Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, agar sukar untuk mencari tempat makan yang istimewa bercirikan ‘nature’. Namun jika anda ke Restoran Bbq Lamb KL Kemensah pasti kemahuan anda itu akan tertunai. Uniknya lokasi makan ini dikelilingi alam hijau dan bonus terdapat air sungai semulajadi yang mengalir perlahan.
Ramai yang berasa teruja apabila berpeluang menikmati makanan di Bbq Lamb KL Kemensah iaitu lokasi menjamu selera di tepi sungai. Anda bukan sahaja berpeluang menjamu selera hidangan barbeku pada tengah hari, malah berasa seronok apabila dapat mencelup dan merendamkan kaki ke dasar air sungai yang menyegarkan.
Bagi pelanggan yang datang membawa anak-anak pula, anda boleh membenarkan mereka bermain air di sini iaitu kawasan sungai yang cetek dan tidak membahayakan
Ads
Jika anda memilih meja makan untuk menjamu selera di dalam sungai, ia mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 5.30 petang sahaja. Ia boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Selepas tempoh itu pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di dalam kawasan restoran tepi sungai yang dibuka sehingga jam 10 malam.
Selain ‘cara menarik’ makan di dalam sungai, semua jenis menu yang ditawarkan kepada pelanggan menggunakan cara memasak serta ramuan istimewa.
Ads
Kambing adalah pilihan utama di sini. Ia akan diasap di dalam rumah asap ini antara lapan hingga 10 jam lamanya. Kemudian jika telah mendapat pesanan daripada pelanggan, menj utama akan dipanaskan di atas arang seperti barbeku. Jadi anda tidak akan menunggu lama untuk menikmati makanan masing-masing. Hidangan akan sedia terhidang dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Macam menarik kan? Jika anda tidak makan menu kambing, pelbagai pilihan sajian lain yang ditawarkan seperti menu ayam dam makanan laut. Jom la singgah ke sini.
Bukan satu atau dua, tetapi banyak tempat dan aktiviti boleh dilakukan walaupun travel secara solo.
Malah katanya, untuk kembara solo ini, penggunaan tripod penting bagi mengambil gambar di lokasi menarik.
DAY * Tiba di Tawau Airport (4:10 ptg) * Check-in Semporna (book di Agoda) * Airport Transfer – boleh arrange dengan hotel untuk van tunggu di Airport dan hantar terus ke hotel entrance. Harga untuk perjalanan sehala dari Tawau ke Semporna RM25
DAY 2 * Untuk day trip pulau, Wegotrvelsem4na menawarkan harga serendah RM79/pax – Pakej A Wegotravel – Bohey Dulang island – Mantabuan Island – Sibuan Island * Check-in di Lato lato Mun Water Resort – Early arrangement dgn tour organiser is compulsory utk drop off dan pick up di water resort utk aktiviti hari berikutnya – Penginapan di Lato2 resort boleh ditempah melalui Agoda dengan harga serendah RM295 semalam (included dinner, breakfast dan makan petang)
DAY 3 – Pakej C Wegotravel – Timba Timba island – Mataking island – Pom Pom island * Aktiviti snorkeling di ketiga2 pulau * Check-in di Sipadan Inn 2 (lokasi strategic) * Minum petang di Starbucks Semporna sambil menghayati panorama matahari terbenam * Dinner di Anjung Samudera (2 minit berjalan kaki dr Sipadan Inn 2) sambil diiringi live busking
DAY 4 – Bukit Parapat – Tanjung parapat * Untuk sampai ke Parapat, boleh menggunakan perkhidmatan Maxim Car – Di Semporna, perkhidmatan Grab Car kurang popular berbanding Maxim – Untuk perjalanan sejauh 19km (26min), harga yg ditetapkan adalah RM21 sehala * Lunch di Anjung Warisan Parapat Seafood * Return to Tawau Airport (RM20) – Perkhidmatan van ke Tawau Airport boleh didapati di sebelah stesen Shell Pekan Semporna (5minit berjalan kaki dari Sipadan Inn 2)
Update: 1) Cost – Transport dr Airport tawau ke Semporna RM25 – Return transport ke Airport Tawau RM20 – Accommodation 1st day (Perfect Hub) RM42 – Accommodation 2nd day (Lato2 Resort) RM295 – Accommodation 3rd day (Sipadan Inn 2) RM83 – Trip pulau (Pakej A) RM79 – Trip pulau (Pakej C) RM79 – Extra cost utk transfer ke Lato2 RM72 – Trip pergi/balik Parapat RM42
2) Photoshoot – Untuk trip pulau-pulau, guide akan tolong ambil kan gambar – Untuk trip Parapat, boleh menggunakan khidmat Mr. Tripod – Penggunaan drone tidak digalakkan di pulau-pulau sebab ada tentera berkawal
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mersing pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi 9 pulau termasuk Pulau Tioman, kecuali Pulau Sibu.
Terdapat 9 pulau di Johor
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dikalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna -warni dan pantai yang cantik.
Dari Pulau Aur, anda boleh ke pulau kecil Pulau Dayang. Kedua-dua pulau ini terbaik bagi kaki selam skuba memandangkan Pulau ini jauh dari Pantai, air disini sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh dijumpai. Ramai pelancong Singapura datang ke sini.
Monsun timur laut membawa hujan lebat ke pulau sekitar November dan Mac, manjadikan pulau sukar diakses dan tidak selamat untuk aktiviti. Monsun tenggara juga hadir sekitar Mei dan September, menjadikan bulan-bulan lain waktu ideal untuk dilawati.
Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.
Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat 4 resort untuk dipilih. D’Coconut yang paling selesa sementara yang lain menawarkan penginapan asas. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.
Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.
Pulau ini terletak 45km dari Mersing. Perjalanan mengambil masa sekitar 4-5 jam. Air disini amat jernih dan pasirnya keemasan bersih. Pulau ini menawarkan cerita rakyat tradisi orang kampung, pengalaman memancing dan merasa durian dan mangga dari dusun.
Hikayat pulau ini dipercayai lelaki Indonesia dan keluarganya belayar berhampiran Pulau. Kemudian malamnya bermimpi suara memanggil untuk menghuni pulau ini. Dari sinilah dapatnya nama Pulau Pemanggil. Kemudian semakin ramai orang dari Indonesia dan Pulau Aur datang menghuni disini.
Pulau ini memiliki batu karang cantik, hidupan laut yang banyak dan syurga bagi kaki pancing. Ramai mengatakan Pulau Pemanggil antara spot terbaik memancing laut dalam. Ikan marlin, ikan yu, ikan pari dan tuna antara yang selalu berada disini. Hanya terdapat Lanting Beach Resort di sini jadi pastikan anda menempah awal agar tidak kecewa.
Pulau kecil ini mendapat jolokan Maldives Malaysia. Ia terletak 16km dari Mersing. Tarikan utama ialah pantai bersih putih, hidupan marin dan batu karang cantik. Pulau ini dilitupi hutan yang tebal dan sukar untuk ditembusi. Kerana pulau ini kecil, tidak ada kemudahan pengangkutan di Rawa. Hanya 15 minit perjalanan untuk ke bahagian lain pulau.
Bahagian timur pulau, yang penuh dengan batuan besar tidak boleh diakses. Hanya ketika laut tenang, anda berpeluang berkanu sekitar pulau. Ini cara terbaik untuk melihat keindahan sekeliling pulau yang penuh dengan batuan serta sedikit gua. Anda dilarang melakukan aktiviti air ketika cuaca buruk kerana tidak ada jeti dan angin serta ombak akan menolak anda ke laut terbuka.
Mereka yang menggemari trekking, anda boleh mendaki 270 tangga ke puncak di bahagian timur pulau, memberi pemandangan persisir pantai Johor dan pulau berhampiran serta spot terbaik untuk sunrise dan sunset. Pulau ini juga boleh disinggah selepas melancong Pulau Tioman.
Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral oleh pelayar China beratus tahun dahulu. Ia terletak 32km dan 45 minit perjalanan dari jeti Mersing. Kaya dengan sejarah, dahulunya menjadi tempat singgah pedagang dan nelayan. Pulau ini memiliki pantai berish, bukit yang tinggi dan hutan yang tebal, pusat hidupan marin, kampung nelayan dan resort moden.
Pusat hidupan marin disini memberi pengetahuan yang baik terhadap pulau ini dan terlibat dalam program penetasan penyu dan penternakan kerang gergasi. Seperti biasa, aktivit-aktiviti seperti di pulau lain terdapat disini. Perjalanan 35-40 minit dan anda akan sampai ke air terjun dan kolam kecil yang cantik. Anda perlu mendapat pemandu arah kerana denai yang tidak mempunyai arah yang baik. Dari sini juga , anda boleh akses ke Pulau Sibu.
Di sebelah timur pulau terdapat 4 lagi pantai utama, yang menawarkan anda pantai putih bersih, air yang sangat jernih dan ketenangan. Pulau ini hanya kurang dari 1km luas dan keseluruhannya rata. Anda mudah akses dari satu tempat ke tempat lain. Tiada jalanraya di sini.
Di selatan pantai, pulau ini terlindung dari angin, menjadikan air seperti di tasik dan spot yang best untuk mandi. Terdapat juga pokok bakau di sekitar. Pulau Sibu hanya boleh diakses dari jeti Tanjong Leman. Bagi kaki skuba, ada pusat skuba, Sea Gypsy Village Resort, dimana kursus PADI boleh ditempah. Kampung Duku disini dikuasa sepenuhnya menggunakan solar.
Pulau ini tidak berpenghuni. Rupa muka bumi pulau ini seolah anda berada di luar negara. Terdapat rumah api di puncak bukit dan dibuka kepada pelawat. Ia juga boleh diakses dari jeti Mersing. Ramai datang ke sini untuk selam skuba dan snorkeling. Pulau ini mempunyai gua ringkas dan mempunyai kolam lagun yang cantik. Menurut penduduk tempatan, dahulu pulau ini dipercayai menjadi lokasi singgah berteduh bagi lanun. Namun, tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut.
Pulau Dayang teletak sebelah Pulau Aur. Ia juga antara spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga sempuna untuk anda relaks bercuti sambil melakukan aktiviti air.
Ia juga terkenal dikalangan penyelam skuba kerana lokasi ini mudah dijumpai ikan yu, paus dan ikan pari. Disini disediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi menyelam ini biasanya dijalankan pada Februari – November. Terdapat beberapa hotel dan resort disini.
Pulau Tengah adalah milik peribadi dan terletak 15km dari jeti Mersing. Pulau ini terkenal kerana dahulunya menjadi tempat berlindung pelarian Vietnam pada tahun 70an dan telah ditutup pada tahun 80an.
Ini memberi perspektif sejarah terhadap pulau ini selain ia juga antara lokasi bagi rancangan TV Expedition Robinson. Pulau Tengah antar pulau yang digazet di Johor sebagai Taman Laut kerana hidupan marin yang pelbagai dan kecantikan terumbu karang. Pulau ini lebih popular berbanding pulau lain di Johor. Seperti biasa, anda boleh melakukan aktiviti air seperti di pulau lain.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau bercuti ke Hatyai, kebanyakan orang biasanya mencari hotel yang dekat dengan tempat makan, pasar malam dan pusat membeli-belah. Tapi kalau anda mahu penginapan...