Tahun lalu menjadi agak malang untuk industri pelancongan di Sabah. Ini kerana penularan virus Covid-19 yang tinggi disebabkan berlakunya pilihan raya di sana hingga menjejaskan industri lain.
Walaupun ramai bercadang untuk ke sana, tapi terpaksa memendam rasa memandangkan situasi yang tidak stabil.
Dan awal tahun ini, Sabah kembali menjadi pilihan pelancong apabila kerajaan membenarkan rentas negeri sebelum PKP 2.0 dilaksanakan semula bermula semalam.
Namun bagi pelancong yang mahu travel ke Sabah perlu mengikut beberapa prosedur atau SOP ketat sebelum masuk ke negeri di bawah bayu ini. Mungki selepas ini kita boleh masukkan semula Sabah dalam bucket list percutian anda.
Perkongsian dari Adli Ayob yang juga bersedia menerima kunjung pelancong mahu melawat Sabah terutama Pulau Mabul.
Pelancong Pertama 2021
Hari ini merupakan hari bertuah untuk #TeamAbgAdli sebab kami menerima kumpulan pelancong yg PERTAMA untuk tahun 2021 ini.
Yang datang hari ini ialah keluarga makcik saya (dari Melaka) sempena meraikan pasangan pengantin baru. Maklumlah, anak beliau bertemu jodoh dengan orang KB (Kota Belud, Sabah).
Kumpulan pelancong pertama.
Alang-alang dah sampai Sabah, keluarga ini terus ke daerah Semporna untuk sessi daytrip /Island hopping ke pulau Mabul & pulau Kapalai untuk snorkeling.
Ya, operasi pelancongan kat Sabah telahpun bermula sejak 1 Dec 2020 yang lalu. Namun semua pelancong mestilah mengikuti SOP yang disediakan oleh kerajaan.
Sebelum ke Sabah, korang mestilah buat ujian covid-19 dulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum datang. Maknanya kalau nak datang pada 10 Jan, maka perlulah buat ujian RTK-ag pada 8hb. Sebabnya keputusan ujian tersebut hanya VALID selama 72 jam sahaja.
Ads
Setelah itu, korang kena isi borang online kat sini: http://sm.jknsabah.gov.my untuk mendapatkan QR-CODE supaya memudahkan anda melepasi mana2 airport kat Sabah.
Katakanlah anda bercuti selama 5H4M kat Sabah, maka SEBELUM BALIK, anda perlu buat ujian RTK-ag di sini supaya taklah kena kuarantin semasa tiba di KLIA nanti.
Biasanya, pelancong-pelancong akan buat ujian RTK-ag SEHARI SEBELUM diaorang berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Hari ini merupakan detik yang kami nanti-nantikan sejak 3 bulan lalu. Sesungguhnya tempoh tersebut menyaksikan sektor pelancongan di Sabah LUMPUH TERUS gara2 covid-19 ni.
Lumpuh sejak 3 bulan lalu.
Janganlah tanya berapa operator yang menjual bas & boat, kerana yang menjual hotel & resort pun banyak! Restoran-restoran yang mungkin anda pernah pergi dulu pun kini dah takder lagi
Marilah menyokong semula sektor pelancongan domestik. Jom bercuti ke Semporna, Sabah sebab laut kami takder monsoon dan buka sepanjang tahun.
INI PROSEDUR SEBENAR PERLU DIIKUTI KALAU MAHU KE SABAH:
Katakanlah tarikh perjalanan ke Semporna akan berlaku pada 28 Jan – 31 Jan 2021
1. Perlu dinyatakan yang prosedur keluar-masuk ke Sabah/Kuala Lumpur tertakluk kepada SOP semasa yang diwartakan oleh kerajaan. Maksudnya langkah-langkah ini mungkin berubah.
Ads
2. Pertama: Laluan penerbangan yg BETUL dari KLIA ialah terus ke Airport Tawau. Pelancong boleh memilih Airasia, MAS atau Malindo Air.
3. 72 jam sebelum terbang (atau selewat-lewatnya 3 hari) pelancong MESTI membuat ujian covid-19 di mana2 klinik kerajaan / klinik swasta dan sila photostat 3 salinan keputusan ujian tersebut untuk memudahkan urusan keluar-masuk airport.
Harga ujian saringan di Permai Poliklinik Semporna (sebagai contoh – klinik swasta).
4. Setelah berada di airport pada hari penerbangan ke TAWAU, sila isi borang online di http://sm.jknsabah.gov.my dan dapatkan QR-CODE untuk diri anda sendiri. QR-CODE ini diperlukan semasa di Sabah nanti.
Sila isi borang ini.
5. Semasa ketibaan di Airport Tawau, sila berikan kerjasama dengan pegawai kesihatan yg bertugas di sana. Juga slip imigresen harap simpan baik-baik dan serahkan semula sewaktu berangkat pulang nanti.
Contoh QR code oleh seorang pelancong yang landing di Tawau pada 10hb Dec 2020.
6. Penting: Jika tiba pada 28hb Jan maka untuk PULANG ke Kuala Lumpur pada 31 Jan = biasanya KAMI akan assist pelancong pada 30hb Jan untuk membuat ujian RTK-ag supaya boleh melepasi KLIA tanpa kuarantin.
Senarai harga test covid di klinik kesihatan KKM di seluruh negara. Sekurang-kurangnya seorang pelancong kena keluar kos RM120 untuk pergi-balik
Sebelum berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda bukan saja negara kita, tetapi seluruh dunia, pusat peranginan Cameron Highland jadi destinasi paling popular dikunjungi pelancong.
Faktor jarak yang dekat ditambah dengan cuaca sejuk menjadikan tanah tinggi terletak di negeri Pahang ini dijadikan pilihan membawa keluarga beriadah di sini.
Namun setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong, Cameron Highland kini dikatakan semakin sejuk dan berkabus.
Melalui perkongsian beberapa pengguna Facebook, kawasan tanah tinggi itu dilitupi kabus tebal.
Malah suhu persekitaran juga serendah 17°Celcius menjadikan suasana sekeliling kedinginan. Penduduk tempatan menyifatkan kesejukan dirasai ‘hingga ke tulang.’
Perkongsian foto sekitar tanah tinggi itu menggamit memori warganet. Malah rata-rata berpendapat keadaan Cameron Highlands yang kembali sejuk dan berkabus adalah susulan daripada kurangnya pengunjung ke sana.
198835356_584011769653701_6346057385460749807_n
“17°c huhuhu…sejuk sampai tulang gaisss rasanya”
“Bestnya sejuk n nyaman.. Rindu CH”
“Wah sejuk mcm kat overseas”
“Covid membuatkan alam membersihkan diri, suasana segar kembali. Hutan kembali menghijau dan udara bersih tanpa asap kenderaan.”
Malah ada juga yang meluahkan kerinduan untuk mengunjungi tanah tinggi itu.
“Bila lagi dapat ke sini, rindu pula untuk berada di tempat sejuk.”
“Harap negara kita bebas Covid-19 secepat mungkin, lepas itu boleh pergi Cameron Highland.”
“Rindunya suasana Cameron Highland.”
“Ahhh rindu nya rindu CH ,,, rindu nk jenguk² family kat sna
“Best nyaaa cameron , habis covid nak p sini”
Pasti ramai yang tidak sabar untuk datang ke sini. Selain menikmati cuaca sejuk seperti berada di luar negara, kita juga akan terbayang kesedpaan buah strawberi segar dan menghirup teh sambil melayan kelazatan scone untuk minum petang.
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Cadangan jumlah levi pelepasan yang akan dikenakan adalah pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
Akan tetapi, levi perlepasan ini tidak akan dikenakan kepada bayi dan kanak-kanak berumur 24 bulan atau berusia 2 tahun, dan penumpang yang transit tidak melebihi 24 jam.
Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan beroperasi sepenuhnya bermula jam 3 petang esok, 16 Mac 2023.
Laluan MRT2 itu yang bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral merangkumi 57.7km dan terdiri daripada 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.
Mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajajaran 17 stesen ini turut mempunyai kemudahan parkir berjumlah 5,870 ruang meletak kenderaan.
Dengan pembukaan laluan MRT ini akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya.
Dengan kekerapan tren setiap lima minit pada permulaan operasi, MRTCorp menjangkakn 104,000 pengguna sehari akan memanfaatkan laluan baru MRT ini yang menelan belanja RM30.53 bilion itu.
Lagi mudah lah nak ke Putrajaya selepas ni!
Kredit: BERNAMA & MRT Corp
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...