Pernah atau tidak anda terfikir untuk travel secara solo. Memang ia satu pengalaman menyeronokkan kerana semua keputusan tidak dipengaruhi sesiapa.
Malah kita sendiri yang tentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang percutian solo ni. Tetapi ada bahaya jika trip solo ini terutama bagi kaum perempuan.
Namun jangan risau kerana pekongsian video seorang pengguna Tiktok @Mirzanjohor memberi tip jika travel secara solo. Video ini juga telah mendapat tontonan di Tiktok sebanyak 3 juta.
Sebenarnya trik ini juga boleh dilakukan jika bercuti bersama ahli keluarga yang lain.
Check In Hotel, Tip Berguna Untuk Perempuan
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
Ads
2. Selalu kita tengok dan pesanan suapay letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
Ads
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Cuti hujung tahun biasanya dimanfaatkan bersama yang tersayang. Ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara dan ada juga yang lebih selesa bercuti di dalam negara.
Di samping itu ramai juga yang bercadang untuk staycation di ibu kota saja sambil meraikan sambutan tahun baru yang kebiasaannya memang ‘happening’ di Lembah Klang.
Lagi pun hujung tahun ini banyak pilihan hotel dan juga penginapan yang menawarkan pakej istimewa, jadi rugi kalau tak grab peluang yang ada.
Bagi yang ingin bercuti di Lembah Klang, Hotel AVANTÉ, Bandar Utama, Petaling Jaya antara pilihan untuk anda dan keluarga menginap. Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya hotel ini mempunyai akses ke stesen MRT Bandar Utama dan juga Pusat Membeli-belah antara yang terbesar di dunia, 1 Utama.
Dibuka pada 26 November 2021, mempunyai 610 bilik hotel yang mengagumkan. Pilih sahaja bilik Superior, Deluxe atau Suite (termasuk bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya), semuanya dilengkapi dengan reka bentuk menarik.
Bilik Suite mempunyai dapur kecil, dilengkapi dengan microwave, peti sejuk dan periuk induksi, menjadikannya sangat sesuai untuk pengembara yang tinggal lebih lama. Hotel AVANTÉ juga menyediakan tempat letak kereta berbumbung yang luas, termasuk perkhidmatan valet.
Hujung tahun bukan sahaja menandakan tibanya musim cuti sekolah yang panjang, malah musim perayaan Krismas dan juga sambutan tahun baru yang bakal tiba.
Sempena dua sambutan istimewa setiap hujung tahun, Hotel AVANTÉ, menawarkan pakej yang cukup menarik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga!
Bagi yang ingin menginap, Hotel AVANTÉ menawarkan pakej istimewa untuk anda:
STAY & DINE
Penginapan Bilik Superior dengan sarapan untuk 2 orang dan set makan malam. Menghidangkan Soup of the day, hidangan utama dan pencuci mulut.
STAY, SHOP & PLAY
Nikmati diskaun eksklusif apabila anda membeli-belah di 1 Utama. Hanya tunjukkan kad kunci hotel anda dan berbelanja dengan gembira (Sah untuk cawangan peniaga rakan kongsi 1 Utama).
STAYCATION 2H1M DEAL
Nikmati Bilik Deluxe Hotel AVANTÉ yang luas, dengan sarapan pagi dan minum petang untuk 2 orang.
WARMTH & RELAXING STAYCATION
Staycation ini termasuk welcome drink di Poolside Bar dan rawatan Urutan Ritual selama 60 minit untuk 2 orang.
Krismas tanpa hidangan bersama keluarga tentunya tidak meriah dan menyeronokkan. Untuk mengekalkan suasana yang riang gembira ketika sambutan, Hotel AVANTÉ yang terletak di Bandar Utama menyediakan bufet yang anda tunggu-tunggu!
Tak lengkap hidangan tanpa ayam panggang yang dibakar segar dengan bahan premium seperti apricot dan buah berangan sebagai menu utama selain pai enak yang sedap dan hidangan pencuci mulut yang menyelerakan seperti puding Krismas, kek buah serta pai pecan dan labu. Semua hidangan ini hanya ada di Chek’s Coffee House, Hotel AVANTÉ dan ia merupakan hidangan istimewa daripada chef di sana sempena musim perayaan ini!
Tak lengkap perayaan Krismas tanpa hadiah atau goodies untuk di bawa pulang kan? Hotel AVANTÉ turut menyediakan barangan Krismas untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Untuk barangan ini anda boleh membuat pra pesanan dari 23 November 2022 – 2 Januari 2023.
Antara yang menarik ada dalam goodies Krismas yang dipesan termasuklah Yule Log Cake, Panettone, Christmas Brusli cookies, Anise Chrabeli cookies, gingerbread man/girl, Christmas Butter Cake, Santa Claus Chocolate dan banyak lagi.
Dah sampai sini, jangan lupa berbelanja di Gingerbread House di Santa’s Café yang terletak di belakang pokok Krismas biru yang gah di lobi utama hotel. Apa yang menarik Gingerbread House itu sendiri diperbuat daripada ginger bread cookies yang sebenar, unik kan? Nak bawa pulang atau terus nikmati kek dan biskut pilihan anda di Santa’s Café yang terletak bersebelahan Gingerbread House yang menarik itu.
Inginkan makan malam yang lebih istimewa pada malam tahun baru? Berlatar belakangkan pemandangan kota yang cantik dengan kilauan silhoutte menanti matahari terbenam, nikmatinya di Poolside Bar di tingkat 15 New Year’s Eve Countdown mulai 31 Disember 2022 petang, sehingga jam 1 pagi, pada 1 Januari 2023. Pastinya ia lebih indah bila dapat menyambut bersama yang tersayang!
Poolside Bar, Level 15:
Tak lengkaplah sambutan Krismas tanpa kehadiran Santa dan Santarina, untuk meraikan sambutan Krismas, Hotel AVANTÉ juga bakal mempersembahkan persembahan Christmas Carolling dengan kemunculan khas Santa & Santarina, pada 24 Disember 2022, Sabtu (7 malam – 9 malam) dan 25 Disember 2022, Ahad (12:30 tengah hari – 1:30 tengah hari & 7 malam – 8 malam).
Lebih menarik lagi, bagi Pemegang kad ONECARD atau Maybank anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10 peratus apabila berbelanja di sini. Untuk kanak-kanak dan warga emas pula mereka turut berpeluang mendapat harga istimewa ketika berbelanja sepanjang promosi berlangsung.
Sambutan Krismas dan tahun baru anda tentu lebih meriah dan penuh kenangan bila dapat disambut bersama dengan yang tersayang dan semestinya di tempat yang istimewa seperti di Hotel AVANTÉ, Bandar Utama.
Melaka destinasi percutian kegemaran ramai tidak kira pelancong luar atau rakyat tempatan. Selain mendapat jolokan bandaraya bersejarah, Melaka turut terkenal dengan lokasi ‘makan’ yang popular. Tidak hairan Melaka sentiasa penuh dek kunjugan ramai terutama pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.
Namun begitu, kadangkala seakan ‘bosan’ tidak tahu mana lagi ingin pergi tatkala berkunjung ke Melaka. Setiap kali ke Melaka, tempat yang sama ditujui. Jangan tidak tahu, Melaka sentiasa mempunyai produk pelancongan terbaru yang sentiasa hidup dari hari ke hari. Ini port baru yang tidak kurang menarik untuk dikunjungi sumber Melaka Kini
Vintage Night Market
Bagi peminat barang-barang rare dan unik, jangan lepaskan peluang ke Vintage Night Market yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad di Jalan Hang Tuah. Terdapat pelbagai barangan menarik yang dijual di sini terutamannya pakaian dan kasut.
Ghost Museum Melaka
Pelbagai entiti dan hantu-hantu yang terkenal dalam masyarakat Malaysia juga dunia dipertontonkan di sini. Cabar ketakutan anda dengan membelek setiap info dan jenis hantu yang dipamirkan untuk pengetahuan bersama. Harga tiket masuk RM28 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak/pelajar.
Melaka Bird Park
Taman burung ini bukan la yang baru tetapi telah ditutup seketika operasinya. Namun kembali dibuka pada September tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf. Landskap dalam taman ini begitu menarik dan pelbagai spesies burung boleh pengujung lihat di sini.
Pirates Island
Pirates Island merupakan taman tema air mini dalam resort. Paling menarik lokasi ini turut tersedia kemudahan penginapan selesa untuk keluarga bersantai juga berlibur terutama pada cuti hujung minggu atau cuti persekolahan.
Spring In The Ocean
Ia merupakan The Shore Oceanarium fasa kedua yang mana telahpun dibukan sejak 1 Disember lalu. Antara tarikan utama untuk fasa kedua ini adalah Oceanarium Aquarist Lab, ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’. Terdapat juga persembahan Music Sound of Sea’ yang menampilkan Dancing Musical Light Aqua Theatre menggabungkan kombinasi muzik, lampu dan ‘LED Air Bubble Curtain’.
UK Fun Park
Terdapat lebih 20 permainan hebat menanti pengujung di UK Fun Park. Terletak di Pantai Klebang, ‘fun fair’ moden ini bakal menggembirakan malam hari anda dengan tawaran hadiah dan cenderahati menarik sselepas mencuba beberapa mainan yang ditawarkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menjejakkan kaki ke daerah Sipadan tidak kira berapa ratus kali sekalipun tidak langsung menjemukan. Selain tujuan utama untuk bercuti di pulau-pulau indah atau melakukan aktiviti selaman dasar laut di kawasan ini, ada lagi beberapa perkara menarik yang perlu pengunjung singgah. Antaranya melawat penduduk asal suku kaum di sini iaitu masyarakat Bajau Laut.
Sesiapa sahaja akan tertarik untuk mengetahui lebih mendalam gaya kehidupan orang Bajau Laut ini, selain hanya melihat melalui portal atau akhbar. Kehidupan yang serba kekurangan, tanpa sebarang bekalan elektrik atau bekalan air bersih namun ada senyuman disebalik setiap bibir mereka. Pada siang hari, cahaya matahari terik menemani mereka namun pada malam hari hanya bintang dilangit atau cahaya pelita setia menerangi saban waktu.
Mampu atau tidak masyarakat moden hari ini untuk melalui kehidupan sebegini. Berkeluarga di kawasan laut yang luas dan menginap di dalam sebuah rumah yang kecil dan daif tanpa sebarang keperluan asas yang lengkap?
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Sejak bertahun-tahun sehingga kini, suku kaum Bajau Laut tinggal di dalam bot beralaskan lautan (lepa) atau pondok kecil yang tinggi diperbuat daripada kayu atas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan, mengutip kupang dan kerang selain memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Terdapat kira-kira 15 buah rumah di setiap pulau dengan majoriti penduduknya sekitar 100 penghuni yang terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja, kanak-kanak dan bayi.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Suku kaum Bajau Laut terikat dengan laut dan jarang sekali mereka menjejakkan kaki ke daratan. Ada sumber yang mengatakan jika mereka berada di daratan beberapa hari mereka akan ‘mabuk darat’. Jadi mereka hanya akan turun ke darat atas urusan menjual hasil tangkapan, mendapatkan bekalan air bersih dan sumber kayu sahaja sebelum terus pulang ke penempatan asal di laut.
Sumber Foto: Hak Milik Libur
Bajau laut adalah penyelam yang luar biasa dan hampir kesemua mereka memang dapat menguasai seni menyelam sehingga jauh ke perut laut sambil menahan nafas selama yang mungkin. Ini penting demi menyara keluarga dengan menangkap ikan, udang kara, timun laut dan hidupan laut yang lain.
Sumber Foto: Hak Milik Libur –
Selain bahasa dialek daerah itu, kebanyakan daripada mereka boleh bertutur bahasa Melayu dan ada juga boleh berbahasa Inggeris dengan kefasihan yang biasa. Ini dilakukan demi menjual hasil laut kepada pelancong. Anak-anak kecil juga dilihat ada yang menghafal beberapa baris ayat atau perkataan atau hanya menyebut beberapa perkataan mudah untuk berkomunikasi atau tawar-menawar dengan pelancong.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Jika berkunjung ke Pulau Tatangan untuk melihat dengan dekat kehidupan suku kaum Bajau Laut ini, keadaan agak sedikit mencabar kerana penghuninya sedikit agresif. Melihat sahaja bot pelancong menghampiri penempatan mereka, kelihatan kayak dan perahu didayung dengan laju ke arah mereka.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Ramai pelancong dan pengujung dilihat sedikit gementar dan terkejut apabila masyarakat bajau laut di sini seolah-olah mengepung bot untuk mendapatkan apa yang dibawa. Ada juga yang terus merampas apa sahaja barang yang ingin diagihkan tanpa memperdulikan permintaan baik si pemberi.
Oleh itu, ada sedikit tip untuk anda agar tidak menunjukkan kesemua makanan atau barang yang ingin diberikan kepada mereka untuk elakkan perebutan yang ‘maha dasyat’. Jaga barang-barang peribadi anda dengan baik agar tidak direntap sesuka hati.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv
Berbeza dengan penduduk Bajau Laut di Pulau Mantabuan atau Pulau Sibuan, kehadiran pelancong lebih selesa apabila berpeluang mendekati mereka dengan lebih selesa untuk bertanya khabar. Penduduknya juga sangat peramah, walau tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Ada juga penduduk bajau laut yang bijak mengambil peluang dengan membuka kedai menjual jajan dan minuman kepada pelancong yang singgah ke perkampungan mereka.
Selain daripada senarai yang dinyatakan, ada beberapa lagi lagi perkampungan dan penempatan Bajau Laut disekitar ini yang meneruskan kehidupan seharian dengan aman dan damai bersama komuniti mereka. Antaranya perkampungan suku kaum Bajau di Pulau Mabul.
Sumber Foto: Hak Milik Libur – Ideaktiv |
Namun jauh di sudut hati, penulis sayu dan sedikit sedih melihat kehidupan komuniti ini. Dari sekecil-kecil anak, remaja, golongan ibu hingga ke warga emas masih mengamalkan amalan ‘meminta-minta’ untuk mendapatkan duit dan pelbagai alasan diberikan antaranya lapar. Tidak tahulah sejauh kebenarannya. Tetapi di depan mata penulis sendiri sewaktu bot berhenti di satu pulau yang didiami suku kaum bajau, terdapat sekumpulan anak kecil sedang menghabiskan sisa-sisa makanan pelancong di tepi bot-bot yang sedang tersusun. Habis segala makanan dalam periuk dikikis hingga licin sewaktu mendapat peluang tersebut.
Pastikan sebelum melawat suku kaum bajau laut ini, pengunjung membawa sedikit buah tangan untuk mereka seperti gula-gula, jajan, buah-buahan, pakaian, kain selimut atau alat solekan. Mereka pasti menghargai pemberian kecil anda ini.
Terima kasih Tourism Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...