Sesekali ingin lari dari kesibukan kota, boleh ke Fuga Village, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Ada kolam untuk anak-anak main air dan anda boleh layan pemandangan pantai di sini. Best!
Fuga Village Melaka
Harga pun tak mahal, dalam RM245/chalet/malam. Owh ya, owner orang Portugis. Sebab itu design Chalet ada sentuhan Eropah.
Ini private chalet, jadi kawasan chalet ini keseluruhannya berpagar dan berkunci. Setiap chalet dilengkapi 1 katil saiz Queen, mini fridge, kettle & sachet kopi/teh. WiFi disediakan jadi jangan risau untuk buat kerja online.
Ads
View luar tingkap mengadap mini taman & kolam renang. Tingkapnya ala-ala rumah Melayu lama.
Ads
Bilik airnya terletak diluar bilik. Hanya ditutupi separuh bumbung. Kalau hujan memang lencun jawabnya.
Kalau nak makan, kena keluar. Jadi anda pandai-pandai bersedia untuk bab makan-makan.
Ada 3 kolam mandi untuk kanak-kanak, ini best untuk bagi anak main air ya. Aktiviti lain, ada meja ping pong untuk anak-anak.
Tempat BBQ juga ada disediakan. Yang suka OOTD, banyak prop best kat sini. Berhadapan dengan Chalet ni ialah pantai Pengkalan Balak. Boleh mandi tapi jaga-jaga yang ada anak kecil. Ombak boleh tahan juga besar.
Keluruhan tempat ini, sangat sesuai untuk anda yang suka pantai dan berteduh dengan cara paling sederhana. Tak semak dengan bunyi kenderaan, tenang melayan pemandangan cantik pantai dan pokok-pokok sekeliling yang ada di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cukup menarik, Ipoh Santorini terletak di Tambun, Perak, menawarkan pengalaman unik yang diinspirasikan oleh pulau Santorini di Greece.
Dengan seni bina yang unik tersendiri, penginapan ini pasti memberikan pengalaman yang memuaskan.
Paling syok, keluar bilik boleh terus terjun dalam kolam. Ini yang senang nak bahagiakan hati anak-anak, bab main air. Memang puas hati!
Kalau tengok sekitarnya, macam hotel di Europe, tetapi realitinya di Ipoh sahaja. Tidak jauh pun dari Lost World of Tambun hanya 2.5KM perjalanan dengan kereta.
Pada waktu malam pun, anda boleh layan ootd kawasan hotel ini sebab banyak lampu yang jadikan suasana indah.
Untuk bilik pun, selesa dan cantik dekorasinya. Sesuai juga kalau anda yang baru kahwin nak honeymoon di sini.
Dari segi kemudahan, penginapan dengan pemandangan taman dan kolam, parkir peribadi percuma, meja depan 24 jam, dan WiFi percuma.
Ipoh Santorini Hideaway – Hotel Inspired
7, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Wow, ada Hotel Pet Friendly Di KL! Jika merancang untuk bercuti di ibu kota pada masa yang sama mempunyai ‘si bulus’ dan risau untuk meninggalkannya, apa kata bawa sekali kucing kesayangan ini bercuti sekali.
Sekarang sudah ada hotel pet friendly di Kuala Lumpur yang membenarkan kucing menginap bersama tuannya.
Memahami keperluan pemilik kucing atau haiwan peliharaan Hotel Hyatt Place Kuala Kumpur baru-baru ini telah melancarkan polisi mesra haiwan sekali gus membenarkan pemilik dan haiwan peliharaan menginap dan menikmati percutian bebas stres.
Bennett Peter, Pengurus Besar hotel ini berkata sebagai pencinta haiwan beliau sendiri sangat teruja dengan dasar mesra haiwan peliharaan yang diperkenalkan.
“Saya sendiri mempunyai haiwan peliharaan iaitu kucing dan anjing jalanan yang diselamatkan. Saya sangat gembira dengan dasar ini dan berharap tetamu dan haiwan peliharaan mereka akan menikmat penginapan yang selesa,” ujarnya melalui wakil beliau dalam majlis pelancaran polisi mesra haiwan peliharaan di hotel tersebut.
Sementara itu pemilik kucing Johan Eskandar yang turut hadir dalam majlis berkenaan turut teruja dengan berita baik ini.
“Sebelum ini jika hendak travel kami terpaksa tinggalkan mereka di cat hotel tapi sekarang sudah ada hotel yang membolehkan pemilik dan kucing menginap sekali. Ia sesuatu yang melegakan kerana tak perlu berpisah dengan mereka,” ujarnya.
Selain mempunyai keluasan bilik penginapan yang luas dan selesa untuk menginap bersama haiwan peliharaan, hotel yang terletak di lokasi strategik Bukit Jalil ini juga berhampiran pusat membeli belah dan dengan kemudahan untuk kucing seperti klinik dan kedai menjual barang keperluan haiwan.
Hotel Hyatt Place juga berdekatan dengan Taman Rekreasi Bukit Jalil yang membolehkan pemilik dan haiwan kesayangan berjalan santai.
Dalam pada itu terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh pemilik yang mahu menginap bersama dengan haiwan peliharan di hotel ini. Antaranya anjing tidak dibenarkan, hanya 2 ekor haiwan yang dibenarkan menginap dalam satu bilik dan mestilah mempunyai berat kurang 9 kg setiap satu.
Haiwan juga haruslah sudah dilatih sebaiknya dan tidak dibenarkan berada di tempat awam hotel. Pemilik yang ingin membawa haiwan peliharaan menginap juga perlu menempah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampaknya sejak Sabah sudah boleh dibuka kepada pengunjung, ramai mengambil kesempatan untuk bercuti di negeri bawah bayu ini.
Bukan hanya tertumpu di pusat bandar, Kundasang, Gunung Kinabalu, tetapi Sabah juga turut terkenal dengan keindahan pulau sekitarnya.
Perkongsian yang bercuti selama 3 hari dua malam di Pulau Mabul dan Semporna tetapi banyak tempat yang menarik sempat dilawati. Ayuh ikuti perkongsian Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari sahabat Backpacker Buddies Malaysia.
Flight sampai jam 8 pagi di Airport Tawau, airport Tawau ke Semporna 1jam. Boat ke Pulau Mabul ada jam 9pagi & 5 petang. Kami memilih untuk masuk ke sana belah petang agar dapat pusing-pusing Semporna dahulu.
Antara yang menarik di Semporna :
1. Starbuck Semporna. (Menarik) Merata di Malaya(semenanjung) Starbuck ini, tapi special di sini adalah pemandangan dari Starbuck adalah Laut dan Pulau. Kebetulan kami pergi sebelum waktu rehat, maka orang tidak ramai. Kalau datang jam 11 pagi ketas, fuhh!! Penuh orang beratur nak masuk sana. Hilang mood tenang kat situ.
2. Mydin Lounge (Menarik) Makan tengah hari kat sini harga dia biasa. Standar makan seafood. View dia cantik. Kami datang tengah hari, maka nampak lah pulau sekitar dia.
3. Masjid Semporna (tutup, renovasi)
4. Dragon Inn (Menarik) Sini bayaran dia RM3. Dapat lihat ikan sebesar kanak-kanak. Dan sini juga jeti kami untuk ke Pulau Mabul.
5. Pulau Mabul (sangat menarik) Kami pilih Mabul Backpackers (sangat menarik) sebagai penginapan kami, sebab sini paling murah dan ini yang di cadangkan oleh senior kami yang bekerja kat sini.
Apa yang best dini sini? Saya bagi 4.5 bintang. Semua best. Snorkeling free, kayak free, PA System Free, lunch, breakfast dan dinner include harga bilik dah, boleh terus ke SK Pulau Mabul, boleh akses ke perkampungan Pulau Mabul terus. Kenapa 4.5 bintang? Sebab kami pilih bilik dorm jadi kena kongsi tandas. Kalau bilik sea view, baru tandas sendiri.
Rezeki: kalau ada rezeki jumpa Penyu, ikan pari petak (stingray kot nama dia), dan lain2. Landak Laut dan Tapak Sulaiman xyah cakap lah. Bersepah-sepah.
Upah masak: Pelauh atau Palauh akan sentiasa datang jual seafood dengan sampan, boleh beli, harga? Ikut tawaran, dia letak memang mahal, ikut kita lah nak tawar macam mana. Lepas tu minta Mak Cik kantin masak, harga 10ekor ketam = Rm10. (Upah masak + barang2 dia sediakan), kalau banyak, ikut lah budi bicara nak bayar. Tak ada sifir.
6. Discover Scuba Diving (DSD) (sangat menarik) DSD adalah skuba bagi orang yang tiada lesen. 1 kali harga bawah RM200. Kamera disediakan, mereka akan tangkap gambar kita. Kalau ada lesen, bawah RM100 sahaja.
7. Pusing Pulau Mabul (Menarik) Belah pagi, kami pusing pulau berjalan kaki, untuk melihat kehidupan orang sana, apa yang menarik, penyu main2 di pantai, macam penduduk situ dah, ada sarang penyu bertelur, boleh beli ikan Tuna segar dengan penduduk tempatan.
8. Pekan Semporna (Menarik) Pasar Ikan, ada 2 tempat, 2-2 saya suka. Kecik sahaja, tapi memadai. saya suka ke pasar ikan ni, murah dan segar. Di sini lah saya beli Lobster Gergasi 2.3kg (2ekor) dan bawa balik Malaya. Hand luggage.
Beli polystyrene box kat pasar tu, saiz kecik, minta penjual Lobster isikan ais, masa nak Naik flight, saya ke tandas, buang air, sebab nak ringan. 2.5jam. sampai Johor, masih sejuk udangnya.
Harga Lobster? Ok, saya beli dengan Palauh di sini, harga ikut rundingan, harga market lobster hidup RM160/kg (sekilo=4 ekor, +- 250g seekor), dengan Palauh, dia tiada penimbang, ikut agak2 lah. Saya beli dua ekor Rm250. Sampai rumah, timbang, dapat 2.38kg. sekitar RM105/kg.
9. Hiking BUKIT PARAPAT (Menarik) Kat sini member bawakan, harga RM3. Rendah, lagi rendah dari Bukit Broga. Bagi saya yang sukakan alam, saya kategorikan sangat menarik. Gambar dari drone pun lawa. Pakai phone biasa pun lawa.
Sini pun ada buat sewa Khemah untuk yang nak bermalam di atas bukit, Surau disediakan kat sini. Khemah siap pasang, tingal bawa bantal dan tilan sahaja. Silalah ke sana.
10. Pulau-Pulau Sekitar (Menarik) Bohey Dulang, Tatangan, Mantabuan, Sibuan, Mataking, Timba Timba, Pom Pom dan lain-lagi. Tetapi kesemua pulau ini untuk balik hari.
Penginapan lain ada juga, Nusakuya Resort, water Banglo dan banyak lagi. Boleh pilih2 ikut poket sendiri.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...