Travel

Luangkan Masa Di Homestay Teratak Sofea, Sesuai Untuk Keluarga Besar

Share

Homestay menarik untuk lepak bercuti dengan keluarga atau gathering kawan-kawan. Style klasik finishing kayu dan tingkap guna gaya lama membuatkan rumah ini unik sangat.

Teratak Sofea ini terletak di Telok Panglima Garang sesuai untuk kumpulan yang besar buat family reunion

atau staycation.

Kelebihan Homestay Teratak Sofea

Ada 3 unit rumah berkonsepkan ala kampung traditional. Boleh memuatkan seramai 20 orang untuk Rumah Ibu Mertuaku dan Anak Bapak. Rumah masam-masam manis pula boleh 10 orang.

Dilengkapi dengan aircond dan tandas modern. Dapur pun semua lengkap siap mesin basuh. Best ada swimming pool lagi.

Untuk yang tengah mencari tempat bercuti tu boleh cuba dekat sini. Memang puas hati! Harga dari RM500 satu malam. Dapatlah merasa macam duduk dekat kampung.

Anda yang rasa nak sambung beraya dengan keluarga tersayang ke sini pun boleh, apa lagi dengan teman-teman rapat. Confirm puas hati sebab tempatnya luas dan boleh muat ramai.

Hah, nanti datanglah ya!

IKLAN