Bila bercuti ke Pulau Pinang, apa yang biasanya orang akan cari adalah tempat makan yang best-best. Tapi sebenarnya selain makanan yang sedap-sedap, Pulau Pinang juga ada banyak port OOTD yang cantik untuk dikunjungi.
Ini antara 5 port OOTD yang lawa sangat ada kat Pulau Pinang. Kalau bercuti ke sana jangan lupa singgah, lepas makan kenyang boleh pergi OOTD pula!
Kg Agong Penaga – tempat OOTD fefeling Kampung Sawah Padi yang cantik, rasa takmau balik aihhh, dah penat ber OOTD tu, hangpa boleh hilangkan dahaga atau pekena Roti Bakar Telur Goyang di situ, masuk start jam 9 pagi sampai 6 petang, yang penting tiket masuk murah baq hang, RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak
2. Bukit Bendera – hat ni mercu tanda Penang, wajib pi, Kereta Kabel bermula 6.30 pagi sehingga 11 malam, Tiket biasa RM12 dewasa / RM10 kanak2, tapi kami ni kluster kayangan malas beratur, malas menunggu, malas bersesak, jadi kami beli Tiket Fast Lane kat Website depa, RM40 dewasa dan RM20 kanak2
IKLAN
3. Kopi Hutan – fefeling mengopi dalam hutan, masih dalam kawasan Bukit Bendera jugak, nak pi sana kena naik Buggy kat Dataran Bukit Bendera dengan bayaran RM30, tapi kami naik Hilux Owner Kopi Hutan free ja hangpa (60124289585)
4. Penang Art Street – sini nak OOTD free ja, tak kena bayaq, tapi kalau hangpa nak makan Dessert jangan lupa bayaq na, satgi kena ligan hehe
IKLAN
5. Batu Kawan Central Island Park – port baru tapi kami takdan nak pi sebab dah otw balik baru tau tempat ni sob sob sob .Ambik gambaq memang cun, ada Arca bunga 4 musim mewakili musim panas, musim sejuk, musim bunga & musim luruh.
IKLAN
Ada Taman Bunga, ada Tasik Buatan dimana persembahan water jet sepanjang 25m, lagi cun kalau hangpa mai waktu malam, boleh fefeling romantis dengan marka halal hehe, masuk percuma ja hangpa, terletak di Aspen Vision City, Lebuhraya Bandar Cassia, George Town dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam, info dan gambaq credit to Page Jelajah Maya
So orang Penang yang tak pi lagi wajibla pi, orang luar yang dah pi tapi tak sampai lagi, hangpa kenala repeat
Kredit – Fara Saila Radzun
Nak ambil gambar banyak-banyak kena stanby powerbank, usha SINI mana yang terbaik!
Malaysia sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland. Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu.
Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman sosial Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam.
Chef Ireland culinary competition 2020 ☘️🇮🇪Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang🍛🥇🇲🇾.Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah for your endless support ✨..Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!.Walaupun masih demam, Allah izin juga, Thank you Allah♥️. #Doneexam .Safura Tawil5 February 2020Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland 🇮🇪
Posted by Safura Tawil on Wednesday, 5 February 2020
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura. Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.
Sebab itu, jangan main-main dengan nasi lemak kita! Kalau ada yang kutuk nasi lemak kita ‘meloyakan’ atau mengubah resepi asal kononnya lebih baik memang buruk padahnya.
Boleh dikatakan hampir semua orang mahu berjalan-jalan, melancong dan meneroka serta mengenali perkara-perkara baru nan indah dalam setiap destinasi di seluruh dunia yang ditujui tetapi malangnya ia meletakkan kita dalam sebagai pelancong. Pelancong kadang-kala sering dianggap menjengkelkan oleh penduduk setempat, kerana kehadiran pelancong menyebabkan kepadatan kepada penduduk, memenuhi jalanraya, malah ada pelancong yang tidak tahu menghormati dan menjaga kawasan-kawasan setempat lebih-lebih lagi kawasan bersejarah.
Walaupun industri pelancongan dapat meningkatkan status ekonomi setempat, malangnya, dengan peningkatan populariti destinasi tertentu, ada beberapa kesan negatif yang akan turut bersama peningkatan tersebut. Di sini ada 6 destinasi dari seluruh duni yang menerima kerosakan disebabkan oleh kesesakan pelancong.
Venice, Italy
Bandar raya Renaissance yang indah ini terkenal dengan seni bina dan terusannya yang indah ini telah menjadi begitu sesak dengan kehadiran pelancong yang ramai dan banyak mercu tanda penting si sana tidak dapat dilawati disebabkan perkara ini. Venice dikunjungi lebih daripada 80,000 pelancong setiap tahun dan penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan perkara ini. Sekitar 2,000 penduduk tempatan berpindah keluar dari bandar Venice setiap tahun dan jika mereka terus berbuat demikian, ada kemungkinan bahawa pelancong akan mengambil alih sepenuhnya kawasan tersebut. Selain daripada itu, masalah turut diburukkan lagi dengan pertambahan bilangan kapal yang mengganggu laluan perjalanan melalui terusan Giudecca sehari, mewujudkan bunyi bising dan mengeluarkan banyak pencemaran yang mengganggu penduduk. Pada masa yang sama, bandar ini tidak mempunyai banyak kemudahan penginapan untuk menampung bilangan pelancong. Dengan semakin banyak hotel yang muncul di kawasan bandar, ramai penduduk tempatan tidak dapat mencari tempat tinggal.
The Great Pyramids of Egypt
Salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan sewaktu anda melawati tempat ini, anda akan sedar akan satu realiti yang menyedihkan iaitu piramid ini mungkin tidak akan wujud untuk jangka masa yang lama. Disebabkan kesesakan yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, piramid dan Sphinx mengalami kerosakan yang tidak dapat diperbaiki daripada hakisan. Monumen di sini berusia ribuan tahun dan begitu purba, jadi apa-apa percubaan untuk membaiki kerosakan hanya boleh memburukkan keadaan mereka.
Pulau Phi Phi, Thailand
Teluk dan pantai Pulau Phi Phi yang cantik ini menarik kira-kira 5,000 pelancong setiap hari, tiba oleh bot di pesisir pantai dari Krabi dan Phuket. Trafik akibat laluan bot mengancam dan memusnahkan terumbu karang yang berada di sekitar pulau-pulau itu. Pada tahun ini, pihak berkuasa Thailand telah mengumumkan bahawa mereka akan menutup pantai Maya buat sementara waktu dari Julai hingga September, yang dipopularkan dengan filem “Beach”, di mana Leonardo DiCaprio memegang watak utama. Dengan cara ini, mereka cuba memberi laluan kepada peluang untuk pemuliharaan kawasan pulau daripada kerosakan. 20 tahun yang lalu, sangat sedikit orang yang tahu tentang pulau-pulau ini dan pulau-pulau ini benar-benar “surga yang jauh di Bumi.” Hari ini, pulau Phi Phi adalah sasaran ramai pelancong, dan ini menjejaskan ekosistem pulau Phi Phi.
Machu Picchu, Peru
Tapak arkeologi bersejarah Machu Picchu juga diancam, bukan sahaja oleh pelancong, tetapi oleh bencana alam seperti tanah runtuh dan kebakaran. Masalahnya ialah pihak berkuasa Peru tidak mempunyai sumber untuk meramalkan apabila tanah runtuh atau kebakaran berlaku, menjadikan pelawat berisiko. Seperti mana-mana tapak arkeologi lain, kehadiran pelancong yang tidak terkawal menimbulkan ancaman kepada integriti binaan dan tanah yang boleh menyebabkan runtuhan. Luis Lumbreras, seorang arkeolog bebas yang telah mengkaji tapak bersejarah itu, berkata, “selama lebih dari 40 tahun Machu Picchu tidak pernah dibuka untuk ramai orang. Jika kita membukanya kepada pelancong yang memakai kasut boot yang melompat, berlari, mendaki, dan sebagainya … itu berbahaya.”
Santorini, Greece
“Pulau Cinta” yang terkenal di Santorini menarik lebih dari 2 juta pelancong setiap tahun, iaitu 130 kali ganda lebih besar daripada jumlah penduduk tempatan (15,500 penduduk) yang datang untuk menikmati pantai yang indah dan seni bina Yunani yang hebat. Masalahnya adalah sebilangan besar pelancong menghabiskan sumber alam yang ter dapat pulau itu, seperti air. Santorini tidak mempunyai infrastruktur dan perkhidmatan yang boleh menampung jumlah kehadiran pelancong yang begitu ramai.
Malah, kos sara hidup juga meningkat, menjadikan lebih sukar bagi pekerja tempatan untuk mencari tempat tinggal kerana terlalu mahal. Ini sebahagiannya disebabkan oleh pemilik hartanah telah mula menyewa bilik mereka melalui perkhidmatan Airbnb, yang menjadikannya lebih mahal untuk menyewa tempat dan menjadi tidak sesuai untuk penduduk tempatan. Dengan pelancong yang datang lebih dari 70,000 orang tiba setiap hari pada musim cuti, penduduk tempatan merasa sukar untuk menjadi tuan rumah kepada orang ramai sekaligus.
Ramai yang menarik nafas lega apabila kedai makan dan premis serbaneka diseluruh negara dibenarkan beroperasi hingga jam 2 pagi. Mana tidaknya, jika sebelum ini kita melancong ke mana-mana lokasi dalam negara, tiba-tiba perut terasa lapar pada tengah malam, terpaksalah berlapar hingga esok pagi. Atau pun ada barang-barang keperluan yang sangat diperlukan, terpaksa menunggu kedai beroperasi keesokkan paginya.
Namun begitu, walaupun sebelum ini kerajaan mengumumkan waktu operasi premis perniagaan seperti kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga pukul 2.00 pagi. Ada setengah-setengah negeri masih mengekalkan operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam sahaja. Antaranya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih kekal sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam satu kenyataan DBKL, langkah itu akan menyeragamkan waktu tutup perniagaan di ibu negara, dan ini akan memudahkan pemantauan dilaksanakan oleh DBKL dan lain-lain agensi. Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama lain-lain agensi telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Hasil pemantauan yang dilaksanakan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP ini masih perlu ditingkatkan. DBKL memohon kerjasama pemilik, pengendali premis perniagaan dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan serta kekal mengamalkan kawalan kendiri, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan penjarakan fizikal apabila berada di tempat awam.
Kerajaan Selangor pula membenarkan semua restoran dan kedai serbaneka di negeri itu beroperasi hingga 2 pagi, seiring keputusan Majlis Keselamatan Negara. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penularan kes COVID-19 di Selangor terkawal sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).