Kursus Online Percuma Untuk Pemandu Pelancong

Share

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan menawarkan kursus dalam talian secara percuma kepada semua pemandu pelancong yang berhasrat untuk memperbaharui lesen mereka.

Kursus jangka pendek itu membabitkan langkah dan pelan yang boleh diambil oleh pemandu pelancong untuk mempromosikan perkhidmatan pelancongan mereka dengan norma baharu berikutan penularan COVID-19.

Foto: pexels.com

“Contohnya, MOTAC akan ajar mereka untuk keluarkan satu video teaser di platform mereka termasuk media sosial menerusi kepakaran bercerita mengenai tempat pelancongan mereka untuk merangsang bakal pelancong datang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau sekurang-kurangnya diberi kelonggaran selepas ini,” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.

Bagaimanapun, mekanisme dan tarikh kursus dalam talian itu dimulakan, belum ditentukan lagi kerana memerlukan penglibatan beberapa pihak termasuk Institut Latihan pelancongan (ILP) dan persatuan pemandu pelancong.

Foto: pexels.com

Baca: https://www.libur.com.my/gaji-pemandu-pelancong-boleh-cecah-rm10k-sebulan-korang-rasa/

Sumber: Bernama

IKLAN