Siapa tidak kenal Langkawi, pulau yang penuh dengan lagenda yang tersendiri dan menjadi destinasi pilihan pelancong dunia. Terbaru, Langkawi dikhabarkan bakal memiliki satu lagi mercu tanda ikonik terbaru. Langkawi Premium Outlet dijangka menjadi satu lagi daya tarikan baharu kepada pelancong ke Pulau Langkawi.
Langkawi Premium Outlet akan mempunyai pusat beli-belah, hotel yang mempunyai 300 bilik, kediaman dan taman tema air yang akan beri kelainan kepada pulau pelancongan terkenal ini. Projek Langkawi Premium Outlet ini akan dikenali sebagai G’ Lang Nest merupakan pembangunan bersepadu dibangunkan di tapak berkeluasan 145,000 kaki persegi dengan jumlah pelaburan RM613.7 juta. Projek itu akan dimulakan pada 2020, melibatkan tiga fasa dan dijangka siap pada 2026.
Langkawi Premium Outlet akan menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara ke Kedah kerana merupakan pembangunan bersepadu terbesar di negeri itu.
Syarikat hartanah, Mega Excellent Properties Sdn Bhd (Mega Excellent) dengan kerjasama sebuah syarikat Korea, Raum Architects & Engineers Co. Ltd, (Raum) akan membangunkan Langkawi Premium Outlet di Padang Matsirat, Langkawi.
Ads
Sehubungan itu, satu memorandum persefahaman dimeterai kedua-dua pihak, ditandatangani Pengarah Urusan Mega Excellent, Fara Juina dan Pengurus Besar Raum, Kim Dong Wan disaksikan Naib Presiden Pembangunan Bluebell Korea Ltd, Jin Mo Kim dan Pengarah Sky Trees Sdn Bhd, Jeremy Chow.
Ads
Menurut Pengurus Besar Raum Architects & Engineers Co. Ltd, Kim Dong Wan mereka memilih Malaysia iaitu Langkawi untuk pembangunan bersepadu itu kerana kerajaan dan ekonomi yang stabil serta pulau itu merupakan pusat pelancongan terkenal dan menjadi tumpuan dunia. Ia merupakan pelaburan menguntungkan dan kerjasama ini akan memberikan impak besar terhadap hubungan kedua-dua negara.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Corporated (MBI), Dr Mahadi Mohamad berkata, projek pembangunan bersepadu ini akan memberikan impak besar kepada penduduk Langkawi dan merupakan yang pertama di negara ini. Mereka berharap dengan adanya pembangunan ini, ia akan memacu peningkatan sektor pelancongan di Langkawi.
“Kami akan terus melaksanakan pelbagai program peringkat antarabangsa untuk menarik pelancong. Pada 2018, Langkawi catat jumlah kedatangan pelancong 3.7 juta dan kami unjurkan tahun ini meningkat empat juta,” katanya.
Bila sebut Langkawi, pasti ramai yang suka melancong ke sana. Terkenal dengan syurga makanan dan lokasi menarik ditambah dengan 99 buah pulau yang mengelilingnya, syurga dunia ini antara tumpuan ramai pelancong.
Ditambah pasir putih, hutan hujan membekalkan udara segar, air terjun yang indah, pastinya pulau ini tak habis dilawat dalam tempoh singkat.
Diiktiraf sebagai Pulau Bebas Cukai, Langkawi menjadi destinasi yang popular bagi melancong secara solo dan bersama keluarga.
Di Langkawi, kita boleh menemui homestay murah hinggalah ke hotel mewah bertaraf lima bintang.
Antara tarikan di sini termasuklah Villa Paddy yang terletak di Padang Matsirat yang terletak 8 KM dari Lapangan Terbang Langkawi.
Bukan saja viewnya yang cantik saat matahari terbenam, di Villa Paddy ini penginapannya memang sesuai untuk percutian keluarga kerana biliknya cukup selesa, makanan yang sedap selain tempatnya masih baru serta amat selesa. Namun poolnya agak kecil tapi masih selesa jika tidak kisah mengenainya.
Namun lokasinya yang di tengah-tengah dari pusat bandar memudahkan korang berjalan-jalan. Antara tarikan yang dekat dengan Villa Paddy ialah Buffalo Park dan Taman Mardi Langkawi. Kalau nak mencuba sesuatu yang lebih advanture seperti Cable Car, jaraknya hanya 30 minit dari sini manakala untuk ke Pantai Cenang 20 minit memandu dari villa ke sana.
Lebih best, kalau luck korang, harganya serendah RM89 semalam sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.
Foto: tripsavvy.comFoto: newser.com
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Tidak salah lari dari kebiasaan bercuti kali ini dengan mencipta kelainan. Selalunya bagi yang ada keluarga, kita akan pilih mengunjungi Taman Tema tetapi kali ini pergi melihat ladang buah-buahan yang terletak di Rawang Selangor.
Terletak tidak jauh perjalananan dari bandaraya Kuala Lumpur, anda pasti teruja menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang ditanam di sini.
Selain menikmati buah-buahan, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Mini Petting Zoo, Taman Arnab, Ladang Rusa, Rumah Kampung, Menoreh Getah.
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati keindahan Hi-Tech Farm, Eco Bridge Pavillion, Laman Herba dan banyak lagi.
Oleh kerana kawasan di sini sangat luas, jadi anda akan dibawa menaiki tram dan berhenti di pelbagai check point menarik sambil makan-makan buah tempatan secara percuma.
Untuk perjalanan dalam Selangor Fruits Valley ini mengambil masa 2 jam. Tidak terasa lama kerana enjoy menikmati keindahan kawasan ini.
Memang sesuai sangat nak bawa anak-anak dan keluarga santai kat sini, kalau datang musim buah lagi syok!
Tiket Masuk:
– Dewasa: RM15
– Kanak-kanak & Warga Emas: RM10
– Kanak2 bawah 3 Tahun: PERCUMA
– Waktu Operasi: 9.00 AM – 4.00 PM
– Tutup Hari Jumaat
Alamat:
Selangor Fruits Valley , KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang,
Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...