Jika anda bercadang untuk bercuti atau dalam perjalanan ke utara, singgah sebentar di daerah Sungkai, Perak menjamu selera di ‘Nasi Bamboo’ Sungkai, Perak. Lokasinya berhampiran destinasi pelancongan Sungai Klah.
Menu isitimewa di sini berupaa nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia sebagai lapik berasnya. Konsep nasi bamboo ini ialah ia dimakan bersama lauk-pauk asli negeri Perak ketika ia masih panas.
Antara menu masakan tradisional yang disediakan seperti keli goreng panas, ayam kampung serabut, daging masak hitam, gulai kawah dan daging kambing salai. Masakan tradisional ini sememangnya sangat unik dan aromanya pasti membuka selera.
Ads
Sungkai sangat sinonim dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence Hot Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ.
Kalau anda hanya ingin mandi air panas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air panas. Boleh pilih antara dua, sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam privasi.
Ads
Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.
Ads
Jom cuti-cuti di Perak~
Foto: FB Orang Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tip dari Tourism Selangor kali ini, apa kata sekali sekala luangkan masa rehatkan minda bercuti ke tempat-tempat yang mempunyai persekitaran yang tenang dan jauh dari kawasan bandar yang sesak.
Bagi anda yang menginginkan sebuah percutian dengan persekitaran yang menenangkan serta jauh dari kawasan orang ramai, ini 7 destinasi santai dan tenang boleh dilawati di Negeri Selangor.
Ramai yang tidak tahu terdapat ladang teh lemon Myrtle yang cantik di Sekinchan. Ladang teh myrtle selalunya terdapat di negara Australia, tetapi kini juga ia ada di Malaysia. Jika membuat lawatan ke sini, anda dapat menikmati pemandangan ladang yang kehijauan malah sesuai untuk bergambar kenangan. Ladang teh myrtle ini terletak bersebelahan dengan kawasan sawah padi yang menghijau, maka anda juga boleh bergambar berlatar-belakangkan pemandangan yang cantik.
Selain itu, terdapat beberapa buah buaian yang merupakan tempat santai untuk pengunjung berehat di situ. Anda juga dapat membeli produk keluaran ladang teh Mrytle ini di gerai jualan yang disediakan seperti sabun tangan, sabun mandi, teh Myrtle, air teh lemon segar dan banyak lagi. Bayaran sebanyak RM3 akan dikenakan untuk pengunjung dewasa dan RM1 bagi 7 tahun ke bawah. Ladang teh ini hanya dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Alamat: Lot 16281, Jalan Tali Air 6 Sekinchan,Selangor Darul Ehsan
Daerah Sabak Bernam terkenal dengan kawasan sawah padi yang luas dan cantik. Oleh itu, jika anda ingin pergi ke tempat dengan suasana yang tenang dan nyaman, Pekan Sekichan Sabak Bernam merupakan tempat yang tepat untuk anda luangkan masa bersama orang tersayang.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti bersiar-siar dan bergambar di sekitar kawasan sawah padi, melawat ke kedai Ah Ma House yang menjual makanan tradisi masyarakat Cina seperti keropok, makanan ringan, kuih tradisional seperti tart nenas dan kuih bangkit (tapioca cookies), dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh melawat ke Galeri Padi untuk mempelajari cara penanaman dan penuaian padi serta proses penghasilan beras. Alamat: Kawasan Sawah Padi, Pekan Sekinchan Sabak Bernam, Selangor
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021.
Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran yang dikenakan untuk masuk adalah RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas) dan percuma untuk golongan OKU. Waktu operasi dibuka Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang). Alamat: Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor
Jika berkelapangan, anda boleh singgah ke empangan Sungai Selangor kerana tempat ini merupakan salah satu destinasi tarikan lebih-lebih lagi bagi penggemar alam semula jadi dan jurugambar di mana anda dapat menikmati suasana yang segar dan berpeluang mengambil gambar pemandangan bukit-bukau yang cantik.
Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti memancing dan berbasikal sepanjang laluan ke sini. Jika anda singgah pada waktu malam, anda boleh menikmati aktiviti stargazing sambil bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Alamat: Lookout Point Sungai Selangor Dam, 55, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Paya Indah Discovery Wetlands ini merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan sambal menikmati persekitaran alam semula jadi. Landskap sekitar kawasan ini sangat cantik kerana dipenuhi dengan pokok-pokok, ruang padang yang luas serta gabungan tumbuhan semula jadi bunga teratai. Tempat ini juga telah menjadi kawasan habitat lebih daripada 300 jenis spesis binatang dan bagi penggemar burung, anda juga dapat meninjau aktiviti burung (bird watching). Bukan itu sahaja, anda juga dapat melakukan aktiviti seperti memberi makanan kepada badak air, buaya dan ikan, dapat memancing, berbasikal, berkayak, merentasi hutan dan banyak lagi.
Aktiviti-aktiviti tersebut dibuka berbeza mengikut hari-hari tertentu dan perlu membuat tempahan awal. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah pakej “Safari Insta-Tour” yang membawa pengunjung ke tiga lokasi dengan pemandangan menarik; Ladang Buluh, Rumah Melayu dan Tasik Sendayan dengan menaiki sebuah trak. Bayaran untuk pakej ini adalah RM 35 pada hari biasa dan RM 45 pada hari minggu, manakala pemegang MyCard akan beroleh diskaun sebanyak 20%. Paya Indah Discovery Wetlands dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Alamat: KM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor
Selangor Fruit Valley merupakan taman buah-buahan yang menarik untuk dikunjungi di mana anda akan dibawa ke ladang buah-buahan tempatan seperti tanaman buah rambutan, betik, belimbing, jambu dan banyak lagi serta dapat menikmati buah-buahan tersebut secara percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, ladang rusa, pusat kajian agrokultur, rumah tradisional, ternakan madu kelulut, aktiviti berkayak, dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga kemudahan trem untuk membawa anda ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai jualan yang terdapat di sana untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Waktu operasi adalah setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) dan bayaran dikenakan RM 15 (dewasa), RM 10 (60 tahun keatas), RM 10 (OKU dan kanak-kanak 4 -12 tahun), percuma (4 tahun ke bawah). Alamat: Selangor Fruits Valley SFV, Rawang, Berjuntai Bestari, Selangor, Malaysia
Pulau Ketam yang terletak di Klang merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi yang mana pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan di sini sambil menikmati suasana pantai yang nyaman dan mendamaikan. Untuk sampai ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri (RM14 dua hala) seorang atau bot laju (RM20 dua hala) seorang.
Kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang didiami oleh masyakarat Cina. Di sini juga terkenal dengan restoran yang menghidangkan menu makanan laut yang menyelerakan. Selain itu, aktiviti dan tarikan yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menyewa basikal dan mengayuh sekitar kampung, bergambar di kawasan mural dan kuil Cina, melihat dan merasai kehidupan suasana perkampungan nelayan, dan banyak lagi. Alamat: Jalan Foreshore, Kawasan 20, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Jom cuti-cuti di Selangor. Jangan lupa agar sentiasa mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan dan menjaga penjarakan sosial sepanjang kunjungan anda bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 daripada terus menular.
Foto & Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ketika manusia diseluruh dunia perlu berkurung di dalam rumah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Ada haiwan yang mengambil kesempatan untuk keluar ‘berpesta’.
Gelagat lucu sekumpulan gajah di wilayah Yunnan, China sempat dirakam untuk tatapan manusia. Seorang pengguna Reddit, ADarkcid berkongsi foto di laman itu pada minggu lalu memaparkan sekumpulan gajah menceroboh sebuah kawasan perladangan tanaman di wilayah itu. Kumpulan gajah tersebut cuba mencari makanan dan kemungkinan berani mendekati sebuah ladang jagung tersebut kerana tidak kelihatan susuk tubuh manusia.
“Ketika manusia menjalani tempoh penjarakan sosial, sekumpulan 14 ekor gajah memecah masuk ke sebuah perkampungan di wilayah Yunnan, mencari jagung dan makanan lain. Sudahnya mereka meminum 30kg wain jagung dan menjadi sangat mabuk sehingga tertidur di ladang teh berdekatan,” tulisnya.
Kemudian seorang pengguna Twitter, HDS Dhaliwal memuat naik imej tersebut untuk dikongsikan bersama khalayak lain.
Xishuangbana, Yunnan, China. 11 March, a herd of 14 elephants went to village. Looking for corn and other foodstuffs. Apparently, They also polished 30 KG of corn whisky! Two of the males got completely drunk, and made themselves a pair of cutest internet sensation in China. pic.twitter.com/bflXHa8sST
Dalam satu bebenang lain, seorang aktivitis alam sekitar Parween Kaswan menyatakan bahawa gajah, seperti kebanyakan manusia, ada kecenderungan terhadap alkohol dan mencarinya, dan selalunya meninggalkan tanda di mana mereka berjaya mendapatkannya supaya mereka boleh kembali di lain waktu.
Alang-alang dah sampai Perak, anda kena bermalam di Damai Chalet Kg Sahom. Sesuai kalau rasa nak santai-santai rehatkan diri dengan suasana kampung.
Okay, untuk bermalam, chalet cantik, ruang memasak dan BBQ pun disediakan. Tinggal nak guna sahaja.
Di sini anda boleh rehat sambil mandi sungai, pool pun ada freshwater air dari gunung. Di sini sesuai kalau nak buat family day.
Owh ya, di sini kalau anda nak mandi kolam pun boleh atau nak berendam dalam sungai pun boleh. Sangat privacy tau sebab chalet dia tak banyak.
Jadi kalau nak buat family day kat sini memang recomended sangat.
Lebih menarik chalet kat sini pun berbeza tau rupa bentuk dia, unik dan juga kreatif. Setiap chalet ada nama tersendiri seperti Chalet Petai,Chalet Manggis,Chalet Durian, dan Chalet Cempedak.
Lokasi kampung Sahom, anda boleh waze “DAMAI CHALET KG SAHOM KAMPAR”.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berada di satu kawasan yang langit malamnya tidak pernah sunyi. Bukan kerana lampu bandar, bukan juga pesta cahaya buatan manusia, tetapi kerana panahan...