
Kalau sebut pasal Selangor, kebanyakan orang terus teringat kesesakan lebuh raya, pusat beli-belah gah atau hiruk-pikuk bandar raya.
Namun, cuma sejam lebih pemanduan dari Kuala Lumpur, terletak sebuah pekan yang seolah-olah bernafas dalam dimensinya yang tersendiri iaitu Kuala Kubu Bharu
Bukan sekadar pekan persinggahan sebelum naik ke Fraser’s Hill, Kuala Kubu Bharu mempunyai naratif tempatan yang sangat ikonik yang mana ia adalah sebuah pekan yang dilahirkan semula daripada bencana, umpama burung Phoenix yang bangkit daripada abu.
Sejarah Kuala Kubu Bharu bermula dengan satu tragedi gergasi pada tahun 1883. Pekan asalnya, yang dikenali sebagai Kuala Kubu, pernah menjadi pusat pentadbiran dan perlombongan bijih timah yang makmur.
Namun, segala-galanya berubah apabila empangan berhampiran pecah akibat banjir besar, lalu menenggelami seluruh pekan dan meragut nyawa Pegawai Daerah Inggeris ketika itu, Sir Cecil Ranking.
Tragedi monumental ini memusnahkan terus Kuala Kubu lama (kini dipanggil Pekan Ampang). Inggeris kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak lagi membina semula di tapak lama, sebaliknya mereka bentuk sebuah pekan baharu di kawasan berbukit yang lebih selamat. Maka, lahirlah Kuala Kubu Bharu.
Kredit Foto : malaysia.travel / Google
Apa yang membuatkan Kuala Kubu Bharu begitu istimewa dari sudut seni bina ialah pelan pembangunannya.
Diberi sentuhan oleh perancang bandar pertama Persekutuan Tanah Melayu, Charles Reade, Kuala Kubu Bharu direka berdasarkan konsep ‘Garden City’ (Bandar Kebun).
Ini menjadikannya pekan terancang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Apabila anda melangkah ke pekan Kuala Kubu Bharu hari ini, anda akan disambut dengan deretan kedai shophouse pre-war era kolonial yang masih kekal utuh, menayangkan gabungan seni bina Neoklasik dan Art Deco yang menawan.
BACA JUGA: Citrawarna Speed Festival Bermula Hari Ini! Apa Yang Menarik Di IOI City Mall Putrajaya?
Susun atur pekannya terasa begitu lapang dan hijau berkat jalan raya yang lebar, dikelilingi pokok-pokok rendang serta dihiasi latar belakang Banjaran Titiwangsa yang menghijau.
Susur keluar ke lorong-lorong belakang pula dihiasi dengan mural dan seni jalanan yang mengisahkan sejarah, budaya, serta aktiviti tempatan warga di sini.
Kesemua elemen ini melengkapi vibe retro yang lembut tanpa bangunan tinggi mahupun hiruk-pikuk bunyi hon yang bising, membuatkan masa seolah-olah berjalan lebih perlahan di pekan ini.
Berdasarkan senarai panduan pelancongan tempatan, berikut adalah destinasi ikonik yang wajib anda terokai di Kuala Kubu Bharu:
Kredit Foto: Sinar Harian & malaysia.travel / Google
Menutup pengembaraan di sini tidak lengkap tanpa memanjakan lidah dengan sajian tempatan yang sudah bertahan bergenerasi:
Kuala Kubu Bharu bukan sekadar lokasi pelancongan biasa kerana ia adalah pemelihara warisan, tempat perlindungan daripada hiruk-pikuk kota dan bukti bagaimana sebuah pekan mampu bangkit menjadi lebih indah selepas ditimpa tragedi.
Jika anda mencari destinasi roadtrip hujung minggu yang penuh cerita, seni bina estetik dan ketenangan alam semula jadi, Kuala Kubu Bharu sememangnya lokasi paling tempat untuk anda.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok