Jika travel ke negara luar, bagi pelancong Muslim soal makan pasti menjadi sedikit kerumitan kepada mereka. Memang orang boleh cakap ‘ ala..bawa la makanan segera atau paket makanan Halal dari negara untuk travel’. Tetapi bila dah berjalan tempat orang, kadangkala tekak teringin nak rasa makanan di negara tersebut bukan?
Di Macao, untuk mencari makanan Halal tidak menjadi satu perkara yang membebankan. Terdapat pelbagai pilihan premis makanan atau restoran buat pengunjung Muslim. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong Muslim untuk menjamu selera apabila datang ke Macao ialah:
Lord Stow, Tart Telur Portugis
Bagi penggemar drama Hallyu, pasti maklum Macau antara destinasi penggambaran drama popular termasuk Princess Hour yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan di Coloane. Menariknya, keistimewaan Coloane tidak saja bergantung pada ketenangan dan kedamaian kehidupan masyarakat tempatan, bahkan keenakan Tart Telur Portugis paling popular di Macau, Lord Stow. Cuba lah!
Golden Peacock (Indian cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Ads
Lokasi: The Venetian Macao, Level1, Shop 1037 | Waktu Operasi: 11:00am – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Taste of India (Indian & Portuguese cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Avenida Sir Anders Ljungstedt No.22AD, Vista Magnifica Court, Macao | Waktu Operasi: 12:00pm – 03:00pm (Makan Tengah Hari) 06:00pm – 11:00pm (Makan Malam)
Ads
Loulan Islam Restaurant (Xinjiang cuisine) – Mempunyai sijil Halal
Lokasi: Intersection of Avenida Almeida and Rua Cinco de Outubro, Macao | Waktu Operasi: 11:00am – 02:00am
Dong Lai Shun Muslim Restaurant (Beijing cuisine) –Mempunyai sijil Halal
Lokasi: G/F, Kuong Fai Medical and Rehabilitation Centre, 484 R. Cidade de Coimbra, Alameda Dutor Carlos d’Assumpção, Macao
Ads
Green House (Vegetarian)
Loly Indonesian Food (Indonesian cuisine)
Lokasi: Berdekatan Kiang Wu Hospital , Edificio Pek Hoi Kok, 33 R. da Erva, Macau | Waktu Operasi: 11:00am – 10:00pm (Selasa – Ahad)
Indian Spice (Indian cuisine)
Lokasi: 39, Alameda Dr. Carlos D’Assumpcau, Vista Magnifica Court BG/RC , Macao
Indian Garden (Indian cuisine)
Lokasi: Berhadapan Taipa Central Park, Shop 18, Bloco 27, No.453,461 R/C, Rua de Seng Tou, Nova Taipa Garden.
Arabian Kebab
Lokasi: Berhampiran Macao Ginza Plaza. Shop M Centro Comercial Teatro Capitol, Travessa dos Anjos No. 45-51
Kejayaan Jepun menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik baru-baru ini sangat membanggakan dalam saat seluruh dunia berdepan pandemik Covid-19.
Malah beberapa ciptaan hebat untuk temasya ini seperti pingat dan bunga masih lagi jadi bualan.
Siapa sangka negara yang pernah berdepan dengan kejadian tsunami dahsyat melanda Jepun hingga mengorbankan 18 ribu nyawa, tetapi boleh bangkit dengan mengadakan penganjuran sukan berprestij ini.
Kejadian tsunami ini berlaku di Fukushima dan ramai keliru apa sebenarnya terjadi di sini. Perkongsian oleh rakan twitter Zunita Ramli menceritakan mengenainya.
Dia yang menetap di Jepun telah berkunjung ke sana dan membuât thread mengenai apa yang berlaku dan situasi di Fukushima sekarang ini.
Fukushima Lepas 10 Tahun Dilanda Tsunami
Sedar tak sedar, dah 10 tahun kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.
Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami?nuklear?
THREAD
Yes, it was a triple disaster. Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?
Pada 11 March 2011, satu gempa bumi bermagnitud 9.0 telah berlaku. Gempa bumi ni sangat dasyat sampaikan paksi bumi beralih sedikit dan menyebabkan tsunami setinggi 15 meter menghempas kawasan perairan dari Iwate, hingga ke Ibaraki sejauh 500km panjang.
Yang menjadi isu besar apabila tsunami dasyat ni melanda perairan Fukushima – atau lebih tepat Fukushima Daiichi Nuclear Plant, iaitu tempat penjanaan tenaga dari nuklear.
Tsunami dasyat ni menyebabkan sistem penyejukan tangki nuklear terpadam (cooling system shut down), dan benda ni menyebabkan rod nuklear sangat-sangat panas mula mencair (nuclear meltdown) dan.. boom!
Letupan hidrogen berlaku. Tangki 1,2,3 rosak. Radioaktif mula terbebas ke udara dan berlakunya pencemaran radioaktif di udara.
Penduduk sekitar digesa tinggalkan kediaman serta-merta dalam 5km radius pada hari kejadian dan diperluaskan kepada 20km radius dari tempat letupan nuklear pada keesokan harinya.
Ikut statistik, lebih kurang 160,000 penduduk yang tinggal di dalam dan luar Fukushima telah berpindah keluar pada 2012, setahun selepas insiden itu.
Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, saya sendiri pergi ke Fukushima. Saya nak tengok sendiri keadaan di sana selepas 10 tahun, apa yang kerajaan Jepun dah buat dan tinjau sendiri keadaan sebenar penduduk di sana.
Saya juga telah masuk ke kawasan yang teruk terjejas dengan insiden ini termasuk kawasan “red zone”.
Tour saya bermula di Odaka, iaitu kawasan hijau
Kawasan-kawasan yang terjejas dilabelkan dengan 3 warna, hijau, oren dan merah. Buat masa ni, hanya kawasan hijau dan oren saja boleh tinggal dan kawasan merah hanya boleh masuk pada waktu siang saja (tak boleh bermalam).
Okay sebelum ramai yang tanya, tak bahaya ke terdedah dengan radiasi dekat kawasan ni?
Saya ke Fukushima dengan official tour. Di sepanjang tour saya, memang tour guide saya sentiasa buka bacaan Geiger di telefonnya untuk monitor bacaan radiasi di tempat tersebut.
Secara totalnya, saya terdedah kurang dari paras bahaya sebab tak berapa lama di tempat yang tinggi radiasi tersebut.
Sejak dibuka kembali pada umum, hanya lebih kurang 43,000 penduduk saja kembali ke rumah mereka di Fukushima. Kebanyakan mereka dah settle down dekat tempat lain, dah bina kehidupan di tempat lain. Jadi boleh bayangkan lah betapa banyak rumah-rumah kosong dekat kawasan ni.
Rumah-rumah yang memang tuan dia dah tak nak boleh diminta untuk dirobohkan dan kos untuk merobohkan rumah ni akan ditanggung sepenuhnya oleh TEPCO dan kerajaan tempatan.
Bahan binaan rumah ni juga dianggap sebagai bahan yang tercemar dan akan disimpan di lokasi tertentu mengikut tahap radiasi. Sebab tu kos nak robohkan rumah juga tinggi.
Tanah-tanah di kawasan terjejas juga dicemari dengan sisa radioaktif. Masa awal-awal kejadian dulu, memang lansung tak boleh tanam apa-apa pun waima bunga.
Banyak tanaman terpaksa dilupuskan dan petani pun agak struggle juga. Tapi lepas 8-9 tahun, keadaan makin okay, tambahan dengan usaha Kementerian Alam Sekitar (Ministry of Environment) buang lapisan tanah atas yang terjejas.
Sebab tu masa Olimpik haritu, bouquet bunga yang ditanam dekat Fukushima atau lebih tepat bunga yang ditanam di Namie (kawasan merah) digunakan.. ia bagi menandakan sinar baru untuk pertanian di Fukushima ni.
But it’s easier said than done. Stigma masih kuat, waima bunga pun orang takut nak pegang. Hm.
Tanah-tanah yang terjejas ni dikumpul di kawasan tertentu, memang dah terlampau banyak dah tanah tu. Saya sendiri tengok dan tak tahu macam mana kerajaan Jepun nak buat untuk lupuskan tanah tu,
Atau mereka nak biarkan saja untuk tempoh 30 tahun lagi sebab bahan radioaktif utama yang dapat dikesan masa letupan tu adalah Cesium 137 yang mana separuh hayatnya (half life) adalah 15 tahun.
Memang teruja kalau nampak beruang kutub yang hanya boleh dilihat di kutub utara muncul di kawasan biasa orang ramai. Namun sayu hati melihat kelibat beruang kutub itu kerana ditemui sedang merayau dalam keadaan lemah, kebuluran dan sedang makan sisa kotoran di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia.
Situasi itu telah menggemparkan institusi pemuliharaan haiwan dan meresahkan golongan pemerhati sedunia khususnya pencinta haiwan serta alam sekitar. Beruang kutub ini telah meninggalkan habitatnya di Artik yang sejauh ratusan kilometer itu membuka mata ramai tentang isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat dan juga kerosakan besar yang dilakukan manusia.
Perubahan iklim ternyata telah memusnahkan habitat dataran ais di kutub dan itu memaksa haiwan-haiwan di situ bergerak lebih jauh untuk mencari makanan di tanah yang didiami manusia. Setakat ini masih tiada butiran terperinci tentang bagaimana beruang kutub itu sampai di Norilsk.
Beruang itu akhirnya berjaya ditempatkan di sebuah zoo di bandar Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan susulan.
Ketika gambar dan video beruang betina berusia dua tahun itu mula tular di Norilsk, ia dalam keadaan sangat tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.
Syarikat minyak Rosneft, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya turut terlibat dalam operasi memindahkan haiwan tersebut dari Nirilsk ke Krasnoyarsk. Beruang itu kini akan menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya.
Seorang pakar hidupan liar, Oleg Krashevsky, yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa ia berkemungkinan tersesat. Tambahnya, semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas. Buat masa ini beruang itu terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.
Sebuah kampung di kepulauan Jawa, Indonesia terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu mengelakkan orang ramai daripada terus keluar rumah ketika penularan wabak COVID-19.
Foto: Reuters
Pocong memang terkenal di negara tersebut dan merupakan ‘golongan hantu’ yang ditakuti penduduk. Disebabkan itu, ‘watak’ hantu tersebut dipinjam sementara dan digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk yang degil dan suka keluar rumah ketika ini.
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak ‘pocong’ itu berada di satu-satu tempat terlalu lama. Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat ‘pocong’ yang berkeliaran.
#CoffeeBreak Sebuah gang di Desa Kepuh Sukoharjo agak berbeda dengan tempat lainnya. Untuk menjaga karantina wilayah, ditempatkan 2 pocong di sana, Niatnya bukan untuk menakuti namun untuk mengingatkan warga akan bahaya virus Corona https://t.co/sEsAzNni9Spic.twitter.com/l5YucPfsNt
Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik. Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.
Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak ‘pocong’ itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka. Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.
“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.
Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.
Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...