
Beberapa siri letupan telah menggegarkan beberapa lokasi tumpuan dan pelancongan di Sri Lanka sekitar pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.
Letupan yang mensasarkan tiga rumah ibadat dan tiga hotel di Sri Lanka itu mengorbankan sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, setakat pukul 1.30 petang waktu Malaysia, tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia di sana.
Menurut jurucakap polis Sri Lanka, dua hotel dan satu gereja yang disasarkan terletak di pusat bandar Colombo manakala satu gereja yang lain di Negombo, utara Colombo.
Dalam pada itu, Wisma Putra dalam kenyataannya turut mengutuk tindakan pengeboman tersebut dan menyatakan pengganas tidak berperikemanusiaan itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Kedutaan Malaysia di Sri Lanka kini sedang memantau secara rapi setiap perkembangan yang berlaku di sana.
Sumber: Wisma Putra
Kelebihan Individu Berani ‘Travel’ Secara Solo, Ramai Tak Tahu Kelebihan Mereka!

Bukan semua dapat apa yang diidamkan dalam soal kerjaya impian. Bahkan ada yang menyerah awal di pertengahan. Namun tahukah anda, berdasarkan kajian telegraph.com menyatakan, barangsiapa yang sering merantau dan mengembara, merekalah sebenarnya pekerja yang wajar ditabik dan dicontohi. Apa benar dakwaan ini. Here is the reason why!
KOMUNIKASI
Bagi mereka yang selalu mengembara ke negara-negara asing pasti selalu bertemu dengan orang yang baru. Orang asing pastinya memiliki personaliti yang berbeza dan sukar untuk kita fahami.
Namun ia boleh melatih kita untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap dan personaliti tersebut agar memudahkan dari segi aspek komunikasi, pergaulan, komunikasi korporat dan sebagainya. Percayalah, hal ini juga akan terbawa ke dunia kerjaya dan boleh diaplikasikan nanti.
MUDAH BERADAPTASI
Apabila seseorang selalu merantau jauh, pengalaman yang dikutip pastinya berharga tambahan pula apabila melibatkan suasana yang baru dan unik.
Dengan pengalaman pengembaraan, kamu akan mempelajari dengan yakin untuk beradaptasi dengan apa jua situasi, tidak kira ianya janggal atau sukar untuk kamu fahami. Dan setiap kali timbulnya konflik mahupun perbalahan, pastinya kamu akan dapat mengatasinya dengan mudah.
PENGURUSAN MASA
Dengan bebanan kerja yang tidak tertanggung, di samping waktu yang semakin suntuk, sesiapa saja boleh mengalami tekanan. Namun tidak bagi mereka yang sentiasa mengembara ke negara orang.
Mereka kebiasaanya akan terbiasa melatih diri untuk mengatur perjalananya agar tidak tersasar dari plan asal. Ya, hal ini amat penting dan cukup bagus untuk diamalkan di tempat kerja nanti. Tidaklah nanti aka nada kerja yang terbabas deadline, mahupun hadir lewat ke mesyuarat.
LEBIH TERSUSUN
Selain dari aspek pengurusan masa, buat mereka yang selalu mengambara pastinya punya habit dalam memastikan semuanya tersusun mengikut kedudukan dan kepentingan.
Dari pemilihan pakaian untuk mengembara hinggalah keperluan asas ke sana. Semuanya sudah diatur lengkap. Sekiranya anda bijak mengaturnya, pastinya anda tiada masalah mengatur kerja dan tugasan harian nanti.
MENINGKATKAN KREATIVITI
Benarkah pengembara lebih kreatif dari aspek idea dan produktiviti. Ya kami semestinya tidak menolak dakwaan ini. Pastinya perkara baru akan dialami saat anda mengembara dan tentunya ia akan melatih kita untuk berfikir di luar kotak.
Makanya, di saat kita aplikasikan pengalaman anda ini, kita akan lebih selesa, yakin dan terbuka untuk menyampaikan apa saja bentuk idea dan cadangan bagi meningkatkan penguasaan kita dalam bidang yang diceburi.
Sebagai Rakyat Malaysia, Sekali Seumur Hidup Try La Naik Skybridge KLCC. Tiket Tengah Murah Tau!

Sebut saja KLCC, ramai yang membayangkan bangunan tertinggi di dunia bermula tahun 1998 hingga 2004 ini terdiri daripada lokasi untuk membeli-belah dan port lepak manusia urban.
Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk menjejak di kawasan Skybridge KLCC, jambatan langit yang menghubungkan dua menara Petronas di tingkat 41 dan 42 tersebut. Berada di sini nyata memberi pengalaman yang berbaloi untuk melihat persekitaran Kuala Lumpur dari aras tinggi.
Pengunjung di The Skybridge hanya dibenarkan berada di sini untuk tempoh masa 15 minit saja sebelum dibawa naik ke lantai 86 yang terletak di ketinggian 370 meter. Di tingkat 86 ini, menempatkan pelantar pemandangan bagi menyaksikan panorama lebih menakjubkan! Pengunjung akan berada di situ untuk tempoh masa 15 minit lagi.
Sebagai rakyat Malaysia, ambil peluang untuk berjalan di jambatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda. Segan la..warga asing berpusu-pusu datang ingin cuba berjalan di laluan jambatann menara kebanggan kita ini, tetapi kita sekali pun tidak pernah jejak.
Teringin nak naik Skybridge? Ini peluang menarik yang tidak harus dilepaskan! Sekarang ini ada tawaran menarik khas untuk rakyat Malaysia, tiket untuk dewasa hanya RM20 dan kanak-kanak RM10 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke https://www.petronastwintowers.com.my/
image via google
SkyCab, SkyBridge dan SkyGlide Langkawi Akan Ditutup April Ini

Tarikan paling terkenal di Pulau Langkawi iaitu kereta kabel SkyCab akan menutup sementara operasi kereta kabel mereka kepada orang awam selama 14 hari bermula pada 1 hingga 14 April 2019.
Penutupan ini adalah bersifat sementara ini dipercayai bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan selain SkyCab, penutupan ini turut membabitkan SkyBridge dan SkyGlide.
Oleh yang demikian, sekiranya anda merancang untuk pergi ke SkyCab, SkyBridge dan SkyGlide pada tarikh tersebut, adalah dinasihatkan untuk mengubah itinerari percutian anda atau datang sebelum atau selepas tempoh penutupan itu selesai.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan lain yang terdapat sekitar lokasi itu seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center masih beroperasi seperti biasa dan tidak terlibat dengan penutupan operasi seperti di atas.