Macam Menarik Je Glamping Tepi Tasik! Pengalaman Indah Staycation di Perak..

Share

Bukan setakat dikelilingi alam semulajadi yang mendamaikan, malah banyak tempat penginapan juga sudah dinaik taraf menjadi penginapan ala lima bintang. Begitu juga dengan penginapan untuk ‘camping’ sudah ditransform menjadi lebih selesa iaitu dikenali sebagai glamping.

Nak rasa glamping di tepi tasik? Ikuti perkongsiaan percutian ringkas keluarga Fatimah Hazirah Haron di Perak baru-baru ini.

Disebabkan ramai yang mintak review tempat ni bolehlah review sekejap Glamping Lost World of Tambun. Tempat ni sesuai kalau nak ajak anak-anak picnic ala-ala berkhemah tapi stail moden gitu, kalau ada anak kecik okie lah sebab khemah pun dah siap pasang, toilet pun bersih, selesa tambah ada water heater gitu.

Untuk permulaan dan pengenalan berkhemah untuk anak-anak boleh lah start dari sini. Harga boleh survey kat booking.com atau trivago dll cari je sunway lost world hotel ipoh pilih room outdoor glamping kalau pilih hari selasa room ni xde ye sebab theme park tutup hari selasa, dan pakej room termasuk semua theme park termasuk hot spring dan petting zoo.

Tix untuk theme park boleh pakai dari waktu check in sampai hari check out, boleh check out room dl then sambung main air sampai theme park tutup pn boleh. barang dah check out boleh je simpan kat stor area glamping tu, staff sana tolong simpan kan.

Glamping ni kalau tak silap ada dalam 6 khemah sahaja dan ada dua water chalet(boleh survey dalam sunway lost world of tambun website) staff sini bagitahu kalau school/public holiday memang full, so kalau nak kena booking awal.

IKLAN