Mandi Infiniti Pool Menghadap Laut China Selatan, Keseronokan Tanpa Batasan Di Villa Danialla Patut Cuba

Share

Baru-baru ini viral apabila isteri kepada seorang wakil rakyat menjalani kuarantin kendiri Covid-19 di sebuah villa persendirian di Kelantan.

Villa dimaksudkan adalah Villa Danialla sebuah tempat yang mempunyai pantai persendirian dan bebas gangguan orang luar.

Terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Bachok, di Kelantan dan mempunyai keistimewaan tesendiri.

Terletak hanya 45 minit dari Kota Bharu, Villa Danialla merupakan lokasi paling sempurna untuk anda yang mahu lari seketika dari kesibukan bandar.

Terdapat 10 jenis bilik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. Tak perlu riasu jika membawa keluarga besar percutí ke sini kerana  ada bilik yang memenuhi keperluan masing-masing.

Bukan itu sahaja, selain untuk merehatkan minda di sini, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Antaranya adalah merehatkan diri dalam infinity pool yang mempunyai pemandangan lautan biru Laut China Selatan serta menghadap Pulau Perhentian.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan urutan Thai pada harga RM140 untuk 2 jam. Atau boleh pergi ke sauna Russian yang berharga pada RM90 sekali masuk (maksimum 6 orang), tetapi diingatkan supaya booking 3 jam lebih awal.

Untuk aktiviti lain, boleh menyewa untuk menunggang kuda pada kadar ditetapkan, berman volleyball di pantai serta boleh berkaraoke di lokasi disediakan.

Kredit Foto: FB Villa Danialla

Artikel BerkaitaN:

10 Resort Terapung Di Malaysia, Port Best Untuk Cuti

Bajet RM4K Seorang, Puas Dapat Travel Pulau Selatan New Zeland. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 12 Hari Tour!

Lepak Tepi Pantai Lihat Matahari Terbenam, Nikmat Cuti Berdua Guna Camper Kelisa Yang Diubahsuai

IKLAN