Salah satunya adalah pulau legenda Langkawi. Dan terbaru sektor pelancongan di sana turut menawarkan potongan harga menarik kepada pelawat tempatan bagi mereka yang ingin bercuti di pulau peranginan bebas cukai ini.
Perkhidmatan feri yang selesa.
Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah dan Perlis Razmi Rahmat berkata ketika ini hampir semua ahli persatuan itu khususnya di Langkawi memberi potongan pada kadar yang cukup menarik iaitu antara 50 hingga 70 peratus.
“MAH tidak menetapkan ahli persatuan perlu memberi diskaun harga bilik penginapan, namun ketika ini rata-rata hampir 40 ahli persatuan melibatkan hotel tiga hingga lima bintang mengambil inisiatif sendiri memberi potongan harga antara 50 dan 70 peratus.
Ads
“Tawaran ini sebenarnya sudah bermula sebelum PKPB namun terjejas berikutan pelaksanaan perintah itu, pelancong boleh buat sedikit carian dan layari laman sesawang hotel di Langkawi yang sesuai dengan bajet mereka,” katanya kepada Bernama.
Tarikan menarik menanti.
Razmi berharap rakan industri perhotelan untuk teruskan promosi sehingga hujung tahun atau awal tahun depan bagi memberi peluang kepada pelancong memperolehi harga bilik pada harga yang sangat menarik.
Bagi seorang pengusaha sukan air di pantai Chenang, Hussein Mohd Said, pihaknya juga memberi potongan harga untuk semua aktiviti yang ditawarkan, sebagai persediaan Langkawi bakal kembali dibanjiri pelancong tempatan.
Hussein berkata syarikatnya yang memiliki 81 buah jet ski untuk lawatan ke pulau-pulau kecil sekitar Langkawi, amat terjejas akibat pandemik COVID-19, dan kini beliau menaruh harapan tinggi agar sektor pelancongan domestik mampu kembali pulih dengan kehadiran pelancong tempatan.
Cable Car menanti pengunjung.
“Penamatan PKPB serta pembukaan semula sektor pelancongan domestik, beri sedikit kelegaan kepada kami dan kita ambil kesempatan ini untuk beri potongan harga untuk aktiviti Fun Island Hopping menggunakan jet ski,” katanya.
Beliau berkata pakej itu dipotong hampir separuh harga dan tempahan sudah boleh dibuat mulai semalam (7 Dis) hingga 31 Januari 2021, dan sah untuk digunakan sehingga 31 Disember 2021,” katanya.
Ads
Mercu tanda Langkawi.
Seorang pemilik kedai buku terpakai, Mashhor Salleh pula berkata pelancong merupakan pelanggan utama perniagaannya di Jalan Pantai Chenang, namun ketika ini beliau berdepan dengan situasi agak sukar kerana biasanya kebanyakan pelanggan kedainya itu adalah pelancong asing, sedangkan kini beliau hanya berharap kepada pelancong tempatan.
“Akibat pelaksanaan PKPB kehadiran pelanggan terus menurun. Jualan mengalami penurunan 45 peratus, malah kadang kala pelanggan cuma ada pada harga Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya sambil menambah kedai itu menawarkan pelbagai pilihan buku dalam 18 bahasa.
Pemandangan indah.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pulau ini menerima ketibaan hampir empat juta pelawat tahun lepas, namun akibat pandemik COVID-19, ketibaan pelawat bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020 hanya sekitar 1.2 juta.
Camping, glamping merupakan percutian alaf baru yang sering menjadi pilihan ramai masa kini. Selain nak dekat dengan alam, tempat percutian begini juga mempunyai pemandangan yang cantik dan menenangkan.
Pendek kata kalau nak luangkan masa berkualiti dengan family inilah masanya. Banyak perkara yang boleh dilakukan bersama ketika camping kerana lokasinya yang terletak agak jauh ke dalam dan line untuk telefon atau internet yang kurang memuaskan.
Berpeluang camping di Kuala Rening yang terletak di Cameroon Highland, Adawiyah Mamat sempat berkongsi pengalaman percutian beliau dan keluarga di Facebook Family Camping Malaysia. Sambil itu juga dia dapat mengenali budaya orang asli yang tinggal di sekitar chalet yang diinap.
Bagi yang nak mencuba percutian alaf baru tanpa gajet tak crowded hanya bunyi sungai dan unggas wajib cuba chalet di sini
Tanpa line hp dan elektrik hanya ada solar tapi tetap boleh menikmati alam. Juga menyediakan tempat perkhemahan
Anggaran sejam setengah dari cameroon highland tak perlukan aircond dan kipas cuaca dah sejuk dengan chalet dan dewan makan yang terus riverview. Bosan? Boleh jalan jalan ke cameron highland
Paling best sungai yang tenang jernih dan tanpa tercemar
Nak masa berkualiti dengan family? Tanpa gajet tak sakit mata tengok melekat jer dengan hp. budget dan tenang Wajib cuba chalet di sini
Kita nampak sekarang dah banyak chalet-chalet di kg orang asli yang berpotensi telah dibina untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan dengan bantuan dan sokongan JAKOA, sebagai salah satu sumber ekonomi orang asli, sapa yg nak kan cabaran boleh datang kesini..
Yang istimewanya orang asli disini memang baik baik sopan dan amat hormatkan tetamu
Chalet kg rening terletak di bawah daerah cameron highland, 50km dari ringlet ,berbukit jalan tar, bersimen 5km dan batu kerikir 5km, masih dalam pembinaan,
Apa yg menariknya setiap 1 chalet disini design nya berlainan dan ada nama tersendiri.
Di sini ada 15 chalet kesemuanya dan akan ditambah dari semasa
Harga chalet rm100
Tapak khemah rm 15-30
Ada padang bola
aktiviti lain boleh request
Nak datang cini kena boking dulu takut datang nanti dah penuh tepon sini dulu ye.
Note: ada wifi free disini tapi kena naik bukit sikit area parking kereta. Parking walau atas tuan chalet akan angkat semua barang kita ke tempat chalet atau khemah kita
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Macao, kota yang penuh warna-warni dan terkenal dengan sumber hiburan yang menyeronokkan ala Vegas. Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.
Namun ia tidak menjadi halangan buat pelancong Muslim khasnya untuk berseronok cara ‘Halal’ di sini. Macao ada lebih daripada itu! Ada tempat bersejarah, ada pemandangan indah, ada lokasi membeli-belah barangan berjenama dan ada premis makanan Halal dengan citarasa yang pelbagai.
Betul ke senang cari makanan Halal? Ya betul!
Jangan terkejut jika dikatakan untuk mencari makanan Halal di Macao tidak sesukar mana. Untuk pelancong Islam tidak perlu ragu-ragu untuk berkunjung ke Macao kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim untuk anda tersedia di sana.
Sebelum ini mungkin ramai yang sudah beberapa kali ke Hong Kong, namun pasti ada sesetengah langsung tidak terfikir untuk menjejakkan kaki ke Macao yang hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja.
Jika anda datang dari Hong Kong, boleh cuba pengalaman ke Macao dengan menggunakan pengangkutan bas menyusuri Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (HKZM) di Terminal Bas Kowloon, Hong Kong. Pengunjung boleh dapatkan tiket di kaunter atau menggunakan mesin layan diri.
Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober tahun lalu oleh Presiden China, Xi Jinping, jambatan HKZM merupakan jabatan laut terpanjang di dunia dengan jarak sejauh 55 kilometer dengan memiliki terowong dasar lautnya sendiri.
HKZM menghubungkan Hong Kong ke Zhuhai dan Macao, merentasi perairan Delta Sungai Mutiara. Buat masa ini, bas merupakan pengangkutan terbaik untuk mengembara merentasi jambatan ini. Ini kerana kenderaan persendirian yang ingin menggunakan HKZM perlu memohon permit khas dengan pelbagai kriteria ketat.
Teroka Macao Dengan Perkhidmatan Macao Open Top Bus & Macao Cruise
Macao memang cukup sempurna untuk percutian bersama yang tersayang, keluarga, teman-teman atau secara individu. Untuk meneroka keseluruhan tiga wilayah Macao sangat mudah. Dicadangkan untuk mencuba perkhidmatan Macao Open Top Bus dan Macao Cruise.
Menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini akan membawa pengunjung melihat dengan lebih jelas destinasi-destinasi utama terlebih dahulu apa yang ada disekitar Macao.
Menara Macao
Dari mana-mana sudut di Macao pasti boleh melihat menara ini dari jauh. Mempunyai ketinggian 338 meter ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah seluruh Macao dari pandangan atas menara.
Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan, antaranya terjunan Bungy, SkyJump dan Tower Climb.
Untuk mencabar adrenaline, boleh cuba aktiviti Skywalk iaitu berjalan-jalan di luar rim menara utama.
Senado Square, IAM Building & Happiness Street
Senado Square juga dikenali sebagai Urban Center bagi Macao. Lokasi ini juga lokasi wajib dikunjungi jika berada di Macao. Macao sebelum ini ditadbir oleh Portugis, disebabkan itu banyak tinggalan seni bina Portugis boleh dilihat disekitar ini.
Untuk dapatkan lebih ‘aura’ dan dapatkan perbezaan, pengunjung boleh ke sini pada waktu siang dan malam hari.
Dataran disekitar ini diturap dengan batu ‘cobble’ berwarna hitam dan putih yang asal masih ada di situ.
Berhadapan dengan Senado Square terdapat sebuah bangunan lama yang begitu istimewa dan cantik dikenali sebagai IAM Building atau dahulu dikenali sebagai Leal Senado. Struktur bangunan ini di bina pada tahun 1784 sebagai Pejabat Perbandaran Macao.
Disekitar ini juga terdapat sebatang jalan yang dikenali sebagai Happiness Street. Terdapat pelbagai kafe dan restoran disepanjang jalan ini. Dilaluan ini juga anda boleh melihat deretan ‘rumah merah’ berkonsepkan tradisi cina yang begitu indah.
Jangan lupa berhenti seketika untuk membidik foto kenangan dan kongsikan kepada teman.
Ruins of St. Paul , Mount Fotress & Macao Museum
Ruins of St. Paul adalah lokasi wajib datang kalau melancong ke Macao. Ia merupakan struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Pengunjung juga dicadangkan untuk ke lokasi ini pada siang dan malam hari untuk melihat sisi berlainan Ruins of St. Paul.
Disekitar kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderama, kafe dan laluan seni untuk mereka yang suka bergambar seperti di lorong Rua Da Felicidade. Lorong-lorong belakang di Macao boleh dikatakan sangat bersih dan penuh dengan hiasan dinding seni yang kreatif
Terletak bersebelahan Ruins of St.Paul, ambil masa untuk naik ke Mount Fotress ialah kubu pertahanan tentera Portugis seluas 10,000 meter persegi.
Selain jalan-jalan di kawasan kubu yang luas ni, anda juga boleh melawat Macao Museum di sini dan melihat keindahan kota Macau dari pandangan atas.
Elekron Show @ Studio City
Selain menempatkan resort hotel berstatus lima bintang, pusat membeli-belah dan restoran mewah, Studio City mempunyai ruang khas untuk menonton teater atau persembahan berskala besar. Ketika ini sedang berlangsung persembahan Elekron Show yang begitu memukau.
Penonton disajikan dengan persembahan aksi bertaraf antarabangsa yang begitu mendebarkan dilakukan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang permotoran, aksi lagak ngeri dan akrobatik. Penonton pasti terpaku dengan setiap adegan yang dipersembahkan selain turut diselitkan sesi jenaka bersama penonton bertuah yang dipilih ke ruang pementasan. Dari luar Studio City ini tampak menyerlah apabila ada angka lapan di tengah-tengah bangunannya. Bila dilihat dengan teliti, angka lapan itu sebenarnya adalah roda Ferris yang dikatakan tertinggi di dunia.
The Parisian Macao
Tidak jauh dari Studio City, terdapat sebuah replika Menara Eiffel di Paris iaitu The Parisian Macao adalah binaan paling tinggi menyamai ketinggian bangunan 38 tingkat berbanding replika yang lain di seluruh dunia malah ia juga lebih realistik. Menariknya, setiap hari terdapat pertunjukan dan persembahan lampu pelbagai warna dan tema pada struktur menara sambil diiringi alunan muzik bermula jam 6.15 petang hingga 12 tengah malam. Pengunjung tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.
Taipa Houses & Cunha Street
Dibina pada tahun 1921, Taipa Houses adalah lokasi menarik yang tidak perlu dilepaskan untuk dikunjungi. Terdapat lima buah bangunan dengan seni bina Portugis merupakan rumah agam bagi keluarga pegawai awam Portugis (Macanese).
Kini dijadikan muzium untuk pengujung melihat dengan lebih dekat cara kehidupan mereka pada masa lalu.
Dari sini, anda boleh berjalan ke Cunha Street untuk mendapatkan pelbagai cenderahati dan produk makanan warisan Macao seperti Tat Telur Portugis, Biskut Badam, Biskut Syiling Emas, Serradura, Teh susu dan juga Aiskrim Durian Musang King.
Di sini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan dinding dihiasi lukisan kreatif.
Planet J & Zero Latency Premis Keriangan Untuk Keluarga
Kalau datang dengan keluarga dan anak-anak kecil pula, pengunjung dicadangkan untuk ke Planet J dan Zero Latency. Di Planet J, menawarkan permainan interaktif.
Anda boleh memilih pelbagai kostum menarik sebelum menjalankan misi khas jelajah seluruh Planet J.
Di Zero Latency pula bakal membawa pengunjung untuk mencuba pengalaman menyelesaikan misi ‘penting’ permainan dalam bilik khas secara berkumpulan menggunakan kemudahan Virtual Reality (VR).
Terdapat beberapa pilihan tahap permainan yang boleh di cuba iaitu Engineerium (tahap mudah), Zombie Survival (tahap sederhana) dan Singularity (tahap sukar). Memang puas jika dapat melawan musuh dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang begitu baik.
Secara keseluruhan Macao adalah percutian lengkap untuk segalanya sesuai untuk . Tak sabar rasa nak ‘repeat’ lagi trip ke Macao.
Tip Macao
Jika ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle bas percuma, anda boleh ‘menumpang’ di mana-mana sahaja hotel 5 bintang yang menyediakan khidmat ini. Jangan lupa untuk bertanya ke mana lokasi bas tersebut menuju.
Matawang yang digunakan di Macao adalah Macao Pataca dan Hong Kong Dolar
Bagi warganegara Malaysia, anda tidak memerlukan visa untuk masuk ke Macao bagi tempoh lawatan kurang daripada 30 hari.
Boleh dikatakan semua lokasi awam tersedia perkhidmatan wifi percuma.
Macao bersuhu iklim subtropika dengan suhu paling rendah sekitar 15 darjah celsius dan paling panas 30 darjah celsius.
Ketika daftar di hotel-hotel sekitar Macao, beritahu anda adalah seorang Muslim. Pihak hotel tidak keberatan utnuk menyediakan sejadah bersama kompas kiblat di dalam bilik.
Sandakan terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, dan gugusan pulau yang tidak tercemar. Selain itu di sini merupakan rumah untuk hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey (monyet belanda) yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera sahaja.
Kita bertuah tinggal di Malaysia yang memberi peluang kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan alam dan budaya pelbagai etnik di negara ini. Sandakan, salah satu daerah di Sabah, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya.
Pengalaman berada di Sandakan pasti cukup mengujakan terutama bagi penggemar sejarah, pencinta alam serta binatang. Pelbagai lokasi menarik harus dilawati jika berada di sini. Bagi industri pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi eko-pelancongan.
8 Lokasi Mesti Pergi!
Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.
Monyet Belanda atau Proboscis Monkey hanya terdapat di Borneo. Dikenali Bayau oleh masyarakat tempatan, monyet berhidung panjang itu salah satu spesies terbesar di dunia. Untuk melihat monyet ini tidak mudah, kerana pelancong perlu menyusur sungai dengan bot untuk melihat haiwan itu yang hidup bebas di habitatnya. Monyet itu biasanya hidup dalam berkumpulan dan bersifat nomad. Monyet jantan terkenal dengan panggilan playboy kerana hidup dalam berkumpulan dan ditemani tiga atau empat monyet betina. Ia mempunyai tapak kaki yang besar membolehkan berenang dengan mudah. Namun untuk melihat dengan mudah, anda boleh ke Labuk Bay Proboscis Monkey merupakan pusat pemuliharaan spesies ini.
Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.
Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.
English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.
Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.
Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.
Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...