park – AUD29/pax, make sure alert ngan aktiviti, showtime (Bergambar ngan Koala, Farm Show, Meet The Wombat) * The Pinnacles Desert – AUD13/car * Busselton Jetty pass – AUD4/pax
? Sandboard kat Lancelin
* Sewa 2 sandboard @ Lucky7 Shop AUD10/each, deposit AUD50 each (refundable) * Sewa max 2 jam
? Parking
The Gap and Natural Bridge Albany – AUD13/car Watertown (1 hour) – AUD4 Fremantle (3 hours) – AUD6.60 Rainbow Sea Container (1 hour) – AUD1.60 Moore River (1 hour) – AUD2 DFO Airport (1.5 hours) – AUD3 Kene alert ngan parking sign cth 1P means boley park max sejam je.
Driving sana kene bersabar byk sbb speed limit dia berubah2 terutama kat city. So kene alert slalu sbb saman mahal.
? GST
GST kat aus ni 10%, byk tu..nak claim blk, syarat dia total pembelian > AUD300 from same ABN (Australian Business Number) ada tulis dlm resit. Boley combine resit.
Perjalanan dar KL ke Perth 5 jam 30 minit. Dalam flight, ktorg dah makan kenyang2 pagi tu dah mcm sahur dah (mknn dlm flight x ley bwk turun ye). Sampai Perth Airport jam 5.35 pagi, time beratur nak check passport, ada anjing hidu beg dulu. Lps check passport, kami berempat kene interview sampai 3 kali, ingat muka dah trusted abes dah. yg 1st tu, tanye nak pegi mana means specific places la tp membr sorg ni punya la nervous agaknye smpai jwb ‘we want to see beautiful places’. Muka officer tu dah blur2..Adoi apakah??..sah2 la pegi sana nk tgk tmpt cantik2..hihi.so klu risau x ingat tmpt mane, tnjuk jela itinerari korg. dia tanye bwk mknn apa..ktorg dah declare siap2 dlm arrival form. Maybe random check je, x sume org kena. Dtg tmpt org, kite follow je rules dia sbb diorg pon just nak pastikan kite mmg betul2 dtg bercuti.
Solat kat Surau airport tp surau dia campur laki perempuan ye.
Beratur beli Simkad Optus AUD10. Dah activate sume, kol Aries Car Rental utk pickup.
Shuttle akan bwk kite pegi kat office dia (Kewdale branch) dlm 7 minit dari airport. Pick up kete ada bond AUD200 lock kat credit card. Tanye abes2 ye apa insurance cover. Ktorg dpt kete baru lg x smpai 1000km mileage pon. Ada reason nape book kia cerato, sbb ktorg dari airport mmg terus ke Albany 5 jam driving so mmg cari yg bonet besar ley muat 4 luggage 24″. siap pergi kia showroom la nk tgk saiz bonet b4 book kete. gigih kan?? kene plan betul2 sbb byk gak dgr kes pecah kete kat Perth so x nak letak beg2 kat seat dpn.
Albany
Bertolak ke Albany dlm 400++km. Perjalanan 5 jam ikut highway. Albany ni mcm countryside cket so tenang je. Yang best kete ni klu kite termasuk lane sblh kete akan vibrate utk alertkan kite dah tersasar.jakun jap time tu.
The Gap and Natural Bridge Tempat ni la yg buatkan ktorg sanggup nak ke Albany walaupon jauh. Cantek gler tmpt ni. Parking AUD13/car
Wind Farm
Berbaloi sgt2 dtg sini sbb view ngan bunyi deruan ombak tu menenangkan. Parking free.
Check in hotel @ Park Avenue Holiday Units & Solat Jamak
Dinner kat Istanbul Kebabs & Turkish Bakery. Terubat rindu makan gozleme ngan pide.Sedap.
Lps mkn, biasela mlm masih muda kan tp kat Aus ni mmg kedai byk tutup awal so pandai2 cari apa yg bukak so ktorg singgah ‘Target’ department store cuci mata tgk blouse etc. Pastu balik tido sbb esoknye plan nak gerak awal kol 6.30 pagi.
Breakfast kat hotel. Ktorg ada bwk nasi goreng frozen just panaskan dlm microwave. Skrg nmpk ada new rules lagi psl mknn boley bwk ke x so check latest ye. Check out.
Denmark Singgah Greens Pool tapi x pegi Elephant Rock walaupon sblh2 sbb hujan time tu. Mat saleh yg mandi2 situ pon sume pakat blk dah. Free parking
Yallingup Canal Rocks. Lawa batu2 dia..Free parking. Lunch kat sini je bwk bekal dari hotel.
Busselton Busselton Jetty.Jetty kayu ni kedua terpanjang kat dunia tau. Jetty pass AUD4/pax (bwh 17thn free). Kalau nak naik train tu dlm AUD13.50. Ktorg amik jetty pass je..jalan la lg syok tp x smpai hujung jeti pon..
? Spend time kat sini lama gak sbb view sume lawa2. Solat jamak kat sini je. Mostly tmpt mmg x de surau, pandai2 cari tmpt sesuai nak solat. Free parking
Perth Bertolak ke city ptg sbb x nak on the road waktu malam. Bahaya drive mlm2 kat highway sbb takut langgar kangaroo etc.klu da smpai city x pe. Singgah Watertown sbb Jumaat je tutup lmbt kol 9mlm. Parking AUD4 utk sejam. Dinner Chicken Charcoal.. Fuhh sape dtg Perth x mkn ni 1 kerugian yg besar. sedap sgt2 lamb dia!
Check in Airbnb area Nollamara
Owner keje mlm tu so dia dah bg instruction siap2 cane nk masuk rumah (tmpt letak kunci pon canggih, secured abes). Ada garage yeay!! teringin nak park kete dlm garage..hihi. Interior dlm rumah x yah ckpla mmg lawaaa.. wangi plak tu bau candle. Actually ley muat 5 org rumah ni sbb ada 3 bedroom (2 queen 1 single bed) so boley jimat lg klu pergi berlima.
Caversham Wildlife Park (Opening hour 9a.m-5.30p.m) Beli tiket kat kaunter. Masuk2 je terus bergambar ngan koala. Tp kat sini x boley peluk koala sendiri,dpt bergambar sblh koala je. nak peluk pegi Brisbane baru puas hati. Then bg kangaroo makan pastu x sangka dpt jumpa Quokka siyes comel sgt tp x byk la..klu nak lg best kene g Rottness Island tp ktorg x sempat sbb Rottness kene spend masa lama cket. Entrance fee AUD29/pax, free parking
Fremantle ( Bukak Jumaat, Sabtu, Ahad je) Parking kat Fremantle ni ada byk area, korg ley google nak zone biru, kuning, or pink.sume lain2 rate. ktorg park kat zon biru AUD2.20/hour. Spend 3 jam sini so total AUD6.60 Lunch @ Kailis Fish and Chips. Dah sume org pegi mkn ni kite pon nak rasa jugak. Ok la bg ktorg biase2 aje. Klu nak order, jgn order yg mussels tu sbb staff situ sendiri ckp ada letak wine. So ktorg just order normal fish&chips (1 grilled, 1 fried). 1 portion tu boley share 2 org sbb byk gak. Option lg 1 utk mkn boley pegi Cicerellos dekat2 situ jugak. Beli souvenir @ Megabes. Kedai ni murah. Staf pon da pandai ckp melayu da sbb ramai sgt msian pegi sana.
Rainbow Sea Container Tmpt ni tak jauh dari Fremantle market tadi dlm 10 minit driving.Tepi jalan je rupanya tp parking bkn tepi jalan ye..ada parking kat another side mengadap Swan River. Spend time kat sini kejap je ambik2 gmbr. Parking fee AUD1.60/hour Solat Jamak pon kat area parking sbb ada washroom sng nak ambik wuduk. Ktorg ni jenis solat je mana2 yg yakin bersih.Make sure ada kompas dlm hp ngan sejadah travel siap2.
DFO Airport (Opening hour 10a.m – 6p.m) Shopping time! byk sale time ni. Lg best dari Watertown. Baru bukak bulan Okt 2018. Kat aus ni, ada GST 10% ye. So kalau korg beli brg simpan sume resit sbb nanti boley claim blk kat Airport. Tapi ada syarat. Baca kat tips. Parking first hour free, lebih baru bayar.
Charcoal Chicken Dianella (Opening hour 10.30a.m – 9p.m, Ahad tutup) Dinner ni lagi sbb sdp sgt2..kali ni order take away sbb nk mkn kat Airbnb je..Ktorg order set lamb ngan chicken (AUD38.80 share 4 pax)
Breakfast siap2 kat umah. Mkn megi je..huhu..
Lancelin Sand Dunes Bertolak seawal 6.15 pagi sbb x nak panas meluncur kat Lancelin. Perjalanan dlm 1 jam 30 minit. Sewa sandboard kat Lucky7 shop sebelum smpai Lancelin.Sewa AUD10 each, deposit AUD50 each (refundable). Ktorg ada singgah kedai lain sebelum tu tp mahal AUD20 so cari Lucky7 shop ni murah. Max 2 jam boley guna. Ktorg sewa 2 sandboard sbb x nak tnggu lama nak meluncur tu klu gilir2 4 org kan.. Meluncur pasir besttt..1st time pengalaman tp kene bertabahlah ngan angin kuat, so pasir pon berterbangan. make sure bwk sunglasses. pakai sunblock siap2 sbb nmpk mcm x panas tp burn jugak lps tu. Lepas pulangkan sandboard, singgah public washroom area situ utk bersihkan pasir2.
The Pinnacles Desert Perjalanan dalam sejam. Bergambar la smpai lebam nak lompat ke apa. cuma batu2 situ tak boley pegang or duduk2. byk spot utk bergambar sbb luas sgt desert ni. Entrance AUD13/car
Lobster Shack Perut da lapar. Singgah lunch kat sini. Ktorg duduk luar sbb view dia superb.Lobster dia isi maniss sedap sgt. Order 1/2 GRILLED GARLIC BBQ’d LOBSTER (AUD38) share 2 org. Solat jamak kat sini jugak. Pandai2 cari port nk solat.
Moore River Perjalanan dlm 1 jam 15 minit. Tempat ni pertembungan Moore River ngan Indian Ocean so sungai bertemu laut gitu.. cantek sgt2..tak rugi datang sini. Spend sejam je kat sini, cuaca best nyaman je. Parking actually ada yg free klu korg drive ke blkg sikit. tp ktorg ni smpai2 trus je park kat dpn so kene bayar AUD2/hour.
Bell Tower Perjalanan dalam 1 jam 15 minit. Dah sampai city blk la kirenye ni. Since ktorg smpai dlm kol 6ptg, so park kete kat tepi jalan tu free je x yah byr sbb parking mostly smpai kol 5/6ptg je yg kene byr.
Chemist Warehouse Mirrabooka Misi mencari perfume. Membr kat msia pon siap kirim. Perfume branded kat sini murah2 sgt. Kedai ni plg selesa nak membeli compare to chemist warehouse lain sbb ktorg ada pegi few outlets sbb kdg2 x sume yg kite nak ada.
Mirrabooka Square Jangan confuse ngan kedai atas sbb nama je sama tp Mirrabooka Square ni tmpt lain cuma dekat gak la ngan kedai 1st. mcm mall tp kecik je. dlm ni ada Coles, Woolworth, Big W. Sape nak cari corelle boley la tp x byk choice sgt.
DFO Airport Datang lagi..haha..sbb aritu singgah kejap sgt x sempat usha abes. Sejam stgh kat sini tp rase mcm x cukup. Biasela pompuan kan..🙂 Membr yg mule2 mcm x nak beli last2 dia la plg byk hangus. Jgn lupa simpan resit sbb ktorg akan combine sume resit utk claim blk GST kat airport. Syarat2 bace kat tips ye mcm sebelum ni. Parking AUD3 utk sejam 30 mnt.
D’Ankasa Lunch kat sini. Restoran ni kat Hay Street. Ktorg order goreng2, portion dia besar rupanya. sbb x abes, tapau separuh ley mkn utk dinner. Nasi goreng apa ek order x ingat tp AUD11. Park kete kat Aries Car Rental CBD (Terrace Rd). Mmg sape yg sewa ngan Aries, ley park sini free. tp jauh nak menapak ke D’Ankasa sbb Hay St ni panjang rupanya..huhu..x pela exercise plus dpt parking free (sedapkan hati)
Blue Boat House Rumah biru comel ni tepi jalan je..Mule2 ktorg nak park area Forrest Hall tp jalan jauh sikit. Solat jamak kat area Forrest Hall tu kejap. Then ada local people bgtau parking dekat. Betul2 bertentangan blue boat house dekat housing area. So ktorg trus park sana. Make sure x tinggal pape brg berharga dlm kete ye. Kene cross road nak ke blue boat house. time ni da ptg, ramai org beratur nak ambik gmbr, so kene sbr la ye menunggu..sbb msg2 nak pose mcm2?
Singgah Coles beli buah, kopi Moccona (membr ckp sdp sgt).
2.15 pagi drop 2 org membr ngan baggage kat Airport dulu. Lg 2 org drive ke Aries Car Rental Kewdale office (7 min dari airport) sbb staf Aries nak inspect kete tanpa beg2 sume. Lps setel sume urusan, bond pon dah cancel, staf Aries send ktorg ke Airport.
Check in bag. Solat subuh siap2 kat Airport. Lps check passport, akan nmpk 1 kaunter utk claim GST tp kaunter mmg x de org jaga. Kene self service isi form, letak sume resit, letak dlm envelope then masuk dlm box dia. Ktorg dpt claim lps sebulan, masuk dlm credit card.
6.50 pagi, fly blk!
12.20 tghari, Home sweet home.
Sorry la sbb posting pnjg. x reti nak pendekkan cite sbb takut x smpai info tu.? boley refer album utk gmbr lain n ada harga menu mknn skali.
Posting asal Siti Raudhah:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jemputan daripada Visit Victoria untuk menyertai AirAsia X Rediscover Melbourne hujung tahun 2022, awalnya seperti tidak dapat dipenuhi atas pelbagai perkara yang memerlukan saya untuk berada di pejabat. Sementelah saya telah pernah berkunjung ke Melbourne dan tinggal hampir dua minggu di sana. Banyak tempat tarikan pelancong sudah dilawati. Tetapi seketika melihat itenarari yang diberikan, ternyata, majoriti lokasinya belum pernah saya kunjungi.
Teruja! Bukan sahaja kerana tidak sabar berada di sana, tetapi juga kerana sudah dua tahun tidak terbang akibat pendemik yang melanda dunia. Terbang dengan AirasiaX juga bukanlah kali pertama. Proses pendaftaran berjalan lancar sehinggalah berada di dalam perut pesawat. Sebagai orang media, sebentar sahaja, kami sudah dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Jadi dengan siapa kita duduk, bukan satu masalah. Bagai sudah kenal lama, sepanjang penerbangan ada sahaja cerita kami sambil menikmati hidangan yang telah dipesan sebelum berangkat. Nasi Lemak Pak Nasser menjadi pilihan saya. Mengubat rindu. Inilah antara menu kegemaran saya kala terbang bersama AirAsia. Kini AirAsiaX menyediakan penerbangan setiap hari ke Melbourne.
Aktiviti Penuh Mengujakan Bermula Seawal Hari Pertama.
Trip selama lapan hari tujuh ini jatuh pada penghujung musim bunga. Berada dalam suhu antara 11’c-22’c, kami sejak awal sudah diingatkan tentang keadaan cuaca yang tidak menentu. Agak sejuk dan berangin. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Melbourne ketika musim begini amat digalakkan untuk membawa baju yang sedikit tebal.
Kami tiba di Melbourne waktu pagi. Setelah segala proses mengambil bagasi selesai, sehagian kami membeli sim kad telefon. Ya lebih murah untuk digunakan sepanjang berada di sana. Sambil menunggu kenderaan yang akan membawa kami, kami diberi secawan kopi . Aduhai, bagi pencinta kopi seperti saya, ini salah satu tarikan pertama untuk jatuh cinta dengan bumi Victoria. Menghirup kopi dalam suasana dingin pagi memang memberi satu energi baru setelah berada lapan jam dalam penerbangan.
GEELONG & THE BELLARINE / GEELONG WATERFRONT
Keluar dari Airport, sudah sedia menanti kenderaan dari Explore Australia Tours. Kami terus berangkat menuju lokasi pertama di luar kota Melbourne. Kami berangkat ke Geelong. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit ini membawa kami ke kawasan santai dengan pemandangan replika seni yang dikenali sebagai ‘Bollards’, hasil seni dari pelukis terkenal Jan Mitchell.
Langit yang biru dan laut yang terbentang luas menyambut kedatangan kami. Jika ke sini kita boleh temui lebih dari 100 replika bollards dengan pelbagai warna dan corak. Kami menyusuri Rippleside Park, Limeburners Point dan Botanic Gardens. Cuaca yang cantik dan cerah serta berangin tidak terasa meletihkan. Apa Istimewanya Geelong Arts & Culture Trails ini? Di sini kita boleh memuat naik app yang disediakan untuk melihat replika bollards tersebut bergerak. Benarkah? Ya, dan tanpa sedar ia membuatkan kami leka. Terlupa seketika keletihan.
MINI GOLF DRIVING RANGE CHALLENGE AT CURLEWIS GOLF
Melihat iternari ini dalam list yang diberi. Sejak dari Malaysia lagi saya sudah teruja. Teruja ingin menghayun kayu golf penuh bergaya. Berangan sambil ketawa. Kami kemudiannya dibawa ke Mini Golf Driving Range Challenge di Curlewis Golf. diiktiraf antara Top 50 Australian Golf Course terbaik , The Range @Curlewis ini mempunyai 18 laluan driving range dan akademi latihan golf lengkap dengan makanan.
Paling seronok kami juga diberi task untuk melakukan aktiviti di sini. Sebagai beginer kami semua sangat teruja penuh dengan ketawa dan jeritan apabila pukulan kami masuk tepat ke lubang yang dituju. Mana tidaknya kerana kami dibahagikan kepada grup dan pemenangnya akan mendapat hadiah. Jadi masing-masing cuba untuk membuat pukulan tepat dengan sekali pukulan.
Selesai beraktiviti kami dihidangkan dengan minuman segar serta sneks berupa roti dan kek. Buat kaki golf, ini antara lokasi yang patut anda tuju. Sebelum meninggalkan kawasan ini, kami juga dibawa ke lapangan golf yang turut disediakan hotel dan chalet penginapan yang sangat menarik. Jadi kepada kaki golf tempat ini pasti menjadi salah satu destinasi patut dituju.
MAKAN TENGAHARI DI JACK RABBIT VINEYARD
Kami kemudiannya dibawa makan tengahari diJack Rabbit Vineyard. Kawasan atas bukit yang mempunyai pemandangan indah menghadap laut lepas.
BELLARINE SMOKEHOUSE
Ikan Salmon tentunya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Kalau melancong ke luar negara, mencuba variasi makanan laut adalah antara perkara yang selalu menjadi pilihan. Kami dibawa ke Bellarine Smokehouse yang mengambil berada tidak jauh dari lokasi kami makan tengahari. Bellarine Smoke house menyediakan ‘smoked fish’ secara tradisional dan kualiti rasanya sangat dijaga.
Kami juga diberi smoked salmon dan barramundi untuk dicuba. Ternyata rasanya sangat sedap. Buat penggemar salmon seperti saya, walaupun sudah kenyang tetap teruja mencuba. Apa lagi mereka sudah menyediakan hidangan untuk kami cuba. Selain ikan salmon, Bellarine Smokehouse juga menyediakan ikan barramundi, NZ Ora King Salmon, King Fish, Victorian Rainbow Trout dan belut. Terbuk
R GEELONG HOTEL & MAKAN MALAM DI FISHERMAN’S PIER
Petang menjelang tiba, kami akhirnya dibawa mendaftar bilik di R Geelong Hotel. Setelah seharian ke sana dan ke sini, sememangnya tidak sabar untuk menyegarkan diri. Kala pintu dibuka, teruja seketika. Apa tidaknya bukan sekadar bilik malah lebih seperti apartment satu bilik yang dilengkapi dengan dapur dan ruang makan dan ruang tamu yang luas.
Walau diberi masa yang singkat untuk berehat, tetapi cukup untuk saya merebahkan badan sebentar atas tilam yang empuk. Kemudiannya mandi dan bersiap untuk menikmati hidangan makan malam di Fisherman’s Pier. Restoran yang terletak berhampiran port boat ini rupanya adalah restoran yang telah mendapat Anugerah Restoran Seafood Terbaik selama 40 tahun berturut-turut! Ah, memang teruja betul apa lagi setelah mandi, perut kembali lapar. Saya juga sudah berangan mahu memesan menu berasaskan ikan dan makanan laut. Pasti segar dan enak. Kerana restoran ini tidak jauh dari hotel penginapan, kami berjalan kaki berama-ramai.
Santai dalam cuaca petang yang indah. Angin laut yang bertiup agak dingin tak terasa kami sudah menghampiri restoran yang dituju. Benarlah sesuai dengan gelarannya diterima, setiap ruang tempat duduk sudah penuh. Selesai menikmati makan malam, kami pulang ke bilik. Sambil menikmati hidangan
Banyak lagi tempat menarik yang akan kami kongsikan dalam story yang seterusnya. Jangan lupa nantikan part 2 ya.
SARAPAN DAN KE QUEENSCLIFF
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki cruise menuju Seorrento.
Queenscliff-Sorrento Feri
Perjalanan selama 35 minit untuk ke jeti Queenscliff dan perjalanan di atas cruise selama 90 minit kami gunakan untuk melihat pemandangan indah Victoria. masa selama 45 minit perjalanan feri dari Queenscliff ke Sorrento, katanya kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba-lumba. Namun semuanya bergantung kepada nasib kerana mereka merupakan habitat liar dan bukan dipelihara. Walau apa pun pengalaman menaiki feri sememangnya cukup menarik sambil menikmati pemandangan indah Port Philip Bay.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Turun dari Cruise kami dibawa ke Sorrento. Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
ARTHURS SEAT EAGLE (GONDOLA RIDE)
Sorrento dan rumah mewah kami tinggalkan untuk ke Arthurs Seat Eagle, salah satu lokasi perlancongan wajib datang di Melbourne. Menaiki gondola berkonsep terbuka memang lain daripada yang lain. Dari ketinggian gondola bermula, kita akan dapat melihat pemandangan indah Mornington Peninsula dan Port Philip. Oh ya dari gondola juga kita boleh nampak sayup jauh di sana bandar Melbourne. Jika membawa keluarga dan anak-anak, pastinya pengalaman akan menjadi antara memori terindah buat mereka.
MEMANJA DIRI DI PENINSULA HOT SPRINGS
Hot Spring, Kolam air panas mungkin akan memberikan gambaran pertama yang biasa-biasa bagi orang kita. Tetapi segalanya amat berbeza di sini. Dalam cuaca yang sejuk 11’C, kami dibawa untuk memanjakan diri di Peninsula Hot Spring . Bukan kolam air panas biasa. Bagi saya ia sangat istimewa. Dengan lanskap yang indah, sangat berbaloi dikunjungi apa lagi kolam air panas ini telah memenangi anugerah ‘ Best Natural Hot Spring and Spa’ .
Menyediakan lebih 50 kemudahan dan pengalaman spa, anda boleh pilih kemudahan mandi dari kolam air panas, reflexology walk, Turkish hamam, dan kolam di atas bukit dengan pemandangan 360′ darjah Mornington Peninsula. Bukan itu sahaja, ada juga kemudahan seperti geothermal pool, ice cave, sauna, kafe, pentas untuk majlis-majlis rasmi dan wellness centre.
Apa yang boleh saya katakan kawasan ini menjanjikan pengalaman paling istimwa dan kerana itulah walau hujan turun renyai-renyai, kami tetap tidak mahu melepaskan peluang menikmati pengalaman mandi di kolam air panas dan masuk ke gua ais. Jika berpeluang, anda juga patut mencuba kerana bakal menjanjikan pengalaman yang sangat best!
Penisular Hot Spring kami tinggalkan untuk ke penginapan seterusnya. Rye Hotel yang mengetengahkan konsep suites yang mengeliling kolam menyediakan bilik yang sangat luas dan selesa apa lagi bila perlu duduk sendirian. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalam yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat.
Malam itu kami tidur cepat kerana awal pagi kami perlu bertolak ke Melbourne. Esoknya kami bersarapan di hotel. Segar selepas menghirup secawan kopi dan bersarapan ala-barat. Kami kemudian bergerak kembali ke Kota Melbourne.
Apa aktiviti dan lokasi kami seterusnya? Jangan lupa ikuti catatan siri ke-2 menampilkan keseronokan menjelajah kota Melbourne. Menyaksikan teater Harry Porter di Princess Theatre Melbourne. Juga menyusuri sepanjangan jalan-jalan yang dihiasi bangunan cantik sehinggalah ke lorong-lorong seni yang menampilkan lukisan hebat dan luahan rasa anak-anak seni sehingga menjadi antara lokasi street art terbaik di dunia.
Kesempatan pulang ke tempat kelahiran suami di Srinagar, Kashmir India sebaik sahaja pintu sempadan dibuka menjadi detik manis buat Noorule Inie Osman. Kebetulan tarikh yang dipilih jatuh pada bulan Ramadan, dapatlah wanita ini menyambut kedatangan bulan mulia di sana.
Walaupun bukan pertama kali, ia tetap menjadi kenangan manis buat Noorule dan pasangan. Dapat melawat keluarga tersayang setelah pandemik melanda, pasti terubat kerinduan yang telah kian lama dipendam.
Menurut Noorule perjalanan kali ini agak lama daripada kebiasaan, kerana perlu melalui banyak perjalanan yang berliku. Tapi apa yang menarik, kedatangannya kali ini pada April yang biasanya peralihan ke musim bunga, sempatlah dia ke Taman Tulip yang terbesar di Asia.
Lebih menarik, Noorule juga sempat berkongsi juadah berbuka puasa orang Kashmir yang nampaknya cukup menyelerakan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kashmir selepas pandemik agak mengambil masa yang panjang. Kebiasaannya hanya melalui masa 6 jam penerbangan dari KL-Delhi dan 1j 30minit dari Delhi-Srinagar. Ini catatan buat diari muka buku.
Perjalanan penerbangan KL-Srinagar
Klia 2 (AirAsia) – Bangalore; 4jam 30minit. Tiba di Bangalore jam 10.30mlm (waktu India) pada 1 April 2022
Bangalore (Indigo) – Delhi; 3jam 45minit. Tiba di Delhi jam 3.30pagi (waktu India) pada 2 April 2022
Menaiki bas shuttle dari Terminal 1 ke Terminal 3 Indira Gandhi International Airport; 15minit.
Delhi (Indigo) – Srinagar; 1jam 30minit. Tiba di Srinagar jam 9pagi (waktu India) pada 2 April 2022
Agak berliku perjalanan kali ni tetapi alhamdulillah di permudahkan dalam segala urusan. Terutama proses imigresen kemasukan di India.
Apa proses kemasukan ke India post-covid?
Ramai tanya proses semuanya sejak saya tuba di Kashmir semalam. Jadi pesan saya, jika nak melancung ke Kashmir selepas raya…..insyallah tiada masalah tiada sekatan atau kepayahan memerlukan test, insurance atau sekatan jenis vaccine.
Tulip Garden Terbesar di Asia
Sebabkan berada di luar negara kan, ambil kesempatan la jalan-jalan walaupun rumah mertua
Itu yang menjadi tarikan utama setiap April tiba. Ramai Malaysian sebelum ni akan penuhi
Kashmir pada bulan April. Taman ini hanya akan dibuka setahun sekali sahaja. Tak mustahil la menjadi tumpuan pelancong.
Panas still panas tapi di Srinagar suhu hanya setinggi 20 celcius dan kering. Maka tidaklah rasa terlalu dahaga
Salam Ramadhan dari perantauan dan Selamat Berbuka buat semua di Malaysia.
Menu Ramadan Orang Kashmir
Berada di Kashmir buatkan saya merindui kemeriahan Bazar Ramadhan di Malaysia walaupun sebenarnya ini bukanlah pertama kali saya menyambut Ramadhan di Kashmir.
Jom saya share beberapa hidangan special Kashmir di bulan Ramadhan
minuman wajib bila berbuka adalah Babri-byol. Sejenis minuman campuran susu, basil seed dan juga isi kelapa.
pemanis mulut Seviyan. Sejenis pemanis mulut yang diperbuat dari Vermicilli dan campuran beberapa kekacang. dan semestinya Kashmir Wazwan.
Nak bercerita tentang wazwan ni boleh amik masa jugak sebab ia mempunyai belasan jenis hidangan.
Mereka di Kashmir, akan mula berbuka dengan hidangan Babri-byol, kurma dan buah-buahan. Selepas solat Maghrib, barulah mereka akan mulakan hidangan utama mereka.
Apa paling unik Ramadhan di Kashmir…..adalah kejutan sahur. Akan ada tukang kejut sahur dengan ketukan drum dan laungan ‘waqt-e sahar’ di setiap ceruk jalanan di bandar dan di kampung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...