Baru-baru ini ramai yang mengeluh dengan proses membuat pembaharuan passport yang terpaksa dibuat secara atas talian atau online. Sejak pihak Imigresen mengumumkan tiada lagi perkhidmatan secara walk in untuk renew passport dan dengan sistem baharu yang diperkenalkan membuatkan ramai kalut dan ada juga yang tidak berjaya.
Berkongsi panduan untuk renew passport, Ahmad Firdaus senaraikan cara-caranya berserta beberapa tip untuk diikuti supaya lebih tenang dan tidak kalut bila membuat pembaharuan passport secara dalam talian.
Ikuti perkongsiannya:
Akhirnya selesai urusan passport untuk seluruh keluarga. Saya kongsikan panduan supaya anda tak perlu kalut dan kusut macam saya.
Gambar ikut SPESIFIKASI (kena besarkan sebab banyak sangat kisahnya). Pastikan latar belakang putih, pakaian gelap dan JANGAN SCAN! Minta kedai gambar email atau masukkan dalam thumb drive.
RM 200 untuk dewasa atau RM 100 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. Boleh guna FPX atau kad kredit.
4.Permohonan online ni sekejap sahaja boleh dapat maklum balas. Tak sampai 24 jam kita dah boleh semak di portal. Kalau email, lambat sikit nak dapat. Kalau Lulus, boleh terus ambil passport di Pejabat Imigresen yang kita tetapkan. Kalau di UTC Perak, saya nampak boleh walk in je. Tiada nombor khas diperlukan.
5.Kalau TAK lulus, tarik nafas dalam-dalam…it’s going to be a long and tedious journey. Antara sebab proses pembaharuan tergendala adalah gambar tidak ikut spesifikasi dan cap jari tiada dalam rekod.
Ads
6.Masalah utama nak siapkan passport adalah nak dapatkan nombor giliran untuk proses passport. Bila dah lengkapkan butiran gambar, cap jari dan pembayaran, laju je. Tak sampai satu jam boleh siap. Kalau macam di Ipoh, kena dua kali beratur. Satu untuk masuk UTC, lagi satu untuk ambil nombor giliran di Jabatan Imigresen. Tempat lain mungkin berbeza dari segi kaedah dan waktu operasi. Pastikan semak dahulu di laman web.
Tips tambahan dari saya:
1.Jangan buat last minute. Kalau boleh, sebulan awal dah rancang dah hari apa nak perbaharui passport.
2.Cari masa off peak. Minggu lepas saya pergi waktu cuti sekolah. Memang ramai Ya Amat. Harini, kurang sedikit orang nak kejar nombor giliran.
Ads
3.Kita nak beratur lama. Pastikan bawa kudap-kudap dan air. Bawa bahan bacaan. Nak lagi sedap, bawa kerusi lipat. Saya rasa macam ni kot rasa orang nak pergi konsert Billie Eilish.
4.Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Pegawai yang melayan di kaunter. Bukan mereka yang putuskan untuk laksanakan kaedah yang rumit ini. Mereka pun manusia. Mereka pun penat. Kita nak orang senyum, tapi kita pula muka bengis. Ingat pesanan ini;
“Tak hensem takpe. Tak kaya takpe. Tak manja takpe. Asalkan beradab.”
**untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, pastikan bawa sekali surat beranak dan MyKid.
Sejak penularan Covid-19, arahan kuarantin sama ada di hospital atau di rumah dikeluarkan kepada individu yang disyaki positif Covid-19 atau individu yang baru pulang daripada negara berisiko.
Ia bagi mengekang penularan penyakit berjangkit itu yang diisytiharkan sebagai pandemik.
Menurut seorang Peguam, Syazlin Mansor sumber Sinar Harian
Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat dikenakan kerana boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan yang dilakukan berterusan, individu yang disabitkan bersalah boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.
Sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita baik buat warga Malaysia yang rindukan pantai Bali yang sangat indah.
Mulai semalam, pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran kepada 23 buah negara untuk melancong ke Bali tanpa perlu menjalani kuarantin. Dan pastinya ini berita baik selepas negara kita tak tersenarai selepas Bali mula dibuka kepada pelancong asing mulai Oktober tahun lalu.
Antara 23 negara yang tersenarai adalah seperti di bawah.
1. Australia 2. Malaysia 3. Singapura 4. Brunei Darussalam 5. Thailand 6. Amerika Syarikat 7. England 8. Jerman 9. Belanda 10. Perancis 11. Qatar 12. Japan 13. Korea Selatan 14. Kanada 15. New Zealand 16. Itali 17. Turki 18. United Arab Emirates (UAE) 19. Myanmar 20. Kemboja 21. Filipina 22. Vietnam 23. Laos
Antara syarat lain yang disenaraikan ialah pengunjung mestilah lengkap dua dos vaksin dan jika sudah lengkap booster dialu-alukan. Ujian swab perlulah menunjukkan keputusan negetif sebelum berlepas dari ibu negara.
Masa yang sama, korang perlu menunjukkan bukti lengkap booking hotel untuk empat hari di Bali dan semasa tiba di lapangan terbang Bali, ujian PCR juga mestilah negetif. Dan jika didapati positif, perlu jalani kuarantin yang disenaraikan oleh kerajaan Indonesia. Paling penting perlu mengambil insuran Covid-19.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai yang tergendala sejak semalam apabila sistem operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghadapi masalah seperti kaunter daftar masuk, kaunter Imigresen dan sistem pengurusan bagasi, dan Sistem Paparan Maklumat Penerbangan.
Hal tersebut mencetuskan kegusaran kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan di kedua-dua lapangan terbang utama negara namun krisis dapat dikawal oleh pihak pengurusan KLIA buat masa ini.
Kemaskini terkini yang diperoleh dari laman sosial dan laman sesawang Malaysia Airport, setakat pukul 6 pagi, pihak Malaysia Airport sedang giat untuk menstabilkan sistem yang terjejas sehingga menyebabkan banyak penerbangan yang tergendala.
Dalam menghadapi masalah ini, pihak Malaysia Airports telah menlancarkan 38 kaunter sementara di Terminal Utama KLIA untuk penumpang yang tidak dapat ke pintu pelepasan untuk ke pesawat.
Selain daripada itu, kemaskini Malaysia Airports itu juga menyatakan bahawa pihak mereka menyediakan empat bas tambahan termasuk kihdmat pengurusan di lapangan untuk syarikat penerbangan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang dari kaunter sementara di Terminal Utama ke pesawat.
Tambahan lagi, Malaysia Airports juga menyediakan tempat letak kereta percuma kepada semua penumpang yang meletakkan kenderaan di Terminal Utama KLIA blok A, B, C dan D sehingga pukul 6 pagi hari ini ekoran kelewatan ketibaan pesawat yang dihadapi.
Anda yang mempunyai penerbangan hari ini disarankan untuk tiba empat jam lebih awal dari masa penerbangan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Sila dapatkan bantuan segera dari pegawai Malaysia Airports yang berada di lokasi lapangan terbang dengan segera sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan penerbangan dan sentiasa kemaskini status Malaysia Airports di laman media sosial untuk perkembangan terkini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...