
Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu.
Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah. Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular di negeri ini.
Ada beberapa keping gambar di lokasi paling atas air terjun ini tular dilaman sosial dengan view di bawahnya adalah sawah padi. Macam tidak percaya lokasi ini ada di negara kita.
image via google
Cantik kan, view yang sangat menarik hanya di Yan, Kedah. Ini tip jika anda teringin ke Air Terjun Seri Perigi daripada geng motor Ke Mana Kita Ni?
Tips untuk ke Air Terjun Seri Perigi:
- Mesti pakai-pakaian sukan dan berkasut, sebab nak kena hiking dalam 30 minit.
- Kalau tak ada stamina, tak digalakkan, warga emas tak digalakkan.
- Ada kemudahan trek yang disediakan dan boleh dilalui.
- Mesti jaga kebersihan, semua sampah kena bawa turun dan buang di tong sampah di bawah.
- Mesti sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga, tempat tinggi kan..
- Tempat mandi tak terlalu dalam, sesuai untuk mandi-manda tidak kira peringkat umur.
Klau ke Yan, jangan risau untuk berjalan-jalan ndan makan, ada banyak tempat menarik di sini!
Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hutan Aokigahara Hutan Paling Seram Di Dunia?

Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara. Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup.
Dalam persekitaran yang menyeramkan terletak di bawah berhampiran Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di Jepun, lokasi ini lebih dikenali sebagai kawasan membunuh diri yang popular di dunia. Sedangkan banyak tarikan lokasi menarik yang ada di Aokigahara seperti Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong, namun kurang dikenali.
Sejarah hutan itu agak menyeramkan kerana dianggap sebagai tempat tinggal ‘yurei’ iaitu sejumlah hantu dalam mitologi Jepun. Banyak cerita dongeng lain yang diperkatakan iaitu berkaitan makhluk aneh, gergasi serta roh jahat di situ.
Hutan Aokigahara amat popular dalam kalangan rakyat Jepun yang putus asa dalam hidup dan membunuh diri di situ. Kebanyakan yang membunuh diri di situ adalah kaum lelaki. Dalam pada itu, wujud tradisi meninggalkan wanita tua di dalam hutan Aokigahara. Anak-anak akan mengendong ibu mereka yang telah tua masuk ke dalam hutan itu dan meninggalkan mereka tanpa dibekalkan makanan, selimut dan akhirnya dibiarkan mati begitu sahaja. Namun begitu, kisah itu dikatakan tidak benar dan sekadar cerita rakyat yang diwarisi anak cucu sehingga hari ini.
Bahkan ada yang mendokumentasikan dan memfilemkan kejadian yang berlaku di hutan itu. Jika pernah menonton di YouTube ada sesetengah kumpulan yang masuk ke hutan itu dan kemudian ketakutan dan lari keluar meninggalkan hutan.
Memandangkan kes membunuh diri semakin meningkat di hutan itu sejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.ejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.
Rakyat Malaysia ada yang dah pernah sampai hutan ini untuk melawat dan ‘mencari’ apa ada di dalamnya. Bukan masuk siang hari sahaja, brother ni siap datang malam-malam. Korang boleh google pasal dia yang ke Hutan Aokigahara ini baru-baru ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trail Bersejarah Bukit Fraser. Cuak Diburu Pacat!

Isi Kandungan
ToggleArtikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Bukit Fraser adalah kawasan pelancongan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa negeri Pahang. Bukit Fraser dinamakan sempena nama seorang pengembara British pada zaman dahulu, iaitu Sir Scotsman Louis James Fraser yang berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1890-an. Dikhabarkan beliau berminat untuk membuka lombong bijih timah pada ketika itu.
Terletak pada ketinggian 1500m atas paras laut, Bukit Fraser kaya dengan kepelbagaian biodiversiti seperti alga, kulat, tumbuhan herba, keluarga paku pakis, pelbagai spesis burung dan serangga. Oleh itu, ianya terkenal dengan aktiviti merentas denai hutan dan “bird watching”. Dengan cuaca sejuk dan lembap sepanjang tahun dan suhu persekitaran di antara 17°C hingga 25°C sahaja, telah menarik ramai golongan pecinta alam dari dalam dan luar Malaysia untuk berkunjung ke Bukit Fraser.
Terdapat lapan trail utama di Bukit Fraser yang boleh dijelajahi, iaitu Abu Suradi, Bishop, Hemmant, Mager, Maxwell, Kindersley, Rompin dan Pine Tree. Trail Pine Tree adalah trail yang terpanjang yang mana trail ini sering menjadi pilihan golongan pendaki yang gemarkan cabaran. Walau bagaimanapun, untuk ekspedisi kali ini, kami memilih untuk merentasi 5 trail yang kurang popular, iaitu yang bermula di Trail Mager dan berakhir di Trail Maxwell. Sebelum memasuki kesemua trail ini, makluman haruslah dibuat di balai polis yang terdekat untuk tujuan keselamatan.
Trail Mager
Trail Mager terletak berhampiran dengan Balai Polis Bukit Fraser. Terdapat kawasan lapang untuk meletakkan kenderaan berhampiran laluan naik ke trail. Trail ini dinamakan sempena nama jurutera F.W. Mager, yang bertanggungjawab memulakan kerja-kerja di Jalan Gap pada tahun 1918. Laluan trail ini adalah sepanjang 1000m dan kaya dengan tumbuhan herba. Tidak banyak kulat yang boleh ditemui di sini.
Trail Abu Suradi
Trail Abu Suradi sepanjang 500m sahaja, terletak di antara jalan utama iaitu Jalan Genting dan Maybank Lodge. Trail ini dinamakan sempena nama Abu Suradi, insan pertama yang dibenarkan untuk menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di Bukit Fraser. Terdapat beberapa kesan tapak kaki yang menunjukkan kehadiran babi hutan di trail ini.
Trail Bishop
Trail Bishop terletak di Jalan Lady Maxwell, dinamakan sebagai penghargaan kepada Bishop Singapura, Sir Reverend C.J. Ferguson-Davie pada tahun 1900. Trail sepanjang 1500m ini kebiasaannya menjadi laluan kegemaran bagi pemerhati burung. Terdapat juga beberapa pondok kecil yang dibina untuk tujuan “bird watching” tersebut.
Trail Hemmant
Sir Frank Hemmant merupakan seorang arkitek yang berperanan dalam merangka pembinaan awal padang golf di Bukit Fraser pada tahun 1920 dan trail ini dinamakan sempena nama beliau. Trail ini sepanjang 1000m dan terdapat beberapa jenis kulat yang boleh ditemui di sini, daripada yang bersaiz besar yang biasanya tumbuh pada batang-batang kayu yang telah tumbang, serta kulat yang bersaiz mini yang tumbuh pada dedaunan kering yang berguguran di lantai hutan.
Trail Maxwell
Trail Maxwell adalah trail kedua terpanjang (1800m) selepas trail Pine Tree. Dinamakan sempena Sir William George Maxwell, Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Trail ini boleh dikatakan agak mencabar dan pemakaian yang sesuai adalah amat perlu. Terdapat beberapa batang pokok besar yang tumbang merentangi laluan dan memerlukan aksi memanjat. Juga adanya adegan seakan-akan merangkak di bawah rimbunan pohon buluh.
Namun, apa yang perlu diketahui adalah trail ini sangat kaya dengan populasi pacat. Jika di trail lain, kami masih boleh berjalan santai sambil mencari kulat, tetapi tidak di Trail Maxwell. Sebaik sahaja kaki melepasi pintu gerbang Trail Maxwell, terus sahaja kelihatan pacat-pacat yang bersaiz besar dan kecil, menunggu mangsa di lantai hutan. Sepanjang laluan trail dipenuhi dengan pacat! Pada akhirnya, kami memutuskan untuk terus berlari sehingga ke penghujung trail yang berhampiran dengan sebuah sekolah rendah. Di situ, masing-masing segera membuka kasut dan memulakan siri ‘audit pacat’. Memang meriah hasilnya!
Glasshouse Café
Dalam perjalanan pulang dari Trail Maxwell, kami singgah di Glasshouse Café. Café ini beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Konsep café ini sangat unik yang mana ianya adalah sebuah rumah kaca yang menempatkan pelbagai jenis kaktus mini. Para pengunjung boleh memilih untuk duduk di dalam rumah kaca ataupun duduk di bahagian luar. Kami memilih untuk duduk di luar sahaja sambil menikmati suasana petang yang mulai dingin. Terdapat pelbagai hidangan kopi dan teh beserta kek yang boleh dinikmati di sini pada harga yang berpatutan. Oh ya, mocha di sini sangat sedap! Tak perlu tambah gula untuk menikmatinya.
Kesimpulannya, Bukit Fraser ini sangat sesuai sebagai tempat untuk lari seketika daripada kesesakan hidup di kota pada hujung minggu. Suasananya sangat tenang dan tidak sibuk. Selain aktiviti berkaitan alam semulajadi, para pengunjung boleh juga mencuba aktiviti menunggang kuda, memanah dan menyumpit di The Paddocks.
Bagi yang sukakan air terjun, di sini juga terdapat Sg Jeriau yang terletak 4km daripada Bukit Fraser. Kawasannya terjaga dan bersih. Para pengunjung perlu berjalan hampir 1km untuk sampai ke kawasan sebenar air terjun.
Penulis:
Wan Nordini Hasnor Wan Ismail,
Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi,
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Taman Tema Air Pilihan ‘Rakyat Marhaen’ Berlibur. Tahap Keseronokkan Sangat Memuaskan!

Taman tema kini bernyawa dan kembali merancakkan semua sektor pelancongan negara yang teruk terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.
Inilah waktunya untuk anda dan keluarga bersuka-ria. Walau apa cara percutian sekalipun, jika tidak melibatkan keseronokan bermain air, seperti tidak sempurna. Di negara kita terdapat pelbagai pilihan taman tema berkonsep tersendiri, pilih sahaja mana yang kena dengan bajet anda.
Untuk anda yang mencari lokasi taman tema air bersaiz 'mini' atau tiket yang ditawarkan berbaloi untuk kunjungan keluarga. Ini destinasi yang dicadangkan:
The Carnivall Water Park, Kedah
- Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 11.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad 10.00am hingga 7.00pm
- Bayaran:Isnin hingga Jumaat: Dewasa RM20 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM18 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM28 / Kanak-kanak, OKU, Warga Emas RM20
Wet World Shah Alam, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Rabu 10.00am hingga 6.00pm
- Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM30 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM25 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma
Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
- Waktu Operasi: Selasa hingga Jumaat 11.00am hingga 7.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 9.00am hingga 7.00pm
- Bayaran: Selasa hingga Jumaat: Dewasa RM37.90 / Kanak-kanak RM30.80 / Warga Emas, OKU RM23.70 / Sabtu dan Ahad: Dewasa RM42.65 / Kanak-kanak RM36.75 / Warga Emas, OKU RM23.70
Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Rabu: 2.00pm – 7.30pm / Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad, Cuti Umum 9.00am hingga 7.30pm
- Bayaran: Dewasa RM10 / Kanak-kanak 2 hingga 12 Tahun RM8 / OKU, Warga Emas RM5 / Kanak-kanak 1 tahun kebawah percuma
Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap Hari 8.00am hingga 7.00pm
- Bayaran: Dewasa 12 Tahun dan Keatas RM25 | Kanak-kanak 2 hingga 11 Tahun RM15
Waterworld @ I-City, Selangor
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa 11.00am hingga 7.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum 10.00am hingga 7.00pm / Cuti Sekolah 10.00am hingga 7.00pm
- Bayaran: RM25
Wet World Air Panas Pedas Resort, Negeri Sembilan
- Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat kecuali Rabu 10.00am hingga 6.00pm / Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah 10.00am – 6.00pm
- Bayaran: Dewasa 130cm dan keatas RM15 / Kanak-kanak 90cm hingga 130cm RM12 / Kanak-kanak bawah 90cm percuma
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI