Lelaki Kongsi Gambar Cantik Trip 10 Hari Ke England-Scotland-Ireland. Dapat Naik Semua Transport, Bajet Tak Sampai RM6K!

Share

Bila nak bercuti ke luar negara biasanya yang akan kita concern adalah bajet. Jurang matawang yang jauh berbeza terutamanya jika hendak bercuti ke negara-negara Eropah memang memerlukan banyak kos.

Tapi kalau bijak dan pandai berjimat, tak sampai RM10K dah boleh cover banyak tempat atau negara. Bila dah sampai negara orang, mesti lah nak rakam kenangan dengan bergambar sebanyak mungkin, itulah yang dilakukan oleh Ace Amru ketika tripnya ke beberapa negara Eropah baru-baru ini.

Berkongsi sedikit maklumat dengan gambar-gambar yang cantik di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), menurut Ace Amru percutiannya selama 5 hari itu hanya menelan belanja lebih kurang RM5 ribu sahaja.

Sempat berkongsi tip untuk berjimat, Ace Amru menyatakan kebanyakkan makanan dimasak sendiri dan mengambil overnight train atau bas untuk menjimatkan kos penginapan.

Kalau ada yang inginkan itinerari lengkap, mungkin boleh terus pm Ace Amru untuk details.

Jom tengok gambar-gambar cun sepanjang percutiannya baru-baru ini!

England – Scotland – Southern Ireland – Northern Ireland

Mode of transport : Flight – Bus – Train

Duration : 10 days

Total hangus : RM5k +-

Including : Flight, transportation, entrance fees, Meal, Hostel, tour ireland

Mostly masak sendiri and ambil overnight train or bus untuk jimat kos penginapan

 

 

IKLAN